Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Monday, June 24, 2013

Pembacaan karya besar menurunkan penumpuan dalam pembacaan. Pe..an, pe...an dan pe...an

Kuliah kursuspenulisan.com kepada para penulis

Pemerhatian kursuspenulisan.com mendapati majoriti yang banyak membaca buku konsep, idea-idea besar, buku teori dan model menggunakan imbuhan pasif dalam penulisan mereka. Imbuhan yang mengandungi apitan;

me....an
ke....an
pe...an

Kesanya, penulisan mereka lambat dihadam pembaca, beban tumpuan pembaca meningkat, mesej semakin kurang persuasif apabila imbuhan pasif banyak digunakan dalam penulisan buku dan blog.

Tidak ada visual dalam kepala pembaca ketika membaca.

Dari aspek kedai buku, kita boleh mengukur bagaimana buku sebegini perlahan jualan di kedai buku kerana mendapat maklum balas pembaca yang memberi kesan kepada jualan.

Pembacaan karya besar menurunkan penumpuan dalam pembacaan.

atau

Membaca karya besar, tumpuan pembaca menurun sedikit demi sedikit.

Pilih salah satu ayat di atas.

Lebih lanjut.

Sunday, June 23, 2013

Bagaimana Ibu-bapa membunuh anak setiap hari

"Ibu-bapa 'bunuh' anak setiap hari?"

Menurut Tuan Syaizul Amal, bancian yang dibuat di 260 sekolah yang dilawati, didapati ibu-bapa hanya memerlukan 6 sehingga 12 bulan sahaja untuk mematikan semangat anak-anak membaca. Ia berlaku apabila berlaku peperiksaan UPSR. Anak-anak tidak dibenarkan menyentuh buku lain.

Itu sudah cukup untuk ibu-bapa membunuh minat mereka membaca sehingga dewasa.

Kata-kata ikon, Tuan Yusof Gajah, bagaimana dorongan ibu bapa agar anak membaca membunuh dalam diam semangat anak membaca.

"Sejak kecil saya senang membaca buku dan apabila sudah dewasa ada sedikit duit saya belanjakan untuk beli buku.

Buku dan saya begitu akrab sekali. Setiap bulan koleksi buku saya bertambah dan beberapa bulan kemudian almari buku pun bertambah.

Pernah berlaku pada suatu hari saya ke toko buku.

Di ruang buku kanak-kanak menjadi kegemaran saya, seorang anak yang berumur 7 tahun dengan bangganya meminta ibunya membeli sebuah buku bergambar.

Setelah ibunya melihat buku bergambar tersebut lalu ia berkata pada anak tersebut, “Buku ini tidak banyak tulisan, kita tukar sahaja dengan kamus."

Si anak terpegun, ibu merasa berjaya meyakinkan bahawa pilihannya tepat.

Saya tidak terkata.

Begitulah sikap sebahagian ibu bapa yang suka mematahkan semangat anak anak mereka."

Saturday, June 22, 2013

Pembaca menolak jatuh penulis kerana jerebu

"Jerebu, semakin ditulis semakin tidak difahami."

"Mengapa penulisan kita difahami oleh pembaca?"

"Mengapa sesetengah pakar bidang kecewa apabila buku mereka ditolak pembaca atas alasan sukar difahami?"

"Mengapa para pensyarah berhadapan situasi buku mereka difotostat oleh para pelajar. Mereka merasakan tidak berbaloi membeli buku pensyarah yang memenatkan otak mereka?"

Ini dinamakan indeks kabus atau fog index. Apabila kita menulis dan tidak difahami, ia bermaksud indeks kabus buku itu tinggi.

Mengapa terjadi begitu.

Salah satunya adalah pemilihan perkataan dan ayat yang ditulis tidak menepati ciri-ciri pembaca.

Contoh mudah.

Fahamkah saudara jika saya menyebut perkataan patela?

Jika faham ia bermakna saudara sama ada orang perubatan, bekas pelajar fisiologi atau pernah mendengarnya di hospital.

Maka, indeks kabus perkataan ini rendah.

Jika tidak faham bermakna indeks kabus perkataan ini rendah tinggi.

Patela bermaksud tempurung lutut.

Kali ini saudara sudah faham maksudnya. Maka indeks kabus perkataan ini rendah.

Ada lagi? Saya ceritakan di sini.

[Berita] Tiga orang penulis kini diburu dan dikehendaki

Bekerja secara berjemaah, berikan kelebihan kepada penerbit. TIga orang alumni kursuspenulisan.com menyumbang hasil penulisan mereka ke satu majalah.

Saya mendoakan sukses dan terus sukses kepada Cik Puan Nur Inani, Tuan Shahrumnisham dan Puan Azlin Ahmad.

Alhamdulillah, bengkel dekat dan jauh diizinkan Allah memberi impak dorong mendorong yang tinggi.

"Penulis diburu dan dikehendaki."



Kami di kursuspenulisan.com akan menjejaki semula seorang demi seorang alumni dari tahun 2009 bagi mengetahui perkembangan mereka yang terkini. Kami sedang usahakan untuk menajamkan skil alumni terdahulu, jika alumni memerlukan.

Pengumuman minggu akhir (1)

Mereka yang berminat mengikuti bengkel penulisan motivasi smskan <Motivasi>, diikuti <Nama> <emel> ke 0192880451

Pengumuman minggu akhir (1)

Mereka yang berminat mengikuti bengkel penulisan certia bergambar kanak-kanak smskan <Kanak-Kanak>, diikuti <Nama> <emel> ke 0192697566

Cium dinding dapat hasilkan buku yang terjual di pasaran?

"Kisah suami si pencium duit yang rakus."

Buruk bunyinya, tetapi duit itu selalu dibuang dan tidak dikutip oleh pemiliknya.

Ratus-ratus ringgit dapat diambil daripada mereka setiap hari,

Wang selalu dibuang oleh pemiliknya majoriti para pelajar IPT yang berhutang beribu ringgit di bawah PTPN.

Sedang para pelajar berfikir bagaimana mahu membayar dengan angan-angan 'kerja' apakah di luar nanti, ada seorang lelaki akan berjalan di tepi bilik pensyarah bagi mengutip duit.

Pada suatu hari si isteri, seorang pensyarah memerhatikan suaminya.

Suaminya berdiri di dinding bilik-bilik pensyarah psikologi.

Beliau melihat hasil kerja siswa-siswa dalam tugasan yang dipersembahkan dalam bentuk visual di dinding.

Isteri bertanya, "Sedang buat apa di sana?"

Jawab suami, "Abang sedang bermotivasi mengutip duit yang dibuang di sini."

Isteri hairan dan melihat, "Mana duitnya? Poster tugasan pelajar ada di sini."

Suami membalas, "Itulah duitnya, satu poster ini harganya RM300 sehingga RM1000 sekiranya dikutip kembali"

Bagaimana caranya?

"Abang ke sini seminggu sekali melihat para pelajar menampal hasil tugasa mereka di sini. Cantik semuanya, lengkap rujukan dan contoh."

Suami diam sebentar dan mengambil foto poster di dinding.

Suami menyambung, "Katakan abang ingin hasilkan bab mengenai bagaimana personaliti berubah mengikut umur, seperti dilakukan pelajar ini (jarinya menunjukkan poster). Abang datang ke sini, baca, ketahui rujukanya dan abang tulis semula menggunakan gaya sendiri. Selepas itu disiarkan oleh penerbit."



Isteri berkata, "Sungguh bermotivasi tindakan ini. Satu langkah ke hadapan membezakan penulisan di dinding yang akan dibuang selesai setiap semester dan penulisan yang dibukukan."

Suami meninggalkan isterinya, "Abang mahu meninjau dinding bilik pensyarah psikologi yang lain."

"Kisah suami si pencium duit yang rakus."

Mahu dikongsi untuk bacaan siswa-siswi, dipersilakan.

Nota: Buku apa yang penerbit mahu daripada saudara? Saya akan menghadiri bengkel penulisan buku motivasi berpengaruh. Lebih lanjut, mohon klik di sini

Kerana nama punca saya miskin?

"Penulis kaya, nama miskin."

Sesetengah penulis dimohon oleh penerbit menggunakan nama pena bagi mengelakkan persepsi negatif pembaca sebelum membaca karya. Misalnya,

Kalah bin Abu Tewas menulis buku Menang dalam Organisasi. Persepsi nama tidak menguatkan judul buku.

Lebih lanjut, mohon klik di sini

Bagaimana bold pada teks membunuh selera pembaca?

"Bolehkah saya gunakan bold sepanjang teks?"

Tip penulisan motvasi kursuspenulisan.com

Bold digunakan bagi menunjukkan pentingnya konsep itu disebut di dalam buku kita.

Bold digunakan sederhana agar maksud teks sampai apabila dibaca.

Kita andaikan begini;

Bold itu digunakan seperti pintu yang akan dimasuki oleh seseorang. Jika banyak bold banyak pintunya, mengelirukan pembaca.

Lihat contoh penulisan alumni kursuspenulisan.co di bawah, perbezaan penggunaan bold sebelum dan selepas.



Lebih lanjut, mohon klik di sini

Thursday, June 20, 2013

Pengetua kejam, bos zalim hasilkan buku motivasi?

"Berada di bawah pengetua yang sifatnya hmm... pun menjadi bukunya!"

Itu kisah Cikgu Esa Samad dalam proses menulis buku motivasinya. Saya petik kata-katanya;

"..Curahan idea menulis ketika bertugas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Di bawah ppengetua yang 'iron lady' lalu terhasil novel. Kemudian ketika bertugas di sebuah sekolah lain 10 tahun, kemudiannya di bawah pengetua yang hmm....hmm.. Terhasil dua buku motivasi dan kemahiran belajar...ha ha."




Cerita di pejabat juga tidak kurang manfaatnya apabila kita menukar cermin mata kehidupan.

"Bos yang marah-marah itu adalah idea bagi menulis buku motivasi."

Bos yang marah-marah adalah rezeki dalam menghasilkan buku motivasi di pejabat. Lihat apakah punca kemarahanya. Selidiki apa yang mengurangkan kemarahanya. Perhatikan perkara yang memudahkan kerjasama.

Hasilkan dalam bentuk tip-tip sehingga ia tebal menjadi buku.


Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart terbitan PTS dahulu adalah cara kami bekerja menulis buku. Tukarkan cermin mata kehidupan kita.

Lakukan sekarang. Kami di kursuspenulisan.com menunggu

Wednesday, June 19, 2013

Bagaimana penulisan yang bosan menjadi renjatan kepada pembaca?

Teknik menulis menggunakan kaedah human interest story dalam buku motivasi

Sebelum itu, apakah maksudnya human interest story?

"In journalism, a human interest story is a feature story that discusses a person or people in an emotional way.[1] It presents people and their problems, concerns, or achievements in a way that brings about interest or sympathy in the reader or viewer.

Human interest stories may be "the story behind the story" about an event, organization, or otherwise faceless historical happening, such as about the life of an individual soldier during wartime, an interview with a survivor of a natural disaster, or profile of someone known for a career achievement." [Wiki]

Situasi; Saya mahu menulis memilih yang halal di Jepun

Ada dua cara menulis.

Cara pertama, adalah cara bosan.

"Apabila anda di Jepun, cara memilih produk halal di 7/11nya adalah dengan melihat kod bar....."

Cara kedua, berikan renjatan. Tuliskan situasi yang membuat orang teruja mahu tahu.

"Seorang pelancong Malaysia berada di 7/11 bandar Osaka,di tangan kirinya serta kanan memegang air kotak, dia bertanya yang mana satu halal? Apabila berada di Jepun, cara memilih produk halal di 7/11 adalah dengan melihat kod bar..."

Nota:

"Ya! Saya dan rakan-rakan saya akan menghadiri bengkel penulisan motivasi pada 7 Julai ini. Saya berminat dan bermula mendaftar dengan mengklik sini 

Bagaimana 'make-up' meningkatkan jualan buku saudara?

"Tukar kulit buku motivasi pun meningkatkan jualan?"

Tip penulisan buku motivasi kursuspenulisan.com. Foto menunjukkan bagaimana buku-buku melalui proses segar semula di rak buku.

Imej buku di atas adalah imej buku tahun 2006, imej buku di bawah adalah imej buku yang diubah pada tahun 2010.



Dalam beberapa situasi, kulit buku akan mengalami perubahan setiap dua tahun bagi memberikan rasa baru di kedai buku.

Ini mendorong mereka yang tidak pernah membeli buku membelek buku-buku ini dalam proses pujukan membeli.

Dalam situasi lain, kedai buku besar juga ada yang menolak kemasukkan buku kerana merasakan kulit buku ini tidak menjual. Ini melibatkan buku yang berprofil best seller berdasarkan rekod siri terdahulu.

Dalam situasi berbeza, penerbit menukarkan kulit buku bagi menguji kesan jualan selepas cetakan pertama habis dijual.

Nota;

"Ya! Saya dan rakan-rakan saya akan menghadiri bengkel penulisan motivasi pada 7 Julai ini. Saya berminat dan bermula mendaftar dengan mengklik di sini 

Facebook mudahkan aktiviti penulis buku

Tip penulisan buku motivasi. Ruangan komen pada Facebook Profile memudahkan kita mendokumentasi bahan berbentuk imej pada komen di status. #tippenulis

Selain daripada penggunaan hash tag bagi mengumpulkan status yang relevan, foto pada komen juga dapat dimanfaatkan ketika menulis.

Foto di bawah menunjukkan kaedahnya.



Tuesday, June 18, 2013

Apakah perkataan pertama yang menjadikan pembaca 'sakit jantung'?


Bagaimana menulis rencana dan bab motivasi berkenaan personaliti?

(1) Mulakan dengan konflik sebagai faktor kejutan penulisan.

Misalnya, kita mahu memaparkan kisah seorang individu yang sangat menghafal peribahasa.

Mulakan dengan cerita saat beliau paling tertekan apabila 2000 peribahasa yang dihafal sejak tiga tahun lalu tiba-tiba hilang ketika diajukan soalan oleh rakan sekerja.

Apa yang berlaku selepas itu?

(2) Berikan gelaran kepada personaliti.

Misalnya, kita mahu memaparkan kisah seorang individu yang sangat menghafal peribahasa.

Boleh juga jika penulis memberi gelaran atau ketahui gelaran yang diberikan rakan-rakan.

Jika mencari 'peribahasa hidup', mungkin di hadapan saya adalah orangnya.... atau, Rakan-rakan sepejabat memanggilnya Peribahasa Hidup kerana tabiatnya yang.....



Penulis motivasi marah-marah dan menyerang pembaca?


"Gunakan modal diri dan diri orang lain sebagai pencetus rangka penulisan."

(1) Tanpa ayat marah-marah kepada orang lain dan pembaca.
(2) Menceritakan situasinya sukar paling tinggi dalam subjek itu.
(3) Menyampaikan pelan tindakan secara teratur.
(4) Tidak menyuruh pembaca mengikut caranya. Hanya tunjukkan sahaja
(5) Tidak mengatakan cara beliau satu-satu yang terbaik

Langkah penulisan buku motivasi. Mohon klik di sini.

Adakah kanak-kanak tidak pandai memilih buku?



Tip penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak. Kedai buku seperti Dymocks (Australia) memperkenalkan cadangan siri buku berdasarkan peringkat umur. Setiap peringkat umur diketengahkan buku-buku yang mempunyai fungsi berbeza. Bagaimana kita dapat membezakan kategori ini akan menentukan gaya persembahan cerita, pemilihan perkataan dan jenis ilustrasi?

Langkah awal penulis. Mohon klik di sini

Bagaimana penulis menipu otaknya sendiri?

Tip penulisan buku motivasi. Saya petik;

There is no such thing as mental block

Bob Levenson, arguably the best print copywriter of all time; 1972 inductee into The One Club Creative Hall of Fame

Levenson regarded mental block as nothing more than spending too much time going in the same direction.

His solution: Turn around and go the other way. If writing something humorous fails, use a serious approach. If a short headline doesn't work, try a long one.

Petikan berakhir.

Buku motivasi yang kita hasilkan kekal hambar sekiranya kita masih mengguna pakai kaedah lama bagi menulis. Apakah yang dimaksudkan kaedah lama yang menyebabkan pembaca berkata, "Ah! Sama sahaja." dan kaedah baru yang mendorong pembaca berkata, "Ini menarik!"


Nota: Buku apa yang penerbit mahu daripada saudara

Monday, June 17, 2013

Dedikasi, perkataan yang melonjakkan buku?

"Kuasa dedikasi mengikat pembaca."

Dorongan sebuah buku ke atas pembaca bermula pada perkataan yang tertera pada tajuk, blurp hadapan, sinopsis buku dan visual.

Aspek menulis dedikasi juga memberi impak kepada pembaca. Ia mengalihkan pembaca dari seorang yang asing menjadi akrab melalui emosi yang disampaikan melalui perkataan.

#Tip penulisan

Saturday, June 15, 2013

Besarkah nilai bapa untuk disebut selamat hari bapa?



Hari bapa ada hari yang dilalui selepas beberapa hari ayahanda dijemput oleh Allah pada tahun 2001.

Pada tahun 2006 apabila mendapat bimbingan Puan Ainon melalui penulisan buku, ia membuka perspektif besar kepada saya, bagaimana buku yang kita tulis adalah ikhtiar seorang anak menyumbang kembali kepada ayahandanya.

Sehinggakan para alumni kursuspenulisan.com pernah mendengar kata-kata ini apabila ditanya, "Mengapa tidak gunakan nama pena?"

Jawabnya "Saya adalah anak yang paling corot sumbangan kepada ayah ketika beliau ada. Apa yang dapat saya ikhtiarkan, dengan rasa harap Allah menerimanya. Apabila setiap satu buku dicetak nama ayah pada kulit buku itu, maka jadilah ia setiap satu kebajikan hadiah kepada ayah di sana. Setiap kali dibaca, dapatlah ayah saya mendapat pahala itu juga."

Besarkah nilai bapa untuk disebut selamat hari bapa?

Nilai bapa itu nilai yang mendorong kita bertindak memberi setiap hari.

Dari doktor kesihatan ke doktor falsafah, semuanya menulis



Para peserta bengkel penulisan rencana yang mendaftar di http://bit.ly/penulisbebas .

Para peserta terdiri daripada para pensyarah dari INTI International University, tenaga IKIM, UiTM, UPM, SSM dan doktor kesihatan.

Bakal penulis sedang berlatih menulis mengikut gaya media ketika ini. Didoakan, dipermudahkan Allah dengan kejayaan demi kejayaan tanpa henti yang menjadi jambatan akhirat mereka. Berkat penulisan yang diredhai Allah. Amin ya Rabb.

Klik di sini bagi melihat galeri kursus

Bengkel penulisan dibuka. Mohon izin klik di sini.

Penulis-penulis diburu dalam gerakan dikehendaki.....



Salah seorang peserta bengkel kursuspenulisan.com mengambil keputusan yang lama kerana bimbang dikejar oleh trainer selepas bengkel. Kami buktikan dengan kiriman emel mereka kepada kami. Kejar mengejar sebagai cara mencapai sasaran rencana yang pertama muncul.

Tuan dan Cik Puan berjaya, pahala berterusan kami harapkan dari setiap perkataan yang diredhai Allah. Amin ya Rabb.

Nota: Bengkel penulisan buku dibuka. Mohon klik di sini.

Friday, June 14, 2013

Suami isteri memenuhi angan-angan menjadi penulis

Perkembangan alumni kursuspenulisan.com, bengkel penulisan ebook. Ia dipetik dari kumpulan sokongan penulisan ebook yang diwujudkan kursuspenulisan.com

Respon disunting semula


....

Alhamdulillah, saya ingin berkongsi kegembiraan. saya berganding bahu bersama suami sudah menyiapkan ebook pertama kami. Terima kasih kepada saudara Zamri Mohamad dan Tuan Azree Hanifiah atas tunjuk ajar kursus tempoh hari. Saya sudah bertangguh lama. Saya dapat katakan, menghadiri kursus ini berbaloi dengan wang yang dilaburkan.

Ia sangat bermakna kepada kami.

Kepada rakan-rakan kursus. Marilah kita sama-sama memberi semangat satu sama lain. Kita dapat lakukan.

Puan Mariny Lubna Mohamed Arif
Facebook https://www.facebook.com/mariny.arif

....

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi berpengaruh pada 7 Julai 2013. Bermula tindakan bermotivasi menjelang Ramadan, klik dan daftar di sini

Thursday, June 13, 2013

Bolehkah khutbah Jumaat menjadi sumber penulisan buku motivasi?



Khutbah Jumaat adalah salah satu sumber yang dapat dijadikan bahan apabila menulis karya motivasi. Khutbah Jumaat mempunyai komponen ayat-ayat yang relevan kepada topik.

(1) Pemilihan ayat Al Quran dan Hadis yang dalam khutbah memenuhi konteks ayat.

(2) Pemilihan sirah atau sejarah Nabi adalah relevan kepada topik yang dibincangkan

(2) Huraian khatib di dalam khutbah memperincikan maksud ayat yang disampaikan

Ia diubah menjadi ayat yang lebih mesra pembaca. Jangan kekalkan gaya khutbah Jumaat di dalam karya motivasi. Adaptasi semula.

Nota: Bengkel penulisan buku Motivasi dibuka. Mohon klik dan daftar di sini.

Bagaimana tajuk mengghairahkan pembaca ditemui?

Mencipta tajuk dapat dilakukan dalam dua cara: (1) Mengenalpasti perkataan yang menarik perhatian kita dalam mana-mana perenggan ketika kita sedang membacanya. (2) Melihat semula tajuk bahagian dan tajuk bab demi bab. Kenalpasti bab mana yang menyebabkan orang memilih membacanya terlebih dahulu.

Wednesday, June 12, 2013

Penulis gelojoh bersms sehingga hilang minat penerbit

Survival buku motivasi tidak bergantung kepada satu buku sahaja. Penulis membuat peta perjalanan sebelum menulis buku. Gelojoh seorang penulis dalam dunia buku menyebabkan beliau terkeluar daripada pasaran sebelum bermula. Elemen yang ada dalam diri penulis motivasi.

(1) Bertenang sebelum bertindak.

Penulis merancang bahasa apa yang akan digunakan apabila berinteraksi dengan penerbit dan pembaca. Bahasa kita bukan bahasa mereka.

(2) Membuat peta perjalanan bukunya

Penulis merancang bagaimana buku pertama ini akan mendorong kepada penerbitan buku seterusnya atau diubah medium penerbitan dalam bentuk lain.

(3) Mendapatkan mentor yang akan membuat kawalan perimeter daripada gangguan.

Penulis tidak tersungkur berkali-kali dalam proses mendapatkan ya daripada penerbit. Lulus proposal barulah lulus terbit.

(4) Menyediakan alat asas bertindak pada tahap minima.

Penulis tahu kelengkapan asas penulis sebelum terjun sepenuhnya ke dalam industri.

....

Ini adalah contoh, seorang bakal penulis buku motivasi tanpa empat elemen ini menghubungi editor melalui sms berikut;

"Salam, nk th cr htr mansukrip ke PTS. Camner ek? Saya guru..."

...

Bagaimana mahu bertindak?

Teks panduan dipetik daripada status Puan Natasha Effyzal

[Petikan bermula]

Saya kongsikan sedikit tip menulis emel ataupun sms bagi bertanyakan sesuatu. (tip ini terpakai sekiranya si penghantar sms/emel bukanlah begitu rapat dengan si penerima sms/emel)

(1) Mulakan dengan memperkenalkan diri.
(2) Taip setiap perkataan dengan penuh. Sekiranya gunakan bahasa kontot, pastikan masih dapat difahami sekiranya sms itu panjang.
(3) Jangan gunakan kata-kata seperti si penerima sms/emel adalah kawan baik kita. Contohnya, "Citer sket." "Cane skrg?" "Apa???"

Mood: Baru menerima sms sebegitu. Maka saya tidaklah berminat mahu membalas sms itu.

[Petikan tamat]

Petikan tip Puan Natasha mengambil kira kesemua elemen.

Keempat-empat elemen penulis ini adalah perkara yang ada dalam diri kita apabila ia kerap dilakukan.



After Earth, filem yang menyampaikan keempat-empat elemen di atas dalam situasi berbeza. Kita dapat melihat bagaimana watak bapa, Cypher menjadi mentor kepada anaknya (Kitae) dari jauh agar sampai ke lokasi kapal terhempas bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Saudara, jangan biarkan kapal terhempas sebelum berlepas.

Mulakan perjalanan penulisan, klik sini

Tajuk siap sehari, buku siap tanpa hari

Jangan berlama-lama ketika memilih tajuk. Tajuk yang dihasilkan sebelum manuskrip motivasi siap ditulis adalah tajuk sementara. Fungsinya sebagai navigator atau penunjuk arah agar saudara tidak menulis luar dari sempadan topik. Tajuk akhir akan ditentukan oleh penerbit. Sekiranya tajuk saudara mempunyai nilai tarikan dan kesan emosi. Ia akan dikekalkan. Bagaimana menghasilkan tajuk yang membunuh kebosanan, mencetus ingin tahu?

Mengapa orang lain berjaya, saudara yang kecil hati?

Mahukah Tuan dan Cik Puan tahu mengapa kita terasa hati dan tidak dapat membuktikan peranan kita dalam kejayaan sesebuah perancangan?

Apabila ia tidak ditulis sebagai catatatan peribadi secara konsisten. Bukti yang dilihat tidak muncul, bukti lisan menjadi sandaran.

Kata kunci; Menulis dan sejarah penglibatan saudara akan terus kekal.



Kisah National Treasure menunjukkan dengan jelas bagaimana penulisan diari presiden Amerika Syarikat terdahulu membawa kepada penyelesaian demi penyelesaian situasi melibatkan maruah keluarga Benjamin Franklin Gates.

Sesetengah penulis motivasi menyimpan rekod kejayaan mereka dalam bentuk tunjuk cara melalui buku-buku yang ditulis. John C Maxwel mengeluarkan prinsip-prinsip kejayaan pemimpin yang dikaitkan dengan pengalaman hidup beliau secara langsung.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi berpengaruh. Bermula tindakan bermotivasi, klik dan daftar di sini.

Kredit foto: Poster rasmi filem National Treasure

Tuesday, June 11, 2013

Penulis amatur menyedut 'otak' penulis bestseller jika mahu laris

Kredit foto: Facebook Tuan Syaizul Amal


Pesan Tuan Syaizul Amal berkenaan menulis seperti penulis bestseller, "Beliau (Christopher Paolini, Eragon) memilih bacaan yang TOP dalam kategori yang beliau mahu masuk. Begitu juga saya melarang Ain Maisarah membaca buku yang bukan trendsetter kerana minda separa sedar penulis akan mula merakam ayat-ayat yang bukan best seller dari buku yang bukan best seller. Contoh Chiclit best seller adalah Shoppaholic Series."

Petikan komen Facebook.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini

Penulis sudah menjadi pinocchio imigran?

"Mengapa Tuan tidak menjawab soalan saya di dalam Facebook berkenaan teknik menulis?"


Buku ini adalah pelaburan paling murah kepada Tuan dan Cik Puan yang bercadang memasuki dunia penulisan buku secara profesional.

Ia adalah nota-nota perguruan saya di bawah bimbingan Puan Ainon Mohd selain daripada rujukan-rujukan penting yang dapat memberi impak kepada penulisan saudara.

Kebanyakan soalan di dalam mesej Facebook dan emel berkenaan teknik penulisan tidak dapat saya jawab sepenuhnya kerana ia banyak dimuatkan dalam buku ini.

Saya gembira mendapatkan soalan susulan selepas buku ini dibaca, ia akan membawa kepada soalan yang lebih besar perspektifnya.

Ini adalah disiplin yang saya sarankan kepada teman-teman.

Mohon klik di sini  bagi mendapatkan senaskah buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS.

Penulis mati tertimbus kerana apa di dalam fikiran



Di mana kita dua bulan akan datang?

Ada empat kategori penulis.

(1) Penulis yang bermimpi, "Alangkah baiknya jika saya ada sebuah buku."
(2) Penulis yang menulis separuh jalan, "Sudah dua tahun, masih belum siap."
(3) Penulis yang menulis tetapi tidak menghantar, "Ada di dalam laci. Tidak sedap dibaca."
(4) Penulis yang menulis, menghantar dan terbit,"Ini buku pertama saya."

Mana satukah penulis yang mati tertimbus kerana apa di dalam fikiranya?

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini

[Penulisan] Komputer buruk hantaran perkahwinan?

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari.

Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?"

Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama.

"Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara

(1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana.
(2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu.
(3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin.
(4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya.
(5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik.
(6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi.
(7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza.
(8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda.

Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan yang berjadual."

Dengan izin Allah ia berlaku dengan adanya mentor, penulis bersama dan klien yang semuanya dinaungi oleh doa bonda agar ia berkat.

Soalan ini adalah soalan popular dalam kertas peperiksaan kehidupan.

Mengurus persepsi melalui tindakan.

Nota motivasi: 7 Julai 2013, coaching penulisan buku motivasi. Saudara bermotivasi menukar perkataan menjadi hasil penerbitan? Kita berusaha dan bermula mendaftar, klik di sini.


Nota foto: Komputer pertama berharga RM300 yang menghasilkan tiga buah manuskrip pertama pada tahun 2005. Dengan izin Allah, meningkatkan produktiviti dengan MacBook Air (2012) yang tidak ada serangan virus setakat ini.

Kita berusaha dan bermula mendaftar, klik di sini.

Friday, June 7, 2013

Menulis buku temuduga. Adakah laku di pasaran?




"Sebesar mana keperluan buku panduan temuduga?

"Saya mahu menulis buku panduan temuduga. Adakah pasaran buku ini besar?"

Berkenaan rancangan menulis buku panduan temuduga, kenal pasti dahulu sejauh mana pasaran buku ini sebelum menulisnya.

Adakah judul ini banyak diterbitkan? Semakin banyak kategori seperti ini di kedai buku mudah ditemui, ia indikator permintaan pasaran wujud.

Pengalaman terdahulu menunjukkan buku temuduga ini tidak banyak penerbit mahu menerimanya kerana sebab berikut.

(1) Para penerbit tidak memilih mengedarkan buku di universiti yang sangat suam-suam kuku menjual buku bukan akademik.

(2) Maklumat mengenai temuduga sangat mudah ditemui di internet.

(3) Jualan buku sebegini sangat perlahan di pasaran. Ia menyebabkan penerbit tidak mahu mengambil risiko menyimpan di gudang (dan dicukai).

(4) Penulisnya bukan penceramah yang aktif membawa ratus naskhah dan dijual dalam seminar yang konsisten tarikh program setiap bulan.

Namun demikian, ada beberapa alternatif dapat diusahakan. Berkemungkinan rezeki Allah mengatasi sudut pandang saya berkenaan maklumat yang diberi berdasarkan pengalaman industri.

(1) Usahakan melihat penerbit yang pernah menerbitkan buku seumpama itu di pasaran. Dapatkan maklum balas mereka.

(2) Dijadikan ebook dan diterbitkan oleh Buku Pandai Publications. Ia dijual di downloadilmu.com

(3) Berikan konsep dan pakej baru terhadap buku itu. Sesuatu yang tidak klise sehingga penerbit berkata, "Oh, ini 'satu lagi' buku temuduga yang sama.

(4) Dijadikan artikel majalah setiap bulan berbanding terbit sebagai buku. Tuan boleh hantarkan ke majalah pelajar seperti majalah Wadah Siswa.

(5) Jadikan pakej baru dari segi judul dan penyampaian. Misalnya buku teknik mendapat kerja di bawah CEO atau seni menjawat jawatan dalam organisasi korporat atau seumpamanya. Daripada berbentuk panduan yang linear menjadi bentuk cerita. Diubah semula judul buku, strategi pintu belakang mendapat kerja idaman, 33 kisah calon dan petua mereka.

Nota: judul cadangan itu tidak melalui tapisan semakan permintaan pasaran.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini

Thursday, June 6, 2013

Benarkah apabila berjawatan tinggi, maka ramai akan membaca buku saya?

Ramai yang terjun ke dunia penulisan dengan menganggap orang mahu membaca karyanya.

"Jika ditulis pasti akan dibaca ramai orang."

Logik mereka ini timbul kerana pengalaman kerja yang lama dalam perjawatan, tingkat usia yang senior dan situasi agak-agak.

Apabila ditolak penerbit banyak sangkaan buruk berlaku.

Video kali memberikan maklumat tiga gelombang memulakan karya yang diterima pembaca. Klik di sini



Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai. Pra tindakan, klik dan mendaftar di sini

Wednesday, June 5, 2013

Tidak habis-habis Celebrates lagi?

Trainer kursuspenulisan.com diketengahkan dalam majalah Celebrates, Perbadanan Kota Buku sempena Asian Festival Children's Content 2013 di Singapura.






Isol, juri buku kanak-kanak syok sendiri?

Diskusi pencetus trend novel Ain Maisarah, Tuan Syaizul Amal di Facebooknya berkenaan pemilihan ilustrasi buku cerita bergambar kanak-kanak membawa kepada diskusi yang positif berkenaan perkara ini.



Isol, ilustrator buku kanak-kanak dari Argentina memenangi Anugerah Memorial Astrid Lingren pada 26 Mac yang lalu.

Tuan Syaizul mengajukan soalan-soalan ini.

(1) Adakah kanak-kanak benar-benar sukakan ilustrasi ini? Seperti dalam foto di bawah?
(2) Mungkin kemenangan ilustrator adalah satu keputusan oleh para juri ke atas kanak-kanak?
(3) Sejauh mana karya seperti ini dapat dijual di pasaran menggunakan ilustrasi seperti ini.












Bagi mendapatkan respons ini, disertakan catatan daripada Tuan Yusof Gajah selaku ilustrator dan pemain industri serta ikon. Manakala respon dari aspek pendidikan dikemukakan oleh Puan Fazeila Isa dari kursuspenulisan.com

Para pembaca dapat mengikuti perbincangan asal di sini

Daripada Tuan Yusof Gajah, bercakap dari aspek industri dan juri;
Dilantik menjadi juri merupakan satu penghormatan buat diri sendiri dan kalau di peringkat antarabangsa buat negara.

Banyak kateria yang harus dimiliki untuk menjadi juri pertandingan ilustrasi buku kanak-kanak seperti juri pernah menang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa, jumlah buku yang dihasilkan, pengalaman bertahun tahun dalam industri buku kanak-kanak.

Juri juga punya hujah hujah rasional dengan berdasarkan fakta bukan syok sendiri.

Seorang juri harus cekap, tangkas dalam membuat penilaian. Bayangkan dalam masa dua hari harus menilai lebih 4,000 ilustrasi seluruh dunia. Juri juga tidak boleh bersikap prejudis dalam menentukan karya yang patut menang.

Setiap pertandingan biasanya dilantik seorang ketua juri atau pengerusi.

Jumlah juri mesti angka ganjil. Berikut penilaian juri sewaktu saya menjadi juri di NAMI CONCOUR di Korea baru baru ini. Insya Allah pada bulan September akan ke Slovakia menjadi juri di BIB.

Illustration quality was considered the overarching criterion. This was considered in terms of the technical execution of the selected medium, as well as for the effectiveness of applying the artistic elements for visual communication.

  • The degree to which “soul” was evident. Simply stated, this was sought in how “having soul” represented an expression of truth.
  • Consistency of the visual narrative to express an understandable flow of the story. 
  • As this is an award for children’s book illustration, the degree to which the work seems intended for a child audience was also considered. 
  • Potential for multiple interpretations and multi-layered ways of interacting with story. • Storytelling expressed with simplicity/essentiality/clarity. 
  • The degree of originality and innovation exhibited. 
  • Nami vision was summarized as follows, and we endorsed them as qualities of artistic expression. 
  • Sympathy
  • Universality
  • Creativity
  • Inspiration
  • Respect for diversity

Daripada Puan Fazeila Isa memberi respons dari aspek sains pendidikan;

Menulis dan melukis untuk buku cerita bergambar kanak kanak ibarat menghasilkan sebuah karya sastera.

Cuma bezanya, ianya mempunyai audiens yang jauh lebih kecil usianya.

Jika dahulu fokus utamanya adalah pada kanak kanak awal, tetapi kini sempadan itu telah diperluaskan bahkan ada juga buku cerita bergambar untuk remaja dan dewasa.

Sebenarnya, pinsip asas penggunaan buku kategori ini adalah 'dibacakan kepada' atau 'dibaca bersama sama' antara dewasa dan kanak kanak.

Sebelum kanak kanak awal ini dapat membaca dan beri respon kepada tulisan, mereka terlebih dahulu "membaca gambar".

Di sinilah berlakunya diskusi antara dewasa dan kanak kanak tentang karakter, plot cerita dan "details" yang terdapat di dalam ilustrasi bagi memaknai keseluruhan serta "wisdom" utama di sebalik sebuah buku kanak kanak ini.

Dengan bimbingan inilah dunia imaginasi kanak kanak mula terbentuk, berkembang dan mereka kadang kala membuat "connection" antara diri mereka dan watak.

Kita juga akan dapat melihat persepsi mereka akan menjadi berbeza beza dan pelbagai interpretasi yang kritis dan kreatif dihasilkan walhal mereka hanyalah sekadar merujuk kepada satu sahaja ilustrasi.

Walau apa pun bentuk, penggunaan warna, strok lukisan dan bermacam macam lagi teknik berkarya, kanak kanak tidak akan prejudis sama sekali terhadap mana mana lukisan.

Bahkan mereka akan terus membelek dan cuba memahami jalan cerita di sebalik ilustrasi yang dipaparkan.

Namun, hal ini mungkin juga tidak akan berlaku kerana kurangnya pendedahan awal yang diberikan kepada mereka terutamanya buku buku yang mengetengahkan "naive arts".

Seperti karya karya sastera yang lain, sastera kanak kanak kategori ini juga mempunyai tema tema yang ingin diketengahkan. Antara tema-temanya adalah kasih sayang, menjaga alam sekitar, persahabatan, misteri, falsafah kehidupan, bahkan masalah kemurungan dan kematian juga ada diketengahkan.

Apabila hal ini berlaku, sudah pastinya jenis jenis ilustrasi yang ditampilkan adalah berbeza beza.

Jika bicara kita mengenai isu kemurungan, sudah pasti lukisan kita tidak dipenuhi dengan warna warna terang dan lembut seperti merah jambu.

Strok lukisannya pastilah juga berbeza berbanding strok lukisan yang menggambarkan keceriaan.

Melalui strok dan warna lukisan inilah kita juga akan dapat berbicara dengan lebih mudah tentang isu isu yang lebih berat dan kompleks kepada kanak kanak.

Sekiranya selepas ini Tuan telah berjaya buktikan kehendak pasaran khususnya pasaran Malaysia bahawa ilustrasi "naive art" mahupun yang seangkatan dengan Isol ini bukanlah pilihan hati kanak kanak Malaysia, saya tidak menafikan dan tidak terkejut dengan situasi ini.

Ini adalah kerana faktor konteks negara kita yang berbeza dengan Barat membawa kepada perbezaan ini.

Budaya, cara membaca dan "appreciation" kita terhadap nilai sebuah buku cerita bergambar dan seni lukisan juga berbeza.

Tidak dapat dinafikan, corak pendidikan kita seperti mahu anak anak lekas membaca menyebabkan kita hampir terlupa memperkenalkan keindahan dan keseronokan meneroka kepelbagaian yang terdapat dalam buku jenis ini.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, suka saya ketengahkan sejarah buku "Where The Wild Things Are" karya Maurice Sendak.

Sebaik sahaja buku ini diterbitkan, ramai ibu bapa tidak berpuas hati dan mendakwa buku ini akan membuatkan kanak kanak berasa takut.

Namun, sebaliknya berlaku.

Saban hari, buku ini silih berganti tangan - dipinjam oleh kanak kanak dari perpustakaan. Mereka cukup menyukainya!

Apabila disiasat, rupa rupanya mereka cukup sukakan watak utamanya kerana wujudnya "connection" antara diri mereka dan watak.

Adanya sedikit persamaan yang dapat dikaitkan. Dan sehingga kini, buku ini sudah terjual lebih 30 juta naskah dan diangkat sebagai salah

Monday, June 3, 2013

Bagaimana 'ayah' menemui 'ibu' dalam penulisan rencana?



"Ayah, bagaimana ayah bertemu ibu buat kali pertama?"

How I Met You Mother adalah siri sitkom yang lama bersiaran dan mendapat rating tontonan yang tinggi.

Bermula pada tahun 2005 dan episod akhirnya pada tahun 2013. Setiap episod berlingkar mengenai kehidupan

Umpan kepada penonton adalah situasi di mana penonton tidak diberitahu siapakah isteri kepada Ted ketika beliau menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana dia menemui isterinya.

Kaedah penceritaan imbas semula digunakan dalam sitkom ini.

Setiap episod yang menghampiri jawapan siapakah isteri Ted berakhir dengan tanda tanya yang tidak terjawab.

Selama lapan tahun mereka membawa penonton sehingga episod akhir.

Nilai dan variasi, persoalan, misteri, keterujaan dan kejutan adalah elemen yang digunakan dalam How I Met Your Mother. Penulisan rencana juga menggunakan rencah ini.

(1) Nilai dan variasi dalam setiap rencana yang diketengahkan.
(2) Misteri kerana pembaca tidak mengetahuinya secara langsung.
(3) Keterujaan apabila maklumat baru muncul.
(4) Kejutan apabila ia berbeza berbanding apa yang difikirkan pembaca.
(5) Soalan yang muncul dalam fikiran pembaca setiap kali selepas membaca perenggan demi perenggan.

Ia membuang klise jauh daripada fikiran mereka.

.....

Nota: Pendaftaran minggu terakhir. Tinggal dua kekosongan sahaja. Pengalaman, pengetahuan dan bakat ditulis sebagai rencana akhbar dan majalah selepas menghadiri kursus ini. Sabtu, 15 Jun 2013 tarikh yang menukar hidup dan kerja kita. Bengkel penulisan akhbar dan majalah pada 15 Jun 2013, mohon klik di sini