Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, March 19, 2013

Kacing! Seni menulis untuk pembaca berkocek besar.





Kepala saya masih teringat pertemuan di Media Prima Business Network sebentar tadi. Fokus, "Jangan buang masa klien, terus kepada mesej kita."

Bagaimana mereka berusaha kuat menarik RM200,000 daripada setiap orang yang hadir melalui pakej pengiklanan yang ditawarkan mereka.

Program mereka diadakan setahun sekali. Ia diadakan selama tujuh hari di Hilton Sentral sahaja. Mereka meletakkan peserta sebagai kumpulan berkocek besar, metod mereka terus kepada agenda.

(1) Waktu presentasi 30 minit sahaja berdasarkan pilihan klien. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak membuang masa mendengar ceramah produk. Fokus kepada apa yang mahu diberikan kepada mereka.

(2) Ia dinamakan mini seminar di bawah kerangka business network. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak hadir ke sana sebagai pelanggan. Mereka datang sebagai rakan niaga.

(3) Setiap seorang klien diiringi oleh seorang pegawai jualan yang berusia 40-an atau yang berwajah matang. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar berurusan dengan kumpulan yang dilihat senior berpengalaman yang dapat membaca peta perkembangan perniagaan mereka.

(4) Lokasi yang dipilih adalah lokasi yang sesuai dengan gambaran kocek klien. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak berada di kawasan yang sibuk dan bingit bagi transaksi bernilai 000,000 digit.

(5) Presentasi untuk orang sibuk. Ia dilakukan selama 30 minit memfokuskan kepada presentasi berbentuk siaran maklumat pada skrin. Kemudian, pegawai jualan menyambung menerangkan pakej tahunan. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak membuang masa mendengar ceramah produk. Fokus kepada apa yang mahu diberikan kepada mereka.

(6) Model tawaran setahun sekali ini saya anggap sebagai kantung asas operasi ketika mana menguruskan kantung perkembangan bisnes. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar melihat ia satu tawaran rakan niaga yang eksklusif.

(7) Berdasarkan soalan demi soalan yang ditanya mereka menyaring kumpulan klien yang diberi fokus utama atau fokus sederhana. Mengapa?

Mengasingkan kumpulan klien memudahkan pemasaran dilakukan ke atas kumpulan yang betul.

(8) Wanita berambut perang dan bermata biru yang menjaga meja pendaftaran dapat dilihat sebagai cara merangka persepsi kepada pelanggan. Mengapa?


Kumpulan berkocek besar mendapat persepsi tahap tawaran urus niaga ini pada kedudukan tertentu. Malah, mereka berkocek besar dipanggil VIP Delegate, bukan visitor bagi membezakan nilai mereka.






Melalui maklumat kasar ini, saya berfikir;

Bagaimana pula dengan buku atau ebook yang ditulis untuk kumpulan pembaca berkocek besar?

Dapatkah situasi tadi dapat dikaitkan dengan tingkah laku kumpulan berkocek besar apabila mereka memilih bahan bacaan?

(1) Apakah presentasi kulit buku yang mencipta persepsi positif pada fikiran pembaca berkocek besar?
(2) Bagaimana menyusun isi kandungan yang memenuhi gaya membaca pembaca berkocek besar?
(3) 'Hilton' yang mana satu dikunjungi pembaca berkocek besar agar dapat menemui buku kita?


Nota: Dapatkan maklumat Bengkel Penulisan Ebook (6 April), Coaching Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak (7 April). Klik di sini

No comments:

Post a Comment