Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label buku kanak kanak. Show all posts
Showing posts with label buku kanak kanak. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Adakah kanak-kanak tidak pandai memilih buku?



Tip penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak. Kedai buku seperti Dymocks (Australia) memperkenalkan cadangan siri buku berdasarkan peringkat umur. Setiap peringkat umur diketengahkan buku-buku yang mempunyai fungsi berbeza. Bagaimana kita dapat membezakan kategori ini akan menentukan gaya persembahan cerita, pemilihan perkataan dan jenis ilustrasi?

Langkah awal penulis. Mohon klik di sini

Wednesday, June 5, 2013

Isol, juri buku kanak-kanak syok sendiri?

Diskusi pencetus trend novel Ain Maisarah, Tuan Syaizul Amal di Facebooknya berkenaan pemilihan ilustrasi buku cerita bergambar kanak-kanak membawa kepada diskusi yang positif berkenaan perkara ini.



Isol, ilustrator buku kanak-kanak dari Argentina memenangi Anugerah Memorial Astrid Lingren pada 26 Mac yang lalu.

Tuan Syaizul mengajukan soalan-soalan ini.

(1) Adakah kanak-kanak benar-benar sukakan ilustrasi ini? Seperti dalam foto di bawah?
(2) Mungkin kemenangan ilustrator adalah satu keputusan oleh para juri ke atas kanak-kanak?
(3) Sejauh mana karya seperti ini dapat dijual di pasaran menggunakan ilustrasi seperti ini.












Bagi mendapatkan respons ini, disertakan catatan daripada Tuan Yusof Gajah selaku ilustrator dan pemain industri serta ikon. Manakala respon dari aspek pendidikan dikemukakan oleh Puan Fazeila Isa dari kursuspenulisan.com

Para pembaca dapat mengikuti perbincangan asal di sini

Daripada Tuan Yusof Gajah, bercakap dari aspek industri dan juri;
Dilantik menjadi juri merupakan satu penghormatan buat diri sendiri dan kalau di peringkat antarabangsa buat negara.

Banyak kateria yang harus dimiliki untuk menjadi juri pertandingan ilustrasi buku kanak-kanak seperti juri pernah menang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa, jumlah buku yang dihasilkan, pengalaman bertahun tahun dalam industri buku kanak-kanak.

Juri juga punya hujah hujah rasional dengan berdasarkan fakta bukan syok sendiri.

Seorang juri harus cekap, tangkas dalam membuat penilaian. Bayangkan dalam masa dua hari harus menilai lebih 4,000 ilustrasi seluruh dunia. Juri juga tidak boleh bersikap prejudis dalam menentukan karya yang patut menang.

Setiap pertandingan biasanya dilantik seorang ketua juri atau pengerusi.

Jumlah juri mesti angka ganjil. Berikut penilaian juri sewaktu saya menjadi juri di NAMI CONCOUR di Korea baru baru ini. Insya Allah pada bulan September akan ke Slovakia menjadi juri di BIB.

Illustration quality was considered the overarching criterion. This was considered in terms of the technical execution of the selected medium, as well as for the effectiveness of applying the artistic elements for visual communication.

  • The degree to which “soul” was evident. Simply stated, this was sought in how “having soul” represented an expression of truth.
  • Consistency of the visual narrative to express an understandable flow of the story. 
  • As this is an award for children’s book illustration, the degree to which the work seems intended for a child audience was also considered. 
  • Potential for multiple interpretations and multi-layered ways of interacting with story. • Storytelling expressed with simplicity/essentiality/clarity. 
  • The degree of originality and innovation exhibited. 
  • Nami vision was summarized as follows, and we endorsed them as qualities of artistic expression. 
  • Sympathy
  • Universality
  • Creativity
  • Inspiration
  • Respect for diversity

Daripada Puan Fazeila Isa memberi respons dari aspek sains pendidikan;

Menulis dan melukis untuk buku cerita bergambar kanak kanak ibarat menghasilkan sebuah karya sastera.

Cuma bezanya, ianya mempunyai audiens yang jauh lebih kecil usianya.

Jika dahulu fokus utamanya adalah pada kanak kanak awal, tetapi kini sempadan itu telah diperluaskan bahkan ada juga buku cerita bergambar untuk remaja dan dewasa.

Sebenarnya, pinsip asas penggunaan buku kategori ini adalah 'dibacakan kepada' atau 'dibaca bersama sama' antara dewasa dan kanak kanak.

Sebelum kanak kanak awal ini dapat membaca dan beri respon kepada tulisan, mereka terlebih dahulu "membaca gambar".

Di sinilah berlakunya diskusi antara dewasa dan kanak kanak tentang karakter, plot cerita dan "details" yang terdapat di dalam ilustrasi bagi memaknai keseluruhan serta "wisdom" utama di sebalik sebuah buku kanak kanak ini.

Dengan bimbingan inilah dunia imaginasi kanak kanak mula terbentuk, berkembang dan mereka kadang kala membuat "connection" antara diri mereka dan watak.

Kita juga akan dapat melihat persepsi mereka akan menjadi berbeza beza dan pelbagai interpretasi yang kritis dan kreatif dihasilkan walhal mereka hanyalah sekadar merujuk kepada satu sahaja ilustrasi.

Walau apa pun bentuk, penggunaan warna, strok lukisan dan bermacam macam lagi teknik berkarya, kanak kanak tidak akan prejudis sama sekali terhadap mana mana lukisan.

Bahkan mereka akan terus membelek dan cuba memahami jalan cerita di sebalik ilustrasi yang dipaparkan.

Namun, hal ini mungkin juga tidak akan berlaku kerana kurangnya pendedahan awal yang diberikan kepada mereka terutamanya buku buku yang mengetengahkan "naive arts".

Seperti karya karya sastera yang lain, sastera kanak kanak kategori ini juga mempunyai tema tema yang ingin diketengahkan. Antara tema-temanya adalah kasih sayang, menjaga alam sekitar, persahabatan, misteri, falsafah kehidupan, bahkan masalah kemurungan dan kematian juga ada diketengahkan.

Apabila hal ini berlaku, sudah pastinya jenis jenis ilustrasi yang ditampilkan adalah berbeza beza.

Jika bicara kita mengenai isu kemurungan, sudah pasti lukisan kita tidak dipenuhi dengan warna warna terang dan lembut seperti merah jambu.

Strok lukisannya pastilah juga berbeza berbanding strok lukisan yang menggambarkan keceriaan.

Melalui strok dan warna lukisan inilah kita juga akan dapat berbicara dengan lebih mudah tentang isu isu yang lebih berat dan kompleks kepada kanak kanak.

Sekiranya selepas ini Tuan telah berjaya buktikan kehendak pasaran khususnya pasaran Malaysia bahawa ilustrasi "naive art" mahupun yang seangkatan dengan Isol ini bukanlah pilihan hati kanak kanak Malaysia, saya tidak menafikan dan tidak terkejut dengan situasi ini.

Ini adalah kerana faktor konteks negara kita yang berbeza dengan Barat membawa kepada perbezaan ini.

Budaya, cara membaca dan "appreciation" kita terhadap nilai sebuah buku cerita bergambar dan seni lukisan juga berbeza.

Tidak dapat dinafikan, corak pendidikan kita seperti mahu anak anak lekas membaca menyebabkan kita hampir terlupa memperkenalkan keindahan dan keseronokan meneroka kepelbagaian yang terdapat dalam buku jenis ini.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, suka saya ketengahkan sejarah buku "Where The Wild Things Are" karya Maurice Sendak.

Sebaik sahaja buku ini diterbitkan, ramai ibu bapa tidak berpuas hati dan mendakwa buku ini akan membuatkan kanak kanak berasa takut.

Namun, sebaliknya berlaku.

Saban hari, buku ini silih berganti tangan - dipinjam oleh kanak kanak dari perpustakaan. Mereka cukup menyukainya!

Apabila disiasat, rupa rupanya mereka cukup sukakan watak utamanya kerana wujudnya "connection" antara diri mereka dan watak.

Adanya sedikit persamaan yang dapat dikaitkan. Dan sehingga kini, buku ini sudah terjual lebih 30 juta naskah dan diangkat sebagai salah

Sunday, October 21, 2012

Orang tua dan buku kanak-kanak, kombinasi ganjil?


Ini adalah catatan coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak sesi Oktober. Sesi akan datang, klik di sini.




Sesi memperkenalkan buku kanak-kanak yang paling ditakuti ibu bapa dan guru. Tetapi kanak-kanak sangat suka. Perpustakaan kekurangan buku ini untuk kemudahan pinjaman. Elemen buku ini dikongsi dalam sesi coaching.

Klimaks dalam cerita bergambar kanak-kanak tidak fokus kepada situasi paling krisis, paling teruk, paling baik. Tetapi klimaks merujuk kepada turning point atau titik perubahan dalam cerita itu.




Melukis idea baru buku cerita bergambar kanak-kanak ketika mengikuti coaching penulisan buku kanak-kanak sambil menghadam elemen-elemen daripada pemenang anugerah yang dapat ditiru semula.

Buku cerita bergambar kanak-kanak meliputi

(1) Buku bergambar
(2) Novel grafik
(3) 'transition chapters book'
(4) 'easy readers'

Hari ini kami memfokuskan kepada bahagian (1)



Kredit foto Puan Rihan Hashim


Catatan peserta di Facebook, Puan Rihan Hashim, "Bengkel ini mencelik mata tentang empat jenis buku kanak-kanak - toy books, concept books, story picture books, dan wordless story books. Selepas hadir kursus ini, orang tua pun berasa seronok mahu mengumpul buku - buku bergambar kanak-kanak. Kami diperkenalkan kepada buku-buku award-winner kelas dunia. Sekarang faham serba sedikit 'nilai'nya."

Catatan peserta di Facebook, Cik Puan Rawaida Kamarudin, "Ilmu paling utama hari ini, ilustrasi dapat berdiri sendiri walaupun tanpa teks. Kedua, kekuatan cerita dipersembahkan melalui teks dan ilustrasi"

Sesi akan datang, klik di sini.

Kerana tulisan, orang tua pun jadi kanak-kanak


Alhamdulillah, coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak hari ini mengejutkan kerana penyertaan rakan-rakan penulis dari Must Read Sdn Bhd, Blink Books, Galeri Ilmu dan PTS.

Sekitar coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak


Wakil Persatuan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), pembangun aplikasi, jurutera dan guru menjadikan coaching hari ini meriah dari segi diskusi dan maklumat baru.

Pasaran baru

Idea membangunkan buku cerita bergambar kanak-kanak oleh tadika-tadika juga diketengahkan.

Kita melihat dengan kerjasama penerbit dengan 200 ahli PERTIM yang mengusaha tadika akan memberi impak yang baik.

Pertama, bekalan buku cerita bergambar kanak-kanak syariah compliant, Bahasa Melayu Tinggi dan memandaikan bangsa,

Kedua, penerbit menerbit berdasarkan keperluan tadika dan sebagai solusi tidak terkesan dengan situasi kedai buku.

Ebook buku cerita bergambar




Kami mendapat maklumat dan melihat karya seorang guru tadika di bawah PERTIM telah menerbitkan buku cerita bergambar kanak-kanak dan dijual di KOBO.

Beliau adalah Puan Salleha Seth dengan ebooknya The Power of Water Skin melalui Caliphate Book

Menariknya beliau melukis dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab sahaja!

Ini belum ditambah lagi dengan peranan guru menjadi pendorong ibu bapa mencari buku cerita bergambar kanak-kanak.

Rakan-rakan penerbit

Selain itu potensi diterbitkan baik di dalam dan luar negara melalui pelesenan juga memberi kesan baik kepada penulis dan ilustrator. Kewujudan Yusuf Gajah Lingard Literary Agent, PTS Rights, Kota Buku dan Blink Books yang mahu memasuki sektor ini adalah peluang mencipta kesan supermarket karya.

Kami amat menggalakkan hubungan penulis dan ilustrator sebagai usaha memanjangkan potensi karya.

Kami di kursuspenulisan.com akan komited melatih dalam bentuk coaching dan mencipta pelan pemasaran Gorila bagi menghidupkan usaha ini.

Kami melihat kerjasama lebih jauh usaha pembangunan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu dengan membangunkan latihan asas kepada tim editorial penerbit tempatan.

Gelombang coaching seterusnya pada hari Ahad, 25 November 2012. Klik di sini 


Sunday, October 14, 2012

Buku kanak-kanak yang hampir dibakar sebelum terbit


Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini

Dr Seuss dikatakan hampir membakar manuskrip pertamanya setelah 27 kali ditolak. Jika beliau benar benar berputus asa, tiadalah kewujudan siri Dr Seuss yang menjadi kegemaran ramai ini di seluruh dunia sehingga sekarang.

Dr Seuss, nama pena bagi penulis dan ilustrator buku bergambar kanak kanak Theodor Seuss Geisel. Bukunya menjadi kegemaran kanak kanak termasuklah golongan dewasa kerana watak watak ciptaannya yang lain daripada lain dan lucu, serta rhyming yang menarik. Rhyming beliau ini adalah mengikut anapestic dan amphibrachic tetrameter (meter penggunaan weak dan strong syllables dalam puisi mengikut syarat tertentu).

Dr Seuss berkata, beliau berterima kasih kepada ibunya yang sering membacakan rhyming kepada anak anaknya sebelum tidur. Ini amat mempengaruhi dan mendorong beliau untuk mencipta rhyming menarik dalam bukunya.

Kita sering fikir kanak kanak mungkin akan kurang memahami jalan cerita yang mengandungi banyak perkataan sofistikated.

Salah satu tip penulisan buku bergambar kanak kanak yang dikongsi Dr Virginia ialah gunalah perkataan sofistikated atau perkataan yang kanak kanak pasti jarang dengar. Jangan takut bereksperimentasi.

Tambahan pula, perkembangan minda berlaku dengan pesat sewaktu kecil.Mereka sebenarnya gemar mempelajari perkataan baru jika kena pada waktu dan caranya. Pendedahan awal dan melibatkan mereka dengan buku yang mengandungi perkataan perkataan kompleks dan sofistikated ini membantu mereka berseronok mempelajari dan mengguna pakai perkataan tersebut setiap hari.

Tip ini juga amat praktikal bagi ibu bapa dalam memilih buku yang bersesuaian untuk anak anak mereka.

Walaupun Dr Seuss telah lama meninggal dunia, namun buku bukunya tetap hidup dan telah banyak ulangkali dicetak mahupun diadaptasi ke filem termasuklah yang terbaru, The Lorax.



Terbaru, BookXcess ada membuat jualan set buku Dr Seuss dan set ini mengandungi 3 kategori buku, Blue, Green dan Yellow Back Books. Blue adalah sesuai untuk dibacakan kepada anak anak kecil, Green untuk kanak kanak yang baru sahaja mula bertatih membaca sendiri dan Yellow adalah untuk "fluent readers".

Apabila kanak-kanak jatuh jurang kerana buku

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Buku cerita bergambar kanak kanak mempunyai banyak fungsi termasuklah mencetuskan kreativiti dan kemahiran berfikir sejak kecil lagi.

Ini kerana, "jurang" yang sengaja diwujudkan di dalam buku jenis ini amat membantu ibu bapa membuat aktiviti lanjutan setelah membacakan cerita tersebut atau semasa cerita tersebut dibacakan.

"Jurang" yang dimaksudkan di sini ialah "jurang penceritaan".

Terdapat tiga jenis jurang yang dapat dikenalpasti.

Pertama

Jurang dari teks ke ilustrasi. Walaupun di dalam teks ada menceritakan satu watak tertentu, namun ini tidak disertakan di dalam ilustrasi. Sebagai contoh (seperti di dalam foto), terdapat satu baris dialog ibu protagonist. Namun, tiada watak tersebut di dalam ilustrasi.

Kedua

Jurang dari ilustrasi ke teks. Jurang ini paling banyak digunakan penulis kerana di sinilah ilustrasi memainkan peranan penting dalam menceritakan separuh daripada perjalanan sesebuah cerita itu. Ada juga cerita yang menggunakan jurang ini untuk memberi informasi baru watak dan perkembangannya.

Sebagai contoh, terdapat watak watak lain di dalam ilustrasi yang turut memainkan peranannya namun tidak diceritakan di dalam teks. Contoh lain adalah, ekspresi pada wajah, keadaan pakaian yang berubah, lokasi barang yang diubah. Namun, semuanya tidak diceritakan di dalam teks.

Ketiga



Jurang antara cerita dan audiens. Dengan mengambil contoh buku Where The Wild Things Are (seperti di dalam foto), penulis memang sengaja tidak memberitahu dengan jelas pengembaraan protagonist ke dunia "Where The Wild Things Are" itu sebenarnya di dalam alam mimpi ataupun hanya dunia imaginasinya ketika berkurung seorang diri di dalam bilik.

Ketiga tiga jenis jurang ini sangat pratikal untuk dijadikan perbincangan di antara pencerita (ibu bapa) dan anak anak.

Kadang kala, penulis dan ilustrator memang sengaja meninggalkan jurang ini untuk memberikan keterujaan kepada anak anak dengan babak atau perkara yang tidak disangka sangka.

Jurang ini juga disediakan untuk diisikan oleh mereka mengikut daya imaginasi, pendapat dan kreativiti mereka.

Penulis buku Where The Wild Things Are, Maurice Sendak telah meninggal dunia pada tiga minggu lalu. Buku yang telah memenangi anugerah Caldecott Medal ini diterbitkan pada tahun 1963 namun masih menjadi kegemaran ramai.

Bayi kecil membaca karya agungkah?

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Ada sesetengah ibu bapa yang akan tertanya tanya apakah jenis buku yang sesuai untuk diberi kepada anak mereka seawal usia 0-2 tahun.

Ini jelas menunjukkan keperihatinan mereka terhadap perkembangan literasi seawal usia tersebut dan kesungguhan mereka mahu menerapkan budaya cinta buku.

Bayi seawal usia ini memang gemar kulum, hisap, gigit, tarik dan macam macam lagi pergerakan yang melihatkan mulut, tangan dan kaki apabila diberi mainan atau objek kepada mereka. Itu adalah cara mereka “belajar” mengenali objek.

Untuk itu, terdapat jenis material buku yang selalunya akan dicadangkan adalah jenis “board book”.

Ini adalah kerana buku jenis ini diperbuat daripada kertas keras kadbod supaya buku tidak akan mudah terkoyak, rosak dan boleh diulang pakai.

Ada juga buku yang diperbuat daripada bahan tahan gigitan, koyak dan boleh dibasuh (seperti di dalam foto ini: Mama and Baby & Mary Had A Little Lamb) dan juga diperbuat daripada kain. Buku jenis ini adalah buku yang mempunyai maksimum 8 muka surat.

Itu tentang material. Seterusnya jenis presentasi buku. Ada board book yang mempunyai finger atau hand puppet, ada yang mempunyai “lift the flap” atau “flip flap” book (ada gambar objek tersembunyi di sebalik kad yang perlu diselak untuk lihat objek tersebut atau selak untuk dapatkan padanan gambar yang betul seperti di dalam foto) dan ada jenis “pop up”.

Ada juga yang mempunyai punat untuk ditekan supaya mengeluarkan bunyi.



Kategori buku pula ada jenis buku konsep awal iaitu buku tentang ABC, 123, warna dan apa sahaja konsep mudah, di mana kebiasaannya dihasilkan dalam bentuk kamus bergambar mini atau lebih popular dengan tajuk “my little learning library” atau “my first picture dictionary”.

Buku jenis ini biasanya akan disusun mengikut domain seperti makanan, permainan, pengangkutan dan lain lain.

Kebiasaannya juga, ia dibuat saiz kecil kecil untuk memudahkan bayi leka memegang dan membelek beleknya. Ada juga jenis fiksyen (menceritakan sebuah kisah pendek) dan juga non-fiksyen.

Buku buku ini semestinya mempunyai ilustrasi yang menggunakan warna warna yang terang, berwarna warni, ilustrasi yang mudah difahami atau foto objek sebenar yang kebiasaannya ada di sekelilingnya, foto bayi lain membuat aktiviti hampir sama seperti makan, minum, main, buku yang mempunyai “tactile” di mana mereka boleh sentuh tekstur yang berlainan dan juga buku yang mempunyai ilustrasi haiwan.

Teks bagi kesemua buku yang disebut di atas ini sama ada mempunyai perkataan untuk merujuk pada objek, atau teks yang ringkas, cerita ringkas yang mempunyai rhyming mudah ataupun tidak mempunyai perkataan langsung – hanya bergantung sepenuhnya pada ilustrasi/ foto.

Namun, perkembangan awal bayi dikatakan perlahan untuk anggota matanya. Dikatakan penglihatannya agak kabur, tidak dapat fokus dengan tepat dan tidak dapat membezakan warna.

Maka ada juga board book yang dihasilkan khusus menggunakan hitam dan putih (kadang kala juga warna merah) untuk membantu mereka fokus, merangsang penglihatan mereka dan seterusnya perkembangan minda mereka.

Apa pun jenis buku seperti yang disebut di atas, kebiasaannya ia tidak melebihi 8 helai muka surat untuk kategori ini.

Walau apapun jenis buku yang dibeli, perkara yang paling penting dalam merangsang anak di sekitar usia ini ialah membaca buku buku tersebut bersama sama mereka.

Ini adalah kerana bayi amat cenderung dan suka memberi respon apabila mendengar suara ibu bapa. Tidak hairanlah, bayi pasti terlena setelah ibu bapa mendodoi mereka untuk tidur ( jika kena cara dan tempatnya

Buku bergambar kanak-kanak untuk subjek di sekolah?

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Kebiasaannya, apabila kita sebut sahaja buku bergambar kanak kanak atau picture book, pasti kita terbayang sebuah cerita fantasi pendek yang disertakan ilustrasi untuk bacaan kanak kanak. Oleh itu, ramai ibu bapa tidak menyakini buku seumpama ini boleh digunakan sebagai salah satu "alat" pengajaran dan pembelajaran di rumah.



Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis buku bergambar kanak kanak di pasaran yang dapat digunakan untuk mengajar abjad, nombor, sains, matematik, sains sosial, bahasa dari segi irama, aliterasi dan banyak lagi.

Ini kerana, sesetengah penulis menggabungjalinkan ilmu ilmu tersebut ke dalam format picture book - bagi memudahkan kefahaman kanak kanak awalan dan menarik minat mereka.

Seperti di dalam foto ini, buku yang bertajuk Anno's Mysterious Multiplying Jar ini menceritakan bagaimana ilmu Faktorial itu boleh dibayangkan secara visual dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Zero, karya Kathryn Otoshi pula berjaya menerangkan konsep angka kosong dan keistimewaannya.

Kemahiran menulis dan melukis untuk menghasilkan buku bergambar kanak kanak tidak semestinya penting hanya bagi mereka yang mahu menerbitkan buku bergambar kanak kanak.

Sebaliknya, ia boleh menjadi satu skil yang berguna lagi menyeronokkan dalam mendidik anak di rumah, murid murid di sekolah, sebagai hadiah dan sebagainya.

Apakah pilihan buku bergambar kanak kanak tuan tuan dan puan puan yang akan dibacakan pada malam ini untuk sesi bedtime story bersama anak anak?

Coca cola dan buku kanak-kanak, ada kaitan?


Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini

Terdapat banyak gaya penulisan buku bergambar kanak kanak yang boleh dieksperimenkan. Salah satunya adalah penggunaan kesan aliterasi.

Aliterasi adalah pengulangan bunyi pada pangkal perkataan berturutan di dalam sesuatu ayat. Contoh paling terkenal yang kita biasa dengar digunakan dalam permainan tongue twister:

She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore,
I'm sure she sells seashore shells!

Dalam penulisan buku bergambar kanak kanak, aliterasi ini boleh diguna pakai dalam mencetus keseronokan dan unsur jenaka apabila kanak kanak mendengar atau membaca buku tersebut. Bukan itu sahaja, aliterasi boleh membantu meningkatkan kamus kosa kata kanak kanak kerana ia mudah diingati secara berirama.

Penggunaan kesan aliterasi ini tidak semestinya digunakan ke atas keseluruhan perkataan di dalam ayat tersebut ketika menulis. Asalkan ada beberapa perkataan yang mengulang bunyi yang hampir hampir sama. Contoh:


Dan's dog dove deep in the dam, drinking dirty water as he dove.
Larry’s lizard likes leaping leopards.
Kim’s kids kept kiting.
Drew threw the few new screws.
Big brown bears bake berry bread.




Terdapat juga jenama terkenal dunia menggunakan kaedah aliterasi ini supaya nama mereka mudah diingati. Antara contoh:

Dunkin' Donuts
Paypal
Coca Cola
Spongebob Squarepants
Mickey Mouse

Menarik bukan?

Storyboard buku bergambar kanak-kanak


Daripada trainer buku bergambar kanak-kanak di kursuspenulisan.com, Cik Puan Fazeila Isa. Beliau akan membimbing kita pada sesi Ahad ini, 21 Oktober 2012 di sini

....



Storyboard atau bod cerita amat berguna di dalam penulisan buku bergambar kanak kanak.

Ini adalah kerana ia dapat mengingatkan penulis bahawa akan adanya ilustrasi di setiap helaian di mana ilustrasi inilah yang akan membawa separuh daripada perjalanan cerita dari teks.

Dengan cara ini juga, penulis dapat mengedit dan yang paling penting dapat memotong mana mana ayat yang sudah lagi tidak perlu di dalam teks (kerana ilustrasi sudah pun memainkan peranannya).

Aktiviti ini juga penting kerana setiap penulis dapat menetapkan "page break" atau "page turn" bagi cerita mereka.

Setiap buku bergambar kanak kanak mempunyai ciri keseronokan dan keterujaan dalam setiap kali menyelak dari satu halaman ke halaman yang seterusnya.

Oleh itu, bod cerita yang dihasilkan dapat dijadikan panduan kepada penulis untuk membayangkan pergerakan cerita mereka dan bagaimana cerita mereka itu nanti dapat membuatkan pembaca teruja dari satu halaman ke satu halaman yang seterusnya.

Bod cerita yang terhasil juga membantu penulis melihat ceritanya secara keseluruhan di mana penulis dapat melihat dan menyemak adakah wujudnya kaitan atau pergerakan cerita yang lancar dari satu halaman ke satu halaman.

Bagi ilustrator, bod cerita dapat membantu mereka mendapatkan gambaran kasar bagaimana mereka dapat menghasilkan ilustrasi dengan membuat lakaran kasar/ besar.

Mereka juga dapat melihat dan menyusun atur pergerakan ilustratasi mereka seperti karakter dan latar dari satu bukaan halaman (double pages) ke satu bukaan halaman yang seterusnya.

Daripada bod cerita yang terhasil, penulis juga boleh menghasilkan mock-up dengan mengguntingkannya dan menyambungkan setiap jalur yang dihasilkan dari bod cerita! (seperti dalam foto)

...