Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label pemasaran. Show all posts
Showing posts with label pemasaran. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Diasak media berkali-kali kerana meniru, sehingga lemas pun belum mahu berhenti?

Dengan izin Allah di Bengkel Content Marketing Mastery (Write to Wealth)

Allah mempertemukan saya dengan pengamal DVD 7 Strategi Kuasai Media & Bisnes. Audio ini adalah rakaman Tuan Aqif Azizan terhadap strategi bekerjasama dengan media dan menjadi rakan kerjasama yang baik.


Kredit foto Tuan Engku Anwar Hilmi

Ia memberi kesan agar pengguna menampakkan diri sebagai pemberi nilai dan bukan sebagai penjual produk.

Beliau berkongsi kepada kami kesan menggunakan DVD ini 






Beliau diberi ruang berada di media dua kali berturut-turut dan minggu hadapan muncul lagi di ASTRO.

Dengan kerjasama beliau dengan Google Malaysia. Ini adalah impak yang besar kepada perjalanan beliau dalam membina reputasi, komunikasi dan rangkaian.

Dengan izin Allah ia berlaku.

Terima kasih Tuan Engku Anwar Hilmi  atas kejayaan yang akan memberi manfaat besar kepada orang lain.

Kepada Allah kita berikan rasa syukur.

DVD mudah diperolehi di sini
Bengkel Content Marketing Mastery boleh bermula di sini

Tuesday, July 23, 2013

Apabila penulis ditolak sehingga jatuh oleh penerbit

Langkah yang dicadangkan diambil oleh penulis yang ditolak berkali-kali.

(1) Adakah manuskrip itu sendiri mempunyai raknya di kedai buku. Jika ada berapa banyak raknya dan berapa besar saiznya. Jika tidak ada maka ada kemungkinan ia bukan untuk pasaran kedai buku? Ia underserved market. Ia memerlukan strategi lain.

(2) Adakah penulis sudah betul-betul mengkaji senarai buku yang pernah diterbitkan mereka sebelum menghantar manuskripnya? Majoriti penulis baru menghantar menggunakan kaedah peluru tabur, hantar dengan harapan mengena.

(3) Adakah penulis sudah mula menambah senarai penulis dalam kategori yang diceburinya di Facebook dan mula berinteraksi dengan mereka secara idea? Yakni berbincangan mengenai konsep dan seumpamanya. Ini seperti kerjasama Tuan Hilmi Isa dan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Kita tahu nama motivator ini besar.

(4) Adakah penulis hanya fokus mengenai manuskripnya sahaja tanpa mengambil tahu apa sebenarnya pelan penerbitan mereka? Atau dasar kuih tempah mereka?

(5) Adakah penulis bersedia melalui kekalahan kecil sebelum mendapat kemenangan besar. Yakni bekerja seperti Syekh Aaidh al-Qarni memasuki Malaysia dengan La Tahzan dahulu sebelum memasukkan senarai bukunya yang berat-berat itu.

Bengkel penulisan buku motivasi pada 8 September 2013. Mohon mendaftar di http://bit.ly/penulisbebas

Saturday, June 22, 2013

Kerana nama punca saya miskin?

"Penulis kaya, nama miskin."

Sesetengah penulis dimohon oleh penerbit menggunakan nama pena bagi mengelakkan persepsi negatif pembaca sebelum membaca karya. Misalnya,

Kalah bin Abu Tewas menulis buku Menang dalam Organisasi. Persepsi nama tidak menguatkan judul buku.

Lebih lanjut, mohon klik di sini

Tuesday, January 15, 2013

Listen dalam dunia penulisan visual

Kuasa perkataan sentiasa wujud dalam penulisan mahu pun lisan.

Isu yang rancak diviralkan adalah sebuah video melibatkan Sharifah Zohra Jabeen Presiden Suara Wanita 1Malaysia dan KS Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).

Mari kita keluar dari kerangka perdebatan isu mereka berdua. Kita melihat bagaimana perkataan ini menjadi medium pemasaran mesej yang berkesan.

Pemerhatian Gorila Marketing, impak perkataan listen dan viral pemasaran produk dan perkhidmatan.

(1) Nandos, "All animals got problem? Say what?? Let Nando's speak!" 6 hours ago 9,874 Share (2) Logitech, "Need we say more?!" 3 hours ago, 365 Share
(3) PTS Media Group, "Listen! Listen! When I speak, listen!" 2 hours ago, 23 share. Perkataan yang mempunyai impak diadun secara komersial.



Siapa bilang perkataan tidak ada impak?

Tetapi ia adalah impak yang sementara, tetapi cukup membuat orang mengenali jenama kita dalam waktu terhad itu.

Dunia buku juga terkesan jika adunan dan acuan yang digunakan betul.

"Would you like people to listen?" Clik

Wednesday, December 12, 2012

Pemasaran buku itu sentuh, cuit, pegang dan rasa




Tim kursuspenulisan.com mengikuti sesi ringkas penulis Green Deen, Tuan Ibrahim Abdul Matin.

Penganjur program, Kinokuniya aktif menggalakkan hadirin 'menyentuh' dan 'membelek' buku beliau.

Kita dapat saksikan kakitangan terlibat mengambil buku di meja dan mengedarkan terus kepada hadirin ketika sesi berlangsung. Kesan daripada tindakan proaktif ini, buku dibeli dan ditandatangani.

Pemasaran buku itu sentuh, cuit, pegang dan rasa. Apabila penonton memegang buku, itu bermaksud dia mengizinkan buku berada dalam zon peribadinya.

....

"Saya mahu menjadi penulis dan saya bermula dengan klik di sini"

Tuesday, November 27, 2012

Buku, jurujual senyap untuk si anak

Dalam sesi coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak, kami diajukan soalan "Bagaimana memujuk ibu-bapa membelek dan membeli buku cerita bergambar kanak-kanak?"

Situasi buku cerita bergambar kanak-kanak berhadapan dua keadaan, satu di dalam penerbitan dan satu lagi di kedai buku.

Situasi di dalam rumah penerbitan, kumpulan editorial berhadapan kesukaran menjawab soalan jualan buku cerita bergambar kanak-kanak. Berhadapan situasi jualan yang perlahan menjadikan buku cerita bergambar kanak-kanak dilihat tidak menguntungkan.

Kata jurujual yang tidak dilatih memahami produk ini, "Buku ini sukar dijual, tidak ada orang mahu membeli. Terbitkan buku yang mudah kami jual di kedai-kedai buku."

Situasi di kedai buku, ibu-bapa melihat buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai satu pembaziran. Mereka melihat buku yang mahal harganya kerana kualiti kertas, penuh ilustrasi dan warna tetapi kurang perkataan.

Kata ibu-bapa, "Buku cerita bergambar kanak-kanak kurang perkataan. Anak saya tidak pandai membaca dengan buku yang mahal ini."

Dua kumpulan ini berlaku dalam situasi penerbitan buku tempatan.

Buku cerita bergambar kanak-kanak meskipun sudah lama di pasaran, ia belum dilihat sebagai sebahagian praktis ibu-bapa bagi menjadikan ia dalam senarai buku wajib dibeli.

Bagi sebuah negara yang menghargai seni dan sastera sehingga remaja punk juga tahu sebahagian petikan karya Shakespeare tidak berhadapan dengan kedua-dua situasi ini.

Model penerbitan buku cerita bergambar kanak-kanak tempatan tidak melalui inovasi pakej dan struktur yang dapat memujuk ibu-bapa membelikan untuk anak mereka.

Terdapat beberapa cara mempakejkan buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai umpan kepada ibu-bapa.


  • Pertama, sediakan panduan ibu-bapa pada beberapa halaman di belakang buku cerita bergambar kanak-kanak.
  • Kedua, panduan itu disertakan bersama foto bagaimana buku itu dapat digunakan untuk anak.
  • Ketiga, kehendak ibu-bapa berkata,  "Saya mahu anak saya pandai membaca" berada di halaman terakhir buku. Kaitkan kajian para ahli akademik dan perkembangan pembaca buku seperti ini.
  • Keempat. Tuliskan satu sehingga tiga ayat sahaja pada kulit buku bagi menggambarkan kekuatan buku. Ia akan dibaca oleh empunya diri sebelum lulus beli.
  • Kelima. Usahakan strategi menulis dan menerbitkan dalam dwi bahasa. Ia sebagai cara menerobos rak bahasa Inggeris dan pada masa sama memanjangkan hayat buku di kedua-dua rak. 
  • Keenam, satu perenggan dengan ayat paling ringkas daripada tokoh yang dikenali keintelektualan dan fungsinya dalam masyarakat melalui bidang ini dimasukkan dalam buku bersama  foto.
  • Ketujuh, bekerjasama dengan pengusaha tadika dan taska bagi menulis buku cerita bergambar kanak-kanak yang akan menjadi buku rasmi.
  • Kelapan, gunakan satu atau dua foto ibu bapa yang memegang buku itu dan berpuas hati pada kesan buku itu. Mereka adalah kumpulan makmal ujian kita sebelum buku diterbitkan.
  • Kesembilan, memilih mentor bagi memandu arah kita menggunakan sistem dan kaedah yang betul.
Langlah-langkah di atas akan semakin kurang digunakan dalam penerbitan apabila ibu-bapa secara sedar dan tahu mahu membeli buku cerita bergambar kanak-kanak tanpa berkata, "Nipis dan banyak lukisan sahaja. Kurang perkataan dan mahal!"

