Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, July 30, 2013

Adakah 'lagak diva' membawa royalti tinggi kepada penulis?

Mengapa mereka mendapat royalti tertinggi?

Kami bertanya para penerbit, "Apakah ciri-ciri yang menjadikan mereka penerima royalti tertinggi. Melibatkan top-30 dalam penerbitan?

"Adakah kerana karya mereka mantap sehingga sukar ditolak?

Penerbit menggeleng-gelengkan kepala.

"Adakah kerana penulisan mereka berbeza dengan barisan penulis di bawah mereka?"

Penerbit menggeleng-gelengkan kepala.

"Jadi apakah sebabnya?"

Penerima royalti tertinggi mempunyai ciri-ciri yang serupa

[1] Sangat mudah bekerjasama dengan editor. Tidak bersikap diva dalam menguruskan manuskrip mereka. Maka editor akan memberi lebih daripada sepatutnya.

[2] Sangat rendah hati terhadap penerbit dan pembaca-pembacanya. Jadi tidak mengejutkan penulis seperti ini mempunyai khalayak pembaca yang sanggup mempertahankanya.

[3] Sangat mudah bekerjasama dalam aktiviti promosi penerbit dan rajin berkongsi dalam rangkaian beliau sendiri.

[4] Sangat bersabar melihat turun naik karya dan menangguhkan kepuasan.

Mulakan langkah menjadi penulis yang dicari-cari penerbit di kursuspenulisan.com

Monday, July 29, 2013

Bagaimana pensyarah yang sibuk dan ibu kepada enam orang anak menulis buku?

Salah seorang peserta konvensyen penulis, alumni kursuspenulisan.com, Dr Faridah Idris bergembira setelah lama berusaha menyiapkan buku ini. Buku penuh warna, penerangan yang jelas dan terperinci, setebal 416 muka surat.



Tahniah daripada pihak konvensyen atas momentum penulisan yang mencetus hasil.

Dr Faridah Idris,

Apakah disiplin menulis yang diamalkan meskipun sibuk dengan NGO dan tugas pensyarah?

1. Cabaran terbesar saya dalam penulisan bukan kerjaya sebagai pensyarah atau terlibat dalam NGO tetapi bagi saya adalah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 6 anak dengan pelbagai peringkat umur.

2. Sebenarnya saya tiada disiplin atau waktu khas untuk menulis. Saya banyak menulis di waktu senggang semasa bekerja kerana di rumah masa saya lebih kepada keluarga.

3. Memandangkan topik penyusuan adalah topik 'passion' saya maka menulis tentangnya adalah sebahagian dari keseronokan dan keghairahan saya. Bebanan menulis tidaklah terasa sangat.

4. Untuk artikel berkaitan perubatan, saya menggunakan pengalaman kerjaya dan bahan bacaan akademik untuk rujukan.

5. Untuk penulisan kreatif, saya banyak mendapat sokongan dari rakan dalam Akademi Hero terutama sifu Azzah Abdul Rahman. Beberapa puisi dan cerpen/certot saya ada tersiar di TulisNovel.com.

6. Kebiasaannya untuk sesuatu topik yang saya ingin tulis, saya akan melihat dahulu tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya dahulu, ambil poin yang penting dan adaptasi mengikut gaya penulisan saya.

7. Saya juga mengikuti bengkel dan membaca buku berkaitan penulisan.

8. Untuk manuskrip ini, saya mengambil masa 10 bulan untuk menyiapkannya. Saya membuat carian jurnal, membuka buku rujukan, merujuk website berautoriti, menjelajah forum penyusuan, memerhati persoalan yang biasa ibu-ibu utarakan dan sedikit sebanyak menggunakan pengalaman sebagai trainer dalam persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia.

9. Sukar untuk saya menukar 'topi' saya sebagai ahli akademik, justeru proses mencari bahan rujukan agak lama.

kursuspenulisan.com

Penulis hantu, halalkah hasil penulisan mereka?



Siapakah Ghost Writer?

Benarkan penerbit dan penulis Ghost writer tidak mematuhi syariah?

Soalan ini mendorong saya menemubual beberapa pengamal industri buku dan mendapatkan maklum balas mereka.

Ghost writer dianggap pekerja kepada individu yang mengupah beliau, dengan kata lain ghost writer mempunyai majikan.

Maka kita tidak meletakkan mereka sebagai penulis utama apabila beliau dibayar atau digajikan menulis buku itu kerana ia menjadi hak majikan.

Dari satu aspek yang saya dapatkan daripada pandangan profesional;

(1) Ghost writer yang dibayar untuk menulis mungkin tidak wajib untuk diletakkan di depan. Ini bergantung kepada orang yang membayar upah.

[2] Orang yang membayar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas karya yang sudah dibelinya.

[3] Tetapi, jika orang yang membayar mahu meletakkan nama ghost writer di depan, maka itu pun boleh.

[4] Adakah praktis ini patuh syariah kerana ia tidak transparen kepada pembacanya? [Jawapan pengamal] Saya kira intipatinya adalah berapa transparen kita dalam mempersembahkan karya ini.

[5[ Saya tidak fikir konsep nama atas kaver itu isunya, tetapi saya percaya kita perlu masukkan dalam kredit nama-nama orang yang menyumbang kepada penghasilan sesuatu karya itu. Ruang kaver itu memang terhad.

[Nota tambahan Zamri Mohamad]

Dalam amalan penerbitan, tiga nama sahaja berada di hadapan meskipun ada 10 orang menyumbang setiap bab. Nama mereka yang lain berada di dalam.

Tiga nama di hadapan adalah pencetus projek dan mereka yang mengawal keseluruhan proses kerja sehingga mencapai tahap kualiti karya.

Selebihnya dimasukkan dalam halaman dalam di ruangan kredit dan permulaan bab.

[7] Pengupah perlu kreditkan ghost writer yang digunakannya dalam menghasilkan karya itu. Ini elok dibuat dalam foreword.

[8] Soalan saya; Bolehkah kita katakan, dari aspek muamalat ekonomi penulis-pembaca buku berdasarkan landasan syariah compliant karya iaitu;

Sebenarnya konsep penulis hantu tidak wujud (tidak syariah compliant) kerana ia memberi persepsi tidak tepat kepada pembaca, siapakah penulisnya.

Jawapan pengamal industri [1]; Benar. Sebenarnya Ghost writer ini daripada sudut etika pun salah pada pandangan saya sebab ia dikira 'mengaburi' pembaca mengatakan beliau adalah penulis sebenar.

Jawapan pengamal industri [2]; Penulis yang baik etikanya, akan kreditkan pihak-pihak yang membantu beliau dalam foreword.

Jawapan pengamal industri [3]; Bahagian kredit di dalam halaman dalam buku menyenaraikan semua yang terlibat dalam penulisan buku.

* Perbincangan masih diteruskan.

Bagaimana guru yang sibuk menulis buku?



Pada hari ini saya ingin sekali menemubual secara ringkas Tuan Wan Zayuhisham Wan Yusoff dalam proses penghasilan buku Cikgu Anak Saya Okey? terbitan Galeri Ilmu.

Mohon mencuri sedikit masa untuk Tuan berkongsi tip-tip berdasarkan tiga soalan berikut;

(1) Bagaimana disiplin penulisan yang dilakukan bagi menghasilkan buku ini?
(2) Apakah perkara yang dimahukan oleh Galeri Ilmu untuk menerima dan menerbitkan buku ini?
(3) Adakah Tuan bersedia menerima co-author, buku bagaimana Tuan suka berkolaborasi


(1) Bagaimana disiplin penulisan yang dilakukan bagi menghasilkan buku ini?

Saya bukanlah penulis sepenuh saya dan terikat dengan tugasan-tugasan rasmi yang tidak pernah surut.

Setiap saat itu cukup penting dan tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Di antara perkara yang boleh dikongsi ialah :

(a) Selang waktu menunggu anak pulang sekolah, saya akan berada di satu restoran dengan berbekalkan laptop untuk menulis, sekurang-kurangnya setengah muka surat ditulis pun sudah memadai bagi saya. Jika tidak, pada waktu begini saya akan ambil masa untuk ulangkaji/membaca buku-buku berkaitan dengan apa yang bakal saya tulis.

(b) Saya akan mula menulis secara serius selepas selesai solat Isyak dan berkurung di dalam stesen kerja (bilik khas) hingga pukul 12 malam atau 1 pagi. Konsep mudah sahaja, sehari satu bab tanpa apa-apa suntingan.

(c) Apa yang menarik semasa menulis buku ‘Cikgu, Anak Saya Okey’ (CASO), ada beberapa kes itu belum selesai tetapi saya sudah sampai ke titik akhir bab kes berkenaan. Kemudian tindakan saya di sekolah ialah mengikut skrip yang saya tulis dalam bab berkenaan.

(d) Saya juga tidak bertangguh ketika menulis manuskrip CASO ini kerana saya mahu pastikan ia siap sebelum tarikh akhir serahan.

(e) Saya bertuah kerana bekerja sebagai seorang guru dan dapat menggunakan cuti persekolahan sebagai ‘penulis sepenuh masa’ walaupun kena bertugas di pejabat pada waktu tertentu yang ditetapkan oleh Guru Besar.

(2) Apakah perkara yang dimahukan oleh Galeri Ilmu untuk menerima dan menerbitkan buku ini?

Sebelum diberi ilham oleh-Nya untuk menulis buku ini, seperti biasa saya keluar bersarapan atau minum petang dengan mentor penulisan saya iaitu Tuan Haji Zakaria Sungib di sekitar Kota Damansara.

Satu perkara yang dicetuskan oleh beliau ialah, “Cikgu tulis sebuah buku yang hanya mampu dihasilkan oleh seorang guru dan orang lain tidak mampu menulisnya.”

Inilah antara baris kata-kata beliau terhadap saya pada tahun 2012 yang lalu. Lalu tercetuslah idea menulis buku CASO ini.

Di antara perkara-perkara yang dimahukan oleh Galeri Ilmu Media Group (GIMG) sebagai mana yang dikongsi oleh Tuan Haji Zakaria sebentar tadi ialah;

GIMG menurut apa yang saya tahu, mahu melahirkan dan membanyakkan produk yang boleh mendidik, memberi motivasi dan membetulkan persepsi pembaca.

Salah satu sasarannya adalah institusi keluarga.

Melalui bahan bacaan yang diterbitkan, ia dapat membantu memperkasa institusi keluarga.

Bagi buku berbentuk motivasi, GIMG mengutamakan pendekatan yang dekat dengan pembaca dan menjurus kepada pengalaman serta penceritaan.

Di sini saya kira buku CASO memenuhi corak buku dan pendekatan penulisan yang GIMG mahukan.

Buku ini ada nilai motivasi yang disulam penceritaan berdasarkan pengalaman sebenar.

Bagi ibu bapa yang mahu menyelami dunia persekolahan anak-anak mereka dan mengambil tahu isu atau permasalahan yang berlegar di sekolah atau di dalam kelas, CASO membantu memberi maklumat dan pendedahan.

Sudah tentu, sebagai sebuah syarikat penerbitan, elemen komersial juga diambil kira.

(3) Adakah Tuan bersedia menerima co-author, buku bagaimana Tuan suka berkolaborasi.

Jika sesuai dengan masa dan keadaan, apa salahnya. Apa yang penting boleh bekerjasama dan faham dengan tugas masing-masing.

Walaupun begitu, saya agak segan andainya saya tidak mampu mencapai tahap yang diinginkan oleh rakan penulis tersebut

Impian saya ialah menulis novelet tarbiah awal remaja, dan kalau ada sesiapa berminat boleh kita berbincang dan berjumpa dengan editor yang berminat.

Jika di GIMG, Insya-Allah mudah saya ajukan perkara ini.

Tuesday, July 23, 2013

Penerbit kejam kerana mata duitan, penulis teraniaya?

"Karya saya ditolak kerana ia dilihat tidak membawa duit."

Apakah penerbit mata duitan dan membunuh bakat penulis?

Duit dari konteks penerbit adalah;

(1) Memastikan 100+ pekerja yang mempunyai anak dan isteri dapat berbelanja setiap bulan untuk survival keluarga. Ini survival mereka mencari yang halal.

(2) Memastikan penulis itu sendiri dapat menulis secara konsisten kerana royalti membolehkan beliau membeli masa untuk menulis. Jika buku beliau tidak laku, penulis perlu kembali bekerja semula untuk survival.

(3) Memastikan mereka dapat bertahan lama apabila pekedai buku liat membayar hutang berbulan-bulan lamanya.

Ini adalah duit dari kaca mata penerbit

Menjawab soalan, ya ia membunuh bakat penulis apabila penulis tidak bermula dengan mempelajari konsep industri buku.

Jika ditolak, apakah strategi baru dilakukan?

Misalnya seorang penulis puisi ditolak berkali-kali. Pernahkah beliau berkolaborasi dengan penulis buku motivasi yang sudah ada raknya di kedai buku, agar karyanya tembus ke kedai buku?

Kepada yang kerap ditolak, lihat kata kunci ini, kolaborasi dengan nama sedia ada atau tanyakan apakah pelan penerbitan mereka untuk diisi.

Bengkel penulisan buku motivasi pada 8 September 2013. Mohon mendaftar di http://bit.ly/penulisbebas

Apabila penulis ditolak sehingga jatuh oleh penerbit

Langkah yang dicadangkan diambil oleh penulis yang ditolak berkali-kali.

(1) Adakah manuskrip itu sendiri mempunyai raknya di kedai buku. Jika ada berapa banyak raknya dan berapa besar saiznya. Jika tidak ada maka ada kemungkinan ia bukan untuk pasaran kedai buku? Ia underserved market. Ia memerlukan strategi lain.

(2) Adakah penulis sudah betul-betul mengkaji senarai buku yang pernah diterbitkan mereka sebelum menghantar manuskripnya? Majoriti penulis baru menghantar menggunakan kaedah peluru tabur, hantar dengan harapan mengena.

(3) Adakah penulis sudah mula menambah senarai penulis dalam kategori yang diceburinya di Facebook dan mula berinteraksi dengan mereka secara idea? Yakni berbincangan mengenai konsep dan seumpamanya. Ini seperti kerjasama Tuan Hilmi Isa dan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Kita tahu nama motivator ini besar.

(4) Adakah penulis hanya fokus mengenai manuskripnya sahaja tanpa mengambil tahu apa sebenarnya pelan penerbitan mereka? Atau dasar kuih tempah mereka?

(5) Adakah penulis bersedia melalui kekalahan kecil sebelum mendapat kemenangan besar. Yakni bekerja seperti Syekh Aaidh al-Qarni memasuki Malaysia dengan La Tahzan dahulu sebelum memasukkan senarai bukunya yang berat-berat itu.

Bengkel penulisan buku motivasi pada 8 September 2013. Mohon mendaftar di http://bit.ly/penulisbebas

Wednesday, July 3, 2013

Apakah benar hantu lebih gemar penulis berbanding yang lain?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran.



Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini