Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 
Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Apa yang dilakukan penulis apabila hantaran perkahwinan tinggi?

"Beri sudut pandang baru dalam karya kita."

Misalnya, topik hantaran tinggi adalah topik yang evergreen. Tetapi pembaca tidak mahu membaca hal yang sama daripada penulis.

Maka, cetuskan perspektif baru.

Misalnya topik ini;

"Risiko sosial perkahwinan berkos tinggi."

Ini bagi situasi mereka yang "Tidak mampu, memaksa diri agar penuhi mahu."



Sejak tahun 2005 saya menulis beberapa judul buku ini

(1) Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006)
(2) 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki (2006)
(3) Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah (2009)
(4) Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah (2009)
(5) Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga (2010)
(6) Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa (2010)

Buku-buku mudah diperolehi di sini.

Beberapa catatan dalam ingatan sepanjang menemubual beberapa orang responden.

Perspektif baru adalah berkaitan, risiko sosial.

Apakah itu risiko sosial?

Ia dihadapi pengantin perempuan selepas bergembira 24 jam di majlis perkahwinan. Antaranya;

(1) Respon daripada seorang pakar kewangan mengenai isu membuat pinjaman peribadi bagi menanggung kos perkahwinan adalah, "Bercerai sebelum berkahwin bagi mengelakkan pergaduhan selepas berkata, aku terima nikahnya."

(2) Respon seorang pengamal forex, "Apabila saya diminta menanggung belanja besar ketika berkahwin, saya katakan kepada isteri saya agar berhenti kerja, beliau duduk di rumah dan mengurus rumahtangga. Saya sudah berbelanja mahal bukan untuk kemudahan orang lain."

(3) Respon seorang ibu, "Saya dan anak perempuan menanggung majlis perkahwinan di rumah kami. Saya rasa malu menyuruh keluarga lelaki menanggung kemeriahan rumah kami."

Lain-lain risiko sosial yang lain;

"Ya, saya akan menanggung belanja besar dengan berhutang dan beliau memberi lesen kepada saya memarahi beliau jika (isteri) berbuat silap.

"Segala percutian luar negara saya rancang untuk menggembirakan isteri saya batalkan. Semua difokus kepada bayaran hutang bulanan ke bank.

"Adik ipar saya membayar hantaranya lebih tinggi berbanding saya. Adakah maksudnya nilai isterinya beliau lebih mahal berbanding pasangan saya? Jika demikian, buat apa saya saya bantu beliau jika susah?"

Rantaian risiko sosial dijemput dengan mudah bagi membeli kegembiraan jangka pendek.

Berikan perspektif baru dalam topik lama.

Bagaimana caranya, bermula dengan mengklik di sini.

Saturday, June 22, 2013

Cium dinding dapat hasilkan buku yang terjual di pasaran?

"Kisah suami si pencium duit yang rakus."

Buruk bunyinya, tetapi duit itu selalu dibuang dan tidak dikutip oleh pemiliknya.

Ratus-ratus ringgit dapat diambil daripada mereka setiap hari,

Wang selalu dibuang oleh pemiliknya majoriti para pelajar IPT yang berhutang beribu ringgit di bawah PTPN.

Sedang para pelajar berfikir bagaimana mahu membayar dengan angan-angan 'kerja' apakah di luar nanti, ada seorang lelaki akan berjalan di tepi bilik pensyarah bagi mengutip duit.

Pada suatu hari si isteri, seorang pensyarah memerhatikan suaminya.

Suaminya berdiri di dinding bilik-bilik pensyarah psikologi.

Beliau melihat hasil kerja siswa-siswa dalam tugasan yang dipersembahkan dalam bentuk visual di dinding.

Isteri bertanya, "Sedang buat apa di sana?"

Jawab suami, "Abang sedang bermotivasi mengutip duit yang dibuang di sini."

Isteri hairan dan melihat, "Mana duitnya? Poster tugasan pelajar ada di sini."

Suami membalas, "Itulah duitnya, satu poster ini harganya RM300 sehingga RM1000 sekiranya dikutip kembali"

Bagaimana caranya?

"Abang ke sini seminggu sekali melihat para pelajar menampal hasil tugasa mereka di sini. Cantik semuanya, lengkap rujukan dan contoh."

Suami diam sebentar dan mengambil foto poster di dinding.

Suami menyambung, "Katakan abang ingin hasilkan bab mengenai bagaimana personaliti berubah mengikut umur, seperti dilakukan pelajar ini (jarinya menunjukkan poster). Abang datang ke sini, baca, ketahui rujukanya dan abang tulis semula menggunakan gaya sendiri. Selepas itu disiarkan oleh penerbit."



Isteri berkata, "Sungguh bermotivasi tindakan ini. Satu langkah ke hadapan membezakan penulisan di dinding yang akan dibuang selesai setiap semester dan penulisan yang dibukukan."

Suami meninggalkan isterinya, "Abang mahu meninjau dinding bilik pensyarah psikologi yang lain."

"Kisah suami si pencium duit yang rakus."

Mahu dikongsi untuk bacaan siswa-siswi, dipersilakan.

Nota: Buku apa yang penerbit mahu daripada saudara? Saya akan menghadiri bengkel penulisan buku motivasi berpengaruh. Lebih lanjut, mohon klik di sini

Monday, October 22, 2012

Buku tua mencari-cari formula orang muda




Hijaz Records Publishing menerbitkan buku berjudul Kitab Muhimmah oleh Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani.

Kitab lama ini menjadi menjadi kitab rujukan yang digunakan oleh para ustaz dan guru agama dalam ceramah dan pengajian. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu lama. Oleh itu, ia sukar difahami dan dibaca oleh pembaca.

Teknik menulis semula kitab lama ke dalam bahasa Melayu moden adalah idea memberi kesegaran kepada penerbitan kitab-kitab pengajian lama.

Cara ini digunakan oleh Ustaz Wanji B. Wan Hussin dengan menulis, kemudian menyemak semula dan diterbitkan dengan pakej baru.

Susunan buku ini mengekalkan teks lama dan disusuli bersama teks baru.

Selangkah menjadi penulis, klik di sini

Sunday, October 21, 2012

Kerana tulisan, orang tua pun jadi kanak-kanak


Alhamdulillah, coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak hari ini mengejutkan kerana penyertaan rakan-rakan penulis dari Must Read Sdn Bhd, Blink Books, Galeri Ilmu dan PTS.

Sekitar coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak


Wakil Persatuan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), pembangun aplikasi, jurutera dan guru menjadikan coaching hari ini meriah dari segi diskusi dan maklumat baru.

Pasaran baru

Idea membangunkan buku cerita bergambar kanak-kanak oleh tadika-tadika juga diketengahkan.

Kita melihat dengan kerjasama penerbit dengan 200 ahli PERTIM yang mengusaha tadika akan memberi impak yang baik.

Pertama, bekalan buku cerita bergambar kanak-kanak syariah compliant, Bahasa Melayu Tinggi dan memandaikan bangsa,

Kedua, penerbit menerbit berdasarkan keperluan tadika dan sebagai solusi tidak terkesan dengan situasi kedai buku.

Ebook buku cerita bergambar




Kami mendapat maklumat dan melihat karya seorang guru tadika di bawah PERTIM telah menerbitkan buku cerita bergambar kanak-kanak dan dijual di KOBO.

Beliau adalah Puan Salleha Seth dengan ebooknya The Power of Water Skin melalui Caliphate Book

Menariknya beliau melukis dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab sahaja!

Ini belum ditambah lagi dengan peranan guru menjadi pendorong ibu bapa mencari buku cerita bergambar kanak-kanak.

Rakan-rakan penerbit

Selain itu potensi diterbitkan baik di dalam dan luar negara melalui pelesenan juga memberi kesan baik kepada penulis dan ilustrator. Kewujudan Yusuf Gajah Lingard Literary Agent, PTS Rights, Kota Buku dan Blink Books yang mahu memasuki sektor ini adalah peluang mencipta kesan supermarket karya.

Kami amat menggalakkan hubungan penulis dan ilustrator sebagai usaha memanjangkan potensi karya.

Kami di kursuspenulisan.com akan komited melatih dalam bentuk coaching dan mencipta pelan pemasaran Gorila bagi menghidupkan usaha ini.

Kami melihat kerjasama lebih jauh usaha pembangunan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu dengan membangunkan latihan asas kepada tim editorial penerbit tempatan.

Gelombang coaching seterusnya pada hari Ahad, 25 November 2012. Klik di sini 


Thursday, October 18, 2012

Belum sempat membaca buku, mula cuba membunuh diri


Berkata Tuan Nazry Salam Feeqry di Facebooknya, "Jurnal (akademik) akan memandaikan orang yang sudah pandai, namun buku (umum) akan menambahkan bilangan orang yang pandai."



Kata-katanya mengingatkan saya kepada buku pertama berjudul Memahami Bahasa Cinta Lelaki terbitan tahun 2006. Kerana jurnal itu sifatnya akademik, perempuan muda pembaca novel cinta tidak ke universiti mencari bahasa cinta di dalam jurnal.

Maka dengan rela hatinya saya memudahkan gaya bahasa langit menjadi bahasa bumi.

Alhamdulillah, Allah izinkan ia diulang cetak sehingga ke hari ini, tahun 2012.



Misi buku itu, agar tidak lagi kita membuka akhbar dan membaca cubaan perempuan muda terjun dari bumbung kompleks membeli belah kerana putus cinta.



Leo Buscaglia, seorang pensyarah di Amerika memperkenalkan subjek tanpa kredit, Love di universiti selepas pelajar perempuan di kuliahnya membunuh diri di gaung selepas putus cinta.

Beliau juga menulis buku menggunakan judul yang sama.

Ya, kita ada pilihan, sama ada berkata, "Kenapa awak jadi perempuan ........!" atau berkata, "Saya hadiahkan buku ini."

Kedua-duanya tetap memberi kesan.

...


Mahu menjadi penulis buku dan menguasai skilnya? Mendaftar di sini

Saturday, September 22, 2012

Jadilah si gila barulah buku akan muncul


Pada hari ini saya mula berguru dengan seorang doktor yang kreatif sifatnya. Kreativitinya disambut dengan ketawa dan ayat seperti, "Orang tidak pernah lakukan," dan "Pelik idea ini."



Jika di kursuspenulisan.com kami memenuhi dua perkara ini bagi mencipta peluang kepada para penulis agar buku mereka diterbitkan melalui usaha literary agent. Kami menjual idea yang digilap semula agar nilai pendapatan penulis bertambah. Dengan izin Allah ia berlaku.

Idea itu ditunjangi dengan pelan pemasaran. Lebih mahal sifatnya.
Doktor ini bercerita mengenai adik perempuanya yang juga 'menjual idea'.

Bagaimana adiknya menjual idea?

Peristiwa ini berlaku empat tahun yang lalu. Adik perempuanya melihat foto-foto milik seorang jurufoto yang merakamkan situasi di Papua New Guinie. Foto yang menarik perhatian adiknya adalah kumpulan pelajar perempuan yang tidak memakai bra ke sekolah.

Kemudian adiknya menjual idea, "Jika kamu memberi dua bra 'percuma' kepada mereka, mereka akan 'membeli' bra seumur hidup."

Idea mendidik para pelajar memakai bra dijual kepada Triumph International. Nilai idea itu, $50,000 (RM150,000)

Itu kisah adiknya, kisah abangnya seorang doktor ini 'gila-gila' juga.


Kami percaya kepada kegilaan itu dan dalam dunia penulisan kami percaya kepada idea-idea para peserta bengkel.


  • 20 Oktober 2012 Coaching dari blog menjadi buku
  • 21 Oktober 2012 Coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak
  • Pra pendaftaran di sini


Friday, September 7, 2012

Apabila penjual cuka epal 100 tahun terbitkan buku


Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini.



Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama.

Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan.



Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85.

Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80

Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran.

Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi tempatan mula mengambil langkah ini sedikit demi sedikit. Gelagat jualan ini dapat dilihat di kedai-kedai lain termasuklah kedai DIY (Do It Yourself) yang menjual buku hobi.

Siapa yang dijangka akan ke arah model penerbitan begini secara besar-besaran. Saya berikan satu nama, Nestle.




Percubaan ini dilakukan oleh Nestle dengan penerbitan buku resipi berwarna kepada para pembelinya melalui kiriman buku resipi ke peti pos. Kaedah ini mengikat para pembaca produk di kampung.

Ibu saya juga masih menerima sehingga hari ini.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 


Saturday, July 21, 2012

Setiap orang adalah sumber idea penulisan


Setiap individu adalah sumber idea sama ada penulisan fiksyen mahupun non fiksyen. Cuba senarakani tiga nama individu yang dapat kita kaitkan dengan pengalaman Ramadan kita.

Pada bulan Ramadan ini, saya teringat seorang lelaki yang menahan saya daripada menaikki lif di ruang legar KLCC.

Pakaianya berbau masam, wajahnya menunjukkan umurnya awal 40-an dan dia membawa beg sandang bersamanya bersama keratan akhbar.

Sepanjang sebulan dia berada di Kuala Lumpur selepas gagal mendapatkan pekerjaan pengawal keselamatan yang tertera pada iklan tersebut.

Ramadan adalah rezeki kepadanya kerana dapat berbuka di masjid bagi menjimatkan perbelanjaan.

Tetapi semakin lama dia di Kuala Lumpur, semakin susut wang belanjanya.

Seminggu sebelum Aidilfitri dia berazam mahu pulang ke Johor. Akhirnya dia menebalkan wajah memohon pertolongan sedikit biaya pulang untuk bertemu dua orang anak dan isterinya.

Dengan sedikit wang belanja pulang yang diberikan kepadanya, lelaki ini menyambutnya dengan mata yang mula berair dan terus memeluk saya.

Kemudian di tengah-tengah KLCC, dia menadah tangan dan mendoakan. Kemudian terus mendoakan.

Bagaimana pula saudara. Siapakah yang saudara kenal dan masih mengingati ceritanya?

Setiap orang ada cerita dan membawa isi ke dalam karya kita.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Monday, May 14, 2012

'Selipar' idea bergerak laju dalam LRT


Kita terdorong menulis dan berkongsi apabila kita tahu siapa subjek atau pembaca kita.


Sahabat kilat dari Argentina, Oukina (berbaju hijau dan hanya berselipar) sudah dua bulan berada di Malaysia.

Beberapa perkara saya belajar daripada beliau.

1. Catatkan segera idea dan apa yang ada di dalam minda apabila ia terlintas.
2. Dalam beg beliau ada kertas dan pen yang dibawa ke mana sahaja.
3. Biasakan diri membuat catatan di luar zon selesa (tanpa meja dan kerusi).
4. Pengalaman diri di tempat orang dan pandangan peribadi ditulis dan dikongsikan.
5. Meskipun kita rancak menulis di internet. Pen dan kertas masih menjadi sahabat akrab bagi mencatat sesuatu dalam keadaan segera.

Apakah teknik dan strategi penulisan yang menggoda? Klik di sini