Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Bagaimana dari makan gaji menjadi penulis sepenuh masa di Malaysia?


"Bolehkah penulis hidup dengan perkataan sahaja?"

Tuan Syaizul Amal menjadi pembuka kepada rancangan kejayaan para peserta konvensyen pada tahun ini.

Beliau merupakan pengurus penulis remaja nombor satu nasional, Ain Maisarah yang kini mempunyai 400,000 pengikut.



Mendedahkan peraturan industri buku dan penulis bagi menguasai empat tahap menjadi penulis sepenuh masa di Malaysia.

[1] Bagaimana mahu bermula ketika nama penulis di fasa 'asing' dan perlu bersaing di rak buku yang sama?

[2] Bagaimana mengurus kumpulan pembaca yang kemudian menjadi komuniti terbesar?

[3] Bagaimana mengurus populariti penulis agar tidak terjatuh dan terus diikuti pembaca?

[4] Bagaimana kekal bertahan meskipun satu persatu nama baru muncul cuba mencari ruang?

* Pra daftar bagi mendapatkan informasi lanjut di sini

* Konvensyen tahunan menjadi tumpuan penulis baru di peringkat nasional dalam merancang kejayaan sebagai penulis.

Tuesday, January 7, 2014

Jika mahu menjadi penulis novel cinta

Allah jua yang memberi

Pada hari ini, kami menerima khabar baik apabila salah satu agen di China sah akan mengedarkan judul-judul mereka.

Berkat doa para alumni yang bekerja kuat.

Mencipta kejayaan kecil bagi membawa ombak karya yang besar. Insya Allah.

Ke mana kursuspenulisan.com akan pergi? Dengan izin Allah.



  • Februari ke New Delhi World Book Fair di India [Berkursus]
  • April Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia [Alumni]
  • Mei Asian Festival of Children's Content di Singapura [Woksyop]
  • Mei Sydney Writers' Festival di Australia [R&D dan Bengkel]
  • November Shanghai International Children's Book Fair [Pelesenan]


Objektif kami

(1) Membawa karya alumni kursuspenulisan.com untuk pelesenan
(2) Mengikuti latihan profesional literary agent
(3) Membentangkan kertas kerja penerbitan dan penulisan
(4) Mengendalikan bengkel penulisan dan penggunaan buku
(5) Menjalankan R&D pakej buku, pemasaran dan persepsi karya di pasaran. Dimasukkan dalam modul dan bimbingan alumni.
[6] Membangunkan penulis luar berkarya untuk negara.

Dengan izin Allah, pilihan menjadi penulis dipermudahkan dengan pilihan ini.

  • Jika bercadang menjadi novelis


Februari ini kursuspenulisan.com dengan sokongan Ilham Karangkraf.

Bengkel penulisan novel cinta klik di sini

Program ini diadakan sekali sahaja dalam 365 hari.

Kali ini kami adakan pada awal tahun.

Agar anda dapat memfokuskan 10 bulan seterusnya mencipta hasil.

Modul yang praktikal, kurang teori, tinggi praktikal agar kemahiran dapat dialihkan.

Writerpreneur, menulis bagi mencipta nilai. Membeli masa melalui hasil karya.

Thursday, December 26, 2013

Apa yang berlaku kepada penulis tempatan pada tahun 2013?

Apakah yang berlaku kepada penulis-penulis Malaysia?

Para bakal penulis yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi

Mari kita bermula dengan membuat senarai ini.

Apakah tiga perkara yang telah kita lakukan bagi mendekati impian kita?

Pertama, “Saya sudah …”
Kedua, “Saya bertindak …”
Ketiga, “Saya lakukan …”

Tahniah kerana berjuang mendekati impian menjadi penulis pada tahun 2013.

Tahun 2014 adalah tahun mencambah hasil.

Perkembangan peserta di kursuspenulisan.com pada tahun 2013

[1] Kumpulan penulis menulis buku cerita bergambar kanak-kanak terhasil. 




Ebook para alumni kursuspenulisan.com diterbitkan oleh Perbadanan Kota Buku.

Sejumlah 12 buah judul baru dibawa ke Shanghai, China sempena Pesta Buku Antarabangsa Kanak-Kanak.



[2] Penulis baru muncul di akhbar dan majalah tempatan. 

Antaranya Nurdilla Zaini yang mula mengisi ruangan di Utusan Malaysia.



[3] Penulis-penulis baru diterima bagi penerbitan di Karangkraf dan Galeri Ilmu. 




Antaranya Puan Hasmah Hitam melalui bukunya Teristimewa Untukmu.

Berkenaan buku

'Teristimewa Untukmu' menelusuri suka duka seorang Guru Pendidikan Khas dalam merealisasikan pendidikan untuk anak-anak istimewa. Bukan sedikit cabaran ditempuhi, namun sebuah kesabaran akhirnya menjadi hadiah kehidupan yang paling indah.



[4] Penulis di bawah program literary agent diterima penerbit.

Kumpulan penulis di bawah literary agent kursuspenulisan.com dalam proses menulis dan menyiapkan buku mereka.

Antaranya buku Mengurus Tingkah Laku Anak Melalui Pemberian nama oleh Ahmad Saifuddin Yusuf.

[5] HOTs dorong kanak-kanak berfikir lebih jauh




Kumpulan ibu-bapa dan pendidik memberi maklum balas mengenai kesan menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak selepas bengkel HOTs (High Order Thinking skills)

Program ini mendapat respon di luar Kuala Lumpur. Ia diadakan di Perak.

Dengan izin Allah ia berlaku. HOTs, iaitu High Order Thinking skill atau berfikir aras tinggi dapat dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menginjak masuk ke sekolah.

Apakah kebaikan HOTs kepada anak kita?

Ia memudahkan ibu-bapa mendorong anak-anak dalam persediaan berfikir aras tinggi di sekolah. Maka ia mengurangkan tiga beban ketika mereka di sekolah.

Iaitu;

  • Beban berfikir di luar buku teks. 
  • Beban berfikir berdasarkan teks. 
  • Beban berfikir menggunakan bahasa yang betul.

Klik komentar mereka di sini


[6] Kumpulan penulis novel mula aktif menulis di ruangan Ilham milik Karangkraf.


Allah jua yang memudahkan.

Membangunkan penulis novel bukan sahaja mengalihkan skil menulis.

Membangunkan penulis novel memerlukan empat komponen.

Kemahiran 4M Menulis-Menguar-uarkan-Menyokong-Memahami

Penulis novel menguasai 4M ini bagi memberitahu khalayak, "Saya wujud, saya menulis dan saya mahu ia dibaca."

30 orang peserta bengkel penulisan novel telah dibimbing beberapa perkara ini.

(1) Bagaimana membangunkan watak menggunakan peta watak. Menggunakan model drama Korea sebagai dilihat oleh trainer ketika berada di sana.

(2) Membangunkan lengkung cerita menggunakan model 'digigit ular' bagi mengelakkan situasi hilang punca yang dilalui oleh penulis baru.

(3) Diperkenalkan kaedah domino dan silang rangkai bagi membina booster nama penulis baru dikenali tiba-tiba. 30 orang penulis novel ini telah diperkenalkan tapak penerbitanya.

Mereka akan berusaha sebelum Konvensyen Penulis pada tahun 2014.


[7] Ebook panduan menulis novel diberikan kepada para alumni terawal

Sejumlah 20 orang alumni penulisan novel menerima ebook Teknik Menulis Novel tulisan trainer, Cik Puan Azzah Abdul Rahman.

[8] Kursuspenulisan.com menghadiri Melbourne Writer’s Festival di Australia. 




Kami membuat kajian pakej buku bagi sebaran dalam dan tertutup untuk peserta kursus. Ini penting bagi memberi kesan kesegaran kepada para alumni.

Pada masa sama membezakan antara penulis yang mempunyai gaya persembahan buku amatur berbanding persembahan premium dan profesional.

Itu adalah cerita mereka pada tahun 2013.

Cerita mereka, dahulu pembaca, hari ini  penulis.

Soalan

Apakah yang akan berlaku pada saudara bermula tahun 2014?

Kami menjemput saudara menjadi nama-nama baru yang akan muncul.

Letakkan matlamat, “Saya (nama saudara) akan berada di ...

akhbar …
majalah  …
penerbitan buku …”

Pertama

Hadir ke salah satu bengkel pilihan

[1] Bengkel Penulisan Novel Cinta pada awal Februari 2014
[2] Bengkel Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah pada awal Februari 2014
[3] Bengkel Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak pada Mac 2014
[4] Bengkel Penulisan Ebook pada Mac 2014
[5] Bengkel Penulisan Buku Umum pada April 2014
[6] Bengkel Tulis dan Terbit Sendiri (akan dimaklumkan)

Kedua

Para alumni kursuspenulisan.com terdahulu dan akan datang akan mendapat akses maklumat kehendak penerbit majalah, akhbar dan buku yang disediakan secara sulit dan tertutup untuk alumni.

Ketiga

Kursuspenulisan.com akan menyertai Sydney Writer’s Festival.

Insya Allah, maklumat dalaman akan diberikan kepada peserta yang menghadiri kursus.

Nantikan emel seterusnya berkenaan kursus-kursus bersifat praktikal kepada peserta.

Kami alihkan skil penulis premium dan profesional kepada saudara.

Tahun 2014 adalah tahun berbeza kepada saudara.

Mari kita lakukan agar pada satu hari nanti, anak-anak kita akan berkata, “Ini adalah karya ayah saya.” atau “Ini adalah karya ibu saya.”

Mungkin juga, “Ini adalah karya pasangan saya. Saya gembira melihat impian menjadi perkataan yang tercetak.”

Mereka yang sudah mendaftar akan menerima emel dan SMS daripada kami. Sekiranya belum, bermula dengan mengklik di sini.


Monday, December 16, 2013

Rusuhan di bengkel penulisan novel, manusia normal tercedera

Sekitar bengkel penulisan novel.

Allah jua yang memudahkan.

Membangunkan penulis novel bukan sahaja mengalihkan skil menulis.

Membangunkan penulis novel memerlukan empat komponen. Kemahiran 4M

Menulis-Menguar-uarkan-Menyokong-Memahami

Penulis novel menguasai 4M ini bagi memberitahu khalayak, "Saya wujud, saya menulis dan saya mahu ia dibaca."

Rusuhan idea baru di bengkel penulisan novel, manusia normal tercedera dan diberikan gaya fikir baru.





30 orang peserta bengkel penulisan novel telah dibimbing beberapa perkara ini.

(1) Bagaimana membangunkan watak menggunakan peta watak. Menggunakan model drama Korea sebagai dilihat oleh trainer ketika berada di sana.

(2) Membangunkan lengkung cerita menggunakan model 'digigit ular' bagi mengelakkan situasi hilang punca yang dilalui oleh penulis baru.

(3) Diperkenalkan kaedah domino dan silang rangkai bagi membina booster nama penulis baru dikenali tiba-tiba.

30 orang penulis novel ini telah diperkenalkan tapak penerbitanya. Mereka akan berusaha sebelum Konvensyen Penulis pada tahun 2014.

Mahu menjadi novelis yang menguasai skil menulis dan membina khalayak pembaca? Bermula klik di sini




Friday, November 15, 2013

CCBF Buku cerita kanak-kanak untuk menjajah dunia

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014



  • Cipta inovasi nilai baru walaupun kecil
  • Berikan nilai baru kepada kandungan buku dan bezakan daripada buku biasa-biasa dalam pasaran.
  • Jangan terlalu memaksa diri dan menekan bagi memasukkan nilai moral dan kebaikan ke dalam buku cerita bergambar kanak-kanak.
  • Fokus kepada pengalaman yang mencetuskan keterujaan kepada kanak-kanak.
  • Cipta kaedah yang praktikal dalam inovasi cerita.
  • Visi yang jauh sebuah buku cerita bergambar kanak-kanak berkaitan dengan siri, jenama dan masa. Jika mencapai sehingga 1.2 juta naskhah dalam pasaran, momentum bermula.
  • Kualiti isi kandungan buku cerita bergambar kanak-kanak yang bertahan 30 tahun dalam pasaran dikategorikan klasik.
  • Bangunkan ekosistem yang mendorong buku yang diterbitkan agar terus hidup.




Kajian kes buku best seller Magic School Bus di China
  • Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahun yang tinggi. Buku best seller seperti Magic School Bus mempunyai isi kandungan yang menjentik rasa ingin tahu.
  • Mempunyai enam siri dalam satu set.
  • Ia diterjemah oleh penterjemah kelas A.
  • Menggabung kumpulan pengulas, penilai, pendidik, penulis dan pengkaji menjadikan buku ini mempunyai kekuatan.
Idea-idea membangunkan jualan.

  • Fokuskan kepada bakal ibu-bapa. Mereka yang berada di luar negara akan kembali ke negara asal dan membeli siri buku yang dihasilkan.
  • Bangunkan platform untuk ibu-bapa ini berdiskusi dan mengetahu buku terbaru di pasaran.
  • Adakan seminar-seminar yang memberi nilai tambah kepada bakal pembaca.
  • Kewujudan micro blog dan keahlian berdaftar mendorong ikatan penulis dan pembaca.
  • Aplikasi mobile ˆmerupakan tulang belakang pemasaran buku.
  • Adakah aktiviti bersama perpustakaan.
  • Penulis mengadakan sesi membaca untuk anak-anak di pejabat.


Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Thursday, November 14, 2013

CCBF Rakyat China leka membaca buku bahasa Melayu?

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan bagi tujuan pelesenan ke luar negara. 

Kekuatan ilustrasi dan jalan cerita serta karakter yang dibangunkan mendorong sesiapa sahaja membelek dan bersedia mendengar ceritanya apabila disampaikan. 

Foto menunjukkan tingkah laku penerbit dan ibu-bapa terhadap buku cerita bergambar kanak-kanak yang dibawa oleh delegasi Malaysia.







Seorang anak, seribu tumpuan

Ibu-bapa di China mempunyai seorang anak, maksimum dua orang anak. Tumpuan ke atas anak diberikan sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dapat dilihat melalui aktiviti mereka selepas dan semasa membeli buku.





Tidak sekadar menjual buku

Strategi membangunkan pelanggan ibu-bapa untuk penerbitan akan datang. 

Sesetengah booth dibuka bukan untuk jualan buku. 

Sebuah booth khusus disediakan oleh penerbit. Mereka tidak menjual buku tetapi memberi hadiah percuma berbentuk bekas pensil. 

Pengunjung perlu mengimbas (scan) QR Code pada kad bisnes penerbit, kemudian isikan maklumat pada borang online melalui telefon bimbit.




Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Wednesday, November 13, 2013

CCBF Ulat Tiket kaya-raya kerana buku?

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Ulat tiket mengambil peluang menjual tiket masuk ke Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai China. Ibu-bapa sangat ghairah datang ke sini bersama anak-anak.



Rakus membeli buku

Situasi sebelum dan selepas booth ini dibuka kepada umum. Susunan buku hiasan pun separuh habis dijual.



Berkuli bagi mendapatkan skil

Hidup berkuli itu penting bagi mendapatkan skil. 

Selepas itu barulah hidup dengan bakat sendiri. Salah satu situasi berkuli yang tidak dapat saya lupakan adalah di MiTV Ansar di bawah Tuan Amir EtCetera Karim dan Tuan Jef Hazimin Jaafar. 

Peringkat awal berkuli dengan mereka, bayaran saya terima adalah sebungkus nasi dan teh o ais sahaja. 

Ketika itu bermulalah situasi mereka yang teruja berada di stesyen televisyen beransur-ansur keluar kerana bayaran nasi dan air sahaja. 

Kemudian barulah saya mendapat elaun. 

Bekerja di stesyen televisyen berbayar dalam masa yang singkat memberi idea bagaimana storibod, skrip, 'flow' dalam sebuah presentasi video dilakukan.

 Dari pra produksi sehinggalah post production, berkuli memberi erti buat, tahu dan berdikari. Skil 'berkarat' yang diberikan mereka pada tahun 2005 digunakan semula bagi penghasilan video pengenalan karya di booth Malaysia dan dijadikan bahan pelancaran 

Mereka yang di kampus ini kata-kata sebelum menulis jumlah gaji yang kita mahu, "Berkuli itu langkah seorang profesional bidang."





Satu-satunya anak yang mahu dikembangkan

Ibu-bapa di China mempunyai seorang anak, maksimum dua orang anak. Tumpuan ke atas anak diberikan sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dapat dilihat melalui aktiviti mereka selepas dan semasa membeli buku.




Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

CCBF Apabila buku bahasa Melayu memasuki pasaran China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Alhamdulillah, tim kursuspenulisan.com bersama delegasi Malaysia di bawah pimpinan Kota Buku tiba di Malaysia selepas seminggu berkampung di Pesta Buku Antarabangsa Kanak-Kanak di Shanghai, China. Esok akan mula mengemaskini perkara-perkara yang berlaku di sana. Insya Allah.

Sasaran semua delegasi bagi tujuan pelesenan melepasi sasaran.

Kepada 12 orang penulis yang melalui kursus di kursuspenulisan.com, ada berita baik dari Shanghai menyusul. Insya Allah.


Foto: Yuyuan Market di Shanghai.

Buku dan kanak-kanak

Ada masa, buku yang hilang berlaku juga.

Namun, penganjur dan penerbit membuka ruang bagi kanak-kanak membelek buku-buku terbaik mereka sambil diawasi oleh ibu-bapa.

Boleh jadi bar kod keselamatan diletakkan agar ia berbunyi apabila melepasi pintu utama.

Buku-buku terbaik antarabangsa juga dipamerkan secara umum.





Buku alumni kursuspenulisan.com menarik perhatian

Melihat tingkah laku pembaca buku di sini apabila membelek buku para alumni kursuspenulisan.com.

Survey dilakukan ke atas buku alumni bagi melihat apakah kecenderungan mereka dalam memilih buku cerita bergambar kanak-kanak.

Trainer akan menyenaraikan apakah keperluan akan datang perlu dilakukan alumni untuk projek penulisan akan datang dalam grup tertutup penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak.





Penulis buku cerita kanak-kanak popular di China

Penulis buku cerita bergambar kanak-kanak dikerumuni ibu-bapa yang mahu mendapatkan tandatangan penulis. Dikatakan perkembangan buku cerita bergambar kanak-kanak mengalami peningkatan secara konsisten sejak 10 tahun lalu.




Alumni kursuspenulisan.com dikerumuni kanak-kanak China

Alumni kursuspenulisan.com, Cik Puan Zatika Izati Puade menjadi tumpuan kanak-kanak di Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China. Menunggu cenderamata Kota Buku di tangan penulis buku cerita bergambar kanak-kanak ini.


Kami merancang penulis ke luar negara.

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak hasil kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Sunday, August 18, 2013

Berita. Doktor diberi surat 'amaran' jika tidak menulis



Alhamdulillah, alumni kursuspenulisan.com mendapat khabar baik selepas mengikuti kursus dan membuat kegilaan menghantar rencananya.

Kemudian, ini yang berlaku.


Allah jua memberi izin, mempermudahkan usaha beliau hadir dari Pahang ke Kuala Lumpur mengikuti kursus penulisan tempoh hari.

Ia ia adalah siren amaran yang dibunyikan. Gelombang ilmu sentuhan Dr Sahrol Azmi sedang membanjiri pemikiran ramai.

Kami mahukan saudara. Bermula dengan mengklik di sini.