Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label editor. Show all posts
Showing posts with label editor. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Penulis dibunuh oleh editor sebelum bertemu?

Kecantikan sosial menjadikan penerbit suka membantu penulis."

Ini adalah situasi yang dialami oleh tim kursuspenulisan.com



Kami di kursuspenulisan.com sangat memilih peserta yang akan menyertai kursus kami. Mengapa begitu?

Ia sebagai usaha memudahkan penerbit apabila berurusan dengan mereka.

Asas kejayaan mereka adalah penampilan sosial yang memberi rasa suka kepada pembaca dan penerbit.

Ini akan memudahkan kerjasama dan peningkatan kemahiran penulisan. Melihat satu persatu emel, memudahkan kami membuat proses tapisan.

Ini adalah kaedah yang kami tiru daripada kumpulan editor di sebuah penerbitan yang mengasingkan kumpulan penulis kelas A, B dan C.

Baru sebentar tadi menerima emel daripada bakal peserta berusia 45 tahun dengan menggunakan jenis huruf, saiz dan mesej seperti ini.

Dalam situasi ini kami menyarankan bakal penulis menghadiri kursus.

Bagaimana menjadi penulis yang direbut oleh penerbit-penerbit? Bermula dengan mengklik di sini.

Thursday, August 1, 2013

Editor makan hati, penulis makan royalti.

Editor diam mahu menjaga hati penulis?

Tip kursuspenulisan.com

Editor adalah individu yang sangat menjaga hubungan dengan penulis. Ada beberapa situasi dihadapi oleh editor;

(1) Berhadapan penulis yang tidak berbakat tetapi passionate mahu menulis.
(2) Berhadapan penulis yang tidak berbakat dan mahu mengikut caranya.
(3) Berhadapan penulis yang berbakat, passionate mahu menulis.
(4) Berhadapan penulis yang berbakat dan mahu penerbit mengikut caranya.
(5) Berhadapan penulis yang berpotensi tetapi penulisan masih ada situasi.

Satu karakter yang jelas mengenai editor adalah mereka sukar memberitahu situasi sebenar kepada penulis kategori (5) apabila menguruskan manuskripnya.

Mengapa begitu?

Faktor menjaga hubungan dan bimbang penulis kategori (5) salah sangka dengan bimbingan yang diberikan.

Maka editor bersusah payah menguruskan manuskrip demi manuskrip dan penulis menyangka gaya penulisan beliau sudah cukup memudahkan kerja penerbit.

Bagaimana kita tahu manuskrip kita memberi masalah kepada penerbit?

(1) Apabila manuskrip asal dan yang diterbitkan amat berlainan persembahan sama sekali dari aspek teks.

(2) Apabila manuskrip itu ditangani oleh editor sehingga ia melayakkan editor mendapat royalti kerana proses menambah baik yang sangat serius.

(3) Apabila editor menghubungi berkali-kali bertanyakan apakah maksud teks dalam manuskrip penulis.

(4) Apabila dalam pertemuan, kita dapat melihat editor akan berbincang dengan penulis bersama editor-editor lain yang rapat denganya.

Apakah perlu penulis lakukan?

Penulis, terus bertanya (tanpa menunggu editor) beberapa soalan kepada editor setiap kali buku terbit.

(1) "Apakah situasi yang paling sukar Tuan hadapi apabila menguruskan manuskrip saya?"

(2) "Adakah sebarang unsur plagiat saya terlepas pandang dalam menguruskan manuskrip?"

(3) "Apakah perkara yang dapat saya tambah baik dalam kerja penulisan saya?"

Situasi ini jarang berlaku kepada literary agent, kerana kumpulan literary agent hanya akan berkata, "Jika Tuan mahu ia mudah terbit ikutlah cara ini. Jika tidak, saya cadangkan cari literary agent lain."

Mereka bekerja dengan hati kering.

Dalam kursus penulisan motivasi pada September ini, seni bekerja dengan editor akan disampaikan lebih lanjut agar setiap perkataan kita menjadi rebutan para editor untuk menguruskannya. Berikan masa untuk menghadiri bengkel dengan mendaftar di sini

Sunday, July 22, 2012

Tataberbahasa berkomunikasi dengan editor

Acapkali saya bertemu dengan editor, mereka akan memberitahu saya sikap penulis yang menyebabkan karya bagus ditolak mentah-mentah tanpa menilai kualiti manuskrip terlebih dahulu.

Saya bertanya, adakah penting menguruskan manuskrip yang baik berbanding sikap penulisnya?

Jawapan adalah, "Apabila ada seorang penulis yang jauh lebih baik kualitinya dan sikapnya, beliau lebih diutamakan berbanding yang lain."

Ini memberi jawapan kepada kami mengapa ada sesetengah penulis yang standard karyanya biasa-biasa sahaja tetapi diberi lagi dan lagi ruang menulis dan diterbitkan.

Apakah ciri-ciri yang disukai oleh editor?

(1) Bakal penulis tidak menggunakan singkatan perkataan ketika menulis emel.

"tk...bnyak idea2 terjana tapi x tau bagaimana, mana nak tnya, mna nak mula, mana nak dimajukannya."

Singkatan perkataan memberitahu editor bahawa dirinya tidak penting.

Maka singkatan perkataan sudah mencukupi bagi memberitahu tujuan penghantar kurang ambik kisah terhadap diri editor. Mengapa surat formal kita bersusah payah menulis dalam ejaan yang penuh, tetapi dengan editor bersikap sebaliknya?

Gunakan ejaan penuh apabila berurusan secara formal.

(2) Penggunaan huruf besar pada kadar normal.

"WHY NEED ADDRESS AND LETTERS?"

Dari intonasi bahasa, ia seperti menjerit-jerit kepada penerima emel dan tidak mewakili tataberbahasa Melayu yang disenangi oleh editor. Jika disertakan bold seperti WHY NEED ADDRESS AND LETTERS? ia bersifat penekan maksud.

Terdapat beberapa lagi peraturan budaya yang meninggikan kecantikan sosial kita di mata orang lain kesan daripada penggunaan perkataan dan gaya kita menulisnya. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.

Ini memberi saya jawapan mengapa pernah berlaku di sebuah penerbitan, cadangan manuskripnya ditolak dalam tempoh satu jam selepas diemelkan.

Sedangkan proses normal penilaian manuskrip adalah dua minggu.

Benarlah sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan adalah bagi menyempurnakan akhlak manusia.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini