Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, January 20, 2013

[Hebahan] Coaching Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak


  • Mahu tahu cara menulis buku cerita bergambar kanak-kanak?
  • Mahu tahu seni menyediakan buku cerita untuk anak kita?
  • Mahu tahu bagaimana anak kita meningkat kecerdasan dengan buku cerita bergambar?


Juga…

Mahu tahu bagaimana mengajar subjek menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak?

Coaching Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak
Ahad 10 Februari 2013
9.30 pagi - 1.00 tengah hari

Siapa trainernya?

Dikendalikan oleh Cik Puan Fazeila Isa, merupakan mente kepada Dr Virginia Lowe, juri Children's Book Council's Book of the Year Award dan Convenor for the CBCA Crichton Award, Australia.

Apa yang akan kami perolehi?

(1) Modul Pertama
Apa yang saya dan mereka baca

Bermula dengan buku cerita bergambar Where the Wild Things Are.
Mengetahui jenis-jenis buku bergambar kanak-kanak yang berada di pasaran
Menulis dan memahami gaya buku bercerita bergambar yang pernah menerima anugerah

(2) Modul Kedua
Memfokuskan kek pasaran buku cerita bergambar

Meletakkan sasaran pembaca, jenis buku cerita bergambar dan tahap penguasaan.
Mengasingkan gaya 'trade picture books' dan school readers
Membangunkan tema buku cerita bergambar kanak-kanak.

(3) Modul Ketiga
Membangun struktur buku cerita bergambar

Kaedah 32 halaman dan variasi 24, 16 dan 8 halaman
Membangunkan stroribod
Mengaplikasi struktur formal dan peraturan buku bercerita bergambar.

Mahu mencipta sesuatu yang baru tahun ini?

Jika pernah mendaftar mana-mana kursus di kursuspenulisan.com sebelum ini, semak emel atau spam. Jika belum, klik di sini

Wednesday, January 16, 2013

Hebahan: Bengkel Penulisan Ebook Non Fiksyen


Per: Kepada saudara yang mahu menulis non fiksyen

Assalamualaikum wbt

"Mahukah saudara tukarkan pengalaman dan kemahiran saudara menjadi ebook dibaca ramai?"
Ya
"Mahukah karya saudara dapat dibeli dan dibaca dari mana-mana ceruk dunia secara mudah"
Ya

"Mahukah karya saudara dibawa oleh pembaca melalui hanfon, laptop dan tablet ke mana sahaja?"
Jika ya, teruskan membaca maklumat yang akan mengubah diari tahun ini.

Bengkel Penulisan Ebook

Belajar langkah demi langkah bagi membina ebook dalam format epub supaya kandungan kita sesuai dibaca untuk tablet dan telefon pintar. Seterusnya meningkatkan capaian kita kepada lebih ramai pelanggan.

Terdapat banyak platform ebook di pasaran dan sesetengahnya menunggu ebook anda berada dalam platform mereka. Apabila Amazon, Apple Store, KOBOEsentral, Ebuuk dan Download Ilmu muncul, ia memberi kita petanda penting.

Ebook semakin hari semakin ditulis dan diterbitkan. Mereka menunggu ebook saudara ditulis dan diterbitkan.

Bengkel ini hanya berlangsung sekali sahaja pada bulan Februari. 

First come first serve. Fast action, fast result

Pengajar

Tuan Azree Hanifiah merupakan eksekutif ebook sebuah penerbitan yang menerbitkan buku dan ebook dalam Bahasa Melayu. Terlibat dalam pembentangan mengenai ebook seperti di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC.

Bertanggungjawab membangunkan pasaran ebook penerbit tempatan dan berhubung secara langsung dengan rakan-rakan platform seperti Apple Store, KOBO dan Amazon 

Saudara Zamri Mohamad merupakan penulis yang menghasilkan 24 buah buku sejak tahun 2006. Dengan izin Allah telah membantu para penulis menulis dan menerbitkan karya mereka. Beliau juga menerbitkan ebook sendiri dan pada masa sama beliau mempunyai 12 buah ebook yang diterbitkan dan dijual secara massa.

Peserta

Peserta peringkat asas

Modul pelengkap strategi

Modul merangkumi praktikal penulis, penulisan dan pemasaran. 

  • Menulis ebook secara cepat dan padat
  • Menukarkan fail Word kepada format Epub
  • Menerbit dan menjual ebook, sendiri atau pun melalui orang lain

Nota: Bawa laptop masing-masing

Tarikh dan waktu dikhususkan untuk peserta

Sabtu
9 Februari 2013
9.30 pagi sehingga 4.00 petang

Lokasi pencetus sejarah diri

Hall 1
FINE Training Academy Sdn Bhd
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur  Peta di sini
Mahukan hotel untuk menginap? Klik di sini

Mereka yang berminat dan mahu mendapatkan maklumat lanjut, klik dan pra daftar di sini

Tuesday, January 15, 2013

Listen dalam dunia penulisan visual

Kuasa perkataan sentiasa wujud dalam penulisan mahu pun lisan.

Isu yang rancak diviralkan adalah sebuah video melibatkan Sharifah Zohra Jabeen Presiden Suara Wanita 1Malaysia dan KS Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).

Mari kita keluar dari kerangka perdebatan isu mereka berdua. Kita melihat bagaimana perkataan ini menjadi medium pemasaran mesej yang berkesan.

Pemerhatian Gorila Marketing, impak perkataan listen dan viral pemasaran produk dan perkhidmatan.

(1) Nandos, "All animals got problem? Say what?? Let Nando's speak!" 6 hours ago 9,874 Share (2) Logitech, "Need we say more?!" 3 hours ago, 365 Share
(3) PTS Media Group, "Listen! Listen! When I speak, listen!" 2 hours ago, 23 share. Perkataan yang mempunyai impak diadun secara komersial.



Siapa bilang perkataan tidak ada impak?

Tetapi ia adalah impak yang sementara, tetapi cukup membuat orang mengenali jenama kita dalam waktu terhad itu.

Dunia buku juga terkesan jika adunan dan acuan yang digunakan betul.

"Would you like people to listen?" Clik

Wednesday, January 9, 2013

Umur sembilan tahun, apa sudah jadi pada masyarakat?


foto hiasan

Ada seorang penulis berusia 9 tahun. Berulang-alik dari rumahnya di Putrajaya ke rumah penerbitan di Shah Alam.

Kerana beliau meminati novel remaja seorang novelis, beliau menguasai teknik penulisan yang baik melalui novel yang menggunakan bahasa Melayu tinggi.

Melihat kesungguhan penulis berusia 9 tahun itu, penerbit membantu membimbing beliau menulis novel kanak-kanak.

Kata penerbit, "Penulis berusia 9 tahun itu mempunyai kemampuan bercerita secara kronologi, menarik jalan ceritanya. Kami mengajar beliau twist and turn dalam ceritanya agar lebih menarik."

Apa yang dilakukan oleh penerbit ke atas penulis berusia 9 tahun itu?

(1) Memberi latihan penulisan novel yang ringkas dan ringan kepadanya. Semakin diberi semakin mahir satu persatu teknik yang diberikan.

(2) Penerbit memberi buku laporan yang menyenaraikan perkembangan mingguan penulis berusia 9 tahun itu.

(3) Bapa kepada penulis berusia 9 tahun akan menandatangani buku laporan penulisan novel dan membantu meningkatkan estim diri anaknya.


....

"Saya mahu menjadi penulis dan saya bermula dengan klik di sini"

Monday, January 7, 2013

[Hebahan] Dari penumpang menjadi penulis. Di mana kita?


"Apabila berada di sesi ini, saya tahu coachnya mengendalikan sesi seperti membangunkan karyanya sendiri. 

Maka apa yang diberi kepada saya seperti dia memberi kepada diri sendiri."

...

Tim kursuspenulisan.com membuka dua sesi sahaja bagi coaching berimpak tinggi. 

Coaching dibuka kepada peserta yang yakin, percaya, jelas dengan apa yang dimahukan serta mahu bertindak. 

Apa yang akan dikuasai peserta?

(1) Cara menulis proposal buku. Berusaha memenuhi nilai bisnes dan pelaburan kembali penerbit.

(2) Teknik menulis untuk pembaca umum di Malaysia.

(3) Membangunkan tiga pelan pemasaran buku. Ikhtiar mendorong penerbit untuk menerbitkan.

(4) Merancang kejayaan penulisan agar buat sekali makan berkali-kali.

(5) Mengukur sama ada penulisan itu menarik minat penerbit atau tidak. Serta bagaimana mengubah suainya.

(6) Formula TOWS bagi membangunkan rancangan kejayaan penulis.

Bezanya coaching dan program umum kami ialah

(1) Jumlah peserta satu atau orang sahaja. 

(2) Ujian penilaian diberikan terlebih dahulu bagi menapis sama ada peserta adalah pengkarya atau penumpang program sahaja. 

(3) Interaksi jauh lebih tinggi ketika dalam proses menyediakan proposal dan menghantar kepada penerbit.

Lokasi Kafe Kinokuniya

Berminat menukarkan pengalaman menjadi karya? Saya serius kepada mereka yang berminat. 

Emelkan permohonan ke kreatifkursus@gmail.com di bawah subjek, personal coaching

Nota foto:



Adakah coaching ini berbaloi?

Dalam dua sesi, Puan Sharifah dari Mama N Damia diberikan pengurusan kerja dan teknik yang memenuhi industri bagi merancang kejayaan penulisan. 

Beliau adalah peserta coaching berimpak tinggi. 

Bagi mendapatkan maklum balas, boleh menghubungi beliau proses penulisan bukunya kini

Mama N Damia Enterprise 
B-15-1 
Jalan Teknologi 3/9, 
Bistari De Kota, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor 
Tel/faks : 03-6141 8544 
Email : sales@mamadamia.com

Sunday, January 6, 2013

Wadah Siswa ruang penulisan alumni kursuspenulisan.com

Alhamdulilah perkembangan alumni kursuspenulisan.com baik peserta kursus umum dan coaching semakin baik dari hari ke hari. Ia berkat perjuangan dan ketetapan hati para bakal penulis bagi memenuhi impian dan angan-angan mereka.



Alumni kursuspenulisan.com kini mendapat ruang dan peluang menulis di majalah Wadah Siswa. Sebuah majalah yang diterbitkan khusus untuk remaja dan pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Edaran dalam terus ke sekolah memungkinkan rencana kita terus mengena kepada pembaca.

Insya Allah, dari masa ke semasa alumni kursuspenulisan.com akan dimaklumkan dengan berita dan perkembangan terkini. Soalan di mana mereka dapat menulis, akan diberitahu kepada semua.

Trainer kursuspenulisan.com juga menyumbang dalam majalah ini.

Semoga Allah permudahkan usaha baik kita. Yakin dan percaya, terus yakin dan percaya.


....

"Saya mahu menjadi penulis dan saya bermula dengan klik di sini"