Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, April 23, 2013

[Bocor] Konspirasi tingkat tiga, Bilik Sabah PWTC

Bilik Sabah terletak di tingkat 3 PWTC

Pesta Buku PWTC tidak sah lengkapnya apabila pengunjung pesta buku tidak ke tingkat tiga [3] pada tarikh-tarikh berikut;


  • Sabtu, 27 April 2013 pada jam 3.00 petang di tingkat tiga PWTC.
  • Isnin, 29 April 2013 pada jam 3.00 petang di tingkat tiga PWTC.
  • Rabu, 1 Mei 2013 pada jam 3.00 petang di tingkat tigaPWTC.
  • Sabtu 4 Mei 2013 pada jam 3.00 petang di tingkat tiga PWTC
Perubahan lokasi dari tingkat lima ke tingkat tiga.

Mengapa tidak sah lengkap?

ˆSempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, Forum Profesional Kota Buku akan dianjurkan pada tarikh dan hari berikut.



Program

  • 27 April 2013 Forum Menjadi Penulis Sepenuh Masa bersama Ramlee Awang Murshid (RAM) dan Zahirudin Zabidi
  • 29 April 2013 Bengkel dan Forum Penulisan Skrip, dari buku ke layar bersama Zabidi Mohamed.
  • 1 Mei 2013 Sesi Menarik Pelanggan, Ayat-Ayat Magis bersama Aqif Azizan.
  • 4 Mei 2013 Bengkel Menulis Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak bersama Fazeila Isa

Lokasi dan masa

Kesemua program ini bermula jam 3.00 petang di tingkat 3, PWTC

Klik paparan bagi imej lebih jelas







Monday, April 1, 2013

Mahu menulis Ebook dengan penerbit yang kredibel?



Lima hari lagi kami akan membangunkan kumpulan penulis baru. Mereka seperti kita memiliki laptop di rumah. Laptop mereka giat bekerja menambah uncang dan membina lebih banyak karya. Itu kami mahu lakukan di kursuspenulisan.com. Tuan Azree Hanifiah, eksekutif ebook yang pernah berurusan dengan KOBO, Apple Store, Amazon dan E-Sentral akan bersama-sama para peserta memberikan asas penulisan dan penerbitan ebook. Sah hadir, klik di sini

Thursday, March 28, 2013

[Tulis & Terbit Singapura] Penulis Singapura, buku di Malaysia


"Tim kursuspenulisan.com melatih penulis Singapura." 

Coaching Penulisan Buku Singapura. Tuan dan Cik Puan serta rakan-rakan yang berminat mengikuti coaching penulisan buku di Singapura pada bulan Mei ini, emelkan ke kreatifkursus@gmail.com 

[Malaysia] Bengkel Penulisan Ebook (6 April), Coaching Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak (7 April) bermula di kursuspenulisan.com

Kami melatih dengan berusaha membawa mendekati hasilnya.

[Tulis & Terbit Mesir] Penulis buka perpustakaan awam

"Saya tidak ada masa. Tetapi saya mahu buat...."

Kami berada di Maktabah Qardhawi, iaitu perpustakaan Melayu di Mesir yang dibangunkan oleh kumpulan pelajar.

Mereka menyewa sebuah rumah menjadi perpustakaan kitab-kitab Arab dan buku-buku dalam bahasa Melayu.

Sekiranya saudara pernah menonton rancangan Friends, bayangkan lokasi ini menjadi lokasi rakan-rakan minum kopi Arab sambil berdiskusi ilmu.



Kumpulan pelajar yang sama menggajikan 20 orang guru agama dan kadi di Kemboja. Kumpulan pelajar yang sama menggerakkan usrah secara online. Inilah diusahakan oleh tim Halaqah Maya.

Mereka bakal membeli bangunan sebagai lokasi tetap Maktabah Qardhawi.

Salah seorang penggerak adalah penulis Syihabudin Ahmad yang menulis buku Apa Erti Cinta. Beliau adalah peserta bengkel penulisan penerbitan Must Read dan kursuspenulisan.com

"Saya tidak ada masa. Tetapi saya mahu buat...." adakah ini formula digunakan?

Bagaimana mahu menyokong mereka? Bermula dengan klik Facebook mereka di sini.

Album Maktabah al Qardhawi

Langkah memulakan kerjaya penulisan klik di sini 

[Tulis & Terbit Mesir] Penulis, samseng dan buku Melayu

Kami tiba dengan mendengar maklumat-maklumat ini sejurus keluar dari lapangan terbang antarabangsa Kaherah.

Pertama

"Tempoh hari, pejabat Ikhwan Muslimin dikepung dan dibakar oleh kumpulan samseng."

Kedua

"Lima buah masjid dikepung oleh para samseng bersenjata kayu. Mereka memukul jemaah yang keluar. Ini adalah tindakan menakutkan orang menjelang pilihanraya."

Situasi di Mesir tidak membantutkan tujuan kami bertemu kumpulan penulis baru. Mereka menanti selama sepuluh jam, dalam perjalanan sejauh 13,000 kilometer bagi menguasai skil penulisan. Hasil penulisan mereka yang berkualiti bagi tujuan penerbitan.

Bengkel dan coaching penulisan buku bagi mengalihkan hasil penulisan agama yang berkualiti di Timur Tengah diteruskan oleh Must Read Sdn Bhd bersama-sama kursuspenulisan.com.

Sesi selama tiga hari ini memfokuskan kepada mengenal pasti subjek dan mengalihkan teks kepada gaya penyampaian yang dapat difahami pembaca.


Tiba di Mesir pada jam 5.40 pagi, mengharungi hari-hari akhir musim sejuk, rakan penerbit dan kami membuat persediaan. Bengkel pertama adalah bengkel penulisan perubatan kali kedua. Kami mengendalikan sesi pertama pada tahun lalu sebagai pengenalan kepada penulisan umum.

Tugas kursuspenulisan.com melalui Must Read Sdn Bhd adalah membangunkan buku-buku perubatan dan agama secara bersepadu melalui bahan ilmu di Mesir.

Terdahulu di Malaysia, antara buku yang pernah terbit adalah tulisan Tuan Rahman Baco seperti Halalkah Ubat Anda? adalah buku terbitan H Science Solutio.

Must Read mengambil inisiatif membangunkan secara berstruktur penerbitan buku kategori ini.

Para peserta adalah para pelajar-pelajar perubatan. Lokasi kursus adalah di markas Abu Risy, Sayyeda Zainab, Kaherah.




Keesokan, kami meneruskan tugas kami di Wisma Perak. Kali ini melibatkan kumpulan peserta yang ramai. Mereka memfokuskan kepada usaha mengalihkan bahan-bahan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam penerbitan bahasa Melayu.



Must Read mensasarkan kepada pembangunan siri Ad-Din pelbagai kategori yang dapat memenuhi keperluan asas ilmu agama kepada khalayak pembaca.

Bermula pada tahun 2011, ketika revolusi memuncak dan menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, Must Read hanya mampu memperkenalkan diri, "Kami adalah Must Read penerbit buku di Malaysia."

Kesan daripada pengenalan ini, beberapa manuskrip buku dikirim kepada mereka.

Usaha kali kedua bersama-sama kursuspenulisan.com pada tahun 2012 memberi kesan positif apabila seorang demi seorang penulis di bawah jenama mereka dihasilkan.

Antaranya, Muhammad 'Imaduddin Abd Latib dengan bukunya berjudul Anbiya Agung dan kumpulan penulis terdiri daripada anak-anak Terengganu yang menulis buku



Mesir adalah telaga isi kandungan bermutu dalam penghasilan buku-buku terbitan di Malaysia. Apakah kita di Malaysia bersegera menulis buku-buku di sini atau menerima import daripada penulis tempatan?

Langkah memulakan kerjaya penulisan klik di sini
Foto album bengkel penulisan Mesir

Album Bengkel Penulisan Perubatan  
Album Bengkel Penulisan Agama
Album Kembara Penulisan Mesir
Album Maktabah al Qardhawi
Album Bengkel Benar-Benar Terbit

Wednesday, March 20, 2013

[Aktiviti] Jelajah Bengkel Penulisan di Mesir, Malaysia dan Singapura


Klik pada imej

Didoakan semua berada dalam kejutan kebaikan demi kebaikan yang datang dari segenap sudut kurniaan Allah kepada semua. Didoakan juga diberikan ketenangan, kelapangan dan kejayaan dalam perkara yang diperjuangkan.

Dengan izin, kami memberi hebahan dalam poster kepada Tuan dan Cik Puan berkenaan program untuk komuniti berbahasa Melayu di Mesir, Malaysia dan Singapura pada bulan Mac, April dan Mei 2013.

Mohon izin disampaikan kepada mereka yang dapat mengambil manfaat daripada usaha ini.

Semua dijemput hadir melalui maklumat pada poster.

Dengan izin Allah, dipermudahkan.

Terima kasih

Tuesday, March 19, 2013

Kacing! Seni menulis untuk pembaca berkocek besar.





Kepala saya masih teringat pertemuan di Media Prima Business Network sebentar tadi. Fokus, "Jangan buang masa klien, terus kepada mesej kita."

Bagaimana mereka berusaha kuat menarik RM200,000 daripada setiap orang yang hadir melalui pakej pengiklanan yang ditawarkan mereka.

Program mereka diadakan setahun sekali. Ia diadakan selama tujuh hari di Hilton Sentral sahaja. Mereka meletakkan peserta sebagai kumpulan berkocek besar, metod mereka terus kepada agenda.

(1) Waktu presentasi 30 minit sahaja berdasarkan pilihan klien. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak membuang masa mendengar ceramah produk. Fokus kepada apa yang mahu diberikan kepada mereka.

(2) Ia dinamakan mini seminar di bawah kerangka business network. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak hadir ke sana sebagai pelanggan. Mereka datang sebagai rakan niaga.

(3) Setiap seorang klien diiringi oleh seorang pegawai jualan yang berusia 40-an atau yang berwajah matang. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar berurusan dengan kumpulan yang dilihat senior berpengalaman yang dapat membaca peta perkembangan perniagaan mereka.

(4) Lokasi yang dipilih adalah lokasi yang sesuai dengan gambaran kocek klien. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak berada di kawasan yang sibuk dan bingit bagi transaksi bernilai 000,000 digit.

(5) Presentasi untuk orang sibuk. Ia dilakukan selama 30 minit memfokuskan kepada presentasi berbentuk siaran maklumat pada skrin. Kemudian, pegawai jualan menyambung menerangkan pakej tahunan. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar tidak membuang masa mendengar ceramah produk. Fokus kepada apa yang mahu diberikan kepada mereka.

(6) Model tawaran setahun sekali ini saya anggap sebagai kantung asas operasi ketika mana menguruskan kantung perkembangan bisnes. Mengapa?

Kumpulan berkocek besar melihat ia satu tawaran rakan niaga yang eksklusif.

(7) Berdasarkan soalan demi soalan yang ditanya mereka menyaring kumpulan klien yang diberi fokus utama atau fokus sederhana. Mengapa?

Mengasingkan kumpulan klien memudahkan pemasaran dilakukan ke atas kumpulan yang betul.

(8) Wanita berambut perang dan bermata biru yang menjaga meja pendaftaran dapat dilihat sebagai cara merangka persepsi kepada pelanggan. Mengapa?


Kumpulan berkocek besar mendapat persepsi tahap tawaran urus niaga ini pada kedudukan tertentu. Malah, mereka berkocek besar dipanggil VIP Delegate, bukan visitor bagi membezakan nilai mereka.






Melalui maklumat kasar ini, saya berfikir;

Bagaimana pula dengan buku atau ebook yang ditulis untuk kumpulan pembaca berkocek besar?

Dapatkah situasi tadi dapat dikaitkan dengan tingkah laku kumpulan berkocek besar apabila mereka memilih bahan bacaan?

(1) Apakah presentasi kulit buku yang mencipta persepsi positif pada fikiran pembaca berkocek besar?
(2) Bagaimana menyusun isi kandungan yang memenuhi gaya membaca pembaca berkocek besar?
(3) 'Hilton' yang mana satu dikunjungi pembaca berkocek besar agar dapat menemui buku kita?


Nota: Dapatkan maklumat Bengkel Penulisan Ebook (6 April), Coaching Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak (7 April). Klik di sini