Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Saturday, July 21, 2012

Friday, July 20, 2012

Rantaian memori cetus tarikan dalam penulisan


Bermula dengan mencari rantaian memori. Ketika bersahur apakah rantaian memori yang dapat kita kaitkan dengan situasi ini.

(1) Saya teringat lelaki yang melaungkan perkataan sahur sambil mengetuk tin seawal pagi di kampung.

(2) Saya teringat lelaki tua yang melaungkan perkataan sahur melalui mikrofon di masjid. Sepuluh minit sebelum Subuh beliau berkata, "Imsak, cepat bersahur!" Suara pertama seawal pagi di kampung Sungai Cincin.

(3) Saya teringat sekumpulan kanak-kanak yang melaungkan perkataan sahur sambil berbasikal. Lama-kelamaan hanya tinggal seorang sahaja. Mungkin anak bilal masjid.

(4) Saya teringat niat sahur yang ditampalkan oleh ayah setiap kali Ramadan. Lama kelamaan ia kekal di situ dan tidak beralih tempat.

Apakah rantaian memori saudara yang dapat dipanjangkan menjadi sebuah cerita atau pun anekdot rencana?

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Wednesday, July 18, 2012

Unsur dialek mengganggu Bahasa Melayu Tinggi

Dipetik semula daripada Professor Emeritus Abdullah Hassan.


Dalam entri FB Tuan Zamri Mohamad, saya menemui dua contoh tentang Bahasa Melayu Tinggi yang mahu saya jelaskan.

1. Sendi nama "atas" bukan "di atas"

Hari ini rakan FB saya menulis di status dan membuat keputusan membotakkan kepalanya "atas" sebab yang murni. Isterinya mula kehilangan rambut sedikit demi sedikit kesan daripada kimoterapi.

(Penggunaan kata sendi nama "atas" ini betul, bukan "di atas".)

2. Unsur dialek yang "mengganggu" Bahasa Melayu Tinggi

Saya "duduk" berfikir, betapa menjadi botak juga mempunyai mesej kasih sayang juga dalam menghadapi situasi di luar jangka ini.

(Kata bantu kerja "duduk" di sini datang daripada kelaziman dalam dialek, terutamanya Kedah dan Perak utara, yang menggunakan "duduk" sebagai menggantikan "sedang". "Saya duduk berfikir" itu adalah "Saya sedang berfikir", ... mungkin dalam posisi duduk, berdiri atau baring ...")

Mengapa kita menulis buku motivasi?

Mengapa mahu menulis buku motivasi atau sesetengah melabelkan sebagai karya inspirasi?

Soalan ini dijawab dengan beberapa jangkaan.
  • Menulis kerana diinspirasi dengan kemunculan selebriti motivator di televisyen. 
  • Percaya motivasi adalah subjek yang mudah ditulis berbanding subjek lain.
  • Melihat motivasi adalah subjek yang popular didedahkan dalam program institusi sama ada dalam bentuk ceramah dan kursus.
  • Berasa percaya bahawa buku motivasi dapat mengubah orang lain.
  • Dijadikan terapi diri apabila berhadapan situasi dengan menulis buku motivasi.

Kerana kepercayaan-kepercayaan ini, maka menulis buku motivasi menjadi pilihan.

Menulis buku motivasi tidak semudah menulis, "Kita dapat berubah dan percaya."  atau berkata, "Saya mahu menulis buku motivasi."

Ada perkara yang diambil kira oleh penulis agar buku motivasi relevan dalam pasaran.

Pembaca mesti dapat mengesan tema yang jelas buku motivasi yang ditulis. Semakin jelas, maka semakin yakin pembaca bahawa buku motivasi tersebut sesuai kepada dirinya.



Billy PS Lim terkenal dengan buku motivasinya, Berani Gagal. Temanya adalah motivasi kegagalan.

Aaidh ibn Abdullah al-Qarni pula menulis buku motivasi menghadapi kesedihan dengan judul La Tahzan.





Cerita dari Syurga kolaborasi bersama Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Haeqal Zulqarnain adalah buku motivasi yang hanya memfokuskan kepada motivasi ke arah diingati

SMILE kolaborasi Irma Hasmie adalah karya yang hanya memfokuskan motivasi, biar sedikit asal menjadi.

Bagaimana dengan buku motivasi tulisan kita, adakah temanya jelas?

Tentukan tema dan ia akan memandu arah ke mana hala tuju buku motivasi itu.

Dalam setiap bab dan setiap cerita, ia memfokuskan kepada kepada tema yang sama dengan acuan dan sudut pandang berbeza.

Hal yang sama dalam penghasilan filem yang dianggap filem motivasi oleh para penonton. Apabila penonton dapat mengesan tema sebuah filem, maka filem itu mudah diingati.
  • Filem 300 membawa tema, "Jangan berundur dan mengalah."
  • Filem Freedom Writers membawa tema, "Jangan beralasan."
  • Filem The Mighty Ducks membawa tema, "Bersatu dan menang bersama-sama."
  • Filem Rocky Balboa membawa tema, "Bangkit dan bergerak ke hadapan."


Manakala filem The Pursuit of Happyness membawa tema, "Tidak ada sesiapa layak berkata kamu tidak boleh lakukan."

Apakah tema buku saudara?


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Berapakah royalti penulis dan ilustrator?

Satu soalan diajukan, "Bagaimana pembahagian royalti antara ilustrator dan penulis dalam sebuah penerbitan?"

Terdapat beberapa model yang diamalkan.

(1) Ilustrator dan penulis bersetuju membahagikan jumlah royalti berdasarkan perbincangan mereka sebelum kerja bermula.

(2) Pihak penerbit mencadangkan peratusan royalti yang diukur daripada sumbangan tugas penulis dan ilustrator.

(3) Pelukis tidak menerima royalti, sebaliknya menerimanya pembayaran penuh atau lump sump berdasarkan projek.

Amalan pembahagian royalti antara penulis dan pelukis memberitahu kita sesuatu. Ilustrator mesti bersedia turun padang bersama penulis atau secara solo bagi mempromosikan karya yang dihasilkan.

Jika ya, bersedia turunkan tandatangan pada kertas perjanjian dan hasilkan manuskrip bersama.

Setiap angka ada tanggungjawab yang mesti dipenuhi.



Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 


Bagaimana menukarkan stress menjadi karya


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana mendapatkan kuasa dorongan dalam berkarya


Kita mahu menulis dan berminat menulis, pernahkah kita ceritakan minat dan kemahuan kita kepada seseorang?

Apakah respons yang diberikan?
Apakah perasaan kita selepas mendengar respons itu?

Dengan siapa kita kenal dan bercerita memberi kesan produktiviti karya dan motivasi menulis kita. Semakin kita dengar semakin kita bersemangat menulis dan semakin kita dengar semakin hilang daya motivasi kita.

Itu dinamakan kuasa dorongan.

Bagaimana mendapatkan kuasa dorongan dalam berkarya.

(1) Kenalpasti siapakah rakan-rakan yang positif terhadap kita selepas kita menyatakan hasrat menulis.
(2) Senaraikan rakan-rakan dan ahli keluarga yang menambah baik idea kita selepas berkongsi angan-angan karya.
(3) Ingat semula siapakan di kalangan mereka yang pernah membaca karya kita, memberi komen membina meskipun karya kita biasa-biasa sahaja.

Mereka adalah kuasa dorongan. Mereka bukan kumpulan yang memuji kerana mahu menjaga hati dan memberi harapan kosong, sebaliknya berfikir, "Apa yang dapat saya lakukan bagi menaikkan kualiti penulisanya."

Keluarkan sehelai kertas dan senaraikan sekarang.

Bagaimana mereka yang tidak ada dalam senarai?

Tangguhkan dahulu kekerapan berinteraksi dengan mereka sehinggalah kita sudah dapat melihat nama kita dalam akhbar, majalah dan buku.

Ini termasuklah hide feed aktiviti kita dan dia di paparan Facebook bagi menjaga momentum penulisan dan kepercayaan kita.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini