Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label teknik penulisan. Show all posts
Showing posts with label teknik penulisan. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Pembacaan karya besar menurunkan penumpuan dalam pembacaan. Pe..an, pe...an dan pe...an

Kuliah kursuspenulisan.com kepada para penulis

Pemerhatian kursuspenulisan.com mendapati majoriti yang banyak membaca buku konsep, idea-idea besar, buku teori dan model menggunakan imbuhan pasif dalam penulisan mereka. Imbuhan yang mengandungi apitan;

me....an
ke....an
pe...an

Kesanya, penulisan mereka lambat dihadam pembaca, beban tumpuan pembaca meningkat, mesej semakin kurang persuasif apabila imbuhan pasif banyak digunakan dalam penulisan buku dan blog.

Tidak ada visual dalam kepala pembaca ketika membaca.

Dari aspek kedai buku, kita boleh mengukur bagaimana buku sebegini perlahan jualan di kedai buku kerana mendapat maklum balas pembaca yang memberi kesan kepada jualan.

Pembacaan karya besar menurunkan penumpuan dalam pembacaan.

atau

Membaca karya besar, tumpuan pembaca menurun sedikit demi sedikit.

Pilih salah satu ayat di atas.

Lebih lanjut.

Saturday, June 22, 2013

Pembaca menolak jatuh penulis kerana jerebu

"Jerebu, semakin ditulis semakin tidak difahami."

"Mengapa penulisan kita difahami oleh pembaca?"

"Mengapa sesetengah pakar bidang kecewa apabila buku mereka ditolak pembaca atas alasan sukar difahami?"

"Mengapa para pensyarah berhadapan situasi buku mereka difotostat oleh para pelajar. Mereka merasakan tidak berbaloi membeli buku pensyarah yang memenatkan otak mereka?"

Ini dinamakan indeks kabus atau fog index. Apabila kita menulis dan tidak difahami, ia bermaksud indeks kabus buku itu tinggi.

Mengapa terjadi begitu.

Salah satunya adalah pemilihan perkataan dan ayat yang ditulis tidak menepati ciri-ciri pembaca.

Contoh mudah.

Fahamkah saudara jika saya menyebut perkataan patela?

Jika faham ia bermakna saudara sama ada orang perubatan, bekas pelajar fisiologi atau pernah mendengarnya di hospital.

Maka, indeks kabus perkataan ini rendah.

Jika tidak faham bermakna indeks kabus perkataan ini rendah tinggi.

Patela bermaksud tempurung lutut.

Kali ini saudara sudah faham maksudnya. Maka indeks kabus perkataan ini rendah.

Ada lagi? Saya ceritakan di sini.

Bagaimana bold pada teks membunuh selera pembaca?

"Bolehkah saya gunakan bold sepanjang teks?"

Tip penulisan motvasi kursuspenulisan.com

Bold digunakan bagi menunjukkan pentingnya konsep itu disebut di dalam buku kita.

Bold digunakan sederhana agar maksud teks sampai apabila dibaca.

Kita andaikan begini;

Bold itu digunakan seperti pintu yang akan dimasuki oleh seseorang. Jika banyak bold banyak pintunya, mengelirukan pembaca.

Lihat contoh penulisan alumni kursuspenulisan.co di bawah, perbezaan penggunaan bold sebelum dan selepas.



Lebih lanjut, mohon klik di sini

Thursday, June 20, 2013

Pengetua kejam, bos zalim hasilkan buku motivasi?

"Berada di bawah pengetua yang sifatnya hmm... pun menjadi bukunya!"

Itu kisah Cikgu Esa Samad dalam proses menulis buku motivasinya. Saya petik kata-katanya;

"..Curahan idea menulis ketika bertugas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Di bawah ppengetua yang 'iron lady' lalu terhasil novel. Kemudian ketika bertugas di sebuah sekolah lain 10 tahun, kemudiannya di bawah pengetua yang hmm....hmm.. Terhasil dua buku motivasi dan kemahiran belajar...ha ha."




Cerita di pejabat juga tidak kurang manfaatnya apabila kita menukar cermin mata kehidupan.

"Bos yang marah-marah itu adalah idea bagi menulis buku motivasi."

Bos yang marah-marah adalah rezeki dalam menghasilkan buku motivasi di pejabat. Lihat apakah punca kemarahanya. Selidiki apa yang mengurangkan kemarahanya. Perhatikan perkara yang memudahkan kerjasama.

Hasilkan dalam bentuk tip-tip sehingga ia tebal menjadi buku.


Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart terbitan PTS dahulu adalah cara kami bekerja menulis buku. Tukarkan cermin mata kehidupan kita.

Lakukan sekarang. Kami di kursuspenulisan.com menunggu

Wednesday, June 19, 2013

Bagaimana penulisan yang bosan menjadi renjatan kepada pembaca?

Teknik menulis menggunakan kaedah human interest story dalam buku motivasi

Sebelum itu, apakah maksudnya human interest story?

"In journalism, a human interest story is a feature story that discusses a person or people in an emotional way.[1] It presents people and their problems, concerns, or achievements in a way that brings about interest or sympathy in the reader or viewer.

Human interest stories may be "the story behind the story" about an event, organization, or otherwise faceless historical happening, such as about the life of an individual soldier during wartime, an interview with a survivor of a natural disaster, or profile of someone known for a career achievement." [Wiki]

Situasi; Saya mahu menulis memilih yang halal di Jepun

Ada dua cara menulis.

Cara pertama, adalah cara bosan.

"Apabila anda di Jepun, cara memilih produk halal di 7/11nya adalah dengan melihat kod bar....."

Cara kedua, berikan renjatan. Tuliskan situasi yang membuat orang teruja mahu tahu.

"Seorang pelancong Malaysia berada di 7/11 bandar Osaka,di tangan kirinya serta kanan memegang air kotak, dia bertanya yang mana satu halal? Apabila berada di Jepun, cara memilih produk halal di 7/11 adalah dengan melihat kod bar..."

Nota:

"Ya! Saya dan rakan-rakan saya akan menghadiri bengkel penulisan motivasi pada 7 Julai ini. Saya berminat dan bermula mendaftar dengan mengklik sini 

Tuesday, June 18, 2013

Apakah perkataan pertama yang menjadikan pembaca 'sakit jantung'?


Bagaimana menulis rencana dan bab motivasi berkenaan personaliti?

(1) Mulakan dengan konflik sebagai faktor kejutan penulisan.

Misalnya, kita mahu memaparkan kisah seorang individu yang sangat menghafal peribahasa.

Mulakan dengan cerita saat beliau paling tertekan apabila 2000 peribahasa yang dihafal sejak tiga tahun lalu tiba-tiba hilang ketika diajukan soalan oleh rakan sekerja.

Apa yang berlaku selepas itu?

(2) Berikan gelaran kepada personaliti.

Misalnya, kita mahu memaparkan kisah seorang individu yang sangat menghafal peribahasa.

Boleh juga jika penulis memberi gelaran atau ketahui gelaran yang diberikan rakan-rakan.

Jika mencari 'peribahasa hidup', mungkin di hadapan saya adalah orangnya.... atau, Rakan-rakan sepejabat memanggilnya Peribahasa Hidup kerana tabiatnya yang.....



Penulis motivasi marah-marah dan menyerang pembaca?


"Gunakan modal diri dan diri orang lain sebagai pencetus rangka penulisan."

(1) Tanpa ayat marah-marah kepada orang lain dan pembaca.
(2) Menceritakan situasinya sukar paling tinggi dalam subjek itu.
(3) Menyampaikan pelan tindakan secara teratur.
(4) Tidak menyuruh pembaca mengikut caranya. Hanya tunjukkan sahaja
(5) Tidak mengatakan cara beliau satu-satu yang terbaik

Langkah penulisan buku motivasi. Mohon klik di sini.

Bagaimana penulis menipu otaknya sendiri?

Tip penulisan buku motivasi. Saya petik;

There is no such thing as mental block

Bob Levenson, arguably the best print copywriter of all time; 1972 inductee into The One Club Creative Hall of Fame

Levenson regarded mental block as nothing more than spending too much time going in the same direction.

His solution: Turn around and go the other way. If writing something humorous fails, use a serious approach. If a short headline doesn't work, try a long one.

Petikan berakhir.

Buku motivasi yang kita hasilkan kekal hambar sekiranya kita masih mengguna pakai kaedah lama bagi menulis. Apakah yang dimaksudkan kaedah lama yang menyebabkan pembaca berkata, "Ah! Sama sahaja." dan kaedah baru yang mendorong pembaca berkata, "Ini menarik!"


Nota: Buku apa yang penerbit mahu daripada saudara

Monday, June 17, 2013

Dedikasi, perkataan yang melonjakkan buku?

"Kuasa dedikasi mengikat pembaca."

Dorongan sebuah buku ke atas pembaca bermula pada perkataan yang tertera pada tajuk, blurp hadapan, sinopsis buku dan visual.

Aspek menulis dedikasi juga memberi impak kepada pembaca. Ia mengalihkan pembaca dari seorang yang asing menjadi akrab melalui emosi yang disampaikan melalui perkataan.

#Tip penulisan

Sunday, May 26, 2013

[Singapura] Tahu dua bahasa membunuh kanak-kanak?


Tip ekspress kursuspenulisan.com bersama John Gunnarson.

Dalam topic Strategies for Supporting Dual Language Learners, Tuan John Gunnarson mendedahkan mitos dalam penguasaan dwibahasa oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak mudah keliru apabila mempelajari dua bahasa adalah satu mitos yang ditolak berdasarkan kajian yang dilakukan.

Tindak balas otak dan penerimaan bahasa kedua oleh kanak-kanak lebih cepat apabila mereka didedahkan pada peringkat awal.

Meskipun kanak-kanak didedahkan kepada bahasa kedua dalam kehidupan, bahasa utama yang menjadi bahasa ibunda mesti lebih kuat dominasinya dari aspek pertuturan, penulisan dan percakapan.

Ia memberi kesan kepada pembangunan identiti kanak-kanak.

Salah satu ciri kanak-kanak menguasai satu bahasa yang dominan berbanding bahasa kedua, kanak-kanak itu menguasai lebih banyak perkataan yang seerti dan dapat menulis ayat yang lebih panjang.

Kanak-kanak penutur dwi bahasa didapati mempunyai kemampuan mencari pertalian perkataan demi perkataan berkaitan apabila mereka mendengarnya.

Kanak-kanak yang menguasai dwibahasa bertindak balas terhadap perkataan jauh lebih ke hadapan berbanding penutur satu bahasa.

Friday, May 24, 2013

Emas yang semakin jatuh harga pasaran walaupun pelombongnya kaya




Bagaimana emas perkataan jatuh nilai walau pun penulisnya mahal dalam pasaran?

"Saya seorang pengurus mempunyai 30 tahun pengalaman di bank."
"Saya pegawai di bank selama 20 tahun yang mengurus kerja melibatkan ringgit dan sen di bank."
"Saya sudah mengusahakan cendol selama 100 tahun, tahun hadapan tahun ke-101."

"Kami semua ada banyak perkara mahu diceritakan dan mahu ditulis. Kami mahu orang baca."

Mahu tahu apa yang berlaku kepada ketiga-tiga individu yang pengalamanya berstatus emas?

Nilai ceritanya jatuh dalam pasaran, orang tidak mahu membaca.

Mengapa begitu?

Saya terangkan begini.

Pernahkah kita duduk dengan seseorang yang mengagumkan kita dengan pengalaman hidup dan kerja. Kita teruja mendengar.

Selepas pulang ke rumah, hanya satu sahaja cerita kita ingati berbanding berbelas-belas cerita yang penuh suka, duka, strategi dan taktik.

Pernah bukan?

Mengapa kita hanya mengingati satu sahaja berbanding berbelas-belas ceritanya yang lain.

Sebabnya, apabila pencerita tidak fokus kepada satu tema sahaja, pembaca hilang arah.

Bayangkan jika si pencerita memfokuskan satu topik sahaja. Mari kita lakukan pilihan.

"Saya seorang pengurus bank selama 30 tahun, hari ini saya mahu bercerita 30 taktik tipu daya bank ke atas pelanggan seperti saudara."

Atau pilihan ini?

"Saya seorang pengurus bank selama 30 tahun, hari ini saya mahu bercerita semuanya."

Mana satu yang lebih fokus dan menangkap perhatian saudara?

Klik dan Bermula di sini

Tuesday, March 19, 2013

Kacing! Seni menulis untuk pembaca berkocek besar.





Kepala saya masih teringat pertemuan di Media Prima Business Network sebentar tadi. Fokus, "Jangan buang masa klien, terus kepada mesej kita."

Bagaimana mereka berusaha kuat menarik RM200,000 daripada setiap orang yang hadir melalui pakej pengiklanan yang ditawarkan mereka.

Program mereka diadakan setahun sekali. Ia diadakan selama tujuh hari di Hilton Sentral sahaja. Mereka meletakkan peserta sebagai kumpulan berkocek besar, metod mereka terus kepada agenda.

(1) Waktu presentasi 30 minit sahaja berdasarkan pilihan klien. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak membuang masa mendengar ceramah produk. Fokus kepada apa yang mahu diberikan kepada mereka.

(2) Ia dinamakan mini seminar di bawah kerangka business network. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak hadir ke sana sebagai pelanggan. Mereka datang sebagai rakan niaga.

(3) Setiap seorang klien diiringi oleh seorang pegawai jualan yang berusia 40-an atau yang berwajah matang. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar berurusan dengan kumpulan yang dilihat senior berpengalaman yang dapat membaca peta perkembangan perniagaan mereka.

(4) Lokasi yang dipilih adalah lokasi yang sesuai dengan gambaran kocek klien. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak berada di kawasan yang sibuk dan bingit bagi transaksi bernilai 000,000 digit.

(5) Presentasi untuk orang sibuk. Ia dilakukan selama 30 minit memfokuskan kepada presentasi berbentuk siaran maklumat pada skrin. Kemudian, pegawai jualan menyambung menerangkan pakej tahunan. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak membuang masa mendengar ceramah produk. Fokus kepada apa yang mahu diberikan kepada mereka.

(6) Model tawaran setahun sekali ini saya anggap sebagai kantung asas operasi ketika mana menguruskan kantung perkembangan bisnes. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar melihat ia satu tawaran rakan niaga yang eksklusif.

(7) Berdasarkan soalan demi soalan yang ditanya mereka menyaring kumpulan klien yang diberi fokus utama atau fokus sederhana. Mengapa?

Mengasingkan kumpulan klien memudahkan pemasaran dilakukan ke atas kumpulan yang betul.

(8) Wanita berambut perang dan bermata biru yang menjaga meja pendaftaran dapat dilihat sebagai cara merangka persepsi kepada pelanggan. Mengapa?


Kumpulan berkocek besar mendapat persepsi tahap tawaran urus niaga ini pada kedudukan tertentu. Malah, mereka berkocek besar dipanggil VIP Delegate, bukan visitor bagi membezakan nilai mereka.






Melalui maklumat kasar ini, saya berfikir;

Bagaimana pula dengan buku atau ebook yang ditulis untuk kumpulan pembaca berkocek besar?

Dapatkah situasi tadi dapat dikaitkan dengan tingkah laku kumpulan berkocek besar apabila mereka memilih bahan bacaan?

(1) Apakah presentasi kulit buku yang mencipta persepsi positif pada fikiran pembaca berkocek besar?
(2) Bagaimana menyusun isi kandungan yang memenuhi gaya membaca pembaca berkocek besar?
(3) 'Hilton' yang mana satu dikunjungi pembaca berkocek besar agar dapat menemui buku kita?


Nota: Dapatkan maklumat Bengkel Penulisan Ebook (6 April), Coaching Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak (7 April). Klik di sini

Monday, March 4, 2013

'Enter' yang semakin lama semakin sempit dada editor

Apabila mahu bermula di halaman baru, gunakan insert > page break.

Kepada bakal penulis, jangan gunakan fungsi enter berkali-kali bagi menjarakkan teks dari satu halaman ke halaman lain.

Apabila dibuka fail di komputer editor dan agent, kedudukan teks 'lari' dari kedudukan asal.



Foto menunjukkan kesan daripada menggunakan enter (warna biru). Ia masih di halaman yang sama dan menyebabkan kerja lewat bagi membersihkannya.

Apabila mahu bermula di halaman baru, gunakan insert > page break.


...

Nota kepada alumni dan bakal alumni.

  • Tidak ada kursus penulisan diadakan pada bulan Mac. Kami akan bermula April. Klik di sini
  • Ingin belajar dari rumah? Dapatkan kit pemula penulis bermotivasi dengan klik di sini

Sunday, March 3, 2013

Risiko 'kesihatan' menulis kisah binatang peliharaan




Salah seorang peserta coaching kursuspenulisan.com, Tuan Jafni Johari Jiken pernah bertanya mengenai teknik menulis buku berkenaan haiwan peliharaan. 

Selain daripada suka atau sayangnya kita kepada binatang peliharaan dan mahu membukukannya, penulisan buku seperti ini memerlukan nilai yang setara dengan masa dan wang dibeli pembaca. 

"Saya mahu menulis mengenai kisah haiwan peliharaan saya sebagai karya motivasi. Bagaimana caranya?"

A Street Cat Named Bob adalah rujukan kepada mereka yang mahu mengangkat nilai cerita haiwan mereka ke dalam bentuk yang inspirasi dan mendorong.




Ia menceritakan mengenai kucing bernama Bob (kini mempunyai 12,000 pengikut Twitter) mengubah kehidupan seorang penagih heroin gelandangan.

Lihat tiga perkara apabila menulis buku inspirasi berdasarkan haiwan peliharaan.

(1) Kekuatan ceritanya yang bukan biasa-biasa yang membuat kita berkata, "Bahan klise..."
(2) Penyampaian penulisnya adakah menyebabkan kita berkata, "Wao," atau, "Err..."
(3) Nilai yang diangkat dari setiap sudut episod hidup sehingga kita teruja mahu membeleknya.

Uji cerita kita di Facebook dan analisa respons pembaca.




Pernahkah kita mendengar kisah Motong, kucing yang kehilangan kedua belah kaki hadapan kerana dipotong oleh manusia?

Ia menjadi bahan berita perdana. Simpati datang bertali arus. Kemudian, dari mana kekuatan cerita si Motong dari simpati menjadi inspirasi?

Ia datang dengan cerita lelaki yang merawat, memberi makan dan membela haiwan ini dengan cerita yang "Wao!" berbanding "Err..."

Si motong adalah permulaan simpati, lelaki yang membelanya memberi inpirasi. Episod demi episod hidup mereka adalah penggugah emosi.

Apakah risiko 'kesihatan' menulis kisah binatang peliharaan kita?
Jika tidak dirancang jenis emosi yang mahu dirasai pembaca, emosi kita terjejas.



Nota kepada alumni dan bakal alumni.

  • Tidak ada kursus penulisan diadakan pada bulan Mac. Kami akan bermula April. Klik di sini
  • Ingin belajar dari rumah? Dapatkan kit pemula penulis bermotivasi dengan klik di sini

Tuesday, November 27, 2012

Buku, jurujual senyap untuk si anak

Dalam sesi coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak, kami diajukan soalan "Bagaimana memujuk ibu-bapa membelek dan membeli buku cerita bergambar kanak-kanak?"

Situasi buku cerita bergambar kanak-kanak berhadapan dua keadaan, satu di dalam penerbitan dan satu lagi di kedai buku.

Situasi di dalam rumah penerbitan, kumpulan editorial berhadapan kesukaran menjawab soalan jualan buku cerita bergambar kanak-kanak. Berhadapan situasi jualan yang perlahan menjadikan buku cerita bergambar kanak-kanak dilihat tidak menguntungkan.

Kata jurujual yang tidak dilatih memahami produk ini, "Buku ini sukar dijual, tidak ada orang mahu membeli. Terbitkan buku yang mudah kami jual di kedai-kedai buku."

Situasi di kedai buku, ibu-bapa melihat buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai satu pembaziran. Mereka melihat buku yang mahal harganya kerana kualiti kertas, penuh ilustrasi dan warna tetapi kurang perkataan.

Kata ibu-bapa, "Buku cerita bergambar kanak-kanak kurang perkataan. Anak saya tidak pandai membaca dengan buku yang mahal ini."

Dua kumpulan ini berlaku dalam situasi penerbitan buku tempatan.

Buku cerita bergambar kanak-kanak meskipun sudah lama di pasaran, ia belum dilihat sebagai sebahagian praktis ibu-bapa bagi menjadikan ia dalam senarai buku wajib dibeli.

Bagi sebuah negara yang menghargai seni dan sastera sehingga remaja punk juga tahu sebahagian petikan karya Shakespeare tidak berhadapan dengan kedua-dua situasi ini.

Model penerbitan buku cerita bergambar kanak-kanak tempatan tidak melalui inovasi pakej dan struktur yang dapat memujuk ibu-bapa membelikan untuk anak mereka.

Terdapat beberapa cara mempakejkan buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai umpan kepada ibu-bapa.


  • Pertama, sediakan panduan ibu-bapa pada beberapa halaman di belakang buku cerita bergambar kanak-kanak.
  • Kedua, panduan itu disertakan bersama foto bagaimana buku itu dapat digunakan untuk anak.
  • Ketiga, kehendak ibu-bapa berkata,  "Saya mahu anak saya pandai membaca" berada di halaman terakhir buku. Kaitkan kajian para ahli akademik dan perkembangan pembaca buku seperti ini.
  • Keempat. Tuliskan satu sehingga tiga ayat sahaja pada kulit buku bagi menggambarkan kekuatan buku. Ia akan dibaca oleh empunya diri sebelum lulus beli.
  • Kelima. Usahakan strategi menulis dan menerbitkan dalam dwi bahasa. Ia sebagai cara menerobos rak bahasa Inggeris dan pada masa sama memanjangkan hayat buku di kedua-dua rak. 
  • Keenam, satu perenggan dengan ayat paling ringkas daripada tokoh yang dikenali keintelektualan dan fungsinya dalam masyarakat melalui bidang ini dimasukkan dalam buku bersama  foto.
  • Ketujuh, bekerjasama dengan pengusaha tadika dan taska bagi menulis buku cerita bergambar kanak-kanak yang akan menjadi buku rasmi.
  • Kelapan, gunakan satu atau dua foto ibu bapa yang memegang buku itu dan berpuas hati pada kesan buku itu. Mereka adalah kumpulan makmal ujian kita sebelum buku diterbitkan.
  • Kesembilan, memilih mentor bagi memandu arah kita menggunakan sistem dan kaedah yang betul.
Langlah-langkah di atas akan semakin kurang digunakan dalam penerbitan apabila ibu-bapa secara sedar dan tahu mahu membeli buku cerita bergambar kanak-kanak tanpa berkata, "Nipis dan banyak lukisan sahaja. Kurang perkataan dan mahal!"

Tuesday, August 28, 2012

Ayat visual mendorong pembaca


 "Saya mengharapkan lebih banyak paluan kompang dan tangisan bayi tidak lama lagi," kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menyentuh tentang menambah bilangan rakyat Singapura.

Kaedah ini memberi kesan visual dalam penulisan bagi membicarakan sesuatu topik. Seni bagi kita menggantikan ayat, "Kerajaan berusaha ke arah pertambahan  angka kelahiran setiap tahun."






Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini