Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Saturday, September 22, 2012

Jadilah si gila barulah buku akan muncul


Pada hari ini saya mula berguru dengan seorang doktor yang kreatif sifatnya. Kreativitinya disambut dengan ketawa dan ayat seperti, "Orang tidak pernah lakukan," dan "Pelik idea ini."



Jika di kursuspenulisan.com kami memenuhi dua perkara ini bagi mencipta peluang kepada para penulis agar buku mereka diterbitkan melalui usaha literary agent. Kami menjual idea yang digilap semula agar nilai pendapatan penulis bertambah. Dengan izin Allah ia berlaku.

Idea itu ditunjangi dengan pelan pemasaran. Lebih mahal sifatnya.
Doktor ini bercerita mengenai adik perempuanya yang juga 'menjual idea'.

Bagaimana adiknya menjual idea?

Peristiwa ini berlaku empat tahun yang lalu. Adik perempuanya melihat foto-foto milik seorang jurufoto yang merakamkan situasi di Papua New Guinie. Foto yang menarik perhatian adiknya adalah kumpulan pelajar perempuan yang tidak memakai bra ke sekolah.

Kemudian adiknya menjual idea, "Jika kamu memberi dua bra 'percuma' kepada mereka, mereka akan 'membeli' bra seumur hidup."

Idea mendidik para pelajar memakai bra dijual kepada Triumph International. Nilai idea itu, $50,000 (RM150,000)

Itu kisah adiknya, kisah abangnya seorang doktor ini 'gila-gila' juga.


Kami percaya kepada kegilaan itu dan dalam dunia penulisan kami percaya kepada idea-idea para peserta bengkel.


  • 20 Oktober 2012 Coaching dari blog menjadi buku
  • 21 Oktober 2012 Coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak
  • Pra pendaftaran di sini


Pengurus penulis pecahkan kotak emas dunia buku


Pengurus kepada penulis bertindak mengurus potensi bakat. Pengurus menukarkan idea menjadi kejayaan kepada karya penulis. Pengurus memberi kesan besar kepada kejayaan penulis dalam beberapa keadaan.

(1) Memudah cara urusan jadual professional kepada penulis agar berada di setiap lokasi dan fokus kepada presentasi, manakala di sebalik tabir pengurus mengambil tempat.

(2) Memberi sokongan emosi kepada penulis dalam situasi positif dan teruji.

(3) Menilai potensi idea yang dilontarkan oleh penulis sama ada mempunyai potensi menjadi produk.

(4) Menapis rakan kerjasama penulis agar hak penulis terpelihara dan hubungan kerjasama memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

(5) Membuka peluang-peluang dan idea baru kepada penulis bagi memanjangkan hayat profession.

(6) Menyediakan pelan surivival kepada penulis sekiranya berlaku situasi luar jangka.

Para penulis yang sudah berumahtangga cenderung memilih pasangan menjadi pengurus mereka.


Chef Hanieliza Kamarudin bersama suami sebagai pengurus.


Dan Brown dan isterinya sebagai pengurus.


Antara penulis yang mempunyai pengurus adalah seperti penulis buku resipi bestseller, Chef Hanieliza Kamaruddin, novelis remaja popular, Puan Ain Maisarah, pelukis bertaraf antarabangsa, Tuan Yusof Gajah dan novelis antarabangsa, Dan Brown yang popular dengan karya Da Vinci Code.

Siapakah lagi dapat kita senaraikan di sini?


Sumber foto

[1] Facebook Puan Hanieliza Kamarudin
[2] Media Bistro


.....








Tan Sri Khalid Ibrahim, Fearless dunia buku tempatan


Fearless: From Kampung Boy to CEO.Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim

Rancang sasaran kelompok pembaca buku kita melepasi sempadan kategori rak.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim adalah tokoh korporat besar dan tokoh politik besar, tetapi dalam menghasilkan buku pertama beliau dengan memilih langkah kecil.

Langkah kecil itu menghasilkan buku berjudul Fearless: From Kampung Boy to CEO. Buku ini memenuhi kategori umum.



[Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.

“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.

“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut."] Petikan Selangorku.com



Kami di kursuspenulisan.com melihat pemilihan judul ini melangkau rak autobiografi ke rak motivasi secara serentak.

Apabila dilihat pada laman page Facebook rasminya, buku ini dikategorikan oleh penerbitnya sebagai buku Leadership Motivational. MPH meletakkan buku ini di bawah sub kategori, personalities.

Nota: Buku autobiografi di Malaysia melalui jualan yang perlahan. Ini dilihat strategi pemasaran silang yang tepat.

.....



Wednesday, September 19, 2012

Seni menulis buku dari status FB, Google Plus dan Twitter


Perkataan yang ditulis adalah pelaburan. Bagaimana menggunakan media sosial sebagai medium penulisan buku?

(1) Kenal pasti adakah status yang ditulis memberi ROI (return on investment) yang positif atau tidak.

Contoh status. 

[Bengang] Bos pandai-pandai ubah keputusan, bengang betul! Kalau dah pandai buat sendiri.


(2) Jika tidak memberi ROI yang positif, tulis status yang memberi panduan dan meningkatkan kemahiran bahasa kita.

Contoh status

[Tip] Berhadapan bos yang kerap mengubah keputusan saat akhir. Fikirkan tiga kemungkinan keputusan baru yang akan diberi beliau sebelum bertemu. Berikan pro dan kontra bagi setiap keputusan baru yang diberi.

Tuan Ajami Hashim menghasilkan buku Cerpen Twitter daripada himpunan twitternya. Bagaimana dengan himpunan status Facebook, Google dan Twitter kita? Apakah ROInya? Sudahkah kita mendapat royalti daripadanya?




.....




Monday, September 17, 2012

Rahsia buku cerita bergambar kanak-kanak didedahkan


Berita | Kursuspenulisan.com komited bagi membangunkan para penulis buku cerita bergambar kanak-kanak.

Kami bekerjasama dengan rakan-rakan penerbit melalui latihan yang diberikan kepada penulis dan tim editorial. Selain itu memberi cadangan kerjasama ilustrator dan penulis dari aspek visual literacy.

Kedai buku pula menjadi tumpuan dari aspek latihan 'telling the story" berbanding "reading the story". dalam aktiviti kedai buku untuk kakitangan dan rakan-rakan industri.

Di samping itu minat guru-guru taska membangunkan buku cerita kanak-kanak mereka sendiri menjadikan coaching ini sebagai latihan para guru. Ia bertujuan memberi bekalan buku yang dimahukan mereka.

Hari ini adalah hari yang padat, coaching penulisan buku cerita kanak-kanak diadakan dan beberapa perkara ditekankan.

(1) Membezakan toy books, concept books, story picture book dan wordless picture book. Ini bagi memberi maklumat yang betul kepada editor dan editor dapat memgkategorikan secara tepat.
(2) Mengasingkan trade books dan school readers.
(3) Mengenal pasti theme book.
(4) Membangunkan lengkung cerita dan template cerita.
(5) Mencipta idea-idea baru bagi mengurus situasi writer's block dan membawa idea kepada penerbit.




Coaching seterusnya pada bulan Oktober. Klik di sini . Insya Allah. Terima kasih kepada para peserta dari Kedah, Terengganu dan Kuala Lumpur yang hadir serta memberi impak energi penulisan sesama peserta.


Friday, September 7, 2012

Apabila penjual cuka epal 100 tahun terbitkan buku


Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini.



Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama.

Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan.



Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85.

Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80

Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran.

Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi tempatan mula mengambil langkah ini sedikit demi sedikit. Gelagat jualan ini dapat dilihat di kedai-kedai lain termasuklah kedai DIY (Do It Yourself) yang menjual buku hobi.

Siapa yang dijangka akan ke arah model penerbitan begini secara besar-besaran. Saya berikan satu nama, Nestle.




Percubaan ini dilakukan oleh Nestle dengan penerbitan buku resipi berwarna kepada para pembelinya melalui kiriman buku resipi ke peti pos. Kaedah ini mengikat para pembaca produk di kampung.

Ibu saya juga masih menerima sehingga hari ini.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 


Sunday, September 2, 2012

Pakejkan buku saranan literary agent Malaysia


Kami baru sahaja selesai 90 peratus proposal penulis seterusnya yang bernaung di bawah khidmat literary agent kursuspenulisan.com.




Buku parenting yang memenuhi aspek pasaran buku dan mempunyai teknik how to yang tinggi untuk diaplikasi oleh ibu bapa.

Dapatan mendapati ada teknik mendorong bayi membaca.

Gol kami adalah membangunkan siri yang dapat dipakejkan.

Ini adalah buku kedua, selepas cadangan buku pertama oleh penulis yang memfokuskan teknik mengawal tingkah laku anak melalui nama.

Mahukan tuan dan cik puan?


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Literary Agent, rakan penerbit di Malaysia


Aktiviti kami ketika ini. Penulis-penulis yang bernaung di bawah khidmat literary agent kursuspenulisan.com bekerja dalam dua keadaan.

Pertama

(1) Pemurnian proposal. Penulis di bawah perkhidmatan kami akan memberi proposal mereka dan kami akan membuat kajian pasaran dan komponen yang dapat membantu penulis dan penerbit melalui buku yang diterbitkan.

Kami melihat lebih daripada aktiviti menulis buku semata-mata. Selepas persetujuan, barulah kedua-duanya menjalankan tugas masing-masing

Atau

(2) Kami mempunyai proposal yang memerlukan penulis. Beliau akan memasukkan bahan-bahan yang diperlukan pembaca dalam template proposal itu.

Kami melihat lebih daripada aktiviti menulis buku semata-mata. Selepas persetujuan, barulah kedua-duanya menjalankan tugas masing-masing

Emel kreatifkursus@gmail.com

Ketika ini seorang penulis sedang berusaha menyiapkan buku sulungnya dalam pakej yang baru bagi membezakan buku ini dalam pasaran.

Mohon doa Tuan dan Cik Puan agar penulis ini dapat memenuhi angan-angan perjuangan beliau menulis buku panduan ibu bapa.

"Ya Allah, kepadamu kami bermohon. Permudahkan, limpahkan idea dan bukakan jalan agar manuskrip beliau dapat disiapkan dan penerbit dapat menerbit serta mengedarkan kepada para pembaca. Amin."


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini