Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label penulis bersama. Show all posts
Showing posts with label penulis bersama. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Penulis hantu, halalkah hasil penulisan mereka?



Siapakah Ghost Writer?

Benarkan penerbit dan penulis Ghost writer tidak mematuhi syariah?

Soalan ini mendorong saya menemubual beberapa pengamal industri buku dan mendapatkan maklum balas mereka.

Ghost writer dianggap pekerja kepada individu yang mengupah beliau, dengan kata lain ghost writer mempunyai majikan.

Maka kita tidak meletakkan mereka sebagai penulis utama apabila beliau dibayar atau digajikan menulis buku itu kerana ia menjadi hak majikan.

Dari satu aspek yang saya dapatkan daripada pandangan profesional;

(1) Ghost writer yang dibayar untuk menulis mungkin tidak wajib untuk diletakkan di depan. Ini bergantung kepada orang yang membayar upah.

[2] Orang yang membayar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas karya yang sudah dibelinya.

[3] Tetapi, jika orang yang membayar mahu meletakkan nama ghost writer di depan, maka itu pun boleh.

[4] Adakah praktis ini patuh syariah kerana ia tidak transparen kepada pembacanya? [Jawapan pengamal] Saya kira intipatinya adalah berapa transparen kita dalam mempersembahkan karya ini.

[5[ Saya tidak fikir konsep nama atas kaver itu isunya, tetapi saya percaya kita perlu masukkan dalam kredit nama-nama orang yang menyumbang kepada penghasilan sesuatu karya itu. Ruang kaver itu memang terhad.

[Nota tambahan Zamri Mohamad]

Dalam amalan penerbitan, tiga nama sahaja berada di hadapan meskipun ada 10 orang menyumbang setiap bab. Nama mereka yang lain berada di dalam.

Tiga nama di hadapan adalah pencetus projek dan mereka yang mengawal keseluruhan proses kerja sehingga mencapai tahap kualiti karya.

Selebihnya dimasukkan dalam halaman dalam di ruangan kredit dan permulaan bab.

[7] Pengupah perlu kreditkan ghost writer yang digunakannya dalam menghasilkan karya itu. Ini elok dibuat dalam foreword.

[8] Soalan saya; Bolehkah kita katakan, dari aspek muamalat ekonomi penulis-pembaca buku berdasarkan landasan syariah compliant karya iaitu;

Sebenarnya konsep penulis hantu tidak wujud (tidak syariah compliant) kerana ia memberi persepsi tidak tepat kepada pembaca, siapakah penulisnya.

Jawapan pengamal industri [1]; Benar. Sebenarnya Ghost writer ini daripada sudut etika pun salah pada pandangan saya sebab ia dikira 'mengaburi' pembaca mengatakan beliau adalah penulis sebenar.

Jawapan pengamal industri [2]; Penulis yang baik etikanya, akan kreditkan pihak-pihak yang membantu beliau dalam foreword.

Jawapan pengamal industri [3]; Bahagian kredit di dalam halaman dalam buku menyenaraikan semua yang terlibat dalam penulisan buku.

* Perbincangan masih diteruskan.

Wednesday, May 22, 2013

Akibat salah memilih huruf untuk dikunyah, penulis terluka bibir

Dalam kesibukan mengendalikan latihan demi latihan penulisan sebagai bekal akhirat kami bersama-sama. Saya juga melalui situasi lewat menyediakan manuskrip dan rencana.

Ada beberapa perkara yang saya lihat dapat menaikkan momentum penghasilan karya.

(1) Penulis dan penyunting buku sebagai tim yang diraikan nama berdua di hadapan kulit buku atau nama pada rencana.

(2) Penulis bersama yang saling dorong mendorong menyiapkan karya. Kajian kes, buku Cerita dari Syurga terbitan PTS melibatkan tiga orang penulis. Manakala buku Mencari Pohon Emas, Kembara Lima Putera melibatkan lima orang penulis.

(3) Para pembaca awal menyumbang beramai-ramai isi buku tersebut dan nama mereka disenaraikan dalam buku itu.Kajian kes, buku Business Model Generation tulisan Alex Osterwalde dan Yves Pigneur melibatkan 470 orang penyumbang.

(4) Penulis senior menyemak karya penulis junior. Penulis junior meletakkan nama penulis senior sebagai cara mempercepatkan penerimaan di kedai buku. Kajian kes seperti siri buku Datok Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan para penulisnya.

Nota: Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah dibuka pada 15 Jun 2013, pra tindakan di http://bit.ly/penulisbebas


Monday, July 23, 2012

Tulis bersama-sama untung bersama-sama



Menjadi penulis buat pertama kali adalah satu perkara yang sukar. Situasi sukar disebabkan beberapa perkara.

(1) Tidak ada pengalaman menulis sebelum ini yang dapat dijadikan pendorong.
(2) Penulisan bukan perkara penting kepadanya. Jika tidak menulis pun, individu itu masih boleh mendapat gaji daripada pekerjaan sedia ada.
(3) Percaya bahawa karyanya tidak sedap dibaca.
(4) Terasa bahawa menulis merupakan proses yang mengambil masa lama. Semakin lama semakin kurang daya menulis.

Salah satu perkara yang dapat dilakukan bagi mengatasi situasi ini adalah bermula dengan menulis secara bersama. Ketahui siapakah di kalangan individu yang kita kenali mahu berkolaborasi menulis bersama-sama.

Saling mendorong dengan menyiapkan bab demi bab dari masa ke semasa.

Manuskrip dapat disiapkan segera dan kita dapat mengawal emosi kesukaran dalam diri.

Zaman 'kedekut' menulis seorang diri kerana mahu royalti seorang diri sudah lama berlalu.

Apa gunanya menulis seorang diri sehingga mengambil masa setahun baru siap karyanya. Sedangkan ada seorang lagi sudah lama siap mengambil idea yang sama dan siap menulisnya dalam tempoh sebulan bersama rakan.

Dia mengambil pendapatan itu sebelum saudara.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini