Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label penulis. Show all posts
Showing posts with label penulis. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

CCBF Apabila beruang mengikat hati kanak-kanak China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014


Apabila beruang mengikat hati kanak-kanak China
Siri Smurfs yang dicipta pada tahun 1958 di Belgium oleh pekomik bernama Peyo mula memasuki China pada tahun 1970. Kemudian satu persatu siri berilustrasi memasuki pasaran dan menjadi tumpuan pelesenan di China.

Dalam situasi pemilihan buku cerita bergambar kanak-kanak di China, ikon haiwan dipilih kerana sebab-sebab berikut.

(1) Ia mudah dibangunkan oleh penerbit
(2) Membawa ciri-ciri tradisional pada karya.
(3) Lebih mudah menembusi pasaran.
(4) Haiwan dibangunkan menjadi fokus utama karya.
(5) Ia mudah dijadikan siri lanjutan oleh pengkarya asal dan pengkarya lain.
(6) Berkembang secara konsisten dan tidak terburu-buru dalam penguasaan pasaran.

Contohnya siri Victor and Friends yang dihasilkan oleh Janivens dilesenkan ke China. Direkodkan nilai jualan adalah USD2,500,000 dan 25 negara melesenkan siri ini.

Janivens bukanlah seorang ilustrator profesional. Pada usia 40 tahun beliau berkarya. Beliau menumpukan masa di rumah bersama empat orang anak dalam proses menghasilkan Victor and Friends.

Pada tahun 2009 ia memberi impak global selepas 10 tahun di pasaran. Resipi kejayaan Victor and Friends

(1) Karakter dibangunkan dengan teliti.
(2) Lukisan tangan.
(3) Mempunyai nilai universal.



Kanak-kanak dan Dangdang (ala Amazon)

Dangdang.com merupakan elemen utama dalam sektor jualan online.

Ditubuhkan pada tahun 1999 dengan kakitangan purata umur 28 sehingga 30 tahun. Mereka menjadikan misi mencipta senyuman sebagai keseronokan bekerja.

Dandang mendominasi sekitar 50% pasaran tempatan. Mereka memfokuskan kepada sains, kartun dan buku cerita bergambar kanak-kanak.

Fokus mereka membangunkan satu web bagi sebuah buku cerita bergambar yang dihasilkan.

Pembangunan buku bersiri sekurang-kurangnya empat judul dalam satu siri.

Pasukan Dandang menekankan kepada nilai, "Buku yang terbaik di pasaran mempunyai keluarga (jemaah) yang terbaik. Dua nilai, iaitu faham dan hormat buku cerita kanak-kanak."

Salah satu projek yang diusahakan bersama seorang penulis mengambil masa tiga tahun sebelum diterbitkan, iaitu art book.

Pada tahun 2014, mereka memfokuskan kepada buku kanak-kanak berkaitan

(1) Puisi
(2) Sains
(3) Seni lukis
(4) Seni bina


Merancang bestseller ke China

Dangdang melihat review pembaca umum adalah formula kejayaan buku di pasaran. Perkembangan ibu-bapa kontemporari yang drastik mendorong mereka melihat corak pandangan para pembaca.

Mereka meletakkan syarat kakitangan di Dangdang hanya yang mempunyai rasa cinta pada buku sebagai faktor perkembangan mereka.

Buku yang diterbitkan digabungkan dengan aktiviti luar yang mempunyai kaitan tema. Misalnya jika buku itu berkaitan gajah, maka aktiviti berkaitan akan dibangunkan.

Pada tahun 2013, para penerbit kecil di China mula bergabung bagi terus relevan di pasaran. Kek musuh dikecilkan dan amalan bergabung semakin membesar.


Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Sunday, September 22, 2013

Berapa ringgit jam satu tengah hari?

Ketika bengkel penulisan buku motivasi anjuran kursuspenulisan.com, saya diajukan soalan. "Tuan, bahagiakah menjadi penulis?

Ada yang bersengkang mata menulis dan seumpamanya."

Salah satu respon saya, "Adakah saya bahagia apabila dapat membeli lebih banyak masa untuk saya menziarahi ibu pada bila-bila masa? Dengan izin Allah, menjadi penulis memberi saya peluang membeli masa."

 Al Fatihah kepada ibu yang memberi redha ke atas pilihan saya ini.

Penulis baru, bermula di sini

Adakah saudara berani mengakui dan mahu diukur kejujuran dalam penulisan?

Para alumni kursuspenulisan.com juga mengikuti satu persatu perkembangan penulis best seller, kontroversi karya dan persoalan sama ada mereka jujur atau tidak.

Ia berlingkar di sebalik isu plagiat dan petikan sumber.

Selaku trainer, kami tidak dapat meletakkan satu formula mengukur aspek jujur penulis itu. Ia di luar kemahiran dan kemampuan kami.

Tetapi modul kami meletakkan asas yang jelas, apakah itu etika, ciri-ciri plagiarism dan seni adaptasi. Itu sahaja. Kita usahakan sama-sama.

Ini berkait juga perbincangan mengenai penulis popular La Tahzan yang mempunyai kontroversinya sendiri dengan buku La Tayass.



Petikan Wiki

Al-Qarni is best known for his self-help book La Tahzan (Don't Be Sad), which is aimed at Muslims and non-Muslims alike. Al Qarni was recently sued for plagiarism. After being found guilty of stealing the work of female writer Salwa Aededan, al Qarni's book La Tayass (Do not Despair) was banned and blacklisted by Saudi authorities. Another Saudi author has filed yet another plagiarism case against al Qarni, who responded that plagiarism is acceptable among religious scholars.

Sudut pandang saya

(1) Isu kedudukan hak cipta di dunia Arab sering bertentangan antara dibolehkan atau tidak mengambil karya orang lain. Ada yang berkata boleh dan ada berkata tidak. Ia menjadi perbincangan ulama yang tidak sudah-sudah.

(2) Situasi La Taayas sudah selesai. Perundangan sudah meletakkan keputusan. Penulisnya saya yakin akan mempunyai kebaikan dan kemuliaan yang menjadi sebab dipermudahkan Allah dengan rezeki idea buku-buku seterusnya. Insya Allah.




Sama juga seperti kes Norman Vincent Pale.

Direkodkan, beliau mengalami rasa tidak yakin  ketika menghasilkan buku motivasi The Power of Positive Thinking.

Draf manuskrip ini dibuang oleh Norman ke dalam tong sampah.

Isterinya yang membawa manuskrip itu ke penerbit.

Adakah penulisnya tidak jujur dalam penulisan?

Saya cuba mendapatkan maklum balas daripada pengamal bidang lain.

Saya tertarik dengan maklumat yang diberi.

Apa yang berlaku kepada Norman bukan tidak jujur dalam penulisan.

Tetapi ada beberapa situasi lain yang menyumbang kepada keadaan ini, iaitu perfectionism.

Ini adalah situasi mahu ia 'benar-benar' sempurna.

Sedangkan kita tahu perfectionism adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh sesetengah penulis.

Situasinya, sama ada beliau boleh melaluinya sendiri atau dengan bantuan orang lain.

Jodoh Norman melengkapkan usaha baik suaminya dan melepasi halangan yang dihadapi.

Kejujuran suami masih kekal dan dilengkapkan dengan usaha isteri.

Manuskrip itu terbit pada tahun 1952 dan kekal sehingga sekarang.

Informasi lanjut menjadi penulis untuk pertama kali kini bermula di sini

Sunday, September 1, 2013

Penulis 'kubur' atau penulis 'kampung'?

Kemerdekaan daripada fikiran, siapa lebih menonjol.

Pesan guru agar penulis bekerja berjemaah, "Apabila penulis berjemaah karyanya berkat, Insya Allah."

Penulis bersama mempunyai banyak model.

(1) Sumbangan penulis secara bersama dari aspek penulisan dan bahan.

(2) Sumbangan penulis sebagai penilai mansukrip secara aktif, manakala penulis lain menulis dan mencari bahan. Penulis sebagai penilai ini biasanya memang berautoriti dalam bidang itu.

(3) Penulis bersama yang menyumbangkan nilai namanya dalam pasaran, manakala penulis lain menulis. Penulis yang memberi nama ini secara langsung membenarkan risiko bersama penulis baru. Sekiranya penulis baru tidak menjadi, ada potensi beliau menarik bersama nama penulis berasaskan jenama.

Mengingati model penulis bersama, kami menguji ketiga-ketiganya. Dalam seni menjadi penulis bersama ada ujian.

Salah satunya, penulis mahu namanya lebih menonjol berbanding penulis bersama.

Respon kami, nama menonjol, jualan buku merudum, ia tidak memberi impak kepada sesiapa.

Sesetengah pengamal penerbitan meletakkan ini adalah sindrom kumpulan penulis akademik, iaitu para pensyarah. Kerana ada isu siapa akan mendapat markah lebih untuk naik pangkat.

Nasihat penerbit, isu royalti, siapa ketua, agihan tugas dan susunan nama pada kulit buku, "Semuanya diselesaikan sebelum manuskrip siap ditulis."

Saya kekal mengingati nama Tuan Imran Yusuf (Al Fatihah) yang saya percaya beliau adalah magnet keberkatan dalam kerjasama kami menulis tiga buah buku bersama-sama.

Bermula dari Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah dan Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga.

Beliau mempunyai kredibiliti umur dan pengalaman berkeluarga yang menaikkan nilai buku di pasaran.

Fokus saya membangunkan bahan yang dipermudahkan daripada kajian akademik, jurnal dan temubual.

Kami menulis dan gabungkan.

Seni bekerjasama kami saling berubah-ubah. Masam dan manis wajah, kami kekal berjemaah sehingga Allah menjemput hamba yang merupakan rakan yang baik dan ikhlas.

Nama atas atau nama bawah bukan ukuran penerbit. Paling penting buku itu terus diulang cetak.



Penulis buku cerita bergambar kanak-kanak Jackie French masih kekal berjemaah dengan ilustrator Bruce Whatley walaupun berpeluang menukar haluan.

Mereka digelar, 'The Award Winning Duo'.

Bagaimana kita dapat menyusun kerja sebagai penulis bersama? Klik di sini.

Karya agung pun tersilap inikan pula karya kecil

Apabila berbual dengan Tuan Mazlan Mohamad berkenaan video penulisan. Teringat pula penulis Hobbit dan buku yang dipamerkan di pameran di State Library of Victoria. Edisi 1938 tulisan JRR Tolkien.



Disebut bahawa di dalam teks Hobbit Bilbo berkaki ayam, tetapi ilustrasi warna di dalam buku itu menunjukkan ia berkasut. Edisi cetakan semula, ia disunting dengan ilustrasi berbeza.

Bagaimana mengurangkan kesilapan dalam buku? Klik di sini.


Benarkah haram penulis menjadi kaya?



Doa para penulis kursuspenulisan.com "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau petunjuk, taqwa, kebersihan diri dan kekayaan." - Direkodkan oleh Imam Muslim

Amin ya Allah.

Kekayaan penulis adalah alat mengurus kerja. Iaitu;

[1] Bagi mengurangkan dan mencegah kuasa 'majikan miskin' yakni hutang yang disusun menjadi sistem yang membuat kita bekerja semata-mata bagi membayar hutang.

[2] Bagi membeli masa agar terus menulis dan bersama keluarga tanpa perlu bernaung di bawah kuasa majikan bagi mendapatkan cuti kecemasan.

[3] Bagi mendapatkan rujukan berkualiti

[4] Bagi mencipta pekerjaan baru agar pendapatan halal dan berkat dapat diberikan oleh penulis kepada pasukan pengurusan kita.

[5] Bagi meninggalkan harta intelek kepada keluarga apabila kita menutup mata. Penulisan menjana lebih 20 harta intelek jika dirancang dengan teliti.

Kami berusaha dan berinovasi serta berjemaah ke arah itu.

Kami bermula dengan klik di sini.

Sunday, August 18, 2013

Bijak pandai Melayu pandai ramai tertipu dengan otak sendiri?

"Saya tidak menulis membaca buku bahasa Melayu kerana buku bahasa Inggeris lebih memandaikan saya."

Oh, ada sesuatu yang tidak kena di sini.



Intelek Melayu yang tertipu dengan kepandaian sendiri.

Adakalanya menyedihkan apabila bijak pandai Melayu mendorong orang membaca buku ilmu dalam bahasa Inggeris dengan alasan buku dalam bahasa Melayu, minda tidak berkembang.

Izinkan saya respon;

(1) Ia bukan isu buku dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mengecilkan skop ilmu kita. Ia kembali kepada isi buku itu.

Jika buku lucah dalam bahasa Inggeris ditulis oleh seorang intelek pun tidak boleh dikatakan, "Ia buku bahasa Inggeris dan memandaikan kita."

(2) Kurangnya buku ilmu dalam bahasa Melayu adalah kritikan terhadap diri sendiri.

Apabila ditaja belajar di luar negara, pen di tangan masih tidak mampu menulis bahan ilmu dalam bahasa sendiri.

Kemudian disalahkan buku bahasa Melayu mengecilkan skop ilmu kita.

Hakikatnya kita sedang mengkhianati bangsa kerana tidak menulis semula.

(3) Lebih menyedihkan kritikan dibuat dalam bahasa singkatan dan bahasa rojak sedangkan ruang komen itu luas ruangnya.

Ia menunjukkan sikap intelek yang tidak menghormati bahasa sendiri dan mengharapkan orang lain menghormati pandanganya.

Kita berhadapan dengan krisis generasi intelek yang tertipu dengan ayat sendiri.

Benar, pandangan ini tidak pararel dan ada kemungkinan tersasar.

Bagaimana mengeluarkan diri daripada terperangkap dengan lubang intelektual ini? Klik di sini

Apa yang dilakukan penulis apabila hantaran perkahwinan tinggi?

"Beri sudut pandang baru dalam karya kita."

Misalnya, topik hantaran tinggi adalah topik yang evergreen. Tetapi pembaca tidak mahu membaca hal yang sama daripada penulis.

Maka, cetuskan perspektif baru.

Misalnya topik ini;

"Risiko sosial perkahwinan berkos tinggi."

Ini bagi situasi mereka yang "Tidak mampu, memaksa diri agar penuhi mahu."



Sejak tahun 2005 saya menulis beberapa judul buku ini

(1) Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006)
(2) 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki (2006)
(3) Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah (2009)
(4) Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah (2009)
(5) Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga (2010)
(6) Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa (2010)

Buku-buku mudah diperolehi di sini.

Beberapa catatan dalam ingatan sepanjang menemubual beberapa orang responden.

Perspektif baru adalah berkaitan, risiko sosial.

Apakah itu risiko sosial?

Ia dihadapi pengantin perempuan selepas bergembira 24 jam di majlis perkahwinan. Antaranya;

(1) Respon daripada seorang pakar kewangan mengenai isu membuat pinjaman peribadi bagi menanggung kos perkahwinan adalah, "Bercerai sebelum berkahwin bagi mengelakkan pergaduhan selepas berkata, aku terima nikahnya."

(2) Respon seorang pengamal forex, "Apabila saya diminta menanggung belanja besar ketika berkahwin, saya katakan kepada isteri saya agar berhenti kerja, beliau duduk di rumah dan mengurus rumahtangga. Saya sudah berbelanja mahal bukan untuk kemudahan orang lain."

(3) Respon seorang ibu, "Saya dan anak perempuan menanggung majlis perkahwinan di rumah kami. Saya rasa malu menyuruh keluarga lelaki menanggung kemeriahan rumah kami."

Lain-lain risiko sosial yang lain;

"Ya, saya akan menanggung belanja besar dengan berhutang dan beliau memberi lesen kepada saya memarahi beliau jika (isteri) berbuat silap.

"Segala percutian luar negara saya rancang untuk menggembirakan isteri saya batalkan. Semua difokus kepada bayaran hutang bulanan ke bank.

"Adik ipar saya membayar hantaranya lebih tinggi berbanding saya. Adakah maksudnya nilai isterinya beliau lebih mahal berbanding pasangan saya? Jika demikian, buat apa saya saya bantu beliau jika susah?"

Rantaian risiko sosial dijemput dengan mudah bagi membeli kegembiraan jangka pendek.

Berikan perspektif baru dalam topik lama.

Bagaimana caranya, bermula dengan mengklik di sini.

Penulis buku cinta sebenarnya alami tekanan mental?



"Menulis dengan ilmu, bukan dengan nafsu."

Penulis 'cinta' sebenarnya mengalami tekanan psikologi?

Penulis sama ada novelis cinta dan buku perhubungan juga mempunyai tekanan tersendiri apabila menulis kedua-dua kategori ini dalam situasi masih bujang.

Semakin lama tekanan sosial semakin berat.

Apabila saya diinkubator agar menulis buku komunikasi perhubungan oleh Puan Ainon Mohd, arahan beliau adalah,

(1) Mudahkan orang membaca kajian ilmiah oleh pakar.
(2) Temubual dan temubual dan temubual.
(3) Kredibiliti saudara adalah ilmu yang betul.

Selepas mendirikan rumahtangga, buku-buku yang ditulis menjadi buku panduan kepada penulis sendiri.

Penulis (seperti saya) juga ada kebodohan yang perlu diperbetulkan. Maka buku kita adalah cermin muhasabah diri.

Fikir-fikir, jika saya mahu menulis novel cinta, Kajian Dr Helen Fisher juga saya perlu hadamkan semula.

Foto: Kredit PTS. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Temubual mengenai kisah seorang isteri melanjutkan usia perkahwinan melebihi 30 tahun juga terangkum di sini.

Bagaimana mahu menjadi penulis buku perhubungan dan kekeluargaan? Bermula dengan mengklik di sini.

Penulis dibunuh oleh editor sebelum bertemu?

Kecantikan sosial menjadikan penerbit suka membantu penulis."

Ini adalah situasi yang dialami oleh tim kursuspenulisan.com



Kami di kursuspenulisan.com sangat memilih peserta yang akan menyertai kursus kami. Mengapa begitu?

Ia sebagai usaha memudahkan penerbit apabila berurusan dengan mereka.

Asas kejayaan mereka adalah penampilan sosial yang memberi rasa suka kepada pembaca dan penerbit.

Ini akan memudahkan kerjasama dan peningkatan kemahiran penulisan. Melihat satu persatu emel, memudahkan kami membuat proses tapisan.

Ini adalah kaedah yang kami tiru daripada kumpulan editor di sebuah penerbitan yang mengasingkan kumpulan penulis kelas A, B dan C.

Baru sebentar tadi menerima emel daripada bakal peserta berusia 45 tahun dengan menggunakan jenis huruf, saiz dan mesej seperti ini.

Dalam situasi ini kami menyarankan bakal penulis menghadiri kursus.

Bagaimana menjadi penulis yang direbut oleh penerbit-penerbit? Bermula dengan mengklik di sini.

Mengapa penerbit tidak mempromosi penulis?



"Bergembira apabila tidak dikenali, berduka apabila buku tidak dibeli."

Bagi penulis baru, mahu dikenali sebagai penulis adalah satu impian. Apabila tidak dikenali dan ada penulis lain lebih menonjol, yakin diri penulis baru mudah jatuh.

Kerana itu tidak mengejutkan apabila ada situasi penulis merajuk, membawa diri dan tidak mahu terlibat dalam aktiviti penerbit. Ada juga yang mempersoalkan, "Kenapa tidak ada promosi untuk buku saya?"

Bagaimana mengendalikan situasi ini?

Fokuskan agar lebih ramai mengenali buku berbanding orangnya.

Dalam beberapa keadaan, penerbit menonjolkan buku lebih ke hadapan berbanding penulisnya. Ia mempunyai sebab yang jelas;

(1) Pakej penampilan penulis dan buku ditulis sangat bertentangan dan memberi kesan jualan buku.

(2) Penulis belum cukup bersedia berada di khalayak dari aspek interaksi, penampilan fizikal, gaya bercakap.

(3) Penerbit mahu memberi kesan teruja ke atas buku dan menjadikan penulisnya misteri.

(4) Jumlah buku yang ditulis oleh penulis baru masih belum cukup untuk dibawa ke hadapan bersama-sama penulisnya.

Ketika mana masih tidak dikenali;

(1) Tulis sebanyak buku yang berkualiti agar nama penulis melekat dalam fikiran pembaca.

(2) Pergi belajar ilmu pemasaran online dan offline serta penjenamaan cara gerila di kursus-kursus yang dianjurkan.

(3) Gunakan waktu tidak dikenali bagi mendapatkan akses individu dan rujukan tanpa rasa diperhatikan.

Kuliah penerbitan ini ditulis dalam perjalanan ETS ke Kuala Lumpur.

Bagaimana mahu menjadi penulis yang bermotivasi tinggi dan karyanya mempunyai kuasa dorongan?

Bermula dengan mengklik di sini

Sunday, August 4, 2013

Apabila Melayu luar negara menulis untuk Melayu dalam negara

Setakat pengetahuan saya (yang terhad), para pelajar yang melanjutkan pengajian di negara-negara Arab menulis secara aktif baik dalam bentuk buku dan makalah.

Di Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sendiri, deretan buku tulisan para pelajar dan PMRAM sendiri merupakan aktiviti ilmu yang dilakukan tanpa henti. Sebagaimana terpapar dalam foto ini.



Mereka menulis dan menerbitkan sendiri sebagai usaha pendidikan para pelajar Melayu di sana. Pada masa sama ia menjadi dana menggerakkan aktiviti. Selain itu kerjasama dengan penerbit dilakukan.

Dalam hal ini, saya mengucapkan tahniah apabila langkah Must Read Sdn Bhd membawa tim editorial ke sana dalam proses memudah cara gaya penyampaian penulisan mereka agar ia mudah dihadam oleh para pembaca umum.

Kami di kursuspenulisan.com menyertai delegasi ini dua tahun berturut-turut dalam sesi pembangunan penulis dan mendapati, inilah sumber ilmu yang dapat diproses berkali-kali untuk bacaan kecil sehinggalah lanjut usia.

Apabila setiap seorang mahasiswa dan mahasiswi di dalam dan di luar negara mengambil masa

(1) Menulis bahan ilmu dalam bentuk buku untuk penerbitan
(2) Menjadikan bahan ilmunya mudah dihadam oleh pembaca umum
(3) Konsisten dan produktif dalam menghasilkan karya

Yakin dan percaya, apabila mereka menjejakkan kaki di negara Malaysia, ia menjadi negara yang jauh lebih baik intelek dan kuasa membuat keputusan.

Bagi di Malaysia, kita bermula dengan mengklik di sini.

Thursday, August 1, 2013

Editor makan hati, penulis makan royalti.

Editor diam mahu menjaga hati penulis?

Tip kursuspenulisan.com

Editor adalah individu yang sangat menjaga hubungan dengan penulis. Ada beberapa situasi dihadapi oleh editor;

(1) Berhadapan penulis yang tidak berbakat tetapi passionate mahu menulis.
(2) Berhadapan penulis yang tidak berbakat dan mahu mengikut caranya.
(3) Berhadapan penulis yang berbakat, passionate mahu menulis.
(4) Berhadapan penulis yang berbakat dan mahu penerbit mengikut caranya.
(5) Berhadapan penulis yang berpotensi tetapi penulisan masih ada situasi.

Satu karakter yang jelas mengenai editor adalah mereka sukar memberitahu situasi sebenar kepada penulis kategori (5) apabila menguruskan manuskripnya.

Mengapa begitu?

Faktor menjaga hubungan dan bimbang penulis kategori (5) salah sangka dengan bimbingan yang diberikan.

Maka editor bersusah payah menguruskan manuskrip demi manuskrip dan penulis menyangka gaya penulisan beliau sudah cukup memudahkan kerja penerbit.

Bagaimana kita tahu manuskrip kita memberi masalah kepada penerbit?

(1) Apabila manuskrip asal dan yang diterbitkan amat berlainan persembahan sama sekali dari aspek teks.

(2) Apabila manuskrip itu ditangani oleh editor sehingga ia melayakkan editor mendapat royalti kerana proses menambah baik yang sangat serius.

(3) Apabila editor menghubungi berkali-kali bertanyakan apakah maksud teks dalam manuskrip penulis.

(4) Apabila dalam pertemuan, kita dapat melihat editor akan berbincang dengan penulis bersama editor-editor lain yang rapat denganya.

Apakah perlu penulis lakukan?

Penulis, terus bertanya (tanpa menunggu editor) beberapa soalan kepada editor setiap kali buku terbit.

(1) "Apakah situasi yang paling sukar Tuan hadapi apabila menguruskan manuskrip saya?"

(2) "Adakah sebarang unsur plagiat saya terlepas pandang dalam menguruskan manuskrip?"

(3) "Apakah perkara yang dapat saya tambah baik dalam kerja penulisan saya?"

Situasi ini jarang berlaku kepada literary agent, kerana kumpulan literary agent hanya akan berkata, "Jika Tuan mahu ia mudah terbit ikutlah cara ini. Jika tidak, saya cadangkan cari literary agent lain."

Mereka bekerja dengan hati kering.

Dalam kursus penulisan motivasi pada September ini, seni bekerja dengan editor akan disampaikan lebih lanjut agar setiap perkataan kita menjadi rebutan para editor untuk menguruskannya. Berikan masa untuk menghadiri bengkel dengan mendaftar di sini

Tuesday, July 30, 2013

Adakah 'lagak diva' membawa royalti tinggi kepada penulis?

Mengapa mereka mendapat royalti tertinggi?

Kami bertanya para penerbit, "Apakah ciri-ciri yang menjadikan mereka penerima royalti tertinggi. Melibatkan top-30 dalam penerbitan?

"Adakah kerana karya mereka mantap sehingga sukar ditolak?

Penerbit menggeleng-gelengkan kepala.

"Adakah kerana penulisan mereka berbeza dengan barisan penulis di bawah mereka?"

Penerbit menggeleng-gelengkan kepala.

"Jadi apakah sebabnya?"

Penerima royalti tertinggi mempunyai ciri-ciri yang serupa

[1] Sangat mudah bekerjasama dengan editor. Tidak bersikap diva dalam menguruskan manuskrip mereka. Maka editor akan memberi lebih daripada sepatutnya.

[2] Sangat rendah hati terhadap penerbit dan pembaca-pembacanya. Jadi tidak mengejutkan penulis seperti ini mempunyai khalayak pembaca yang sanggup mempertahankanya.

[3] Sangat mudah bekerjasama dalam aktiviti promosi penerbit dan rajin berkongsi dalam rangkaian beliau sendiri.

[4] Sangat bersabar melihat turun naik karya dan menangguhkan kepuasan.

Mulakan langkah menjadi penulis yang dicari-cari penerbit di kursuspenulisan.com

Monday, July 29, 2013

Bagaimana pensyarah yang sibuk dan ibu kepada enam orang anak menulis buku?

Salah seorang peserta konvensyen penulis, alumni kursuspenulisan.com, Dr Faridah Idris bergembira setelah lama berusaha menyiapkan buku ini. Buku penuh warna, penerangan yang jelas dan terperinci, setebal 416 muka surat.



Tahniah daripada pihak konvensyen atas momentum penulisan yang mencetus hasil.

Dr Faridah Idris,

Apakah disiplin menulis yang diamalkan meskipun sibuk dengan NGO dan tugas pensyarah?

1. Cabaran terbesar saya dalam penulisan bukan kerjaya sebagai pensyarah atau terlibat dalam NGO tetapi bagi saya adalah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 6 anak dengan pelbagai peringkat umur.

2. Sebenarnya saya tiada disiplin atau waktu khas untuk menulis. Saya banyak menulis di waktu senggang semasa bekerja kerana di rumah masa saya lebih kepada keluarga.

3. Memandangkan topik penyusuan adalah topik 'passion' saya maka menulis tentangnya adalah sebahagian dari keseronokan dan keghairahan saya. Bebanan menulis tidaklah terasa sangat.

4. Untuk artikel berkaitan perubatan, saya menggunakan pengalaman kerjaya dan bahan bacaan akademik untuk rujukan.

5. Untuk penulisan kreatif, saya banyak mendapat sokongan dari rakan dalam Akademi Hero terutama sifu Azzah Abdul Rahman. Beberapa puisi dan cerpen/certot saya ada tersiar di TulisNovel.com.

6. Kebiasaannya untuk sesuatu topik yang saya ingin tulis, saya akan melihat dahulu tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya dahulu, ambil poin yang penting dan adaptasi mengikut gaya penulisan saya.

7. Saya juga mengikuti bengkel dan membaca buku berkaitan penulisan.

8. Untuk manuskrip ini, saya mengambil masa 10 bulan untuk menyiapkannya. Saya membuat carian jurnal, membuka buku rujukan, merujuk website berautoriti, menjelajah forum penyusuan, memerhati persoalan yang biasa ibu-ibu utarakan dan sedikit sebanyak menggunakan pengalaman sebagai trainer dalam persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia.

9. Sukar untuk saya menukar 'topi' saya sebagai ahli akademik, justeru proses mencari bahan rujukan agak lama.

kursuspenulisan.com

Penulis hantu, halalkah hasil penulisan mereka?



Siapakah Ghost Writer?

Benarkan penerbit dan penulis Ghost writer tidak mematuhi syariah?

Soalan ini mendorong saya menemubual beberapa pengamal industri buku dan mendapatkan maklum balas mereka.

Ghost writer dianggap pekerja kepada individu yang mengupah beliau, dengan kata lain ghost writer mempunyai majikan.

Maka kita tidak meletakkan mereka sebagai penulis utama apabila beliau dibayar atau digajikan menulis buku itu kerana ia menjadi hak majikan.

Dari satu aspek yang saya dapatkan daripada pandangan profesional;

(1) Ghost writer yang dibayar untuk menulis mungkin tidak wajib untuk diletakkan di depan. Ini bergantung kepada orang yang membayar upah.

[2] Orang yang membayar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas karya yang sudah dibelinya.

[3] Tetapi, jika orang yang membayar mahu meletakkan nama ghost writer di depan, maka itu pun boleh.

[4] Adakah praktis ini patuh syariah kerana ia tidak transparen kepada pembacanya? [Jawapan pengamal] Saya kira intipatinya adalah berapa transparen kita dalam mempersembahkan karya ini.

[5[ Saya tidak fikir konsep nama atas kaver itu isunya, tetapi saya percaya kita perlu masukkan dalam kredit nama-nama orang yang menyumbang kepada penghasilan sesuatu karya itu. Ruang kaver itu memang terhad.

[Nota tambahan Zamri Mohamad]

Dalam amalan penerbitan, tiga nama sahaja berada di hadapan meskipun ada 10 orang menyumbang setiap bab. Nama mereka yang lain berada di dalam.

Tiga nama di hadapan adalah pencetus projek dan mereka yang mengawal keseluruhan proses kerja sehingga mencapai tahap kualiti karya.

Selebihnya dimasukkan dalam halaman dalam di ruangan kredit dan permulaan bab.

[7] Pengupah perlu kreditkan ghost writer yang digunakannya dalam menghasilkan karya itu. Ini elok dibuat dalam foreword.

[8] Soalan saya; Bolehkah kita katakan, dari aspek muamalat ekonomi penulis-pembaca buku berdasarkan landasan syariah compliant karya iaitu;

Sebenarnya konsep penulis hantu tidak wujud (tidak syariah compliant) kerana ia memberi persepsi tidak tepat kepada pembaca, siapakah penulisnya.

Jawapan pengamal industri [1]; Benar. Sebenarnya Ghost writer ini daripada sudut etika pun salah pada pandangan saya sebab ia dikira 'mengaburi' pembaca mengatakan beliau adalah penulis sebenar.

Jawapan pengamal industri [2]; Penulis yang baik etikanya, akan kreditkan pihak-pihak yang membantu beliau dalam foreword.

Jawapan pengamal industri [3]; Bahagian kredit di dalam halaman dalam buku menyenaraikan semua yang terlibat dalam penulisan buku.

* Perbincangan masih diteruskan.

Bagaimana guru yang sibuk menulis buku?



Pada hari ini saya ingin sekali menemubual secara ringkas Tuan Wan Zayuhisham Wan Yusoff dalam proses penghasilan buku Cikgu Anak Saya Okey? terbitan Galeri Ilmu.

Mohon mencuri sedikit masa untuk Tuan berkongsi tip-tip berdasarkan tiga soalan berikut;

(1) Bagaimana disiplin penulisan yang dilakukan bagi menghasilkan buku ini?
(2) Apakah perkara yang dimahukan oleh Galeri Ilmu untuk menerima dan menerbitkan buku ini?
(3) Adakah Tuan bersedia menerima co-author, buku bagaimana Tuan suka berkolaborasi


(1) Bagaimana disiplin penulisan yang dilakukan bagi menghasilkan buku ini?

Saya bukanlah penulis sepenuh saya dan terikat dengan tugasan-tugasan rasmi yang tidak pernah surut.

Setiap saat itu cukup penting dan tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Di antara perkara yang boleh dikongsi ialah :

(a) Selang waktu menunggu anak pulang sekolah, saya akan berada di satu restoran dengan berbekalkan laptop untuk menulis, sekurang-kurangnya setengah muka surat ditulis pun sudah memadai bagi saya. Jika tidak, pada waktu begini saya akan ambil masa untuk ulangkaji/membaca buku-buku berkaitan dengan apa yang bakal saya tulis.

(b) Saya akan mula menulis secara serius selepas selesai solat Isyak dan berkurung di dalam stesen kerja (bilik khas) hingga pukul 12 malam atau 1 pagi. Konsep mudah sahaja, sehari satu bab tanpa apa-apa suntingan.

(c) Apa yang menarik semasa menulis buku ‘Cikgu, Anak Saya Okey’ (CASO), ada beberapa kes itu belum selesai tetapi saya sudah sampai ke titik akhir bab kes berkenaan. Kemudian tindakan saya di sekolah ialah mengikut skrip yang saya tulis dalam bab berkenaan.

(d) Saya juga tidak bertangguh ketika menulis manuskrip CASO ini kerana saya mahu pastikan ia siap sebelum tarikh akhir serahan.

(e) Saya bertuah kerana bekerja sebagai seorang guru dan dapat menggunakan cuti persekolahan sebagai ‘penulis sepenuh masa’ walaupun kena bertugas di pejabat pada waktu tertentu yang ditetapkan oleh Guru Besar.

(2) Apakah perkara yang dimahukan oleh Galeri Ilmu untuk menerima dan menerbitkan buku ini?

Sebelum diberi ilham oleh-Nya untuk menulis buku ini, seperti biasa saya keluar bersarapan atau minum petang dengan mentor penulisan saya iaitu Tuan Haji Zakaria Sungib di sekitar Kota Damansara.

Satu perkara yang dicetuskan oleh beliau ialah, “Cikgu tulis sebuah buku yang hanya mampu dihasilkan oleh seorang guru dan orang lain tidak mampu menulisnya.”

Inilah antara baris kata-kata beliau terhadap saya pada tahun 2012 yang lalu. Lalu tercetuslah idea menulis buku CASO ini.

Di antara perkara-perkara yang dimahukan oleh Galeri Ilmu Media Group (GIMG) sebagai mana yang dikongsi oleh Tuan Haji Zakaria sebentar tadi ialah;

GIMG menurut apa yang saya tahu, mahu melahirkan dan membanyakkan produk yang boleh mendidik, memberi motivasi dan membetulkan persepsi pembaca.

Salah satu sasarannya adalah institusi keluarga.

Melalui bahan bacaan yang diterbitkan, ia dapat membantu memperkasa institusi keluarga.

Bagi buku berbentuk motivasi, GIMG mengutamakan pendekatan yang dekat dengan pembaca dan menjurus kepada pengalaman serta penceritaan.

Di sini saya kira buku CASO memenuhi corak buku dan pendekatan penulisan yang GIMG mahukan.

Buku ini ada nilai motivasi yang disulam penceritaan berdasarkan pengalaman sebenar.

Bagi ibu bapa yang mahu menyelami dunia persekolahan anak-anak mereka dan mengambil tahu isu atau permasalahan yang berlegar di sekolah atau di dalam kelas, CASO membantu memberi maklumat dan pendedahan.

Sudah tentu, sebagai sebuah syarikat penerbitan, elemen komersial juga diambil kira.

(3) Adakah Tuan bersedia menerima co-author, buku bagaimana Tuan suka berkolaborasi.

Jika sesuai dengan masa dan keadaan, apa salahnya. Apa yang penting boleh bekerjasama dan faham dengan tugas masing-masing.

Walaupun begitu, saya agak segan andainya saya tidak mampu mencapai tahap yang diinginkan oleh rakan penulis tersebut

Impian saya ialah menulis novelet tarbiah awal remaja, dan kalau ada sesiapa berminat boleh kita berbincang dan berjumpa dengan editor yang berminat.

Jika di GIMG, Insya-Allah mudah saya ajukan perkara ini.

Wednesday, July 3, 2013

Apakah benar hantu lebih gemar penulis berbanding yang lain?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran.



Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Wednesday, June 12, 2013

Penulis gelojoh bersms sehingga hilang minat penerbit

Survival buku motivasi tidak bergantung kepada satu buku sahaja. Penulis membuat peta perjalanan sebelum menulis buku. Gelojoh seorang penulis dalam dunia buku menyebabkan beliau terkeluar daripada pasaran sebelum bermula. Elemen yang ada dalam diri penulis motivasi.

(1) Bertenang sebelum bertindak.

Penulis merancang bahasa apa yang akan digunakan apabila berinteraksi dengan penerbit dan pembaca. Bahasa kita bukan bahasa mereka.

(2) Membuat peta perjalanan bukunya

Penulis merancang bagaimana buku pertama ini akan mendorong kepada penerbitan buku seterusnya atau diubah medium penerbitan dalam bentuk lain.

(3) Mendapatkan mentor yang akan membuat kawalan perimeter daripada gangguan.

Penulis tidak tersungkur berkali-kali dalam proses mendapatkan ya daripada penerbit. Lulus proposal barulah lulus terbit.

(4) Menyediakan alat asas bertindak pada tahap minima.

Penulis tahu kelengkapan asas penulis sebelum terjun sepenuhnya ke dalam industri.

....

Ini adalah contoh, seorang bakal penulis buku motivasi tanpa empat elemen ini menghubungi editor melalui sms berikut;

"Salam, nk th cr htr mansukrip ke PTS. Camner ek? Saya guru..."

...

Bagaimana mahu bertindak?

Teks panduan dipetik daripada status Puan Natasha Effyzal

[Petikan bermula]

Saya kongsikan sedikit tip menulis emel ataupun sms bagi bertanyakan sesuatu. (tip ini terpakai sekiranya si penghantar sms/emel bukanlah begitu rapat dengan si penerima sms/emel)

(1) Mulakan dengan memperkenalkan diri.
(2) Taip setiap perkataan dengan penuh. Sekiranya gunakan bahasa kontot, pastikan masih dapat difahami sekiranya sms itu panjang.
(3) Jangan gunakan kata-kata seperti si penerima sms/emel adalah kawan baik kita. Contohnya, "Citer sket." "Cane skrg?" "Apa???"

Mood: Baru menerima sms sebegitu. Maka saya tidaklah berminat mahu membalas sms itu.

[Petikan tamat]

Petikan tip Puan Natasha mengambil kira kesemua elemen.

Keempat-empat elemen penulis ini adalah perkara yang ada dalam diri kita apabila ia kerap dilakukan.



After Earth, filem yang menyampaikan keempat-empat elemen di atas dalam situasi berbeza. Kita dapat melihat bagaimana watak bapa, Cypher menjadi mentor kepada anaknya (Kitae) dari jauh agar sampai ke lokasi kapal terhempas bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Saudara, jangan biarkan kapal terhempas sebelum berlepas.

Mulakan perjalanan penulisan, klik sini

Tuesday, June 11, 2013

Penulis amatur menyedut 'otak' penulis bestseller jika mahu laris

Kredit foto: Facebook Tuan Syaizul Amal


Pesan Tuan Syaizul Amal berkenaan menulis seperti penulis bestseller, "Beliau (Christopher Paolini, Eragon) memilih bacaan yang TOP dalam kategori yang beliau mahu masuk. Begitu juga saya melarang Ain Maisarah membaca buku yang bukan trendsetter kerana minda separa sedar penulis akan mula merakam ayat-ayat yang bukan best seller dari buku yang bukan best seller. Contoh Chiclit best seller adalah Shoppaholic Series."

Petikan komen Facebook.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini