Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Thursday, May 30, 2013

Klik, pilih dan miliki kenang-kenangan

Kepada Tuan dan Cik Puan yang bercadang mendapatkan buku bagi tujuan bacaan peribadi, hadiah kepada anak dan pasangan, hadiah majlis walimah.

Mohon izin saya memaklumkan, url di bawah membantu Tuan dan Cik Puan memilih dan mendapatkan naskhah sempena cuti sekolah ini.






Sunday, May 26, 2013

[Singapura] Tahu dua bahasa membunuh kanak-kanak?


Tip ekspress kursuspenulisan.com bersama John Gunnarson.

Dalam topic Strategies for Supporting Dual Language Learners, Tuan John Gunnarson mendedahkan mitos dalam penguasaan dwibahasa oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak mudah keliru apabila mempelajari dua bahasa adalah satu mitos yang ditolak berdasarkan kajian yang dilakukan.

Tindak balas otak dan penerimaan bahasa kedua oleh kanak-kanak lebih cepat apabila mereka didedahkan pada peringkat awal.

Meskipun kanak-kanak didedahkan kepada bahasa kedua dalam kehidupan, bahasa utama yang menjadi bahasa ibunda mesti lebih kuat dominasinya dari aspek pertuturan, penulisan dan percakapan.

Ia memberi kesan kepada pembangunan identiti kanak-kanak.

Salah satu ciri kanak-kanak menguasai satu bahasa yang dominan berbanding bahasa kedua, kanak-kanak itu menguasai lebih banyak perkataan yang seerti dan dapat menulis ayat yang lebih panjang.

Kanak-kanak penutur dwi bahasa didapati mempunyai kemampuan mencari pertalian perkataan demi perkataan berkaitan apabila mereka mendengarnya.

Kanak-kanak yang menguasai dwibahasa bertindak balas terhadap perkataan jauh lebih ke hadapan berbanding penutur satu bahasa.

[Singapura] Apabila kanak-kanak menguasai dua bahasa secara lisan dan perkataan



Kursuspenulisan.com bersama John Gunnarson.

Dalam topic Strategies for Supporting Dual Language Learners, Tuan John Gunnarson mendedahkan bagaimana kanak-kanak menguasai dwibahasa.

Peringkat (1) Menggunakan bahasa di rumah

Kanak-kanak menggunakan bahasa di rumah yang diamalkan oleh ibu-bapa sehinggalah mereka mengetahui ada perkataan yang tidak efektif. Maka perkataan itu tidak digunakan lagi.

Peringkat (2) Hanya memerhati dan mendengar

Kanak-kanak hanya mendiamkan diri dan memerhati. Mereka akan menggunakan satu atau dua perkataan sahaja sambil mendengar perkata-perkataan lain dalam bahasa kedua.

Peringkat (3) Bercakap secara telegraphic dan formualic

Kanak-kanak menggunakan perkataan yang dapat memenuhi kehendak mereka tanpa ayat lengkap, mereka bercakap secara telegraphic.

Contohnya, "Ibu, lapar." , "Tidak mahu.", "Demam."

Kanak-kanak menggunakan ayat yang lengkap apabila mendengar ayat itu daripada kanak-kanak lain. Mereka bercakap secara formulaic.

Contohnya, "Saya mahu minum susu."

Peringkat (4) Menggunakan bahasa sosial dan bahasa akademik 

Bahasa sosial adalah bahasa percakapan. Kanak-kanak dwi bahasa menggunakan ayat secara tidak formal. Ayat yang digunakan mudah dan ringkas. Biasanya kanak-kanak memerlukan tempoh dua tahun bagi menggunakan bahasa sosial yang diserap daripada bahasa kedua.

Bahasa akademik adalah lebih formal dan memerlukan kanak-kanak menguasai kosa kata yang besar jumlahnya. Kanak-kanak dwi bahasa memerlukan tempoh lima hingga tujuh tahun bagi menguasai bahasa akademik.

Friday, May 24, 2013

Emas yang semakin jatuh harga pasaran walaupun pelombongnya kaya




Bagaimana emas perkataan jatuh nilai walau pun penulisnya mahal dalam pasaran?

"Saya seorang pengurus mempunyai 30 tahun pengalaman di bank."
"Saya pegawai di bank selama 20 tahun yang mengurus kerja melibatkan ringgit dan sen di bank."
"Saya sudah mengusahakan cendol selama 100 tahun, tahun hadapan tahun ke-101."

"Kami semua ada banyak perkara mahu diceritakan dan mahu ditulis. Kami mahu orang baca."

Mahu tahu apa yang berlaku kepada ketiga-tiga individu yang pengalamanya berstatus emas?

Nilai ceritanya jatuh dalam pasaran, orang tidak mahu membaca.

Mengapa begitu?

Saya terangkan begini.

Pernahkah kita duduk dengan seseorang yang mengagumkan kita dengan pengalaman hidup dan kerja. Kita teruja mendengar.

Selepas pulang ke rumah, hanya satu sahaja cerita kita ingati berbanding berbelas-belas cerita yang penuh suka, duka, strategi dan taktik.

Pernah bukan?

Mengapa kita hanya mengingati satu sahaja berbanding berbelas-belas ceritanya yang lain.

Sebabnya, apabila pencerita tidak fokus kepada satu tema sahaja, pembaca hilang arah.

Bayangkan jika si pencerita memfokuskan satu topik sahaja. Mari kita lakukan pilihan.

"Saya seorang pengurus bank selama 30 tahun, hari ini saya mahu bercerita 30 taktik tipu daya bank ke atas pelanggan seperti saudara."

Atau pilihan ini?

"Saya seorang pengurus bank selama 30 tahun, hari ini saya mahu bercerita semuanya."

Mana satu yang lebih fokus dan menangkap perhatian saudara?

Klik dan Bermula di sini

Wednesday, May 22, 2013

Akibat salah memilih huruf untuk dikunyah, penulis terluka bibir

Dalam kesibukan mengendalikan latihan demi latihan penulisan sebagai bekal akhirat kami bersama-sama. Saya juga melalui situasi lewat menyediakan manuskrip dan rencana.

Ada beberapa perkara yang saya lihat dapat menaikkan momentum penghasilan karya.

(1) Penulis dan penyunting buku sebagai tim yang diraikan nama berdua di hadapan kulit buku atau nama pada rencana.

(2) Penulis bersama yang saling dorong mendorong menyiapkan karya. Kajian kes, buku Cerita dari Syurga terbitan PTS melibatkan tiga orang penulis. Manakala buku Mencari Pohon Emas, Kembara Lima Putera melibatkan lima orang penulis.

(3) Para pembaca awal menyumbang beramai-ramai isi buku tersebut dan nama mereka disenaraikan dalam buku itu.Kajian kes, buku Business Model Generation tulisan Alex Osterwalde dan Yves Pigneur melibatkan 470 orang penyumbang.

(4) Penulis senior menyemak karya penulis junior. Penulis junior meletakkan nama penulis senior sebagai cara mempercepatkan penerimaan di kedai buku. Kajian kes seperti siri buku Datok Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan para penulisnya.

Nota: Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah dibuka pada 15 Jun 2013, pra tindakan di http://bit.ly/penulisbebas


Sunday, May 19, 2013

Dari blog menjadi buku, strategi 'telur mata kerbau'.


Fokuskan blog kepada satu subjek yang dapat ditulis secara konsisten.

Subjek yang berfokus menjadikan blog menjadi semakin mahal dari aspek isi kandungan. Meningkat kualiti kerana kita bekerja keras mencari maklumat yang relevan dan berbeza daripada perbincangan klise.

Isi kandungan blog tidak dijadikan seperti telur dadar yakni isinya caca marba dan berada di sana-sini. Jadikan isi kandungan blog seperti telur mata kerbau, fokuskan kepada satu kedudukan yang tetap.

Puan Dahlia Syahrani memfokuskan kepada tip-tip mengemas rumah mengikut kaedah beliau sepanjang menguruskan rumah.

Tip-tip ini ditulis secara konsisten dalam sebuah blog. Berdasarkan pengalaman 'streetsmart' dan pembacaan bahan yang bermutu, blog beliau memberikan persembahan isi kandungan berkualiti.

Ia menarik perhatian penerbit yang mengumpulkan entri-entri yang berkaitan dan dijadikan sebuah buku. Blog berfokus menjadikan penerbit teruja menerbitkan apabila aspek pasaran ditemui.

Nota: Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah dibuka pada 15 Jun 2013, pra tindakan klik pada web ini.


Monday, May 13, 2013

Atiqah Rahman benar-benar mahu bercakap dengan saudara


Assalamualaikum wbt




Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah.

Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah

Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari kursuspenulisan.com.

Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang.

Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a

Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel.

(1) "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir."

Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja.

Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting bagi peserta bertindak dan hadir.

Apabila trainer memberikan tarikh kursus, pihak kami akan segera memberi emel dan tarikhnya kepada Tuan dan Cik Puan. Kiriman emel dan sms akan diterima bakal peserta.

(2) "Jika begitu, ada sebarang bengkel terdekat? Saya benar-benar tidak sabar."

Kerana ada yang bertanya soalan ini maka kami ingin maklumkan bengkel terbaru kami adalah pada tarikh berikut

Bengkel Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah
Pada hari Sabtu, 15 Jun 2013
Mendaftar di sini http://kursuspenulisan.com pada hari ini. Pada yang sudah mendaftar, bersedia ya!

Bengkel ini telah melahirkan ramai penulis-penulis di majalah dan akhbar sejak tahun 2009. Maklumat berkenaan bengkel ini akan dimaklumkan pada emel seterusnya.

Baik, sehingga kini informasi terkini ingin saya maklumkan. Emel seterusnya akan dikirim. Bersedia ya dan jangan terkejut, "Siapa Atiqah Rahman?"

Sebarang persoalan dapat mengemel terus infokursuspenulisan@gmail.com. Insya Allah.

Saya mendoakan semua yang terbaik.

Saturday, May 11, 2013

Buku tenggelam, timbulkan penulis ke permukaan




Tahun 2009 seorang pensyarah tidak keluar dari dewan selepas kursus penulisan. Beliau di situ seorang diri bersama laptop yang masih terpasang.

Beliau mencari cara agar dapat memudahkan gaya penyampaian subjek yang disampaikan di kelas ke bentuk penulisan.

Saya duduk bersama beliau bertanya setiap satu perkara yang dikaji dalam bidangnya, apakah fokus subjeknya dan keterujaan berkenaan subjek berkaitan tanah.

Kemudian, timbul satu judul buku 'The Sinking Earth' ditulis oleh pensyarah bernama Prof. Madya Dr Chan Chee Ming. Buku ini diterbitkan UTHM dan berada di rak buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Allah jua mempermudahkan. Kami gembira apabila satu lagi produk alumni dihasilkan.

Langkah di sini

Penulis berhadapan 60,000 pembaca

Cerita [1]




Tuan Hazlam Anuar bertanya kepada saya di booth, "Bilakah saya memasuki kursus penulisan rencana anjuran Tuan di kursuspenulisan.com?" Balas saya, "Sekitar awal tahun 2010." Kemudian beliau membuka salah halaman majalah dan memberitahu, "Sekarang mereka pula menemubual saya dan menulis rencana untuk saya." Maha suci Allah yang menaikkan darjat dan memudahkan usaha hambanya.

Cerita [2]



Saya dengan izin bertanya, "Berapa unit sudah terjual selepas ia diedarkan ke pasaran umum?" Soalan saya berkenaan buku beliau, Mudahnya Menjemput Rezeki. Tulisan Fathuri Salehuddin (kiri) Dengan izin Allah, 60,000 naskhah sudah terjual.

"Ambo berminat mahu kongsikan caranya. Jika ada kursus yang ambo dapat ceritakan kaedahnya, beritahu ya?"

Cerita [3]


Kitab cara menulis ini sudah bertahan 1999 hari

[PWTC]



Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Terima kasih Cik Puan Lynn Rahman dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia kerana sudi memiliki senaskah buku ini.

Edisi buku cetak di sini
Menjadi penulis di sini

[Berita] Kanak-kanak memanjat piramid bacaan


Koleksi foto di sini



Apabila menghasilkan produk untuk kanak-kanak, ada disiplin ilmu dan teori yang mesti diketahui sebelum produk keluar dari kilang. Termasuklah buku cerita bergambar kanak-kanak.

Ia bukan sekadar cantik pada mata, tetapi berbaloi apabila kita mendapat hasilnya.

Apakah perkara yang mesti dikuasai oleh seorang penulis, bakal penulis, ibu, ayah dan bakal ibu serta ayah sebelum menulis atau membeli buku cerita bergambar kanak-kanak?

Puan Fazeila Isa memberikan tiga tip ini kepada hadirin.

(1) Apakah piramid bacaan kanak-kanak? Sekiranya piramid ini tidak diterapkan. Kanak-kanak berhadapan dengan situasi tahu membaca, tetapi tidak tahu apa 'dibacanya'.

(2) Memilih buku yang memberi kesan yang tepat. Apakah cara kita memilih buku dalam kategori yang betul? Ketahui jenis-jenis buku yang diterbitkan untuk anak-anak kita yang memberi impak yang berbeza.

(3) Seni menulis agar perkataan demi perkataan ke dalam dunia kanak-kanak.

Gelombang terakhir Kota Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Khusus untuk mereka bergelar ibu, guru tadika, pendidik, penulis serta bakal dan penerbit.

Mahu menjadi penulis? Klik di sini

Kota Buku tawarkan ruang tulis dan terbit untuk alumni

Pasca Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur



Kota Buku menawarkan kepada mana-mana alumni bengkel penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak anjuran kursuspenulisan.com menerbitkan versi ebook bersama mereka. Sejumlah 60 judul awal disenaraikan Kota Buku dan akan dilancarkan.

Alumni kursuspenulisan.com, mereka memerlukan manuskrip bersama ilustrasi penuh yang berkualiti.

Sudahkah saudara menjadi alumni kami? Klik di sini

Umur saya 6 tahun, saya menulis buku. Saudara pula?




Kanak-kanak ini membawa cahaya dalam kegelapan hidup rakan karibnya. Dylan kanak-kanak berusia 6 tahun. Rakan beliau bernama Jonah menghidapi penyakit pada hati.

Dylan menulis sebuah buku dengan harapan setiap sen dan dolar dapat menampung kos rawatan rakan baiknya.

Usaha Dyan berjaya mengumpul USD$200,000 hasil jualan buku tulisan beliau. Dari kegelapan, tulisan Dyan mencerahka</div>

Rompakan perkataan, rompakan kredibiliti



Etika kursuspenulisan.com

Cerpen cetak rompak daripada penulis asal. Dicetak rompak oleh penulis Kasman Kassim yang disiarkan. Sumber asas cerpen ini adalah daripada Cik Puan Rahmah Mokhtar di Tulisnovel.com. Kesan apabila mencetak rompak.

(1) Apabila tertangkap, kredibiliti penulis jatuh.
(2) Apabila tertangkap, kesan pada jenama penerbit yang berusaha.
(3) Apabila tertangkap, ramai penulis akan berusaha melindungi penulis asal.

Kita sama-sama menjaga hak penulis dan nama baik penerbit yang memberi izin karya kita terbit.


[Media] Mengapa tidak ada kursus penulisan dalam bahasa Inggeris?




Tuan Peter Duke juga dikenali dengan nama Peter Worthington bertanya kepada tim kursuspenulisan.com mengapa tidak mengadakan kursus dalam bahasa Inggeris. Pada ketika ini kursuspenulisan.com mengendalikan kursus ini dalam bahasa Melayu bagi memenuhi faktor berikut;

(1) Menambah judul dalam bahasa Melayu bagi menambah rak buku cerita bergambar kanak-kanak di kedai buku.
(2) Melatih lebih ramai penulis yang dapat menulis dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
(3) Mendorong permintaan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu melalui beberapa kaedah yang dilakukan.

Kursuspenulisan.com tidak menolak kemungkinan mengendalikan bengkel penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.

Teringat soalan Tuan Peter, "Sekiranya bengkel (Singapura) diadakan dalam bahasa Inggeris, saya mahu menantu saya hadir."

Daripada Emila Yusof, "Peter Duke juga dikenali dengan nama Peter Worthington, seorang penulis buku kanak-kanak. Karyanya dilustrasi oleh Mie Mambo."

Kursus penulisan akan datang klik di sini.

[Berita] Mencipta Buku Magis di UPSI

Koleksi foto, klik di sini


Sempena Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Kali ke-3. Bengkel penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak turut diadakan. Puan Fazeila Isa mengendalikan sesi yang mendedahkan teknik dan panduan penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak yang persuasif.

Bengkel akan datang di sini

[Pen] Apabila diri sendiri tidak tahu dirinya jutawan

Jam 4.00 pagi saya mengingati diri mengenai modal diri. Modal diri adalah modal yang paling mahal dimiliki oleh seorang penulis.

(1) Rakan-rakan ketika kecil menjadi watak yang ditulis.
(2) Pengangungkutan yang dinaiki menjadi lokasi yang digambarkan
(3) Mimpi yang dialami diterjemah menjadi babak demi babak
(4) Sedih, takut dan gembira menjadi lontaran emosi mencapai hati pembaca.
(5) Penyakit menjadi watak jahat yang menghalang kebaikan
(6) Penyakit juga menjadi watak baik yang membongkar kebenaran
(7) Turun naik di pejabat menjadi gelombang dalam cerita
(8) Orang tua menjadi adiwira yang tidak kelihatan wajah sebenarnya.
(9) Sikap pesimis orang terhadap angan-angan kita menjadi gangguan watak.
(10) Surat demi surat yang mengikat keseluruhan cerita menjadi cerita besar.

Semuanya adalah modal diri yang diterjemah ke dalam perkataan. Perkataan yang disusun oleh JK Rowling dan Ramlee Awang Murshid di dalam karya-karya mereka.

Apabila diri sendiri tidak tahu dirinya jutawan, maka hilanglah setiap ringgit modal diri yang tidak diasah menjadi karya.

Ada kata-kata disebutkan, "Penulis kekal miskin apabila tidak dapat menjual imaginasi mereka."
Penulisan novel dan non fiksyen di sini

Friday, May 3, 2013

[Pesta Buku] Banjir tenggelamkan setiap tingkat di PWTC?

[Pesta Buku] Banjir tenggelamkan setiap tingkat di PWTC?


Banjir, melimpah dari tingkat satu sehingga setiap tingkat pada hari Rabu lalu.

Adakah banjir manusia akan terus menenggelamkan PWTC pada hari akhir?

Gelombang terakhir Kota Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Khusus untuk mereka bergelar ibu, guru tadika, pendidik, penulis serta bakal penulis dan penerbit.

Nota: Bakal ibu dan bapa juga digalakkan hadir.

Gelombang 4 Mei 2013, Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak oleh Puan Fazeila Isa. Masuk adalah percuma.

4 Mei 2013
Jam 3.00 petang
Bilik Sarawak, PWTC

Peserta akan lemas dengan maklumat-maklumat ini;

(1) Apakah piramid bacaan kanak-kanak? Sekiranya piramid ini tidak diterapkan. Kanak-kanak berhadapan dengan situasi tahu membaca, tetapi tidak tahu apa 'dibacanya'. 

(2) Memilih buku yang memberi kesan yang tepat. Apakah cara kita memilihbuku dalam kategori yang betul? Ketahui jenis-jenis buku yang diterbitkan untuk anak-anak kita yang memberi impak yang berbeza.

(3) Seni menulis agar perkataan demi perkataan ke dalam dunia kanak-kanak.

Lokasi bilik Sarawak sedikit tersorok di belakang. Lepasi booth E-Media atau hubungi nombor berikut jika tidak bertemu . 

0139815151
0193663577
0192880451