Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Thursday, December 26, 2013

Apa yang berlaku kepada penulis tempatan pada tahun 2013?

Apakah yang berlaku kepada penulis-penulis Malaysia?

Para bakal penulis yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi

Mari kita bermula dengan membuat senarai ini.

Apakah tiga perkara yang telah kita lakukan bagi mendekati impian kita?

Pertama, “Saya sudah …”
Kedua, “Saya bertindak …”
Ketiga, “Saya lakukan …”

Tahniah kerana berjuang mendekati impian menjadi penulis pada tahun 2013.

Tahun 2014 adalah tahun mencambah hasil.

Perkembangan peserta di kursuspenulisan.com pada tahun 2013

[1] Kumpulan penulis menulis buku cerita bergambar kanak-kanak terhasil. 




Ebook para alumni kursuspenulisan.com diterbitkan oleh Perbadanan Kota Buku.

Sejumlah 12 buah judul baru dibawa ke Shanghai, China sempena Pesta Buku Antarabangsa Kanak-Kanak.



[2] Penulis baru muncul di akhbar dan majalah tempatan. 

Antaranya Nurdilla Zaini yang mula mengisi ruangan di Utusan Malaysia.



[3] Penulis-penulis baru diterima bagi penerbitan di Karangkraf dan Galeri Ilmu. 




Antaranya Puan Hasmah Hitam melalui bukunya Teristimewa Untukmu.

Berkenaan buku

'Teristimewa Untukmu' menelusuri suka duka seorang Guru Pendidikan Khas dalam merealisasikan pendidikan untuk anak-anak istimewa. Bukan sedikit cabaran ditempuhi, namun sebuah kesabaran akhirnya menjadi hadiah kehidupan yang paling indah.



[4] Penulis di bawah program literary agent diterima penerbit.

Kumpulan penulis di bawah literary agent kursuspenulisan.com dalam proses menulis dan menyiapkan buku mereka.

Antaranya buku Mengurus Tingkah Laku Anak Melalui Pemberian nama oleh Ahmad Saifuddin Yusuf.

[5] HOTs dorong kanak-kanak berfikir lebih jauh




Kumpulan ibu-bapa dan pendidik memberi maklum balas mengenai kesan menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak selepas bengkel HOTs (High Order Thinking skills)

Program ini mendapat respon di luar Kuala Lumpur. Ia diadakan di Perak.

Dengan izin Allah ia berlaku. HOTs, iaitu High Order Thinking skill atau berfikir aras tinggi dapat dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menginjak masuk ke sekolah.

Apakah kebaikan HOTs kepada anak kita?

Ia memudahkan ibu-bapa mendorong anak-anak dalam persediaan berfikir aras tinggi di sekolah. Maka ia mengurangkan tiga beban ketika mereka di sekolah.

Iaitu;

  • Beban berfikir di luar buku teks. 
  • Beban berfikir berdasarkan teks. 
  • Beban berfikir menggunakan bahasa yang betul.

Klik komentar mereka di sini


[6] Kumpulan penulis novel mula aktif menulis di ruangan Ilham milik Karangkraf.


Allah jua yang memudahkan.

Membangunkan penulis novel bukan sahaja mengalihkan skil menulis.

Membangunkan penulis novel memerlukan empat komponen.

Kemahiran 4M Menulis-Menguar-uarkan-Menyokong-Memahami

Penulis novel menguasai 4M ini bagi memberitahu khalayak, "Saya wujud, saya menulis dan saya mahu ia dibaca."

30 orang peserta bengkel penulisan novel telah dibimbing beberapa perkara ini.

(1) Bagaimana membangunkan watak menggunakan peta watak. Menggunakan model drama Korea sebagai dilihat oleh trainer ketika berada di sana.

(2) Membangunkan lengkung cerita menggunakan model 'digigit ular' bagi mengelakkan situasi hilang punca yang dilalui oleh penulis baru.

(3) Diperkenalkan kaedah domino dan silang rangkai bagi membina booster nama penulis baru dikenali tiba-tiba. 30 orang penulis novel ini telah diperkenalkan tapak penerbitanya.

Mereka akan berusaha sebelum Konvensyen Penulis pada tahun 2014.


[7] Ebook panduan menulis novel diberikan kepada para alumni terawal

Sejumlah 20 orang alumni penulisan novel menerima ebook Teknik Menulis Novel tulisan trainer, Cik Puan Azzah Abdul Rahman.

[8] Kursuspenulisan.com menghadiri Melbourne Writer’s Festival di Australia. 




Kami membuat kajian pakej buku bagi sebaran dalam dan tertutup untuk peserta kursus. Ini penting bagi memberi kesan kesegaran kepada para alumni.

Pada masa sama membezakan antara penulis yang mempunyai gaya persembahan buku amatur berbanding persembahan premium dan profesional.

Itu adalah cerita mereka pada tahun 2013.

Cerita mereka, dahulu pembaca, hari ini  penulis.

Soalan

Apakah yang akan berlaku pada saudara bermula tahun 2014?

Kami menjemput saudara menjadi nama-nama baru yang akan muncul.

Letakkan matlamat, “Saya (nama saudara) akan berada di ...

akhbar …
majalah  …
penerbitan buku …”

Pertama

Hadir ke salah satu bengkel pilihan

[1] Bengkel Penulisan Novel Cinta pada awal Februari 2014
[2] Bengkel Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah pada awal Februari 2014
[3] Bengkel Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak pada Mac 2014
[4] Bengkel Penulisan Ebook pada Mac 2014
[5] Bengkel Penulisan Buku Umum pada April 2014
[6] Bengkel Tulis dan Terbit Sendiri (akan dimaklumkan)

Kedua

Para alumni kursuspenulisan.com terdahulu dan akan datang akan mendapat akses maklumat kehendak penerbit majalah, akhbar dan buku yang disediakan secara sulit dan tertutup untuk alumni.

Ketiga

Kursuspenulisan.com akan menyertai Sydney Writer’s Festival.

Insya Allah, maklumat dalaman akan diberikan kepada peserta yang menghadiri kursus.

Nantikan emel seterusnya berkenaan kursus-kursus bersifat praktikal kepada peserta.

Kami alihkan skil penulis premium dan profesional kepada saudara.

Tahun 2014 adalah tahun berbeza kepada saudara.

Mari kita lakukan agar pada satu hari nanti, anak-anak kita akan berkata, “Ini adalah karya ayah saya.” atau “Ini adalah karya ibu saya.”

Mungkin juga, “Ini adalah karya pasangan saya. Saya gembira melihat impian menjadi perkataan yang tercetak.”

Mereka yang sudah mendaftar akan menerima emel dan SMS daripada kami. Sekiranya belum, bermula dengan mengklik di sini.


Monday, December 16, 2013

Rusuhan di bengkel penulisan novel, manusia normal tercedera

Sekitar bengkel penulisan novel.

Allah jua yang memudahkan.

Membangunkan penulis novel bukan sahaja mengalihkan skil menulis.

Membangunkan penulis novel memerlukan empat komponen. Kemahiran 4M

Menulis-Menguar-uarkan-Menyokong-Memahami

Penulis novel menguasai 4M ini bagi memberitahu khalayak, "Saya wujud, saya menulis dan saya mahu ia dibaca."

Rusuhan idea baru di bengkel penulisan novel, manusia normal tercedera dan diberikan gaya fikir baru.





30 orang peserta bengkel penulisan novel telah dibimbing beberapa perkara ini.

(1) Bagaimana membangunkan watak menggunakan peta watak. Menggunakan model drama Korea sebagai dilihat oleh trainer ketika berada di sana.

(2) Membangunkan lengkung cerita menggunakan model 'digigit ular' bagi mengelakkan situasi hilang punca yang dilalui oleh penulis baru.

(3) Diperkenalkan kaedah domino dan silang rangkai bagi membina booster nama penulis baru dikenali tiba-tiba.

30 orang penulis novel ini telah diperkenalkan tapak penerbitanya. Mereka akan berusaha sebelum Konvensyen Penulis pada tahun 2014.

Mahu menjadi novelis yang menguasai skil menulis dan membina khalayak pembaca? Bermula klik di sini