Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label pasaran. Show all posts
Showing posts with label pasaran. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Bagaimana Ibu-bapa membunuh anak setiap hari

"Ibu-bapa 'bunuh' anak setiap hari?"

Menurut Tuan Syaizul Amal, bancian yang dibuat di 260 sekolah yang dilawati, didapati ibu-bapa hanya memerlukan 6 sehingga 12 bulan sahaja untuk mematikan semangat anak-anak membaca. Ia berlaku apabila berlaku peperiksaan UPSR. Anak-anak tidak dibenarkan menyentuh buku lain.

Itu sudah cukup untuk ibu-bapa membunuh minat mereka membaca sehingga dewasa.

Kata-kata ikon, Tuan Yusof Gajah, bagaimana dorongan ibu bapa agar anak membaca membunuh dalam diam semangat anak membaca.

"Sejak kecil saya senang membaca buku dan apabila sudah dewasa ada sedikit duit saya belanjakan untuk beli buku.

Buku dan saya begitu akrab sekali. Setiap bulan koleksi buku saya bertambah dan beberapa bulan kemudian almari buku pun bertambah.

Pernah berlaku pada suatu hari saya ke toko buku.

Di ruang buku kanak-kanak menjadi kegemaran saya, seorang anak yang berumur 7 tahun dengan bangganya meminta ibunya membeli sebuah buku bergambar.

Setelah ibunya melihat buku bergambar tersebut lalu ia berkata pada anak tersebut, “Buku ini tidak banyak tulisan, kita tukar sahaja dengan kamus."

Si anak terpegun, ibu merasa berjaya meyakinkan bahawa pilihannya tepat.

Saya tidak terkata.

Begitulah sikap sebahagian ibu bapa yang suka mematahkan semangat anak anak mereka."

Friday, June 7, 2013

Menulis buku temuduga. Adakah laku di pasaran?




"Sebesar mana keperluan buku panduan temuduga?

"Saya mahu menulis buku panduan temuduga. Adakah pasaran buku ini besar?"

Berkenaan rancangan menulis buku panduan temuduga, kenal pasti dahulu sejauh mana pasaran buku ini sebelum menulisnya.

Adakah judul ini banyak diterbitkan? Semakin banyak kategori seperti ini di kedai buku mudah ditemui, ia indikator permintaan pasaran wujud.

Pengalaman terdahulu menunjukkan buku temuduga ini tidak banyak penerbit mahu menerimanya kerana sebab berikut.

(1) Para penerbit tidak memilih mengedarkan buku di universiti yang sangat suam-suam kuku menjual buku bukan akademik.

(2) Maklumat mengenai temuduga sangat mudah ditemui di internet.

(3) Jualan buku sebegini sangat perlahan di pasaran. Ia menyebabkan penerbit tidak mahu mengambil risiko menyimpan di gudang (dan dicukai).

(4) Penulisnya bukan penceramah yang aktif membawa ratus naskhah dan dijual dalam seminar yang konsisten tarikh program setiap bulan.

Namun demikian, ada beberapa alternatif dapat diusahakan. Berkemungkinan rezeki Allah mengatasi sudut pandang saya berkenaan maklumat yang diberi berdasarkan pengalaman industri.

(1) Usahakan melihat penerbit yang pernah menerbitkan buku seumpama itu di pasaran. Dapatkan maklum balas mereka.

(2) Dijadikan ebook dan diterbitkan oleh Buku Pandai Publications. Ia dijual di downloadilmu.com

(3) Berikan konsep dan pakej baru terhadap buku itu. Sesuatu yang tidak klise sehingga penerbit berkata, "Oh, ini 'satu lagi' buku temuduga yang sama.

(4) Dijadikan artikel majalah setiap bulan berbanding terbit sebagai buku. Tuan boleh hantarkan ke majalah pelajar seperti majalah Wadah Siswa.

(5) Jadikan pakej baru dari segi judul dan penyampaian. Misalnya buku teknik mendapat kerja di bawah CEO atau seni menjawat jawatan dalam organisasi korporat atau seumpamanya. Daripada berbentuk panduan yang linear menjadi bentuk cerita. Diubah semula judul buku, strategi pintu belakang mendapat kerja idaman, 33 kisah calon dan petua mereka.

Nota: judul cadangan itu tidak melalui tapisan semakan permintaan pasaran.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini