Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, February 25, 2014

Bagaimana mahu menjadi penulis cerpen pada tahun ini?



Daripada pembaca, saya mahu menjadi penulis cerpen


KISAH SAYA PENULIS BARU

Apabila saya membelek akhbar dan majalah, ada satu ruangan yang dikhususkan untuk pembaca. Ruangan itu dinamakan ruangan cerpen.

Begitu juga apabila saya melayari laman web penerbit dan blog, mereka juga berkongsi cerpen dihasilkan.

Ada penerbit yang memaklumkan mahu mendapatkan cerpen bagi kompilasi buku.

Saya teruja dan membuka Words.

“Cerpen pertama saya akan terhasil! Tetapi…."

Apabila mula mahu menulis, tangan saya mula menggigil, otak tidak menjana idea dan apabila selesai ditulis, saya berkata,

“Mengapa seperti tidak sedap sahaja jalan cerita cerpen ini?”

Akhirnya saya padamkan sahaja dari skrin.

Lebih banyak penulisan yang ditinggalkan separuh jalan sahaja.

Lebih baik saya teruskan dengan kehidupan yang sama sahaja sehingga usia 60 tahun.

Tetapi hati saya tidak senang selagi ia tidak selesai.

Sehinggalah...

"Pada satu hari, rakan saya bertanya…"

“Jika bawa kenderaan tanpa panduan manual, ke mana kereta itu akan pergi?”

Saya menjawab, “Pastinya terbabas, terlanggar pokok atau kemalangan.”

Rakan saya tersenyum dan berkata, “Begitu juga menulis cerpen, ada manualnya agar tidak terbabas atau tersesat sehingga separuh jalan.”

Saya tersenyum, dalam juga kata-katanya.

Beliau satu-satunya tahu saya mahu menulis.

"Saya memasuk laman web yang ditunjukkan beliau, rupa-rupanya…"

Para penulis baru bermula di sini, bagaimana menulis cerpen yang berimpak tinggi dan tidak separuh jalan lagi.

“Pada tahun ini saya tidak mahu menunggu lagi dan berusaha tulis cerpen dan terbit."

Mahukah kami berikan cara mengatasinya?

Peserta bengkel anjuran kursuspenulisan terdahulu


LOKASI, MASA & TARIKH

Bengkel Penulisan Cerpen
30 Mac 2014
Sabtu
Jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Dewan FINE Academy,
9 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur,

Bengkel premium dan profesional diadakan selama satu hari.

Selama 6 jam saudara akan diberikan kit lengkap penulis cerpen.

Dengan izin Allah, skil ini dapat digunakan berkali-kali dalam cerpen saudara.

Menjadikan setiap perkataan kepada karya


PENGISIAN BERIMPAK TINGGI

Mengalihkan modal diri ke dalam cerpen

Modul Mulakan Apa di Tangan mengarah fikiran dan fokus agar mencipta hasil

  • Membina keperluan, desakan dan kepentingan dalam diri bagi menulis cerpen. 
  • Membina keupayaan bagi melihat perkara yang terjadi di sekitar sebagai idea untuk cerpen. 
  • Membina keyakinan diri bagi memulakan apa yang ada di tangan.

Menjadikan perkataan penulis menarik pembaca

Modul Membina bank idea dan pembaca, pembaca tidak putus hadir, idea menjadi cerpen

  • Membina simpanan idea yang tidak habis.
  • Membina keupayaan memilih idea dan tema bagi membina cerpen yang evergreen.
  • Membina sinopsis cerpen yang fleksibel dan mudah dipanjangkan menjadi novel atau skrip.
  • Membina sinopsis cerpen yang berpotensi mendapat ribuan like dan ratusan share di facebook.

Menjadikan idea kepada beribu-ribu perkataan

Modul Tulis dan Susun Idea, mencambah ranting cerpen

  • Membina watak yang mampu dikembangkan.
  • Membina keupayaan mereka plot cerpen.
  • Membina ketahanan dan keupayaan diri bagi menulis sebuah cerpen sehingga siap.

Memasarkan karya dari online ke offline

Modul Strategi Bawah Tanah Penulis Cerpen, teknik menyentuh emosi penerbit

  • Peserta akan diberikan alat kerja memasarkan jenama diri dan karya melalui tiga fasa.
  • Peserta akan menguasai kaedah Gorila Marketing dalam membina hubungan dengan majalah
  • Peserta akan membangunkan pelan penjenamaan diri menggunakan apa di tangan.


Bengkel bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

PENGAJAR PROFESIONAL

Pengamal profesional penulisan novel akan bersama-sama selama satu hari, iaitu enam jam bersamaan 360 minit sepanjang bengkel premium ini.

Trainer profesional dan premium bersama saudara


Bahruddin Bekri

Penulis cerpen, novel dan karyanya dijadikan siri televisyen.

Bahruddin Bekri, adalah pengamal dan rakan strategik kursuspenulisan.com.

Mula menulis secara serius bermula dari tahun 2007.

Sudah menghasilkan hampir 30 buah novel, dua buah buku antalogi cerpen yang dipakejkan sebagai buku cerita-cerita inspirasi.

Gemar menulis cerpen-cerpen sekurang-kurang sebuah cerpen sebulan, bagi dipaparkan di blog.

Banyak cerpennya sudah diambil oleh laman web iluvislam (laman web lama), dan juga yang dishare di facebook, dan mendapat ribuan like.

Beliau juga menjadi tumpuan media

Seringkali mengikuti pelbagai jenis bengkel penulisan, dan pernah dipilih mengikuti bengkel penulisan novel MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara), yang dijalankan di Indonesia.

Sering menjadi pembimbing dalam bengkel penulisan di sekolah-sekolah.

Beliau juga antara mentor dalam bengkel Penulis Super, untuk kanak-kanak sekolah rendah, yang mana sebulan selepas bengkel, kesemua mentenya sudah menghasilkan novel sekurang-kurangnya 100 muka surat.

Berminat mendapatkan maklumat lanjut? Layari laman web ini atau mohon klik di sini sekarang.