Sayur dan buku tidak dapat dipisahkan



Sentiasa fikirkan berada di luar kedai buku bagi menjual buku tulisan kita. Misalnya strategi Karangkraf berada di luar kedai buku dan berada di lokasi yang relevan. Buku mengenai fertigasi cili terbitan Karangkraf berada di MAHA. 

Ketika kursuspenulisan.com menjual buku Buat Duit dengan Ikan Keli, didapati buku ini lebih mudah dijual di laman forum online yang berkaitan ikan keli berbanding dihantar ke rangkaian kedai buku.

Beberapa pandangan mengatakan bahawa ini adalah tanda-tanda situasi ekonomi yang semakin perlahan dan mendorong para penerbit mencipta peluang baru. Peluang sebagaimana kenderaan berlogo TM UNIFI diletakkan di hadapan kedai mamak kemudian seorang kakitangan menguar-uarkan pakejnya.

Kursuspenulisan.com menjalankan temubual terhadap seorang lelaki yang menjual buku secara langsung dari meja ke meja, dari kedai ke kedai, dari seorang individu ke individu lain.

Berapakah orang lelaki ini perlu bertemu dan memperkenalkan buku? 

Katanya, "Sejumlah 250 orang sehari bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam."

Berapakah jumlah jualan paling rendah pernah dicapai? 

Katanya sambil menundukkan kepala, "Paling sedikit 20 naskhah buku sehari."

Berapakah komisen yang diterima bagi setiap naskhah buku? 

Dia menjawab dengan ceria, "Sepuluh peratus daripada harga buku."

Berapa lama sudah bekerja begini dan berapa ramai seperti saudara? 

Balasnya, "Saya sudah bekerja selama empat tahun dan gembira melakukannya. Ada 500 seperti saya yang mengedar di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak."

Kredit foto: Puan Sri Diah Shaharudin.

Menjual buku sebelum katil siap dikemas


Big Bad Wolf menggunakan strategi serangan awal pagi dengan menukar rutin pembelian buku seawal jam 6.30 pagi. Situasi ini mendorong kawalan trafik pelanggan pada waktu siang. Strategi ini mendorong kumpulan pelanggan dapat diasingkan. Pada waktu siang adalah kumpulan yang datang secara berkeluarga dan mereka yang lebih berusia.




Sunday, October 28, 2012

Ilham Karangkraf terbit beribu-ribu perkataan pada skrin




Inovasi dalam penulisan berkembang dengan wujudnya Ilham. Portal 'tulis dan siar' selepas penulisan2u.com yang mencipta trend penerbitan novel melalui online. Kali ini Karangkraf mengambil sebahagian lagi daripada kek penerbitan secara online.

Menurut Puan Sri Diah Shaharuddin, "Ilham Grup Buku adalah platform percuma. Sebagai penerbit kami akan mengambil pandang semua aktiviti di situ dan akan membuat pilihan terbaik e-novel mana yang patut diterbitkan."

Nota: Sehingga Oktober 2012, pihak Karangkraf memaklumkan kepada kursuspenulisan.com, platform dalam peringkat percubaan.

Kata Puan Sri Diah lagi kepada kursuspenulisan.com, "Dengan entiti yang ada - Karya Bestari Sdn Bhd (buku-buku Motovasi Islamik) , Buku Prima Sdn Bhd (Novel, Buku Kanak-kanak dan Remaja) dan Alaf 21 Sdn Bhd (Novel, Buku Umum, Kraf dan Resipi), lebih banyak buku dapat diterbtkan."

Dalam tinjauan kami di POPULAR sekitar empat bulan lalu, kami diberi maklumat, pembaca akan mengikuti sekurang-kurangnya enam entri novel secara online sebelum membuat keputusan pembelian. Mereka akan membeli naskhah cetak apabila berpuas hati.

Situasi di POPULAR ini dikenali sebagai pembelian gaya hujung minggu, lima hari bekerja adalah hari membuat penilaian, hujung minggu hari pembelian.

Tim kursuspenulisan.com mendorong lebih ramai peserta berkarya dan memenuhi angan-angan mereka melalui seminar penulisan novel. Diketengahkan langkah-langkah penting menulis novel yang berpotensi disiarkan. Klik di sini

Model platform ini mengurangkan kos masa kepada penerbitan, penilaian cerita yang sedap dibaca dan disukai pembaca ditentukan oleh pembaca sendiri sebelum diterbitkan.

Monday, October 22, 2012

Buku tua mencari-cari formula orang muda




Hijaz Records Publishing menerbitkan buku berjudul Kitab Muhimmah oleh Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani.

Kitab lama ini menjadi menjadi kitab rujukan yang digunakan oleh para ustaz dan guru agama dalam ceramah dan pengajian. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu lama. Oleh itu, ia sukar difahami dan dibaca oleh pembaca.

Teknik menulis semula kitab lama ke dalam bahasa Melayu moden adalah idea memberi kesegaran kepada penerbitan kitab-kitab pengajian lama.

Cara ini digunakan oleh Ustaz Wanji B. Wan Hussin dengan menulis, kemudian menyemak semula dan diterbitkan dengan pakej baru.

Susunan buku ini mengekalkan teks lama dan disusuli bersama teks baru.

Selangkah menjadi penulis, klik di sini

Sunday, October 21, 2012

Kerana tulisan, orang tua pun jadi kanak-kanak


Alhamdulillah, coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak hari ini mengejutkan kerana penyertaan rakan-rakan penulis dari Must Read Sdn Bhd, Blink Books, Galeri Ilmu dan PTS.

Sekitar coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak


Wakil Persatuan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), pembangun aplikasi, jurutera dan guru menjadikan coaching hari ini meriah dari segi diskusi dan maklumat baru.

Pasaran baru

Idea membangunkan buku cerita bergambar kanak-kanak oleh tadika-tadika juga diketengahkan.

Kita melihat dengan kerjasama penerbit dengan 200 ahli PERTIM yang mengusaha tadika akan memberi impak yang baik.

Pertama, bekalan buku cerita bergambar kanak-kanak syariah compliant, Bahasa Melayu Tinggi dan memandaikan bangsa,

Kedua, penerbit menerbit berdasarkan keperluan tadika dan sebagai solusi tidak terkesan dengan situasi kedai buku.

Ebook buku cerita bergambar




Kami mendapat maklumat dan melihat karya seorang guru tadika di bawah PERTIM telah menerbitkan buku cerita bergambar kanak-kanak dan dijual di KOBO.

Beliau adalah Puan Salleha Seth dengan ebooknya The Power of Water Skin melalui Caliphate Book

Menariknya beliau melukis dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab sahaja!

Ini belum ditambah lagi dengan peranan guru menjadi pendorong ibu bapa mencari buku cerita bergambar kanak-kanak.

Rakan-rakan penerbit

Selain itu potensi diterbitkan baik di dalam dan luar negara melalui pelesenan juga memberi kesan baik kepada penulis dan ilustrator. Kewujudan Yusuf Gajah Lingard Literary Agent, PTS Rights, Kota Buku dan Blink Books yang mahu memasuki sektor ini adalah peluang mencipta kesan supermarket karya.

Kami amat menggalakkan hubungan penulis dan ilustrator sebagai usaha memanjangkan potensi karya.

Kami di kursuspenulisan.com akan komited melatih dalam bentuk coaching dan mencipta pelan pemasaran Gorila bagi menghidupkan usaha ini.

Kami melihat kerjasama lebih jauh usaha pembangunan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu dengan membangunkan latihan asas kepada tim editorial penerbit tempatan.

Gelombang coaching seterusnya pada hari Ahad, 25 November 2012. Klik di sini 


Thursday, October 18, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Dipetik daripada laman Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  "Bagi mereka yang tertanya-tanya tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013."

