Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, May 15, 2012

Penerbit, buku apa yang kau cuba sembunyikan?



Ini adalah contoh penyata royalti dari PTS. Penulis akan mendapat lengkap berkenaan buku mereka berkaitan perkara berikut.

Baki stok pada....
Cetakan pada....
Pembahagian percuma atau rosak
Buku yang dipulang dari bulan ... ke bulan
Peruntukan buku yang dipulangkan.
Jumlah buku dijual dari.... sehingga...

Semua maklumat adalah rekod dari jumlah buku dibawa dari pencetak ke gudang. Kemudian dari gudang ke kedai buku. Akhir sekali dari kedai buku ke gudang kembali. Setiap satu naskhah 'diperhatikan'.

Sekiranya mahu dibawa buku keluar dari gudang perlu ada surat kebenaran yang mesti diisi. Ini etika dalam perniagaan bagi menjaga hak penulis.

Informasi foto kedua.

Adakalanya kita mendapat pengesahan audit apabila pembayaran dibayar kepada penulis. Badan audit luar ini akan menghantar surat bagi mendapat pengesahan sama ada royalti yang dibayar atas nama kita sudah diterima atau sebaliknya.

Ini antara hak penulis apabila berurusan dengan mana-mana penerbit. Sebarang perkongsian yang positif dapat dikongsikan di sini bagi menambah baik amalan bisnes buku penerbit lain dan meningkatkan pendapatan penulis serta menjaga haknya

Satu persatu kotak hitam penerbit dibongkarkan. Klik di sini

Monday, May 14, 2012

'Selipar' idea bergerak laju dalam LRT


Kita terdorong menulis dan berkongsi apabila kita tahu siapa subjek atau pembaca kita.


Sahabat kilat dari Argentina, Oukina (berbaju hijau dan hanya berselipar) sudah dua bulan berada di Malaysia.

Beberapa perkara saya belajar daripada beliau.

1. Catatkan segera idea dan apa yang ada di dalam minda apabila ia terlintas.
2. Dalam beg beliau ada kertas dan pen yang dibawa ke mana sahaja.
3. Biasakan diri membuat catatan di luar zon selesa (tanpa meja dan kerusi).
4. Pengalaman diri di tempat orang dan pandangan peribadi ditulis dan dikongsikan.
5. Meskipun kita rancak menulis di internet. Pen dan kertas masih menjadi sahabat akrab bagi mencatat sesuatu dalam keadaan segera.

Apakah teknik dan strategi penulisan yang menggoda? Klik di sini

Sunday, May 13, 2012

Petua Ekspress Penulisan

  • Karya kita dianggap sebagai sebuah buku apabila ia mencapai 40 halaman bercetak termasuk kulit hadapan dan kulit belakang buku.
  • Satu ciri penulis yang menulis buku sebagai perjuangan mengubah masyarakat konsisten dalam usahanya meskipun melalui penolakan berkali-kali.
  • Apakah yang mahu ditulis? Terdapat tiga cara
(1) Tulis topik yang tidak berubah segera.
(2) Elakkan menulis isu yang berubah-ubah.
(3) Tulis dalam kategori yang sedia ada di pasaran.

  • Fokus satu subjek dalam berkarya, barulah dipanggil pakar bidang.
  • Hasilkan banyak buku agar kekal relevan di pasaran.
  • Fahami gaya rumah penerbitan, setiap penerbit melayan manuskrip yang sama menggunakan kaedah yang berbeza.
  • Pembaca melihat buku sebagai hiburan, bukan sekadar kertas berfakta semata-mata. Ia bertindak sebagai guru tanpa kelas, inspirasi dan motivasi dan memenuhi rasa ingin tahu.
  • Amanah pada ilmu, usah diberitahu sebahagian disorok sebahagian.
  • Adakalanya kontroversi menjual buku di pasaran.

Bagaimana menulis buku dan rencana disukai penerbit dan pembaca? Klik di sini