Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, November 27, 2012

Buku, jurujual senyap untuk si anak

Dalam sesi coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak, kami diajukan soalan "Bagaimana memujuk ibu-bapa membelek dan membeli buku cerita bergambar kanak-kanak?"

Situasi buku cerita bergambar kanak-kanak berhadapan dua keadaan, satu di dalam penerbitan dan satu lagi di kedai buku.

Situasi di dalam rumah penerbitan, kumpulan editorial berhadapan kesukaran menjawab soalan jualan buku cerita bergambar kanak-kanak. Berhadapan situasi jualan yang perlahan menjadikan buku cerita bergambar kanak-kanak dilihat tidak menguntungkan.

Kata jurujual yang tidak dilatih memahami produk ini, "Buku ini sukar dijual, tidak ada orang mahu membeli. Terbitkan buku yang mudah kami jual di kedai-kedai buku."

Situasi di kedai buku, ibu-bapa melihat buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai satu pembaziran. Mereka melihat buku yang mahal harganya kerana kualiti kertas, penuh ilustrasi dan warna tetapi kurang perkataan.

Kata ibu-bapa, "Buku cerita bergambar kanak-kanak kurang perkataan. Anak saya tidak pandai membaca dengan buku yang mahal ini."

Dua kumpulan ini berlaku dalam situasi penerbitan buku tempatan.

Buku cerita bergambar kanak-kanak meskipun sudah lama di pasaran, ia belum dilihat sebagai sebahagian praktis ibu-bapa bagi menjadikan ia dalam senarai buku wajib dibeli.

Bagi sebuah negara yang menghargai seni dan sastera sehingga remaja punk juga tahu sebahagian petikan karya Shakespeare tidak berhadapan dengan kedua-dua situasi ini.

Model penerbitan buku cerita bergambar kanak-kanak tempatan tidak melalui inovasi pakej dan struktur yang dapat memujuk ibu-bapa membelikan untuk anak mereka.

Terdapat beberapa cara mempakejkan buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai umpan kepada ibu-bapa.


  • Pertama, sediakan panduan ibu-bapa pada beberapa halaman di belakang buku cerita bergambar kanak-kanak.
  • Kedua, panduan itu disertakan bersama foto bagaimana buku itu dapat digunakan untuk anak.
  • Ketiga, kehendak ibu-bapa berkata,  "Saya mahu anak saya pandai membaca" berada di halaman terakhir buku. Kaitkan kajian para ahli akademik dan perkembangan pembaca buku seperti ini.
  • Keempat. Tuliskan satu sehingga tiga ayat sahaja pada kulit buku bagi menggambarkan kekuatan buku. Ia akan dibaca oleh empunya diri sebelum lulus beli.
  • Kelima. Usahakan strategi menulis dan menerbitkan dalam dwi bahasa. Ia sebagai cara menerobos rak bahasa Inggeris dan pada masa sama memanjangkan hayat buku di kedua-dua rak. 
  • Keenam, satu perenggan dengan ayat paling ringkas daripada tokoh yang dikenali keintelektualan dan fungsinya dalam masyarakat melalui bidang ini dimasukkan dalam buku bersama  foto.
  • Ketujuh, bekerjasama dengan pengusaha tadika dan taska bagi menulis buku cerita bergambar kanak-kanak yang akan menjadi buku rasmi.
  • Kelapan, gunakan satu atau dua foto ibu bapa yang memegang buku itu dan berpuas hati pada kesan buku itu. Mereka adalah kumpulan makmal ujian kita sebelum buku diterbitkan.
  • Kesembilan, memilih mentor bagi memandu arah kita menggunakan sistem dan kaedah yang betul.
Langlah-langkah di atas akan semakin kurang digunakan dalam penerbitan apabila ibu-bapa secara sedar dan tahu mahu membeli buku cerita bergambar kanak-kanak tanpa berkata, "Nipis dan banyak lukisan sahaja. Kurang perkataan dan mahal!"

Sayur dan buku tidak dapat dipisahkan



Sentiasa fikirkan berada di luar kedai buku bagi menjual buku tulisan kita. Misalnya strategi Karangkraf berada di luar kedai buku dan berada di lokasi yang relevan. Buku mengenai fertigasi cili terbitan Karangkraf berada di MAHA. 

Ketika kursuspenulisan.com menjual buku Buat Duit dengan Ikan Keli, didapati buku ini lebih mudah dijual di laman forum online yang berkaitan ikan keli berbanding dihantar ke rangkaian kedai buku.

Beberapa pandangan mengatakan bahawa ini adalah tanda-tanda situasi ekonomi yang semakin perlahan dan mendorong para penerbit mencipta peluang baru. Peluang sebagaimana kenderaan berlogo TM UNIFI diletakkan di hadapan kedai mamak kemudian seorang kakitangan menguar-uarkan pakejnya.

Kursuspenulisan.com menjalankan temubual terhadap seorang lelaki yang menjual buku secara langsung dari meja ke meja, dari kedai ke kedai, dari seorang individu ke individu lain.

Berapakah orang lelaki ini perlu bertemu dan memperkenalkan buku? 

Katanya, "Sejumlah 250 orang sehari bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam."

Berapakah jumlah jualan paling rendah pernah dicapai? 

Katanya sambil menundukkan kepala, "Paling sedikit 20 naskhah buku sehari."

Berapakah komisen yang diterima bagi setiap naskhah buku? 

Dia menjawab dengan ceria, "Sepuluh peratus daripada harga buku."

Berapa lama sudah bekerja begini dan berapa ramai seperti saudara? 

Balasnya, "Saya sudah bekerja selama empat tahun dan gembira melakukannya. Ada 500 seperti saya yang mengedar di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak."

Kredit foto: Puan Sri Diah Shaharudin.

Menjual buku sebelum katil siap dikemas


Big Bad Wolf menggunakan strategi serangan awal pagi dengan menukar rutin pembelian buku seawal jam 6.30 pagi. Situasi ini mendorong kawalan trafik pelanggan pada waktu siang. Strategi ini mendorong kumpulan pelanggan dapat diasingkan. Pada waktu siang adalah kumpulan yang datang secara berkeluarga dan mereka yang lebih berusia.




Wednesday, November 21, 2012

Tarikh Tutup Seminar dan Coaching


Tarikh Tutup Seminar dan Coaching

Assalamualaikum wbt

Hari ini adalah hari akhir pengesahan coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak. Sudahkah kita bersedia mencipta peluang sempena tahun baru ini? 

Kerusi demi kerusi sudah makin dipenuhi.

Semak tarikh, masa, kursus dan yuran dengan teliti


  • Coaching Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak 
  • Tarikh: Ahad, 25 November 2012 sahaja
  • Masa: 9.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari
  • Yuran RM290
  • First come first serve

Kaedah pembayaran, ikuti langkah di petak kanan

Tarikh tutup daftar, sah dan hadir adalah pada Khamis 22 November 2012 jam 2.00 petang

.........


  • Seminar Penulisan Novel 
  • Tarikh: Ahad, 2 Disember 2012 sahaja
  • Masa: 9.30 pagi sehingga 4.30 petang
  • Yuran RM490 (20 terawal RM490 390 sahaja)
  • First come first serve


Tarikh tutup daftar, sah dan hadir adalah pada Rabu 28 November 2012 jam 

P/S Selepas itu tahun baru disambut dengan rasa lega.

---

Pendaftaran dan pengesahan berdasarkan first comes first serve

Yuran per coaching RM290. Kecuali:

Seminar Penulisan Novel RM490 (RM390 untuk 20 orang pertama ke seminar penulisan novel)

Lokasi
Hall 1
FINE Training Academy Sdn Bhd
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur 


Pembayaran
Melalui pembayaran bank secara online dan manual ke bank
Melalui Maybank2U
Bank Pembayaran: Maybank
Akaun : Zamri Bin Mohamad
Akaun: 162 2000 80 808

Semak semula maklumat sebelum submit pembayaran

Emelkan bukti pembayaran seperti berikut
(1) Nama dan emel
(2) Jenis coaching/seminar dipilih
(3) Salinan imej salinan pembayaran, tarikh, masa dan jumlah ke kreatifkursus@gmail.com

Tarikh akhir semakin hampir

Sunday, November 11, 2012

Selepas 22 jam melatih kumpulan penulis 'how-to'

Alhamdulillah, kami baru sahaja berkampung selama empat hari, selama 22 jam kursus berimpak tinggi melibatkan kumpulan penulis.

Kami menjalankan simulasi pembangunan buku dan pakej dihasilkan oleh penulis.



Para peserta mengetahui situasi pembelian berasaskan wajah buku, isi buku dan waktu kritikal sebagaimana berlaku ketika di pesta buku.

Pada masa sama para peserta merasakan debar pada hati melihat 'buku' mereka dibelek orang.


Kami juga menerangkan kepada kumpulan penulis, hak penulis dalam perjanjian dan bagaimana merancang kejayaan penulisan.

Formula buat sekali makan berkali-kali didedahkan secara teliti.

Kes Charles Dickens juga dikongsi bersama.

Apabila Dickens menyerahkan manuskrip kepada rakan selepas dia meninggal dunia, bagaimana pula faedah daripada hak cipta?  Iaitu faedah hasil jualan karyanya yang diterbitkan.

Adakah rakan Dickens atau keturunan Dickens mendapat faedah jualan itu?







Sesi petang bersama bakal penulis, kami mengetengahkan modul 9 butang emosi dan 8 butang logikal dalam pra pembelian buku.

Apabila mereka tahu apakah butang yang menyentuh emosi dan logik mereka, struktur buku bermula dari kulit buku dapat disediakan dengan lebih baik.




Alhamdulilah, wakil penerbit juga hadir. Pengurus Buku Pandai Publication datang berdiskusi tentang pakej buku bersama tim kursuspenulisan.com. Kami mencari cara menjadikan angan-angan para peserta semakin dipenuhi menjelang tahun baru.

Ya, mereka sedang berhempas pulas memenuhi angan-angan menjadi penulis. Pada tahun hadapan, mereka mahu melihat buku mereka di kedai buku. Mereka mahu lihat ebook yang berada di kedai buku online.


Pada tahun hadapan, mahukah Tuan dan Cik Puan menukarkan status dari pembaca menjadi penulis?

Pengumuman penting, dua kursus penulisan disediakan sebagai pelan persediaan, penuhi angan-angan dengan tindakan.

“Angan-angan tahun 2013 menjadi benar apabila ada pelan bertindak. Angan-angan saya pada tahun hadapan jelas kerana ada mentor.  Pertama, menulis  novel dan kedua, menulis buku  cerita bergambar kanak-kanak.  Bagaimana pula angan-angan saudara?"

Bersama dua orang mentor yang membimbing saya:


Daftar, sahkan dan hadir di http://bit.ly/sayapenulis hari ini

Monday, November 5, 2012

'Menculik' trainer penulisan novel dari Kaherah ke Malaysia


Kami di kursuspenulisan.com terus mendorong lebih ramai peserta berkarya dan memenuhi angan-angan mereka. Kali ini melalui seminar penulisan novel.

Diketengahkan langkah-langkah penting menulis novel yang berpotensi diterbitkan.


 
Kredit foto ISMA dan trainer



Teknik penulisan novel akan didedahkan oleh penulis, trainer dan mentor, Cik Puan Azzah Rahman. Beliau baru pulang dari Kaherah selepas melatih bakal penulis novel di sana.

Kami sempat 'menculiknya' sekali sahaja pada tahun ini kepada kita semua.

Tarikh: Ahad, 2 Disember 2012 sahaja
Masa: 9.30 pagi sehingga 4.30 petang

Pra daftar, klik di sini