Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label mentor. Show all posts
Showing posts with label mentor. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Umur sembilan tahun, apa sudah jadi pada masyarakat?


foto hiasan

Ada seorang penulis berusia 9 tahun. Berulang-alik dari rumahnya di Putrajaya ke rumah penerbitan di Shah Alam.

Kerana beliau meminati novel remaja seorang novelis, beliau menguasai teknik penulisan yang baik melalui novel yang menggunakan bahasa Melayu tinggi.

Melihat kesungguhan penulis berusia 9 tahun itu, penerbit membantu membimbing beliau menulis novel kanak-kanak.

Kata penerbit, "Penulis berusia 9 tahun itu mempunyai kemampuan bercerita secara kronologi, menarik jalan ceritanya. Kami mengajar beliau twist and turn dalam ceritanya agar lebih menarik."

Apa yang dilakukan oleh penerbit ke atas penulis berusia 9 tahun itu?

(1) Memberi latihan penulisan novel yang ringkas dan ringan kepadanya. Semakin diberi semakin mahir satu persatu teknik yang diberikan.

(2) Penerbit memberi buku laporan yang menyenaraikan perkembangan mingguan penulis berusia 9 tahun itu.

(3) Bapa kepada penulis berusia 9 tahun akan menandatangani buku laporan penulisan novel dan membantu meningkatkan estim diri anaknya.


....

"Saya mahu menjadi penulis dan saya bermula dengan klik di sini"

Sunday, October 14, 2012

Domino mentor dan buku pencetus buku baru


Apabila menulis buku baru, modalnya sebuah lagi buku. Pengalaman Tuan Muhd Nur Iman Ramli dalam menghasilkan buku Fail Sulit Presiden Amerika. Beliau mencatatkan petuanya dan fotonya seperti berikut.

.....



Kerana terinspirasi dengan buku nombor satu, saya bertanya khabar penulis tersohor buku nombor 2 perihal kaedah penerbitan buku.

Pertemuan dengan penulis buku nombor 3 membakar lagi motivasi saya untuk menulis.

Individu yang terpampang pada buku nombor 4 bertanggungjawab merealisasikan impian saya menjadi penulis.

Berkat bantuan semua individu di atas, terhasil buku nombor 5.

.....


  • Buku pertama, penulisnya pencetus minat
  • Buku kedua, trainer pencetus cara
  • Buku ketiga, ikonya pencetus rasa
  • Buku keempat, editor di kulit buku pencetus kerja
  • Buku kelima, penulis baru pencetus cerita


Cara menulis dan melihat kelahiran buku sendiri di sini.