Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label penerbit. Show all posts
Showing posts with label penerbit. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

CCBF Apabila beruang mengikat hati kanak-kanak China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014


Apabila beruang mengikat hati kanak-kanak China
Siri Smurfs yang dicipta pada tahun 1958 di Belgium oleh pekomik bernama Peyo mula memasuki China pada tahun 1970. Kemudian satu persatu siri berilustrasi memasuki pasaran dan menjadi tumpuan pelesenan di China.

Dalam situasi pemilihan buku cerita bergambar kanak-kanak di China, ikon haiwan dipilih kerana sebab-sebab berikut.

(1) Ia mudah dibangunkan oleh penerbit
(2) Membawa ciri-ciri tradisional pada karya.
(3) Lebih mudah menembusi pasaran.
(4) Haiwan dibangunkan menjadi fokus utama karya.
(5) Ia mudah dijadikan siri lanjutan oleh pengkarya asal dan pengkarya lain.
(6) Berkembang secara konsisten dan tidak terburu-buru dalam penguasaan pasaran.

Contohnya siri Victor and Friends yang dihasilkan oleh Janivens dilesenkan ke China. Direkodkan nilai jualan adalah USD2,500,000 dan 25 negara melesenkan siri ini.

Janivens bukanlah seorang ilustrator profesional. Pada usia 40 tahun beliau berkarya. Beliau menumpukan masa di rumah bersama empat orang anak dalam proses menghasilkan Victor and Friends.

Pada tahun 2009 ia memberi impak global selepas 10 tahun di pasaran. Resipi kejayaan Victor and Friends

(1) Karakter dibangunkan dengan teliti.
(2) Lukisan tangan.
(3) Mempunyai nilai universal.



Kanak-kanak dan Dangdang (ala Amazon)

Dangdang.com merupakan elemen utama dalam sektor jualan online.

Ditubuhkan pada tahun 1999 dengan kakitangan purata umur 28 sehingga 30 tahun. Mereka menjadikan misi mencipta senyuman sebagai keseronokan bekerja.

Dandang mendominasi sekitar 50% pasaran tempatan. Mereka memfokuskan kepada sains, kartun dan buku cerita bergambar kanak-kanak.

Fokus mereka membangunkan satu web bagi sebuah buku cerita bergambar yang dihasilkan.

Pembangunan buku bersiri sekurang-kurangnya empat judul dalam satu siri.

Pasukan Dandang menekankan kepada nilai, "Buku yang terbaik di pasaran mempunyai keluarga (jemaah) yang terbaik. Dua nilai, iaitu faham dan hormat buku cerita kanak-kanak."

Salah satu projek yang diusahakan bersama seorang penulis mengambil masa tiga tahun sebelum diterbitkan, iaitu art book.

Pada tahun 2014, mereka memfokuskan kepada buku kanak-kanak berkaitan

(1) Puisi
(2) Sains
(3) Seni lukis
(4) Seni bina


Merancang bestseller ke China

Dangdang melihat review pembaca umum adalah formula kejayaan buku di pasaran. Perkembangan ibu-bapa kontemporari yang drastik mendorong mereka melihat corak pandangan para pembaca.

Mereka meletakkan syarat kakitangan di Dangdang hanya yang mempunyai rasa cinta pada buku sebagai faktor perkembangan mereka.

Buku yang diterbitkan digabungkan dengan aktiviti luar yang mempunyai kaitan tema. Misalnya jika buku itu berkaitan gajah, maka aktiviti berkaitan akan dibangunkan.

Pada tahun 2013, para penerbit kecil di China mula bergabung bagi terus relevan di pasaran. Kek musuh dikecilkan dan amalan bergabung semakin membesar.


Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Sunday, August 18, 2013

Penulis dibunuh oleh editor sebelum bertemu?

Kecantikan sosial menjadikan penerbit suka membantu penulis."

Ini adalah situasi yang dialami oleh tim kursuspenulisan.com



Kami di kursuspenulisan.com sangat memilih peserta yang akan menyertai kursus kami. Mengapa begitu?

Ia sebagai usaha memudahkan penerbit apabila berurusan dengan mereka.

Asas kejayaan mereka adalah penampilan sosial yang memberi rasa suka kepada pembaca dan penerbit.

Ini akan memudahkan kerjasama dan peningkatan kemahiran penulisan. Melihat satu persatu emel, memudahkan kami membuat proses tapisan.

Ini adalah kaedah yang kami tiru daripada kumpulan editor di sebuah penerbitan yang mengasingkan kumpulan penulis kelas A, B dan C.

Baru sebentar tadi menerima emel daripada bakal peserta berusia 45 tahun dengan menggunakan jenis huruf, saiz dan mesej seperti ini.

Dalam situasi ini kami menyarankan bakal penulis menghadiri kursus.

Bagaimana menjadi penulis yang direbut oleh penerbit-penerbit? Bermula dengan mengklik di sini.

Tuesday, July 30, 2013

Adakah 'lagak diva' membawa royalti tinggi kepada penulis?

Mengapa mereka mendapat royalti tertinggi?

Kami bertanya para penerbit, "Apakah ciri-ciri yang menjadikan mereka penerima royalti tertinggi. Melibatkan top-30 dalam penerbitan?

"Adakah kerana karya mereka mantap sehingga sukar ditolak?

Penerbit menggeleng-gelengkan kepala.

"Adakah kerana penulisan mereka berbeza dengan barisan penulis di bawah mereka?"

Penerbit menggeleng-gelengkan kepala.

"Jadi apakah sebabnya?"

Penerima royalti tertinggi mempunyai ciri-ciri yang serupa

[1] Sangat mudah bekerjasama dengan editor. Tidak bersikap diva dalam menguruskan manuskrip mereka. Maka editor akan memberi lebih daripada sepatutnya.

[2] Sangat rendah hati terhadap penerbit dan pembaca-pembacanya. Jadi tidak mengejutkan penulis seperti ini mempunyai khalayak pembaca yang sanggup mempertahankanya.

[3] Sangat mudah bekerjasama dalam aktiviti promosi penerbit dan rajin berkongsi dalam rangkaian beliau sendiri.

[4] Sangat bersabar melihat turun naik karya dan menangguhkan kepuasan.

Mulakan langkah menjadi penulis yang dicari-cari penerbit di kursuspenulisan.com

Tuesday, July 23, 2013

Penerbit kejam kerana mata duitan, penulis teraniaya?

"Karya saya ditolak kerana ia dilihat tidak membawa duit."

Apakah penerbit mata duitan dan membunuh bakat penulis?

Duit dari konteks penerbit adalah;

(1) Memastikan 100+ pekerja yang mempunyai anak dan isteri dapat berbelanja setiap bulan untuk survival keluarga. Ini survival mereka mencari yang halal.

(2) Memastikan penulis itu sendiri dapat menulis secara konsisten kerana royalti membolehkan beliau membeli masa untuk menulis. Jika buku beliau tidak laku, penulis perlu kembali bekerja semula untuk survival.

(3) Memastikan mereka dapat bertahan lama apabila pekedai buku liat membayar hutang berbulan-bulan lamanya.

Ini adalah duit dari kaca mata penerbit

Menjawab soalan, ya ia membunuh bakat penulis apabila penulis tidak bermula dengan mempelajari konsep industri buku.

Jika ditolak, apakah strategi baru dilakukan?

Misalnya seorang penulis puisi ditolak berkali-kali. Pernahkah beliau berkolaborasi dengan penulis buku motivasi yang sudah ada raknya di kedai buku, agar karyanya tembus ke kedai buku?

Kepada yang kerap ditolak, lihat kata kunci ini, kolaborasi dengan nama sedia ada atau tanyakan apakah pelan penerbitan mereka untuk diisi.

Bengkel penulisan buku motivasi pada 8 September 2013. Mohon mendaftar di http://bit.ly/penulisbebas

Apabila penulis ditolak sehingga jatuh oleh penerbit

Langkah yang dicadangkan diambil oleh penulis yang ditolak berkali-kali.

(1) Adakah manuskrip itu sendiri mempunyai raknya di kedai buku. Jika ada berapa banyak raknya dan berapa besar saiznya. Jika tidak ada maka ada kemungkinan ia bukan untuk pasaran kedai buku? Ia underserved market. Ia memerlukan strategi lain.

(2) Adakah penulis sudah betul-betul mengkaji senarai buku yang pernah diterbitkan mereka sebelum menghantar manuskripnya? Majoriti penulis baru menghantar menggunakan kaedah peluru tabur, hantar dengan harapan mengena.

(3) Adakah penulis sudah mula menambah senarai penulis dalam kategori yang diceburinya di Facebook dan mula berinteraksi dengan mereka secara idea? Yakni berbincangan mengenai konsep dan seumpamanya. Ini seperti kerjasama Tuan Hilmi Isa dan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Kita tahu nama motivator ini besar.

(4) Adakah penulis hanya fokus mengenai manuskripnya sahaja tanpa mengambil tahu apa sebenarnya pelan penerbitan mereka? Atau dasar kuih tempah mereka?

(5) Adakah penulis bersedia melalui kekalahan kecil sebelum mendapat kemenangan besar. Yakni bekerja seperti Syekh Aaidh al-Qarni memasuki Malaysia dengan La Tahzan dahulu sebelum memasukkan senarai bukunya yang berat-berat itu.

Bengkel penulisan buku motivasi pada 8 September 2013. Mohon mendaftar di http://bit.ly/penulisbebas

Thursday, June 6, 2013

Benarkah apabila berjawatan tinggi, maka ramai akan membaca buku saya?

Ramai yang terjun ke dunia penulisan dengan menganggap orang mahu membaca karyanya.

"Jika ditulis pasti akan dibaca ramai orang."

Logik mereka ini timbul kerana pengalaman kerja yang lama dalam perjawatan, tingkat usia yang senior dan situasi agak-agak.

Apabila ditolak penerbit banyak sangkaan buruk berlaku.

Video kali memberikan maklumat tiga gelombang memulakan karya yang diterima pembaca. Klik di sini



Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai. Pra tindakan, klik dan mendaftar di sini

Sunday, October 28, 2012

Ilham Karangkraf terbit beribu-ribu perkataan pada skrin




Inovasi dalam penulisan berkembang dengan wujudnya Ilham. Portal 'tulis dan siar' selepas penulisan2u.com yang mencipta trend penerbitan novel melalui online. Kali ini Karangkraf mengambil sebahagian lagi daripada kek penerbitan secara online.

Menurut Puan Sri Diah Shaharuddin, "Ilham Grup Buku adalah platform percuma. Sebagai penerbit kami akan mengambil pandang semua aktiviti di situ dan akan membuat pilihan terbaik e-novel mana yang patut diterbitkan."

Nota: Sehingga Oktober 2012, pihak Karangkraf memaklumkan kepada kursuspenulisan.com, platform dalam peringkat percubaan.

Kata Puan Sri Diah lagi kepada kursuspenulisan.com, "Dengan entiti yang ada - Karya Bestari Sdn Bhd (buku-buku Motovasi Islamik) , Buku Prima Sdn Bhd (Novel, Buku Kanak-kanak dan Remaja) dan Alaf 21 Sdn Bhd (Novel, Buku Umum, Kraf dan Resipi), lebih banyak buku dapat diterbtkan."

Dalam tinjauan kami di POPULAR sekitar empat bulan lalu, kami diberi maklumat, pembaca akan mengikuti sekurang-kurangnya enam entri novel secara online sebelum membuat keputusan pembelian. Mereka akan membeli naskhah cetak apabila berpuas hati.

Situasi di POPULAR ini dikenali sebagai pembelian gaya hujung minggu, lima hari bekerja adalah hari membuat penilaian, hujung minggu hari pembelian.

Tim kursuspenulisan.com mendorong lebih ramai peserta berkarya dan memenuhi angan-angan mereka melalui seminar penulisan novel. Diketengahkan langkah-langkah penting menulis novel yang berpotensi disiarkan. Klik di sini

Model platform ini mengurangkan kos masa kepada penerbitan, penilaian cerita yang sedap dibaca dan disukai pembaca ditentukan oleh pembaca sendiri sebelum diterbitkan.

Wednesday, October 17, 2012

Menikahi calon penerbit yang sesuai

Oleh Cik Puan Haryani Kamilan
PTS Litera

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika menghantar manuskrip kepada mana-mana rumah penerbitan antaranya:

1) Imej rumah penerbitan itu.

2) Tawaran royalti.

3) Kapasiti rumah penerbitan, rumah penerbitan yang baru kadang-kadang dikhuatiri akan mempunyai masalah dalam bayaran royalti, promosi dan edaran yang tidak meluas, jadi semak dan baca perjanjian betul-betul.

4) Rumah penerbitan kecil-kecilan biasanya tidak mempunyai penyata kewangan dengan audit yang lengkap dan teratur.

Antara sebab kita mahu karya diterbitkan adalah kerana kita mahukan 'side income' jadi melihat kemampuan rumah penerbitan membayar royalti adalah penting.

Jika setakat menulis untuk kepuasan tanpa memikirkan royalti, lebih baik tulis di blog sahaja.

Lagi tip berkenaan pemilihan rumah penerbitan, dapatkan informasi berkenaan bayaran royalti daripada sahabat-sahabat yang menulis untuk sesebuah rumah penerbitan.

Salah pilih, kemungkinan Tuan dan Puan tidak mendapat hak yang sepatutnya itu ada.

Antaranya, mereka hanya akan bayar lump sum, rugi kepada penulis.

Perkara yang dikhuatiri, nanti buku-buku terjual berpuluh ribu, tetapi hanya mendapat sekali bayaran sahaja.

Baca dokumen perjanjian penerbitan. Jangan terus tanda tangan, kerana mungkin ada terma-terma di dalam dokumen perjanjian itu tidak menyebelahi penulis.

Nasihat saya, berhati-hati apabila menghantar karya.

Pastikan rumah penerbitan itu benar-benar beroperasi dengan baik dan mampu membayar royalti penulisnya.

Tuesday, May 15, 2012

Penerbit, buku apa yang kau cuba sembunyikan?



Ini adalah contoh penyata royalti dari PTS. Penulis akan mendapat lengkap berkenaan buku mereka berkaitan perkara berikut.

Baki stok pada....
Cetakan pada....
Pembahagian percuma atau rosak
Buku yang dipulang dari bulan ... ke bulan
Peruntukan buku yang dipulangkan.
Jumlah buku dijual dari.... sehingga...

Semua maklumat adalah rekod dari jumlah buku dibawa dari pencetak ke gudang. Kemudian dari gudang ke kedai buku. Akhir sekali dari kedai buku ke gudang kembali. Setiap satu naskhah 'diperhatikan'.

Sekiranya mahu dibawa buku keluar dari gudang perlu ada surat kebenaran yang mesti diisi. Ini etika dalam perniagaan bagi menjaga hak penulis.

Informasi foto kedua.

Adakalanya kita mendapat pengesahan audit apabila pembayaran dibayar kepada penulis. Badan audit luar ini akan menghantar surat bagi mendapat pengesahan sama ada royalti yang dibayar atas nama kita sudah diterima atau sebaliknya.

Ini antara hak penulis apabila berurusan dengan mana-mana penerbit. Sebarang perkongsian yang positif dapat dikongsikan di sini bagi menambah baik amalan bisnes buku penerbit lain dan meningkatkan pendapatan penulis serta menjaga haknya

Satu persatu kotak hitam penerbit dibongkarkan. Klik di sini