Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Saturday, March 16, 2013

[Informasi] Bengkel Penulisan Ebook


Emel kepada para peserta yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan pada hari Isnin, 18 Mac 2013 jam 9.00 pagi.

Mohon Tuan dan Cik Puan menyemak inbox atau spam bagi mengikuti langkah seterusnya.

Kepada yang masih mahu turut serta menukarkan pengalaman menjadi buku, bertindak dengan mengklik maklumat pendaftaran di sini


Monday, March 4, 2013

[Coach] Ribut perkataan, banjir perkataan

Jam 3.00 pagi pun masih ada individu yang berjuang mahu menulis di kursuspenulisan.com Didoakan agar dipermudahkan usaha beliau.


Screenshot emel


Sementara itu, peserta coaching mula diterima penerbit bagi tujuan penerbitan.


Screenshot perkembangan mente coaching. Ebook dan buku beliau berkenaan apa? Klik (entri)


Ketika ini juga, kami sedang meneliti proposal para penulis yang bernaung di bawah perkhidmatan literary agent.

Salah satunya, meneliti proposal kit persediaan ibu-bapa baru menyambut kelahiran pertama, mitos dan petua.

[Petikan] “Semenjak dia menyemburkan air liurnya, banyak rambut saya gugur.” Ada ibu muda terkejut apabila beberapa bulan pertama selepas bersalin rambut gugur dengan luar biasa. Sebenarnya ini adalah perkara normal dan tidak perlu panik. Tiada kaitan dengan bayi yang menyembur air liurnya.




...

Nota kepada alumni dan bakal alumni.

  • Tidak ada kursus penulisan diadakan pada bulan Mac. Kami akan bermula April. Klik di sini
  • Ingin belajar dari rumah? Dapatkan kit pemula penulis bermotivasi dengan klik di sini

'Enter' yang semakin lama semakin sempit dada editor

Apabila mahu bermula di halaman baru, gunakan insert > page break.

Kepada bakal penulis, jangan gunakan fungsi enter berkali-kali bagi menjarakkan teks dari satu halaman ke halaman lain.

Apabila dibuka fail di komputer editor dan agent, kedudukan teks 'lari' dari kedudukan asal.



Foto menunjukkan kesan daripada menggunakan enter (warna biru). Ia masih di halaman yang sama dan menyebabkan kerja lewat bagi membersihkannya.

Apabila mahu bermula di halaman baru, gunakan insert > page break.


...

Nota kepada alumni dan bakal alumni.

  • Tidak ada kursus penulisan diadakan pada bulan Mac. Kami akan bermula April. Klik di sini
  • Ingin belajar dari rumah? Dapatkan kit pemula penulis bermotivasi dengan klik di sini

[Bengkel] Penulisan ebook (asas)


Sunday, March 3, 2013

[Media] Radio KLfm Temubual Tip Menjadi Penulis Bestseller



Kursuspenulisan.com ditemubual radio KLFM dalam zon Ulat Buku bersama DJ Yatt. Dalam sesi temubual ini diceritakan permulaan kerjaya penulis, cara memulakan tindakan, halangan dan ulasan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller serta Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dan Tip Menjadi Penulis Bestseller

[Coaching] Gemuk atau kurus kerana tulisan?



Entri ini adalah berkaitan alumni coaching berimpak tinggi kursuspenulisan.com, Puan Mary Anni.

Beliau dalam proses menulis ebook dan buku berkenaan penampilan yang seimbang dari aspek ABC iaitu Attitude, Behaviour dan Communication.

Kami meneliti modul-modul beliau dan mendapati ia mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana ia memenuhi prinsip baca (read) dan cuba (try), iaitu kita membaca dan terus dapat mengaplikasinya.

Puan Mary Anni bersedia berkongsi metod dan 20 kaedah yang digunakan bagi membantu kumpulan pembaca berikut.

(1) Kumpulan pembaca yang mahu kelihatan langsing sebagai motivasi menurunkan berat badan.
(2) Kumpulan pembaca yang mahu kelihatan langsing dan positif meskipun situasi sukar menurunkan berat badan. 
(3) Kumpulan pembaca yang mahu kelihatan langsing dan positif kerana tugas di pejabat memerlukan diri kelihatan begitu.
(4) Kumpulan isteri yang mahu suami kelihatan positif dan kemas di dalam dan di luar pejabat.



Mahu mendapatkan naskhah Puan Mary Anni apabila ia diterbitkan kelak sama ada buku cetak atau pun ebook?

Hantarkan mesej pada hari ini ke Puan Mary Anni di Facebooknya. Mohon klik di sini.


...

Nota kepada alumni dan bakal alumni.

  • Tidak ada kursus penulisan diadakan pada bulan Mac. Kami akan bermula April. Klik di sini
  • Ingin belajar dari rumah? Dapatkan kit pemula penulis bermotivasi dengan klik di sini


Risiko 'kesihatan' menulis kisah binatang peliharaan




Salah seorang peserta coaching kursuspenulisan.com, Tuan Jafni Johari Jiken pernah bertanya mengenai teknik menulis buku berkenaan haiwan peliharaan. 

Selain daripada suka atau sayangnya kita kepada binatang peliharaan dan mahu membukukannya, penulisan buku seperti ini memerlukan nilai yang setara dengan masa dan wang dibeli pembaca. 

"Saya mahu menulis mengenai kisah haiwan peliharaan saya sebagai karya motivasi. Bagaimana caranya?"

A Street Cat Named Bob adalah rujukan kepada mereka yang mahu mengangkat nilai cerita haiwan mereka ke dalam bentuk yang inspirasi dan mendorong.




Ia menceritakan mengenai kucing bernama Bob (kini mempunyai 12,000 pengikut Twitter) mengubah kehidupan seorang penagih heroin gelandangan.

Lihat tiga perkara apabila menulis buku inspirasi berdasarkan haiwan peliharaan.

(1) Kekuatan ceritanya yang bukan biasa-biasa yang membuat kita berkata, "Bahan klise..."
(2) Penyampaian penulisnya adakah menyebabkan kita berkata, "Wao," atau, "Err..."
(3) Nilai yang diangkat dari setiap sudut episod hidup sehingga kita teruja mahu membeleknya.

Uji cerita kita di Facebook dan analisa respons pembaca.




Pernahkah kita mendengar kisah Motong, kucing yang kehilangan kedua belah kaki hadapan kerana dipotong oleh manusia?

Ia menjadi bahan berita perdana. Simpati datang bertali arus. Kemudian, dari mana kekuatan cerita si Motong dari simpati menjadi inspirasi?

Ia datang dengan cerita lelaki yang merawat, memberi makan dan membela haiwan ini dengan cerita yang "Wao!" berbanding "Err..."

Si motong adalah permulaan simpati, lelaki yang membelanya memberi inpirasi. Episod demi episod hidup mereka adalah penggugah emosi.

Apakah risiko 'kesihatan' menulis kisah binatang peliharaan kita?
Jika tidak dirancang jenis emosi yang mahu dirasai pembaca, emosi kita terjejas.



Nota kepada alumni dan bakal alumni.

  • Tidak ada kursus penulisan diadakan pada bulan Mac. Kami akan bermula April. Klik di sini
  • Ingin belajar dari rumah? Dapatkan kit pemula penulis bermotivasi dengan klik di sini