Bagaimana kita memanggilnya, "Pesta Buku 2013?", "PBAKL 2013?", "KL Book Fair 2013?" semuanya sama, manusia membanjiri PWTC.


Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang penulis di sini

Apakah buku-buku yang akan dapat ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti? Kita bermula dengan buku-buku yang pernah muncul di booth PTS Media Group.


Set untuk penulis


Kaedah penulisan






Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. 


Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. 


Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.






Tip Menjadi Penulis Bestseller


Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen. 


Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca.


Kaedah memasarkan penulisan









Urus Bisnes dengan Google


Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. 


Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search. 


Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu, dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti secara langsung oleh pembaca








Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop


Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!'







Mudahnya Bisnes dengan Forum Online



Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet. Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari. Bagaimana? 


Dia mengikuti petua ini, "Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet." 


Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung? Hanya di satu tempat bernama Forum Online. Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang. 


Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada yang cuba merahsiakan. 


Peniaga kecil, pekerja yang berniaga sambilan, suri rumah dan pelajar memiliki buku ini dan mencipta telaga bisnes mereka sendiri. 


Mudahnya Bisnes dengan Forum Online memberikan petua; 


(1) Menukarkan rakan menjadi pelanggan di Forum Online. 

(2) Menjual produk dan perkhidmatan sendiri ataupun orang lain secara cepat, mudah dan praktikal. 
(3) Mempromosi dan menjual secara berpanjangan. 

Buku ini mendedahkan kaedah Show Don’t Tell yang digunakan berkali-kali oleh peniaga di Internet. Jadikan buku ini di sisi kita ketika menggunakan Internet. Buku ini menjadi penasihat kepada bisnes kita.


Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang penulis di sini

Sunday, October 14, 2012

Tebal muka formula lariskan buku?


Oleh Nazry Salam Feeqry

Penulis perlu tebal muka sekali-sekala.

Tadi, saya pergi ke kedai buku Popular di Jusco Cheras Selatan. Semasa saya di rak komik, saya ternampak seorang kanak-kanak lelaki sedang melihat-lihat buku komik terbitan Art Square.

Saya bertanya kepada dia, "Pernah baca Komik-M?"

Dia menoleh, kemudian menggeleng.

Saya mencapai buku komik MISI 8A dari rak, dan berkata, "Inilah Komik-M."

Kanak-kanak itu kemudian tersenyum dan mengangguk. "Oh, saya pernah baca buku komik ini."

Saya bertanya, "Pernah baca sambungannya, MISI 10A?" Saya menuding ke senaskhah buku komik Misi 10A pada rak.

Dia menggeleng.

Saya tersenyum dan berkata, "Abanglah yang tulis buku-buku ini. Percaya?"

Kanak-kanak itu menggeleng lagi tanda tidak percaya. Saya mengeluarkan dompet dari saku belakang seluar lalu menunjukkan kad pengenalan saya kepada dia. "Sekarang percaya?" Saya tanya sekali lagi.

Dia tersengih hingga tersingkap gigi, kemudian mengangguk beberapa kali. Barulah dia percaya.

Saya berkata kepada kanak-kanak itu, "Sekiranya adik beli komik Misi 10A sekarang, abang akan berikan tandatangan."

"Benarkah?" tanya dia, teruja. Saya mengangguk.

Kanak-kanak itu membeli buku Misi 10A, dan saya tepati janji dengan menurunkan tandatangan pada buku itu. Sempat juga kami bergambar dan berkenalan.

Alhamdulillah, dengan menebalkan muka, satu buku hasil penulisan saya sudah terjual hari ini. Semoga Adik Iqbal beroleh manfaat daripada buku komik Misi 10A.

Monday, October 8, 2012

Apabila blog menjadi buku terlaris tempatan



Terdapat beberapa blog yang semakin ditulis semakin menjadi buku


  • Awang Goneng dengan blognya Kecek-Kecek menjadi buku Growing up in Trengganu
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan blognya saifulislam.com melahirkan tujuh buah buku.
  • Robert T Kiyosaki dengan blognya conspiracyoftherich.com menjadi buku Conspiracy of the Rich.
  • Dr Zubaidi menulis di drzubaidi.com dan dijadikan buku Doktor, Saya Takut Jarum
  • Zamri Mohamad dengan blognya Bengkel Blogshop terhasil buku Mudahnya Bisnes dengan Blogshop
  • Chef Hanieliza Kamaruddin berkongsi resipi di blog dan dibukukan menjadi Siri Senangnya Memasak. Bukunya 'memasak' dunia buku dengan jualan 100,000 naskhah di bawah judul Sehari Satu Resipi, 365 Resipi.


Soalan saya, mahukah kita mengikut cara mereka menulis blog menjadi buku?

Ya!

Apakah strategi yang dapat kita tiru daripada mereka?

Petua pemanas badan yang diberi oleh seorang sahabat tentang penulisan blog diperturunkan kepada saudara.

Tip menulis blog inspirasi daripada kisah peribadi


  • Gunakanlah bahasa Melayu yang lengkap dalam penulisan blog.
  • Catat perkara-perkara yang unik dalam kehidupan setiap hari.
  • Ulas kisah hidup dalam dua warna positif dan negatifnya.
  • Simpan salinan blog dalam bentuk fail Word atau di Google Docs dan Dropbox. Mungkin boleh dibuat seminggu sekali atau setiap kali anda menggunakan 'thumdrive' di komputer umum.
  • Susunlah seperti satu bab kecil sehari dalam fail Word dan lihatlah hasilnya selepas sebulan, tiga bulan dan 12 bulan. Ia menjadi sebuah buku.
  • Cetak dan jilidkan elok-elok. Mungkin ia menjadi khazanah keluarga atau masyarakat yang berguna.


Sebentar, saya mahu bertanya sekali lagi lagi.


  • Bagaimana pula strategi penulisan yang mesra pembaca?
  • Bagaimana pula menarik perhatian editor dan penerbit ke blog kita?




Ketika krisis ekonomi dunia yang membuat ramai kehilangan wang, seorang lelaki menulis buku dari blog dan menyedut wang melalui jualan bukunya. Beliau adalah Robert T Kiyosaki dengan bukunya Conspiracy of The Rich. Itu cerita beliau. Bagaimana cerita Tuan dan Cik Puan?

Ceritanya bermula di sini



Ketika kebimbangan kaum perempuan dengan kes ragut, simbah asid dan jenayah malam ke atas mereka selepas pulang dari rumah, seorang lelaki menulis blog dan ditukarkan menjadi buku. Buku itu berkenaan solusi pendapatan alternatif kepada kaum perempuan.

Buku itu berjudul Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop.

Ia menarik perhatian Perpustakaan Negara Malaysia melalui pembelian bagi diedarkan ke seluruh perpustakaan desa seluruh negara.

Itu adalah cerita penulis entri ini. Bagaimana cerita Tuan dan Cik Puan?

Cerita Tuan dan Cik Puan bermula di sini

Saturday, September 22, 2012

Jadilah si gila barulah buku akan muncul


Pada hari ini saya mula berguru dengan seorang doktor yang kreatif sifatnya. Kreativitinya disambut dengan ketawa dan ayat seperti, "Orang tidak pernah lakukan," dan "Pelik idea ini."



Jika di kursuspenulisan.com kami memenuhi dua perkara ini bagi mencipta peluang kepada para penulis agar buku mereka diterbitkan melalui usaha literary agent. Kami menjual idea yang digilap semula agar nilai pendapatan penulis bertambah. Dengan izin Allah ia berlaku.

Idea itu ditunjangi dengan pelan pemasaran. Lebih mahal sifatnya.
Doktor ini bercerita mengenai adik perempuanya yang juga 'menjual idea'.

Bagaimana adiknya menjual idea?

Peristiwa ini berlaku empat tahun yang lalu. Adik perempuanya melihat foto-foto milik seorang jurufoto yang merakamkan situasi di Papua New Guinie. Foto yang menarik perhatian adiknya adalah kumpulan pelajar perempuan yang tidak memakai bra ke sekolah.

Kemudian adiknya menjual idea, "Jika kamu memberi dua bra 'percuma' kepada mereka, mereka akan 'membeli' bra seumur hidup."

Idea mendidik para pelajar memakai bra dijual kepada Triumph International. Nilai idea itu, $50,000 (RM150,000)

Itu kisah adiknya, kisah abangnya seorang doktor ini 'gila-gila' juga.


Kami percaya kepada kegilaan itu dan dalam dunia penulisan kami percaya kepada idea-idea para peserta bengkel.


  • 20 Oktober 2012 Coaching dari blog menjadi buku
  • 21 Oktober 2012 Coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak
  • Pra pendaftaran di sini


Pengurus penulis pecahkan kotak emas dunia buku


Pengurus kepada penulis bertindak mengurus potensi bakat. Pengurus menukarkan idea menjadi kejayaan kepada karya penulis. Pengurus memberi kesan besar kepada kejayaan penulis dalam beberapa keadaan.

(1) Memudah cara urusan jadual professional kepada penulis agar berada di setiap lokasi dan fokus kepada presentasi, manakala di sebalik tabir pengurus mengambil tempat.

(2) Memberi sokongan emosi kepada penulis dalam situasi positif dan teruji.

(3) Menilai potensi idea yang dilontarkan oleh penulis sama ada mempunyai potensi menjadi produk.

(4) Menapis rakan kerjasama penulis agar hak penulis terpelihara dan hubungan kerjasama memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

(5) Membuka peluang-peluang dan idea baru kepada penulis bagi memanjangkan hayat profession.

(6) Menyediakan pelan surivival kepada penulis sekiranya berlaku situasi luar jangka.

Para penulis yang sudah berumahtangga cenderung memilih pasangan menjadi pengurus mereka.


Chef Hanieliza Kamarudin bersama suami sebagai pengurus.


Dan Brown dan isterinya sebagai pengurus.


Antara penulis yang mempunyai pengurus adalah seperti penulis buku resipi bestseller, Chef Hanieliza Kamaruddin, novelis remaja popular, Puan Ain Maisarah, pelukis bertaraf antarabangsa, Tuan Yusof Gajah dan novelis antarabangsa, Dan Brown yang popular dengan karya Da Vinci Code.

Siapakah lagi dapat kita senaraikan di sini?


Sumber foto

[1] Facebook Puan Hanieliza Kamarudin
[2] Media Bistro


.....








Tan Sri Khalid Ibrahim, Fearless dunia buku tempatan


Fearless: From Kampung Boy to CEO.Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim

Rancang sasaran kelompok pembaca buku kita melepasi sempadan kategori rak.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim adalah tokoh korporat besar dan tokoh politik besar, tetapi dalam menghasilkan buku pertama beliau dengan memilih langkah kecil.

Langkah kecil itu menghasilkan buku berjudul Fearless: From Kampung Boy to CEO. Buku ini memenuhi kategori umum.



[Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.

“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.

“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut."] Petikan Selangorku.com



Kami di kursuspenulisan.com melihat pemilihan judul ini melangkau rak autobiografi ke rak motivasi secara serentak.

Apabila dilihat pada laman page Facebook rasminya, buku ini dikategorikan oleh penerbitnya sebagai buku Leadership Motivational. MPH meletakkan buku ini di bawah sub kategori, personalities.

Nota: Buku autobiografi di Malaysia melalui jualan yang perlahan. Ini dilihat strategi pemasaran silang yang tepat.

.....



Wednesday, September 19, 2012

Seni menulis buku dari status FB, Google Plus dan Twitter


Perkataan yang ditulis adalah pelaburan. Bagaimana menggunakan media sosial sebagai medium penulisan buku?

(1) Kenal pasti adakah status yang ditulis memberi ROI (return on investment) yang positif atau tidak.

Contoh status. 

[Bengang] Bos pandai-pandai ubah keputusan, bengang betul! Kalau dah pandai buat sendiri.


(2) Jika tidak memberi ROI yang positif, tulis status yang memberi panduan dan meningkatkan kemahiran bahasa kita.

Contoh status

[Tip] Berhadapan bos yang kerap mengubah keputusan saat akhir. Fikirkan tiga kemungkinan keputusan baru yang akan diberi beliau sebelum bertemu. Berikan pro dan kontra bagi setiap keputusan baru yang diberi.

Tuan Ajami Hashim menghasilkan buku Cerpen Twitter daripada himpunan twitternya. Bagaimana dengan himpunan status Facebook, Google dan Twitter kita? Apakah ROInya? Sudahkah kita mendapat royalti daripadanya?




.....




Friday, September 7, 2012

Apabila penjual cuka epal 100 tahun terbitkan buku


Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini.



Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama.

Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan.



Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85.

Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80

Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran.

Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi tempatan mula mengambil langkah ini sedikit demi sedikit. Gelagat jualan ini dapat dilihat di kedai-kedai lain termasuklah kedai DIY (Do It Yourself) yang menjual buku hobi.

Siapa yang dijangka akan ke arah model penerbitan begini secara besar-besaran. Saya berikan satu nama, Nestle.




Percubaan ini dilakukan oleh Nestle dengan penerbitan buku resipi berwarna kepada para pembelinya melalui kiriman buku resipi ke peti pos. Kaedah ini mengikat para pembaca produk di kampung.

Ibu saya juga masih menerima sehingga hari ini.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 


Tuesday, August 14, 2012

Kaya seorang diri, penat kemudian dia berhenti


Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan?

Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu itu berjudul Nothing Gonna Change My Love For You nyanyian Glenn Medeiros. Ia dirakamkan pada tahun 1987.



Kisah populariti Glenn dilihat sebagai rezeki atas rezeki.

Penyanyi kelahiran Hawai ini merakamkan lagu itu dan disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau setakat di situ sahaja.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kepada Glen apabila seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti.

Juruhebah dari Amerika Syarikat pulang dan kemudian memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You di Amerika. Lagu itu meletup di sana. Ia menjadi kegilaan baru para pendengar.

Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kali kedua berlaku. Glenn mendapat tempat dalam dunia muzik di Eropah. Tetapi tidak ada pegawai pemasaran atau pegawai promosi yang menghantar albumnya ke sana.

Seorang juruhebah radio dari Eropah yang sedang bercuti di Amerika pula membeli album Glenn. Dia kemudian memainkan lagu tersebut di stesyen radionya.

Sekali lagi nama Glenn dan lagunya menjadi kegilaan.

Rezeki di Hawai, rezeki di Amerika dan rezeki di Eropah. Jualan album penyanyi berusia 25 tahun ketika itu adalah sejumlah 10 juta album di seluruh dunia. Lagunya tersenarai dalam carta Billboard dan hit nombor satu di Belgium tidak sampai tempoh dua tahun. Album beliau juga mendapat anugerah emas.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar Glen turut berlaku dalam dunia penulisan.

Pertama

Penulis dapat melakukan semuanya, tetapi akan penat mengejar setiap satu langkah dan mengambil masa yang lama. Ada orang lain dalam dunia penerbitan yang dapat membantu mempercepatkan langkah kita. Gunakan peluang itu untuk meletakkan nama kita terlebih dahulu sebelum berkembang lebih jauh.

Kedua

Kejayaan yang dikecapi penulis bukan kejayaan individu. Tanpa ada orang yang menyokong dan berkata anda boleh lakukan, kita tidak akan ke mana. Glenn hanya kekal penyanyi kampung jika dua orang juruhebah radio dari Amerika dan German tidak memutarkan lagunya.

Mahukah kita kekal sebagai penulis kampung sahaja tanpa membenarkan rakan dunia buku membantu?

Ketiga 

Satu bakat sahaja tidak akan berkembang jika tidak digabungkan dengan bakat orang lain.

Bakat nyanyian sahaja tidak akan menjadikan penyanyinya menguasai carta. Ia datang dengan bakat orang lain yang tahu mempakejkan, memasarkan dan mengedarkan kepada khalayak lebih besar.

Jika bakat nyanyian Glenn tidak digabungkan dengan bakat pujuk rayu sang DJ di konti radio, belum tentu Notting Gonna Change My Love For You meletup sehingga hari ini!

Tidak ada istilah kekayaan seorang diri dalam penerbitan

Bakat penulis juga melalui keadaan yang sama. Penulis tidak dapat bergerak sebagai individu, tetapi bergerak sebagai penulis dengan bantuan literary agent, penerbit, pembaca dan media.

Ia menjadi kejayaan dan kekayaan bersama.

Mana satu pilihan kita. Kekal menjadi penulis kampung dengan keuntungan yang sangat kecil yang bergantung kepada kerja seorang diri atau sebaliknya?

Berfikir menjadi penulis yang karya kita panjang hayat dan panjang pendapatanya di pasaran dengan bantuan orang lain.

Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan?

Pemerhatian ke atas sepuluh penulis PTS mendapati ciri-ciri mudah bekerja sebagai satu tim menjadikan mereka penerima royalti tertinggi dengan nilai terkumpul berjumlah satu juta ringgit.

Keuntungan besar dalam dunia penulisan hanya berlaku dalam kerjasama kumpulan.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini