Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, August 18, 2013

Berita. Doktor diberi surat 'amaran' jika tidak menulis



Alhamdulillah, alumni kursuspenulisan.com mendapat khabar baik selepas mengikuti kursus dan membuat kegilaan menghantar rencananya.

Kemudian, ini yang berlaku.


Allah jua memberi izin, mempermudahkan usaha beliau hadir dari Pahang ke Kuala Lumpur mengikuti kursus penulisan tempoh hari.

Ia ia adalah siren amaran yang dibunyikan. Gelombang ilmu sentuhan Dr Sahrol Azmi sedang membanjiri pemikiran ramai.

Kami mahukan saudara. Bermula dengan mengklik di sini.

Bijak pandai Melayu pandai ramai tertipu dengan otak sendiri?

"Saya tidak menulis membaca buku bahasa Melayu kerana buku bahasa Inggeris lebih memandaikan saya."

Oh, ada sesuatu yang tidak kena di sini.



Intelek Melayu yang tertipu dengan kepandaian sendiri.

Adakalanya menyedihkan apabila bijak pandai Melayu mendorong orang membaca buku ilmu dalam bahasa Inggeris dengan alasan buku dalam bahasa Melayu, minda tidak berkembang.

Izinkan saya respon;

(1) Ia bukan isu buku dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mengecilkan skop ilmu kita. Ia kembali kepada isi buku itu.

Jika buku lucah dalam bahasa Inggeris ditulis oleh seorang intelek pun tidak boleh dikatakan, "Ia buku bahasa Inggeris dan memandaikan kita."

(2) Kurangnya buku ilmu dalam bahasa Melayu adalah kritikan terhadap diri sendiri.

Apabila ditaja belajar di luar negara, pen di tangan masih tidak mampu menulis bahan ilmu dalam bahasa sendiri.

Kemudian disalahkan buku bahasa Melayu mengecilkan skop ilmu kita.

Hakikatnya kita sedang mengkhianati bangsa kerana tidak menulis semula.

(3) Lebih menyedihkan kritikan dibuat dalam bahasa singkatan dan bahasa rojak sedangkan ruang komen itu luas ruangnya.

Ia menunjukkan sikap intelek yang tidak menghormati bahasa sendiri dan mengharapkan orang lain menghormati pandanganya.

Kita berhadapan dengan krisis generasi intelek yang tertipu dengan ayat sendiri.

Benar, pandangan ini tidak pararel dan ada kemungkinan tersasar.

Bagaimana mengeluarkan diri daripada terperangkap dengan lubang intelektual ini? Klik di sini

Menulis buku motivasi untuk orang asia






Berita alumni. Apabila penulis Melayu menjadi penulis di Zimbabwe

Alhamdulillah, sebentar tadi bertemu alumni kursuspenulisan.com.



Beliau berpengalaman hidup di bumi Amerika dan menulis rencana media bagi keperluan negara-negara luar antaranya Zimbabwe sehinggakan menarik perhatian mereka mendapatkan idea daripada beliau.

Membincangkan pakej buku berbentuk projek untuk klien.

Ia melibatkan konsep buku, struktur buku dan bagaimana klien dapat menggunakan buku itu sebagai alat pemasaran organisasi selama tiga tahun.

Selain itu membincangkan bagaimana membangunkan penulis-penulis di luar Malaysia, mereka menulis dan terbitkan di sini. Insya Allah.

Bengkel penulisan buku motivasi pada bulan ini. Pra daftar bagi mendapatkan maklumat yuran, lokasi dan modul di sini.

Apa yang dilakukan penulis apabila hantaran perkahwinan tinggi?

"Beri sudut pandang baru dalam karya kita."

Misalnya, topik hantaran tinggi adalah topik yang evergreen. Tetapi pembaca tidak mahu membaca hal yang sama daripada penulis.

Maka, cetuskan perspektif baru.

Misalnya topik ini;

"Risiko sosial perkahwinan berkos tinggi."

Ini bagi situasi mereka yang "Tidak mampu, memaksa diri agar penuhi mahu."



Sejak tahun 2005 saya menulis beberapa judul buku ini

(1) Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006)
(2) 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki (2006)
(3) Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah (2009)
(4) Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah (2009)
(5) Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga (2010)
(6) Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa (2010)

Buku-buku mudah diperolehi di sini.

Beberapa catatan dalam ingatan sepanjang menemubual beberapa orang responden.

Perspektif baru adalah berkaitan, risiko sosial.

Apakah itu risiko sosial?

Ia dihadapi pengantin perempuan selepas bergembira 24 jam di majlis perkahwinan. Antaranya;

(1) Respon daripada seorang pakar kewangan mengenai isu membuat pinjaman peribadi bagi menanggung kos perkahwinan adalah, "Bercerai sebelum berkahwin bagi mengelakkan pergaduhan selepas berkata, aku terima nikahnya."

(2) Respon seorang pengamal forex, "Apabila saya diminta menanggung belanja besar ketika berkahwin, saya katakan kepada isteri saya agar berhenti kerja, beliau duduk di rumah dan mengurus rumahtangga. Saya sudah berbelanja mahal bukan untuk kemudahan orang lain."

(3) Respon seorang ibu, "Saya dan anak perempuan menanggung majlis perkahwinan di rumah kami. Saya rasa malu menyuruh keluarga lelaki menanggung kemeriahan rumah kami."

Lain-lain risiko sosial yang lain;

"Ya, saya akan menanggung belanja besar dengan berhutang dan beliau memberi lesen kepada saya memarahi beliau jika (isteri) berbuat silap.

"Segala percutian luar negara saya rancang untuk menggembirakan isteri saya batalkan. Semua difokus kepada bayaran hutang bulanan ke bank.

"Adik ipar saya membayar hantaranya lebih tinggi berbanding saya. Adakah maksudnya nilai isterinya beliau lebih mahal berbanding pasangan saya? Jika demikian, buat apa saya saya bantu beliau jika susah?"

Rantaian risiko sosial dijemput dengan mudah bagi membeli kegembiraan jangka pendek.

Berikan perspektif baru dalam topik lama.

Bagaimana caranya, bermula dengan mengklik di sini.

Penulis buku cinta sebenarnya alami tekanan mental?



"Menulis dengan ilmu, bukan dengan nafsu."

Penulis 'cinta' sebenarnya mengalami tekanan psikologi?

Penulis sama ada novelis cinta dan buku perhubungan juga mempunyai tekanan tersendiri apabila menulis kedua-dua kategori ini dalam situasi masih bujang.

Semakin lama tekanan sosial semakin berat.

Apabila saya diinkubator agar menulis buku komunikasi perhubungan oleh Puan Ainon Mohd, arahan beliau adalah,

(1) Mudahkan orang membaca kajian ilmiah oleh pakar.
(2) Temubual dan temubual dan temubual.
(3) Kredibiliti saudara adalah ilmu yang betul.

Selepas mendirikan rumahtangga, buku-buku yang ditulis menjadi buku panduan kepada penulis sendiri.

Penulis (seperti saya) juga ada kebodohan yang perlu diperbetulkan. Maka buku kita adalah cermin muhasabah diri.

Fikir-fikir, jika saya mahu menulis novel cinta, Kajian Dr Helen Fisher juga saya perlu hadamkan semula.

Foto: Kredit PTS. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Temubual mengenai kisah seorang isteri melanjutkan usia perkahwinan melebihi 30 tahun juga terangkum di sini.

Bagaimana mahu menjadi penulis buku perhubungan dan kekeluargaan? Bermula dengan mengklik di sini.

Penulis dibunuh oleh editor sebelum bertemu?

Kecantikan sosial menjadikan penerbit suka membantu penulis."

Ini adalah situasi yang dialami oleh tim kursuspenulisan.com



Kami di kursuspenulisan.com sangat memilih peserta yang akan menyertai kursus kami. Mengapa begitu?

Ia sebagai usaha memudahkan penerbit apabila berurusan dengan mereka.

Asas kejayaan mereka adalah penampilan sosial yang memberi rasa suka kepada pembaca dan penerbit.

Ini akan memudahkan kerjasama dan peningkatan kemahiran penulisan. Melihat satu persatu emel, memudahkan kami membuat proses tapisan.

Ini adalah kaedah yang kami tiru daripada kumpulan editor di sebuah penerbitan yang mengasingkan kumpulan penulis kelas A, B dan C.

Baru sebentar tadi menerima emel daripada bakal peserta berusia 45 tahun dengan menggunakan jenis huruf, saiz dan mesej seperti ini.

Dalam situasi ini kami menyarankan bakal penulis menghadiri kursus.

Bagaimana menjadi penulis yang direbut oleh penerbit-penerbit? Bermula dengan mengklik di sini.

Mengapa penerbit tidak mempromosi penulis?



"Bergembira apabila tidak dikenali, berduka apabila buku tidak dibeli."

Bagi penulis baru, mahu dikenali sebagai penulis adalah satu impian. Apabila tidak dikenali dan ada penulis lain lebih menonjol, yakin diri penulis baru mudah jatuh.

Kerana itu tidak mengejutkan apabila ada situasi penulis merajuk, membawa diri dan tidak mahu terlibat dalam aktiviti penerbit. Ada juga yang mempersoalkan, "Kenapa tidak ada promosi untuk buku saya?"

Bagaimana mengendalikan situasi ini?

Fokuskan agar lebih ramai mengenali buku berbanding orangnya.

Dalam beberapa keadaan, penerbit menonjolkan buku lebih ke hadapan berbanding penulisnya. Ia mempunyai sebab yang jelas;

(1) Pakej penampilan penulis dan buku ditulis sangat bertentangan dan memberi kesan jualan buku.

(2) Penulis belum cukup bersedia berada di khalayak dari aspek interaksi, penampilan fizikal, gaya bercakap.

(3) Penerbit mahu memberi kesan teruja ke atas buku dan menjadikan penulisnya misteri.

(4) Jumlah buku yang ditulis oleh penulis baru masih belum cukup untuk dibawa ke hadapan bersama-sama penulisnya.

Ketika mana masih tidak dikenali;

(1) Tulis sebanyak buku yang berkualiti agar nama penulis melekat dalam fikiran pembaca.

(2) Pergi belajar ilmu pemasaran online dan offline serta penjenamaan cara gerila di kursus-kursus yang dianjurkan.

(3) Gunakan waktu tidak dikenali bagi mendapatkan akses individu dan rujukan tanpa rasa diperhatikan.

Kuliah penerbitan ini ditulis dalam perjalanan ETS ke Kuala Lumpur.

Bagaimana mahu menjadi penulis yang bermotivasi tinggi dan karyanya mempunyai kuasa dorongan?

Bermula dengan mengklik di sini

Saturday, August 10, 2013

Semakin ditanya, semakin 'gemuk'

Bagaimana mahu membangunkan buku melalui soalan?

Apabila memilih tema, fokuskan soalan yang sama kepada individu berbeza.

Jadikan setiap jawapan sebagai isi kandungan bab. Jawapan yang berulang disatukan dalam satu bab.

Kaedah ini digunakan dalam proses penulisan buku terbitan PTS terdahulu yang berjudul 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

Praktikal lebih lanjut akan ditunjukkan pada September ini di bengkel penulisan buku motivasi. Klik dan pra daftar di sini.

Tuesday, August 6, 2013

Terang dan gelap. Bagaimana membaca masa hadapan buku kita?

Soalan yang saya terima.

Slm, boleh kongsi some basic techniques to write, sy ada salin some notes from your fb page, Alhamdulillah...tp my work is random, sy tulis berkaitan apa yg sy fikir hari itu, mcm mana nak ada satu arah yg tetap, i mean my signature-tq

Respons

"Cara menulis di Facebook memberitahu masa hadapan buku kita."

Berdasarkan pemerhatian kami, majoriti yang mahu menjadi penulis berhadapan situasi sukar menulis.

Mereka mempunyai tingkah laku yang sama, iaitu;

"Penulis tidak mengambil berat cara menulis di ruangan komen Facebook"

Berkenaan asas penulisan,

Penulis wajib menulis menggunakan ejaan bahasa Melayu yang lengkap walaupun di media sosial.

Apabila tidak dibuat demikian, mereka mengalami dua kesukaran

(1) Menghadapi kesukaran kerana faktor bahasa.
(2) Menghadapi kesukaran kerana perlu memikirkan idea pada masa sama.

[Nota] 

Para editor juga menyaring penulis dengan hanya melihat tingkah laku penulis di Facebook apabila menulis. Kerana itu ada sesetengah kumpulan mahu menjadi penulis sukar mendapat respon positif.

Bengkel penulisan buku motivasi, memberi maklumat dalam industri. Pra daftar di sini

Sunday, August 4, 2013

Apabila Melayu luar negara menulis untuk Melayu dalam negara

Setakat pengetahuan saya (yang terhad), para pelajar yang melanjutkan pengajian di negara-negara Arab menulis secara aktif baik dalam bentuk buku dan makalah.

Di Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sendiri, deretan buku tulisan para pelajar dan PMRAM sendiri merupakan aktiviti ilmu yang dilakukan tanpa henti. Sebagaimana terpapar dalam foto ini.



Mereka menulis dan menerbitkan sendiri sebagai usaha pendidikan para pelajar Melayu di sana. Pada masa sama ia menjadi dana menggerakkan aktiviti. Selain itu kerjasama dengan penerbit dilakukan.

Dalam hal ini, saya mengucapkan tahniah apabila langkah Must Read Sdn Bhd membawa tim editorial ke sana dalam proses memudah cara gaya penyampaian penulisan mereka agar ia mudah dihadam oleh para pembaca umum.

Kami di kursuspenulisan.com menyertai delegasi ini dua tahun berturut-turut dalam sesi pembangunan penulis dan mendapati, inilah sumber ilmu yang dapat diproses berkali-kali untuk bacaan kecil sehinggalah lanjut usia.

Apabila setiap seorang mahasiswa dan mahasiswi di dalam dan di luar negara mengambil masa

(1) Menulis bahan ilmu dalam bentuk buku untuk penerbitan
(2) Menjadikan bahan ilmunya mudah dihadam oleh pembaca umum
(3) Konsisten dan produktif dalam menghasilkan karya

Yakin dan percaya, apabila mereka menjejakkan kaki di negara Malaysia, ia menjadi negara yang jauh lebih baik intelek dan kuasa membuat keputusan.

Bagi di Malaysia, kita bermula dengan mengklik di sini.

Thursday, August 1, 2013

Editor makan hati, penulis makan royalti.

Editor diam mahu menjaga hati penulis?

Tip kursuspenulisan.com

Editor adalah individu yang sangat menjaga hubungan dengan penulis. Ada beberapa situasi dihadapi oleh editor;

(1) Berhadapan penulis yang tidak berbakat tetapi passionate mahu menulis.
(2) Berhadapan penulis yang tidak berbakat dan mahu mengikut caranya.
(3) Berhadapan penulis yang berbakat, passionate mahu menulis.
(4) Berhadapan penulis yang berbakat dan mahu penerbit mengikut caranya.
(5) Berhadapan penulis yang berpotensi tetapi penulisan masih ada situasi.

Satu karakter yang jelas mengenai editor adalah mereka sukar memberitahu situasi sebenar kepada penulis kategori (5) apabila menguruskan manuskripnya.

Mengapa begitu?

Faktor menjaga hubungan dan bimbang penulis kategori (5) salah sangka dengan bimbingan yang diberikan.

Maka editor bersusah payah menguruskan manuskrip demi manuskrip dan penulis menyangka gaya penulisan beliau sudah cukup memudahkan kerja penerbit.

Bagaimana kita tahu manuskrip kita memberi masalah kepada penerbit?

(1) Apabila manuskrip asal dan yang diterbitkan amat berlainan persembahan sama sekali dari aspek teks.

(2) Apabila manuskrip itu ditangani oleh editor sehingga ia melayakkan editor mendapat royalti kerana proses menambah baik yang sangat serius.

(3) Apabila editor menghubungi berkali-kali bertanyakan apakah maksud teks dalam manuskrip penulis.

(4) Apabila dalam pertemuan, kita dapat melihat editor akan berbincang dengan penulis bersama editor-editor lain yang rapat denganya.

Apakah perlu penulis lakukan?

Penulis, terus bertanya (tanpa menunggu editor) beberapa soalan kepada editor setiap kali buku terbit.

(1) "Apakah situasi yang paling sukar Tuan hadapi apabila menguruskan manuskrip saya?"

(2) "Adakah sebarang unsur plagiat saya terlepas pandang dalam menguruskan manuskrip?"

(3) "Apakah perkara yang dapat saya tambah baik dalam kerja penulisan saya?"

Situasi ini jarang berlaku kepada literary agent, kerana kumpulan literary agent hanya akan berkata, "Jika Tuan mahu ia mudah terbit ikutlah cara ini. Jika tidak, saya cadangkan cari literary agent lain."

Mereka bekerja dengan hati kering.

Dalam kursus penulisan motivasi pada September ini, seni bekerja dengan editor akan disampaikan lebih lanjut agar setiap perkataan kita menjadi rebutan para editor untuk menguruskannya. Berikan masa untuk menghadiri bengkel dengan mendaftar di sini