Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, June 11, 2013

[Penulisan] Komputer buruk hantaran perkahwinan?

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari.

Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?"

Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama.

"Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara

(1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana.
(2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu.
(3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin.
(4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya.
(5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik.
(6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi.
(7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza.
(8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda.

Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan yang berjadual."

Dengan izin Allah ia berlaku dengan adanya mentor, penulis bersama dan klien yang semuanya dinaungi oleh doa bonda agar ia berkat.

Soalan ini adalah soalan popular dalam kertas peperiksaan kehidupan.

Mengurus persepsi melalui tindakan.

Nota motivasi: 7 Julai 2013, coaching penulisan buku motivasi. Saudara bermotivasi menukar perkataan menjadi hasil penerbitan? Kita berusaha dan bermula mendaftar, klik di sini.


Nota foto: Komputer pertama berharga RM300 yang menghasilkan tiga buah manuskrip pertama pada tahun 2005. Dengan izin Allah, meningkatkan produktiviti dengan MacBook Air (2012) yang tidak ada serangan virus setakat ini.

Kita berusaha dan bermula mendaftar, klik di sini.

Friday, June 7, 2013

Menulis buku temuduga. Adakah laku di pasaran?




"Sebesar mana keperluan buku panduan temuduga?

"Saya mahu menulis buku panduan temuduga. Adakah pasaran buku ini besar?"

Berkenaan rancangan menulis buku panduan temuduga, kenal pasti dahulu sejauh mana pasaran buku ini sebelum menulisnya.

Adakah judul ini banyak diterbitkan? Semakin banyak kategori seperti ini di kedai buku mudah ditemui, ia indikator permintaan pasaran wujud.

Pengalaman terdahulu menunjukkan buku temuduga ini tidak banyak penerbit mahu menerimanya kerana sebab berikut.

(1) Para penerbit tidak memilih mengedarkan buku di universiti yang sangat suam-suam kuku menjual buku bukan akademik.

(2) Maklumat mengenai temuduga sangat mudah ditemui di internet.

(3) Jualan buku sebegini sangat perlahan di pasaran. Ia menyebabkan penerbit tidak mahu mengambil risiko menyimpan di gudang (dan dicukai).

(4) Penulisnya bukan penceramah yang aktif membawa ratus naskhah dan dijual dalam seminar yang konsisten tarikh program setiap bulan.

Namun demikian, ada beberapa alternatif dapat diusahakan. Berkemungkinan rezeki Allah mengatasi sudut pandang saya berkenaan maklumat yang diberi berdasarkan pengalaman industri.

(1) Usahakan melihat penerbit yang pernah menerbitkan buku seumpama itu di pasaran. Dapatkan maklum balas mereka.

(2) Dijadikan ebook dan diterbitkan oleh Buku Pandai Publications. Ia dijual di downloadilmu.com

(3) Berikan konsep dan pakej baru terhadap buku itu. Sesuatu yang tidak klise sehingga penerbit berkata, "Oh, ini 'satu lagi' buku temuduga yang sama.

(4) Dijadikan artikel majalah setiap bulan berbanding terbit sebagai buku. Tuan boleh hantarkan ke majalah pelajar seperti majalah Wadah Siswa.

(5) Jadikan pakej baru dari segi judul dan penyampaian. Misalnya buku teknik mendapat kerja di bawah CEO atau seni menjawat jawatan dalam organisasi korporat atau seumpamanya. Daripada berbentuk panduan yang linear menjadi bentuk cerita. Diubah semula judul buku, strategi pintu belakang mendapat kerja idaman, 33 kisah calon dan petua mereka.

Nota: judul cadangan itu tidak melalui tapisan semakan permintaan pasaran.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini

Thursday, June 6, 2013

Benarkah apabila berjawatan tinggi, maka ramai akan membaca buku saya?

Ramai yang terjun ke dunia penulisan dengan menganggap orang mahu membaca karyanya.

"Jika ditulis pasti akan dibaca ramai orang."

Logik mereka ini timbul kerana pengalaman kerja yang lama dalam perjawatan, tingkat usia yang senior dan situasi agak-agak.

Apabila ditolak penerbit banyak sangkaan buruk berlaku.

Video kali memberikan maklumat tiga gelombang memulakan karya yang diterima pembaca. Klik di sini



Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai. Pra tindakan, klik dan mendaftar di sini

Wednesday, June 5, 2013

Tidak habis-habis Celebrates lagi?

Trainer kursuspenulisan.com diketengahkan dalam majalah Celebrates, Perbadanan Kota Buku sempena Asian Festival Children's Content 2013 di Singapura.






Isol, juri buku kanak-kanak syok sendiri?

Diskusi pencetus trend novel Ain Maisarah, Tuan Syaizul Amal di Facebooknya berkenaan pemilihan ilustrasi buku cerita bergambar kanak-kanak membawa kepada diskusi yang positif berkenaan perkara ini.



Isol, ilustrator buku kanak-kanak dari Argentina memenangi Anugerah Memorial Astrid Lingren pada 26 Mac yang lalu.

Tuan Syaizul mengajukan soalan-soalan ini.

(1) Adakah kanak-kanak benar-benar sukakan ilustrasi ini? Seperti dalam foto di bawah?
(2) Mungkin kemenangan ilustrator adalah satu keputusan oleh para juri ke atas kanak-kanak?
(3) Sejauh mana karya seperti ini dapat dijual di pasaran menggunakan ilustrasi seperti ini.












Bagi mendapatkan respons ini, disertakan catatan daripada Tuan Yusof Gajah selaku ilustrator dan pemain industri serta ikon. Manakala respon dari aspek pendidikan dikemukakan oleh Puan Fazeila Isa dari kursuspenulisan.com

Para pembaca dapat mengikuti perbincangan asal di sini

Daripada Tuan Yusof Gajah, bercakap dari aspek industri dan juri;
Dilantik menjadi juri merupakan satu penghormatan buat diri sendiri dan kalau di peringkat antarabangsa buat negara.

Banyak kateria yang harus dimiliki untuk menjadi juri pertandingan ilustrasi buku kanak-kanak seperti juri pernah menang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa, jumlah buku yang dihasilkan, pengalaman bertahun tahun dalam industri buku kanak-kanak.

Juri juga punya hujah hujah rasional dengan berdasarkan fakta bukan syok sendiri.

Seorang juri harus cekap, tangkas dalam membuat penilaian. Bayangkan dalam masa dua hari harus menilai lebih 4,000 ilustrasi seluruh dunia. Juri juga tidak boleh bersikap prejudis dalam menentukan karya yang patut menang.

Setiap pertandingan biasanya dilantik seorang ketua juri atau pengerusi.

Jumlah juri mesti angka ganjil. Berikut penilaian juri sewaktu saya menjadi juri di NAMI CONCOUR di Korea baru baru ini. Insya Allah pada bulan September akan ke Slovakia menjadi juri di BIB.

Illustration quality was considered the overarching criterion. This was considered in terms of the technical execution of the selected medium, as well as for the effectiveness of applying the artistic elements for visual communication.

  • The degree to which “soul” was evident. Simply stated, this was sought in how “having soul” represented an expression of truth.
  • Consistency of the visual narrative to express an understandable flow of the story. 
  • As this is an award for children’s book illustration, the degree to which the work seems intended for a child audience was also considered. 
  • Potential for multiple interpretations and multi-layered ways of interacting with story. • Storytelling expressed with simplicity/essentiality/clarity. 
  • The degree of originality and innovation exhibited. 
  • Nami vision was summarized as follows, and we endorsed them as qualities of artistic expression. 
  • Sympathy
  • Universality
  • Creativity
  • Inspiration
  • Respect for diversity

Daripada Puan Fazeila Isa memberi respons dari aspek sains pendidikan;

Menulis dan melukis untuk buku cerita bergambar kanak kanak ibarat menghasilkan sebuah karya sastera.

Cuma bezanya, ianya mempunyai audiens yang jauh lebih kecil usianya.

Jika dahulu fokus utamanya adalah pada kanak kanak awal, tetapi kini sempadan itu telah diperluaskan bahkan ada juga buku cerita bergambar untuk remaja dan dewasa.

Sebenarnya, pinsip asas penggunaan buku kategori ini adalah 'dibacakan kepada' atau 'dibaca bersama sama' antara dewasa dan kanak kanak.

Sebelum kanak kanak awal ini dapat membaca dan beri respon kepada tulisan, mereka terlebih dahulu "membaca gambar".

Di sinilah berlakunya diskusi antara dewasa dan kanak kanak tentang karakter, plot cerita dan "details" yang terdapat di dalam ilustrasi bagi memaknai keseluruhan serta "wisdom" utama di sebalik sebuah buku kanak kanak ini.

Dengan bimbingan inilah dunia imaginasi kanak kanak mula terbentuk, berkembang dan mereka kadang kala membuat "connection" antara diri mereka dan watak.

Kita juga akan dapat melihat persepsi mereka akan menjadi berbeza beza dan pelbagai interpretasi yang kritis dan kreatif dihasilkan walhal mereka hanyalah sekadar merujuk kepada satu sahaja ilustrasi.

Walau apa pun bentuk, penggunaan warna, strok lukisan dan bermacam macam lagi teknik berkarya, kanak kanak tidak akan prejudis sama sekali terhadap mana mana lukisan.

Bahkan mereka akan terus membelek dan cuba memahami jalan cerita di sebalik ilustrasi yang dipaparkan.

Namun, hal ini mungkin juga tidak akan berlaku kerana kurangnya pendedahan awal yang diberikan kepada mereka terutamanya buku buku yang mengetengahkan "naive arts".

Seperti karya karya sastera yang lain, sastera kanak kanak kategori ini juga mempunyai tema tema yang ingin diketengahkan. Antara tema-temanya adalah kasih sayang, menjaga alam sekitar, persahabatan, misteri, falsafah kehidupan, bahkan masalah kemurungan dan kematian juga ada diketengahkan.

Apabila hal ini berlaku, sudah pastinya jenis jenis ilustrasi yang ditampilkan adalah berbeza beza.

Jika bicara kita mengenai isu kemurungan, sudah pasti lukisan kita tidak dipenuhi dengan warna warna terang dan lembut seperti merah jambu.

Strok lukisannya pastilah juga berbeza berbanding strok lukisan yang menggambarkan keceriaan.

Melalui strok dan warna lukisan inilah kita juga akan dapat berbicara dengan lebih mudah tentang isu isu yang lebih berat dan kompleks kepada kanak kanak.

Sekiranya selepas ini Tuan telah berjaya buktikan kehendak pasaran khususnya pasaran Malaysia bahawa ilustrasi "naive art" mahupun yang seangkatan dengan Isol ini bukanlah pilihan hati kanak kanak Malaysia, saya tidak menafikan dan tidak terkejut dengan situasi ini.

Ini adalah kerana faktor konteks negara kita yang berbeza dengan Barat membawa kepada perbezaan ini.

Budaya, cara membaca dan "appreciation" kita terhadap nilai sebuah buku cerita bergambar dan seni lukisan juga berbeza.

Tidak dapat dinafikan, corak pendidikan kita seperti mahu anak anak lekas membaca menyebabkan kita hampir terlupa memperkenalkan keindahan dan keseronokan meneroka kepelbagaian yang terdapat dalam buku jenis ini.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, suka saya ketengahkan sejarah buku "Where The Wild Things Are" karya Maurice Sendak.

Sebaik sahaja buku ini diterbitkan, ramai ibu bapa tidak berpuas hati dan mendakwa buku ini akan membuatkan kanak kanak berasa takut.

Namun, sebaliknya berlaku.

Saban hari, buku ini silih berganti tangan - dipinjam oleh kanak kanak dari perpustakaan. Mereka cukup menyukainya!

Apabila disiasat, rupa rupanya mereka cukup sukakan watak utamanya kerana wujudnya "connection" antara diri mereka dan watak.

Adanya sedikit persamaan yang dapat dikaitkan. Dan sehingga kini, buku ini sudah terjual lebih 30 juta naskah dan diangkat sebagai salah

Monday, June 3, 2013

Bagaimana 'ayah' menemui 'ibu' dalam penulisan rencana?



"Ayah, bagaimana ayah bertemu ibu buat kali pertama?"

How I Met You Mother adalah siri sitkom yang lama bersiaran dan mendapat rating tontonan yang tinggi.

Bermula pada tahun 2005 dan episod akhirnya pada tahun 2013. Setiap episod berlingkar mengenai kehidupan

Umpan kepada penonton adalah situasi di mana penonton tidak diberitahu siapakah isteri kepada Ted ketika beliau menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana dia menemui isterinya.

Kaedah penceritaan imbas semula digunakan dalam sitkom ini.

Setiap episod yang menghampiri jawapan siapakah isteri Ted berakhir dengan tanda tanya yang tidak terjawab.

Selama lapan tahun mereka membawa penonton sehingga episod akhir.

Nilai dan variasi, persoalan, misteri, keterujaan dan kejutan adalah elemen yang digunakan dalam How I Met Your Mother. Penulisan rencana juga menggunakan rencah ini.

(1) Nilai dan variasi dalam setiap rencana yang diketengahkan.
(2) Misteri kerana pembaca tidak mengetahuinya secara langsung.
(3) Keterujaan apabila maklumat baru muncul.
(4) Kejutan apabila ia berbeza berbanding apa yang difikirkan pembaca.
(5) Soalan yang muncul dalam fikiran pembaca setiap kali selepas membaca perenggan demi perenggan.

Ia membuang klise jauh daripada fikiran mereka.

.....

Nota: Pendaftaran minggu terakhir. Tinggal dua kekosongan sahaja. Pengalaman, pengetahuan dan bakat ditulis sebagai rencana akhbar dan majalah selepas menghadiri kursus ini. Sabtu, 15 Jun 2013 tarikh yang menukar hidup dan kerja kita. Bengkel penulisan akhbar dan majalah pada 15 Jun 2013, mohon klik di sini