Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, October 28, 2012

Ilham Karangkraf terbit beribu-ribu perkataan pada skrin




Inovasi dalam penulisan berkembang dengan wujudnya Ilham. Portal 'tulis dan siar' selepas penulisan2u.com yang mencipta trend penerbitan novel melalui online. Kali ini Karangkraf mengambil sebahagian lagi daripada kek penerbitan secara online.

Menurut Puan Sri Diah Shaharuddin, "Ilham Grup Buku adalah platform percuma. Sebagai penerbit kami akan mengambil pandang semua aktiviti di situ dan akan membuat pilihan terbaik e-novel mana yang patut diterbitkan."

Nota: Sehingga Oktober 2012, pihak Karangkraf memaklumkan kepada kursuspenulisan.com, platform dalam peringkat percubaan.

Kata Puan Sri Diah lagi kepada kursuspenulisan.com, "Dengan entiti yang ada - Karya Bestari Sdn Bhd (buku-buku Motovasi Islamik) , Buku Prima Sdn Bhd (Novel, Buku Kanak-kanak dan Remaja) dan Alaf 21 Sdn Bhd (Novel, Buku Umum, Kraf dan Resipi), lebih banyak buku dapat diterbtkan."

Dalam tinjauan kami di POPULAR sekitar empat bulan lalu, kami diberi maklumat, pembaca akan mengikuti sekurang-kurangnya enam entri novel secara online sebelum membuat keputusan pembelian. Mereka akan membeli naskhah cetak apabila berpuas hati.

Situasi di POPULAR ini dikenali sebagai pembelian gaya hujung minggu, lima hari bekerja adalah hari membuat penilaian, hujung minggu hari pembelian.

Tim kursuspenulisan.com mendorong lebih ramai peserta berkarya dan memenuhi angan-angan mereka melalui seminar penulisan novel. Diketengahkan langkah-langkah penting menulis novel yang berpotensi disiarkan. Klik di sini

Model platform ini mengurangkan kos masa kepada penerbitan, penilaian cerita yang sedap dibaca dan disukai pembaca ditentukan oleh pembaca sendiri sebelum diterbitkan.

Wednesday, October 24, 2012

Bullet yang digunakan, 'melubangkan' karya kita



Terdapat dua jenis bullet yang digunakan oleh penulis dalam karya mereka
  • Symbol bullet seperti bulat, petak dan simbol-simbol lain.
  • Numerial, alphabet bullet. seperti a,b,c, i,ii,iii atau 1,2,3


Symbol bullet digunakan bagi menerangkan maklumat tanpa kronologi.

Misalnya lapan mitos dalam penampilan, maka symbol bullet digunakan tanpa aturan mana yang pertama atau kedua.

Numerical atau alphabet bullet digunakan bagi menerangkan maklumat proses dan kronologi seperti (1) diikuti (2) sehingga akhir.

Misalnya teknik memakai sampin. Pertama perlu buat apa, kemudian langkah kedua dibuat apa.

Mahu tahu langkah menjadi penulis bestseller? Klik di sini

Monday, October 22, 2012

Buku tua mencari-cari formula orang muda




Hijaz Records Publishing menerbitkan buku berjudul Kitab Muhimmah oleh Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani.

Kitab lama ini menjadi menjadi kitab rujukan yang digunakan oleh para ustaz dan guru agama dalam ceramah dan pengajian. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu lama. Oleh itu, ia sukar difahami dan dibaca oleh pembaca.

Teknik menulis semula kitab lama ke dalam bahasa Melayu moden adalah idea memberi kesegaran kepada penerbitan kitab-kitab pengajian lama.

Cara ini digunakan oleh Ustaz Wanji B. Wan Hussin dengan menulis, kemudian menyemak semula dan diterbitkan dengan pakej baru.

Susunan buku ini mengekalkan teks lama dan disusuli bersama teks baru.

Selangkah menjadi penulis, klik di sini

Sunday, October 21, 2012

Orang tua dan buku kanak-kanak, kombinasi ganjil?


Ini adalah catatan coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak sesi Oktober. Sesi akan datang, klik di sini.




Sesi memperkenalkan buku kanak-kanak yang paling ditakuti ibu bapa dan guru. Tetapi kanak-kanak sangat suka. Perpustakaan kekurangan buku ini untuk kemudahan pinjaman. Elemen buku ini dikongsi dalam sesi coaching.

Klimaks dalam cerita bergambar kanak-kanak tidak fokus kepada situasi paling krisis, paling teruk, paling baik. Tetapi klimaks merujuk kepada turning point atau titik perubahan dalam cerita itu.




Melukis idea baru buku cerita bergambar kanak-kanak ketika mengikuti coaching penulisan buku kanak-kanak sambil menghadam elemen-elemen daripada pemenang anugerah yang dapat ditiru semula.

Buku cerita bergambar kanak-kanak meliputi

(1) Buku bergambar
(2) Novel grafik
(3) 'transition chapters book'
(4) 'easy readers'

Hari ini kami memfokuskan kepada bahagian (1)



Kredit foto Puan Rihan Hashim


Catatan peserta di Facebook, Puan Rihan Hashim, "Bengkel ini mencelik mata tentang empat jenis buku kanak-kanak - toy books, concept books, story picture books, dan wordless story books. Selepas hadir kursus ini, orang tua pun berasa seronok mahu mengumpul buku - buku bergambar kanak-kanak. Kami diperkenalkan kepada buku-buku award-winner kelas dunia. Sekarang faham serba sedikit 'nilai'nya."

Catatan peserta di Facebook, Cik Puan Rawaida Kamarudin, "Ilmu paling utama hari ini, ilustrasi dapat berdiri sendiri walaupun tanpa teks. Kedua, kekuatan cerita dipersembahkan melalui teks dan ilustrasi"

Sesi akan datang, klik di sini.

Kerana tulisan, orang tua pun jadi kanak-kanak


Alhamdulillah, coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak hari ini mengejutkan kerana penyertaan rakan-rakan penulis dari Must Read Sdn Bhd, Blink Books, Galeri Ilmu dan PTS.

Sekitar coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak


Wakil Persatuan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), pembangun aplikasi, jurutera dan guru menjadikan coaching hari ini meriah dari segi diskusi dan maklumat baru.

Pasaran baru

Idea membangunkan buku cerita bergambar kanak-kanak oleh tadika-tadika juga diketengahkan.

Kita melihat dengan kerjasama penerbit dengan 200 ahli PERTIM yang mengusaha tadika akan memberi impak yang baik.

Pertama, bekalan buku cerita bergambar kanak-kanak syariah compliant, Bahasa Melayu Tinggi dan memandaikan bangsa,

Kedua, penerbit menerbit berdasarkan keperluan tadika dan sebagai solusi tidak terkesan dengan situasi kedai buku.

Ebook buku cerita bergambar




Kami mendapat maklumat dan melihat karya seorang guru tadika di bawah PERTIM telah menerbitkan buku cerita bergambar kanak-kanak dan dijual di KOBO.

Beliau adalah Puan Salleha Seth dengan ebooknya The Power of Water Skin melalui Caliphate Book

Menariknya beliau melukis dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab sahaja!

Ini belum ditambah lagi dengan peranan guru menjadi pendorong ibu bapa mencari buku cerita bergambar kanak-kanak.

Rakan-rakan penerbit

Selain itu potensi diterbitkan baik di dalam dan luar negara melalui pelesenan juga memberi kesan baik kepada penulis dan ilustrator. Kewujudan Yusuf Gajah Lingard Literary Agent, PTS Rights, Kota Buku dan Blink Books yang mahu memasuki sektor ini adalah peluang mencipta kesan supermarket karya.

Kami amat menggalakkan hubungan penulis dan ilustrator sebagai usaha memanjangkan potensi karya.

Kami di kursuspenulisan.com akan komited melatih dalam bentuk coaching dan mencipta pelan pemasaran Gorila bagi menghidupkan usaha ini.

Kami melihat kerjasama lebih jauh usaha pembangunan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu dengan membangunkan latihan asas kepada tim editorial penerbit tempatan.

Gelombang coaching seterusnya pada hari Ahad, 25 November 2012. Klik di sini 


Saturday, October 20, 2012

Buku terbang, makin jauh atau makin dekat?



Hari ini kami bertemu dengan seorang lagi penulis yang akan menerbitkan bukunya. Tetapi ceritanya tidak mudah.

Tidak semudah kita membuka emel, membaca dan kemudian memforwardkan kepada rakan-rakan.

Jika begitu ceritanya, maka tidaklah sehingga emel ini berada di peti emel kita.

Bayangkan situasi ini.

Kita sudah bertolak awal subuh lagi. Menuju ke coaching penulisan sejauh 100 kilometer.

Separuh perjalanan, kereta kita mula menunjukkan ragamnya. Kereta kita tidak mengizinkan kita ke tempat yang akan memenuhi angan-angan menjadi penulis bestseller.

Beritahu saya apa yang akan kita lakukan.
  • Pertama, batalkan sahaja niat kita, lagi pun kita masih bekerja dan menulis hanya suka-suka sahaja.
  • Kedua, teruskan perjalanan dengan berkata dalam hati, "Pada usia 60 tahun, saya tidak mahu memandang di luar tingkap dan dengan sedih berkata, alangkah baiknya jika saya menulis dan melihat ia diterbitkan ketika muda dahulu."

Hari ini adalah hari yang menyentuh hati saya. Salah seorang peserta dalam kesulitan yang dihadapi tidak memilih berpatah balik.

Beliau dan suami hadir di hadapan pintu seawal pagi tanpa wajah kesal dan penat.

Suaminya pula sabar menemani isterinya sepanjang coaching. Allah jualah yang memberi ganjaran kepada mereka. Amin.


Kredit foto Tuan Izwan Wahab


Sepanjang hari ini, beliau dan rakan-rakan peserta menguasai beberapa strategi penulisan dari blog menjadi buku iaitu:

Menguasai 3P

Terdapat 3P dalam proses dari blog menjadi buku, iaitu platform, penulisan dan pemasaran.

Platform blog adalah platform yang mudah diurus, mudah dibayar, mudah diakses dan mudah dikendalikan apabila melibatkan lebih daripada sebuah buku.

Rahsia penulis bestseller yang diceritakan dalam coaching.
  • Bagaimana kita dapat menstruktur semula blog sedia ada menjadi buku yang lengkap.
  • Bagaimana kita dapat berkarya dalam lima, 15, 30 dan sejam dalam sehari.
  • Bagaimana kita mencipta pemasaran gaya Hollywood menggunakan konsep trailer, the making dan showtime.
  • Apakah saranan kepada blogger di bengkel dari aspek pecahan kategori entri berdasarkan bahagian dan bab. Kaedah diri, dia, kita dan mereka dalam pecahan bab.
  • Bagaimana kita menggabungkan isu dan entri menjadi satu faktor magnet dalam blog.
Kami di kursuspenulisan.com mendoakan buku-buku mereka akan terbit melalui blog ini



Menarik bukan?

Angan-angan buku sedang terbang dekat ke arah mereka.

Saya percaya lima nama ini akan berada di rak buku di seluruh negara. Amin ya Allah! Kita doakan mereka.

Di bahagian literary agent akan melihat dari aspek keboleh pasaran blog dan menawarkan kerjasama menang-menang menjadi rakan bisnes penulisan

Ya, kami mahu ia menjadi buku sesegera mungkin.

Bagaimana dengan angan-angan saudara pula? Sudah mula bertindak?

Saya sedang berlari bersama mereka.

"Pada usia 60 tahun, saya tidak mahu memandang di luar tingkap dan dengan sedih berkata, alangkah baiknya jika saya menulis dan melihat ia diterbitkan ketika muda dahulu."

Klik di sini

Thursday, October 18, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Dipetik daripada laman Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  "Bagi mereka yang tertanya-tanya tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013."

Bagaimana kita memanggilnya, "Pesta Buku 2013?", "PBAKL 2013?", "KL Book Fair 2013?" semuanya sama, manusia membanjiri PWTC.


Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang penulis di sini

Apakah buku-buku yang akan dapat ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti? Kita bermula dengan buku-buku yang pernah muncul di booth PTS Media Group.


Set untuk penulis


Kaedah penulisan






Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. 


Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. 


Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.






Tip Menjadi Penulis Bestseller


Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen. 


Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca.


Kaedah memasarkan penulisan









Urus Bisnes dengan Google


Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. 


Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search. 


Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu, dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti secara langsung oleh pembaca








Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop


Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!'







Mudahnya Bisnes dengan Forum Online



Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet. Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari. Bagaimana? 


Dia mengikuti petua ini, "Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet." 


Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung? Hanya di satu tempat bernama Forum Online. Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang. 


Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada yang cuba merahsiakan. 


Peniaga kecil, pekerja yang berniaga sambilan, suri rumah dan pelajar memiliki buku ini dan mencipta telaga bisnes mereka sendiri. 


Mudahnya Bisnes dengan Forum Online memberikan petua; 


(1) Menukarkan rakan menjadi pelanggan di Forum Online. 

(2) Menjual produk dan perkhidmatan sendiri ataupun orang lain secara cepat, mudah dan praktikal. 
(3) Mempromosi dan menjual secara berpanjangan. 

Buku ini mendedahkan kaedah Show Don’t Tell yang digunakan berkali-kali oleh peniaga di Internet. Jadikan buku ini di sisi kita ketika menggunakan Internet. Buku ini menjadi penasihat kepada bisnes kita.


Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang penulis di sini

Belum sempat membaca buku, mula cuba membunuh diri


Berkata Tuan Nazry Salam Feeqry di Facebooknya, "Jurnal (akademik) akan memandaikan orang yang sudah pandai, namun buku (umum) akan menambahkan bilangan orang yang pandai."



Kata-katanya mengingatkan saya kepada buku pertama berjudul Memahami Bahasa Cinta Lelaki terbitan tahun 2006. Kerana jurnal itu sifatnya akademik, perempuan muda pembaca novel cinta tidak ke universiti mencari bahasa cinta di dalam jurnal.

Maka dengan rela hatinya saya memudahkan gaya bahasa langit menjadi bahasa bumi.

Alhamdulillah, Allah izinkan ia diulang cetak sehingga ke hari ini, tahun 2012.



Misi buku itu, agar tidak lagi kita membuka akhbar dan membaca cubaan perempuan muda terjun dari bumbung kompleks membeli belah kerana putus cinta.



Leo Buscaglia, seorang pensyarah di Amerika memperkenalkan subjek tanpa kredit, Love di universiti selepas pelajar perempuan di kuliahnya membunuh diri di gaung selepas putus cinta.

Beliau juga menulis buku menggunakan judul yang sama.

Ya, kita ada pilihan, sama ada berkata, "Kenapa awak jadi perempuan ........!" atau berkata, "Saya hadiahkan buku ini."

Kedua-duanya tetap memberi kesan.

...


Mahu menjadi penulis buku dan menguasai skilnya? Mendaftar di sini

Wednesday, October 17, 2012

Menikahi calon penerbit yang sesuai

Oleh Cik Puan Haryani Kamilan
PTS Litera

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika menghantar manuskrip kepada mana-mana rumah penerbitan antaranya:

1) Imej rumah penerbitan itu.

2) Tawaran royalti.

3) Kapasiti rumah penerbitan, rumah penerbitan yang baru kadang-kadang dikhuatiri akan mempunyai masalah dalam bayaran royalti, promosi dan edaran yang tidak meluas, jadi semak dan baca perjanjian betul-betul.

4) Rumah penerbitan kecil-kecilan biasanya tidak mempunyai penyata kewangan dengan audit yang lengkap dan teratur.

Antara sebab kita mahu karya diterbitkan adalah kerana kita mahukan 'side income' jadi melihat kemampuan rumah penerbitan membayar royalti adalah penting.

Jika setakat menulis untuk kepuasan tanpa memikirkan royalti, lebih baik tulis di blog sahaja.

Lagi tip berkenaan pemilihan rumah penerbitan, dapatkan informasi berkenaan bayaran royalti daripada sahabat-sahabat yang menulis untuk sesebuah rumah penerbitan.

Salah pilih, kemungkinan Tuan dan Puan tidak mendapat hak yang sepatutnya itu ada.

Antaranya, mereka hanya akan bayar lump sum, rugi kepada penulis.

Perkara yang dikhuatiri, nanti buku-buku terjual berpuluh ribu, tetapi hanya mendapat sekali bayaran sahaja.

Baca dokumen perjanjian penerbitan. Jangan terus tanda tangan, kerana mungkin ada terma-terma di dalam dokumen perjanjian itu tidak menyebelahi penulis.

Nasihat saya, berhati-hati apabila menghantar karya.

Pastikan rumah penerbitan itu benar-benar beroperasi dengan baik dan mampu membayar royalti penulisnya.

Teknik penulis berwajah intelek

Oleh Cik Puan Haryani Kamilan
PTS Litera

Sebagai penulis, kita perlu banyak mengenali kosa kata.

Jadi, seorang penulis wajib memiliki Kamus Dewan dan juga banyak membaca karya-karya penulis yang bagus tulisannya.

Saya galakkan tuan-tuan dan puan-puan tidak mengulang perkataan yang sama dalam satu para ayat.

Contohnya:

Perkataan 'berkata' cuba cari lagi perkataan lain selain daripada berkata yang mungkin terlalu biasa digunakan.

Walaubagaimanapun ianya perlu bersesuaian dengan ayat.

Antaranya: Usulnya, bersuara, berbicara, ujar dan saya pasti banyak lagi perkataan yang sama makna dengan berkata boleh digunakan.

Penggunaan kosa kata yang bervariasi ini boleh memberi keindahan pada gaya bahasa dan ianya akan menampakkan penulis itu seorang yang intelek.

Tulis seberapa banyak kosa kata berkaitan yang mempunyai satu makna dalam sebuah buku nota, supaya apabila mahu menulis senang ianya dibuat rujukan.

Sunday, October 14, 2012

Tebal muka formula lariskan buku?


Oleh Nazry Salam Feeqry

Penulis perlu tebal muka sekali-sekala.

Tadi, saya pergi ke kedai buku Popular di Jusco Cheras Selatan. Semasa saya di rak komik, saya ternampak seorang kanak-kanak lelaki sedang melihat-lihat buku komik terbitan Art Square.

Saya bertanya kepada dia, "Pernah baca Komik-M?"

Dia menoleh, kemudian menggeleng.

Saya mencapai buku komik MISI 8A dari rak, dan berkata, "Inilah Komik-M."

Kanak-kanak itu kemudian tersenyum dan mengangguk. "Oh, saya pernah baca buku komik ini."

Saya bertanya, "Pernah baca sambungannya, MISI 10A?" Saya menuding ke senaskhah buku komik Misi 10A pada rak.

Dia menggeleng.

Saya tersenyum dan berkata, "Abanglah yang tulis buku-buku ini. Percaya?"

Kanak-kanak itu menggeleng lagi tanda tidak percaya. Saya mengeluarkan dompet dari saku belakang seluar lalu menunjukkan kad pengenalan saya kepada dia. "Sekarang percaya?" Saya tanya sekali lagi.

Dia tersengih hingga tersingkap gigi, kemudian mengangguk beberapa kali. Barulah dia percaya.

Saya berkata kepada kanak-kanak itu, "Sekiranya adik beli komik Misi 10A sekarang, abang akan berikan tandatangan."

"Benarkah?" tanya dia, teruja. Saya mengangguk.

Kanak-kanak itu membeli buku Misi 10A, dan saya tepati janji dengan menurunkan tandatangan pada buku itu. Sempat juga kami bergambar dan berkenalan.

Alhamdulillah, dengan menebalkan muka, satu buku hasil penulisan saya sudah terjual hari ini. Semoga Adik Iqbal beroleh manfaat daripada buku komik Misi 10A.

Domino mentor dan buku pencetus buku baru


Apabila menulis buku baru, modalnya sebuah lagi buku. Pengalaman Tuan Muhd Nur Iman Ramli dalam menghasilkan buku Fail Sulit Presiden Amerika. Beliau mencatatkan petuanya dan fotonya seperti berikut.

.....



Kerana terinspirasi dengan buku nombor satu, saya bertanya khabar penulis tersohor buku nombor 2 perihal kaedah penerbitan buku.

Pertemuan dengan penulis buku nombor 3 membakar lagi motivasi saya untuk menulis.

Individu yang terpampang pada buku nombor 4 bertanggungjawab merealisasikan impian saya menjadi penulis.

Berkat bantuan semua individu di atas, terhasil buku nombor 5.

.....


  • Buku pertama, penulisnya pencetus minat
  • Buku kedua, trainer pencetus cara
  • Buku ketiga, ikonya pencetus rasa
  • Buku keempat, editor di kulit buku pencetus kerja
  • Buku kelima, penulis baru pencetus cerita


Cara menulis dan melihat kelahiran buku sendiri di sini.

Buku kanak-kanak yang hampir dibakar sebelum terbit


Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini

Dr Seuss dikatakan hampir membakar manuskrip pertamanya setelah 27 kali ditolak. Jika beliau benar benar berputus asa, tiadalah kewujudan siri Dr Seuss yang menjadi kegemaran ramai ini di seluruh dunia sehingga sekarang.

Dr Seuss, nama pena bagi penulis dan ilustrator buku bergambar kanak kanak Theodor Seuss Geisel. Bukunya menjadi kegemaran kanak kanak termasuklah golongan dewasa kerana watak watak ciptaannya yang lain daripada lain dan lucu, serta rhyming yang menarik. Rhyming beliau ini adalah mengikut anapestic dan amphibrachic tetrameter (meter penggunaan weak dan strong syllables dalam puisi mengikut syarat tertentu).

Dr Seuss berkata, beliau berterima kasih kepada ibunya yang sering membacakan rhyming kepada anak anaknya sebelum tidur. Ini amat mempengaruhi dan mendorong beliau untuk mencipta rhyming menarik dalam bukunya.

Kita sering fikir kanak kanak mungkin akan kurang memahami jalan cerita yang mengandungi banyak perkataan sofistikated.

Salah satu tip penulisan buku bergambar kanak kanak yang dikongsi Dr Virginia ialah gunalah perkataan sofistikated atau perkataan yang kanak kanak pasti jarang dengar. Jangan takut bereksperimentasi.

Tambahan pula, perkembangan minda berlaku dengan pesat sewaktu kecil.Mereka sebenarnya gemar mempelajari perkataan baru jika kena pada waktu dan caranya. Pendedahan awal dan melibatkan mereka dengan buku yang mengandungi perkataan perkataan kompleks dan sofistikated ini membantu mereka berseronok mempelajari dan mengguna pakai perkataan tersebut setiap hari.

Tip ini juga amat praktikal bagi ibu bapa dalam memilih buku yang bersesuaian untuk anak anak mereka.

Walaupun Dr Seuss telah lama meninggal dunia, namun buku bukunya tetap hidup dan telah banyak ulangkali dicetak mahupun diadaptasi ke filem termasuklah yang terbaru, The Lorax.



Terbaru, BookXcess ada membuat jualan set buku Dr Seuss dan set ini mengandungi 3 kategori buku, Blue, Green dan Yellow Back Books. Blue adalah sesuai untuk dibacakan kepada anak anak kecil, Green untuk kanak kanak yang baru sahaja mula bertatih membaca sendiri dan Yellow adalah untuk "fluent readers".

Apabila kanak-kanak jatuh jurang kerana buku

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Buku cerita bergambar kanak kanak mempunyai banyak fungsi termasuklah mencetuskan kreativiti dan kemahiran berfikir sejak kecil lagi.

Ini kerana, "jurang" yang sengaja diwujudkan di dalam buku jenis ini amat membantu ibu bapa membuat aktiviti lanjutan setelah membacakan cerita tersebut atau semasa cerita tersebut dibacakan.

"Jurang" yang dimaksudkan di sini ialah "jurang penceritaan".

Terdapat tiga jenis jurang yang dapat dikenalpasti.

Pertama

Jurang dari teks ke ilustrasi. Walaupun di dalam teks ada menceritakan satu watak tertentu, namun ini tidak disertakan di dalam ilustrasi. Sebagai contoh (seperti di dalam foto), terdapat satu baris dialog ibu protagonist. Namun, tiada watak tersebut di dalam ilustrasi.

Kedua

Jurang dari ilustrasi ke teks. Jurang ini paling banyak digunakan penulis kerana di sinilah ilustrasi memainkan peranan penting dalam menceritakan separuh daripada perjalanan sesebuah cerita itu. Ada juga cerita yang menggunakan jurang ini untuk memberi informasi baru watak dan perkembangannya.

Sebagai contoh, terdapat watak watak lain di dalam ilustrasi yang turut memainkan peranannya namun tidak diceritakan di dalam teks. Contoh lain adalah, ekspresi pada wajah, keadaan pakaian yang berubah, lokasi barang yang diubah. Namun, semuanya tidak diceritakan di dalam teks.

Ketiga



Jurang antara cerita dan audiens. Dengan mengambil contoh buku Where The Wild Things Are (seperti di dalam foto), penulis memang sengaja tidak memberitahu dengan jelas pengembaraan protagonist ke dunia "Where The Wild Things Are" itu sebenarnya di dalam alam mimpi ataupun hanya dunia imaginasinya ketika berkurung seorang diri di dalam bilik.

Ketiga tiga jenis jurang ini sangat pratikal untuk dijadikan perbincangan di antara pencerita (ibu bapa) dan anak anak.

Kadang kala, penulis dan ilustrator memang sengaja meninggalkan jurang ini untuk memberikan keterujaan kepada anak anak dengan babak atau perkara yang tidak disangka sangka.

Jurang ini juga disediakan untuk diisikan oleh mereka mengikut daya imaginasi, pendapat dan kreativiti mereka.

Penulis buku Where The Wild Things Are, Maurice Sendak telah meninggal dunia pada tiga minggu lalu. Buku yang telah memenangi anugerah Caldecott Medal ini diterbitkan pada tahun 1963 namun masih menjadi kegemaran ramai.

Bayi kecil membaca karya agungkah?

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Ada sesetengah ibu bapa yang akan tertanya tanya apakah jenis buku yang sesuai untuk diberi kepada anak mereka seawal usia 0-2 tahun.

Ini jelas menunjukkan keperihatinan mereka terhadap perkembangan literasi seawal usia tersebut dan kesungguhan mereka mahu menerapkan budaya cinta buku.

Bayi seawal usia ini memang gemar kulum, hisap, gigit, tarik dan macam macam lagi pergerakan yang melihatkan mulut, tangan dan kaki apabila diberi mainan atau objek kepada mereka. Itu adalah cara mereka “belajar” mengenali objek.

Untuk itu, terdapat jenis material buku yang selalunya akan dicadangkan adalah jenis “board book”.

Ini adalah kerana buku jenis ini diperbuat daripada kertas keras kadbod supaya buku tidak akan mudah terkoyak, rosak dan boleh diulang pakai.

Ada juga buku yang diperbuat daripada bahan tahan gigitan, koyak dan boleh dibasuh (seperti di dalam foto ini: Mama and Baby & Mary Had A Little Lamb) dan juga diperbuat daripada kain. Buku jenis ini adalah buku yang mempunyai maksimum 8 muka surat.

Itu tentang material. Seterusnya jenis presentasi buku. Ada board book yang mempunyai finger atau hand puppet, ada yang mempunyai “lift the flap” atau “flip flap” book (ada gambar objek tersembunyi di sebalik kad yang perlu diselak untuk lihat objek tersebut atau selak untuk dapatkan padanan gambar yang betul seperti di dalam foto) dan ada jenis “pop up”.

Ada juga yang mempunyai punat untuk ditekan supaya mengeluarkan bunyi.



Kategori buku pula ada jenis buku konsep awal iaitu buku tentang ABC, 123, warna dan apa sahaja konsep mudah, di mana kebiasaannya dihasilkan dalam bentuk kamus bergambar mini atau lebih popular dengan tajuk “my little learning library” atau “my first picture dictionary”.

Buku jenis ini biasanya akan disusun mengikut domain seperti makanan, permainan, pengangkutan dan lain lain.

Kebiasaannya juga, ia dibuat saiz kecil kecil untuk memudahkan bayi leka memegang dan membelek beleknya. Ada juga jenis fiksyen (menceritakan sebuah kisah pendek) dan juga non-fiksyen.

Buku buku ini semestinya mempunyai ilustrasi yang menggunakan warna warna yang terang, berwarna warni, ilustrasi yang mudah difahami atau foto objek sebenar yang kebiasaannya ada di sekelilingnya, foto bayi lain membuat aktiviti hampir sama seperti makan, minum, main, buku yang mempunyai “tactile” di mana mereka boleh sentuh tekstur yang berlainan dan juga buku yang mempunyai ilustrasi haiwan.

Teks bagi kesemua buku yang disebut di atas ini sama ada mempunyai perkataan untuk merujuk pada objek, atau teks yang ringkas, cerita ringkas yang mempunyai rhyming mudah ataupun tidak mempunyai perkataan langsung – hanya bergantung sepenuhnya pada ilustrasi/ foto.

Namun, perkembangan awal bayi dikatakan perlahan untuk anggota matanya. Dikatakan penglihatannya agak kabur, tidak dapat fokus dengan tepat dan tidak dapat membezakan warna.

Maka ada juga board book yang dihasilkan khusus menggunakan hitam dan putih (kadang kala juga warna merah) untuk membantu mereka fokus, merangsang penglihatan mereka dan seterusnya perkembangan minda mereka.

Apa pun jenis buku seperti yang disebut di atas, kebiasaannya ia tidak melebihi 8 helai muka surat untuk kategori ini.

Walau apapun jenis buku yang dibeli, perkara yang paling penting dalam merangsang anak di sekitar usia ini ialah membaca buku buku tersebut bersama sama mereka.

Ini adalah kerana bayi amat cenderung dan suka memberi respon apabila mendengar suara ibu bapa. Tidak hairanlah, bayi pasti terlena setelah ibu bapa mendodoi mereka untuk tidur ( jika kena cara dan tempatnya

Buku bergambar kanak-kanak untuk subjek di sekolah?

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Kebiasaannya, apabila kita sebut sahaja buku bergambar kanak kanak atau picture book, pasti kita terbayang sebuah cerita fantasi pendek yang disertakan ilustrasi untuk bacaan kanak kanak. Oleh itu, ramai ibu bapa tidak menyakini buku seumpama ini boleh digunakan sebagai salah satu "alat" pengajaran dan pembelajaran di rumah.



Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis buku bergambar kanak kanak di pasaran yang dapat digunakan untuk mengajar abjad, nombor, sains, matematik, sains sosial, bahasa dari segi irama, aliterasi dan banyak lagi.

Ini kerana, sesetengah penulis menggabungjalinkan ilmu ilmu tersebut ke dalam format picture book - bagi memudahkan kefahaman kanak kanak awalan dan menarik minat mereka.

Seperti di dalam foto ini, buku yang bertajuk Anno's Mysterious Multiplying Jar ini menceritakan bagaimana ilmu Faktorial itu boleh dibayangkan secara visual dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Zero, karya Kathryn Otoshi pula berjaya menerangkan konsep angka kosong dan keistimewaannya.

Kemahiran menulis dan melukis untuk menghasilkan buku bergambar kanak kanak tidak semestinya penting hanya bagi mereka yang mahu menerbitkan buku bergambar kanak kanak.

Sebaliknya, ia boleh menjadi satu skil yang berguna lagi menyeronokkan dalam mendidik anak di rumah, murid murid di sekolah, sebagai hadiah dan sebagainya.

Apakah pilihan buku bergambar kanak kanak tuan tuan dan puan puan yang akan dibacakan pada malam ini untuk sesi bedtime story bersama anak anak?

Coca cola dan buku kanak-kanak, ada kaitan?


Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini

Terdapat banyak gaya penulisan buku bergambar kanak kanak yang boleh dieksperimenkan. Salah satunya adalah penggunaan kesan aliterasi.

Aliterasi adalah pengulangan bunyi pada pangkal perkataan berturutan di dalam sesuatu ayat. Contoh paling terkenal yang kita biasa dengar digunakan dalam permainan tongue twister:

She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore,
I'm sure she sells seashore shells!

Dalam penulisan buku bergambar kanak kanak, aliterasi ini boleh diguna pakai dalam mencetus keseronokan dan unsur jenaka apabila kanak kanak mendengar atau membaca buku tersebut. Bukan itu sahaja, aliterasi boleh membantu meningkatkan kamus kosa kata kanak kanak kerana ia mudah diingati secara berirama.

Penggunaan kesan aliterasi ini tidak semestinya digunakan ke atas keseluruhan perkataan di dalam ayat tersebut ketika menulis. Asalkan ada beberapa perkataan yang mengulang bunyi yang hampir hampir sama. Contoh:


Dan's dog dove deep in the dam, drinking dirty water as he dove.
Larry’s lizard likes leaping leopards.
Kim’s kids kept kiting.
Drew threw the few new screws.
Big brown bears bake berry bread.




Terdapat juga jenama terkenal dunia menggunakan kaedah aliterasi ini supaya nama mereka mudah diingati. Antara contoh:

Dunkin' Donuts
Paypal
Coca Cola
Spongebob Squarepants
Mickey Mouse

Menarik bukan?

Storyboard buku bergambar kanak-kanak


Daripada trainer buku bergambar kanak-kanak di kursuspenulisan.com, Cik Puan Fazeila Isa. Beliau akan membimbing kita pada sesi Ahad ini, 21 Oktober 2012 di sini

....



Storyboard atau bod cerita amat berguna di dalam penulisan buku bergambar kanak kanak.

Ini adalah kerana ia dapat mengingatkan penulis bahawa akan adanya ilustrasi di setiap helaian di mana ilustrasi inilah yang akan membawa separuh daripada perjalanan cerita dari teks.

Dengan cara ini juga, penulis dapat mengedit dan yang paling penting dapat memotong mana mana ayat yang sudah lagi tidak perlu di dalam teks (kerana ilustrasi sudah pun memainkan peranannya).

Aktiviti ini juga penting kerana setiap penulis dapat menetapkan "page break" atau "page turn" bagi cerita mereka.

Setiap buku bergambar kanak kanak mempunyai ciri keseronokan dan keterujaan dalam setiap kali menyelak dari satu halaman ke halaman yang seterusnya.

Oleh itu, bod cerita yang dihasilkan dapat dijadikan panduan kepada penulis untuk membayangkan pergerakan cerita mereka dan bagaimana cerita mereka itu nanti dapat membuatkan pembaca teruja dari satu halaman ke satu halaman yang seterusnya.

Bod cerita yang terhasil juga membantu penulis melihat ceritanya secara keseluruhan di mana penulis dapat melihat dan menyemak adakah wujudnya kaitan atau pergerakan cerita yang lancar dari satu halaman ke satu halaman.

Bagi ilustrator, bod cerita dapat membantu mereka mendapatkan gambaran kasar bagaimana mereka dapat menghasilkan ilustrasi dengan membuat lakaran kasar/ besar.

Mereka juga dapat melihat dan menyusun atur pergerakan ilustratasi mereka seperti karakter dan latar dari satu bukaan halaman (double pages) ke satu bukaan halaman yang seterusnya.

Daripada bod cerita yang terhasil, penulis juga boleh menghasilkan mock-up dengan mengguntingkannya dan menyambungkan setiap jalur yang dihasilkan dari bod cerita! (seperti dalam foto)

...


Saturday, October 13, 2012

Kisah sebelas jam dan tiga buah buku


Pagi Sabtu yang bermakna. Peserta menaiki keretapi dari Perlis pada malam tadi, tiba di KL Sentral seawal subuh, bergerak ke KLCC.

Mulut diam tanpa alasan, fikiran bertindak mencapai sasaran.

Hari ini beliau di sini bersama-sama bagi sesi coaching penulisan buku di Kinokuniya. Setiap masanya adalah pelaburan bagi berkarya.

Ya Allah, makbulkan doanya dan usahanya.

Dalam sesi personal coaching di Cafe Kinokuniya tadi. Klien mengetahui:

(1) Bagaimana kaedah silang menggunakan jadual dalam buku dapat menaikkan jumlah pembeli ebook.
(2) Menaikkan nilai sederhana kepada nilai mahal kepada senarai isi di dalam buku.
(3) Merancang kaedah jigsaw dan formula Merong Mahawangsa dalam mempakejkan buku.
(4) Bekerja dengan sasaran mendapatkan kek industri 80% dengan mencipta rasional memasuki rak buku.
(5) Mengukur potensi pembaca sebelum buku diterbitkan. Membangunkan pra pemasaran semasa buku ditulis.


Sesi coaching perseorangan membawa kepada pembangunan pakej tiga buah buku kepada penulis. Tempoh 30 hari bagi buku pertamanya. Klien akan bernaung di bawah Buku Pandai Publications.

Buku teknik untuk kaum wanita yang berhadapan kesibukan kerja dan keluarga, tetapi masih mahu suami merasai sentuhan air tangan isteri melalui masakan. Teknik yang mudah, lengkap senarainya dan tetap nampak wanita yang professional yang cool.

"Penat memikirkan banyak perkara melibatkan bisnes pertanian, keluarga dan penulisan. Coaching ini memberi pakej dan struktur idea yang dapat dibangunkan menjadi buku. Maka ikuti langkah demi langkah," kesimpulan Tuan Ashraf Shuib selepas perjalanan 11 jam ke Kuala Lumpur bagi mengikuti sesi tiga jam ini.


.

Monday, October 8, 2012

Apabila blog menjadi buku terlaris tempatan



Terdapat beberapa blog yang semakin ditulis semakin menjadi buku


  • Awang Goneng dengan blognya Kecek-Kecek menjadi buku Growing up in Trengganu
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan blognya saifulislam.com melahirkan tujuh buah buku.
  • Robert T Kiyosaki dengan blognya conspiracyoftherich.com menjadi buku Conspiracy of the Rich.
  • Dr Zubaidi menulis di drzubaidi.com dan dijadikan buku Doktor, Saya Takut Jarum
  • Zamri Mohamad dengan blognya Bengkel Blogshop terhasil buku Mudahnya Bisnes dengan Blogshop
  • Chef Hanieliza Kamaruddin berkongsi resipi di blog dan dibukukan menjadi Siri Senangnya Memasak. Bukunya 'memasak' dunia buku dengan jualan 100,000 naskhah di bawah judul Sehari Satu Resipi, 365 Resipi.


Soalan saya, mahukah kita mengikut cara mereka menulis blog menjadi buku?

Ya!

Apakah strategi yang dapat kita tiru daripada mereka?

Petua pemanas badan yang diberi oleh seorang sahabat tentang penulisan blog diperturunkan kepada saudara.

Tip menulis blog inspirasi daripada kisah peribadi


  • Gunakanlah bahasa Melayu yang lengkap dalam penulisan blog.
  • Catat perkara-perkara yang unik dalam kehidupan setiap hari.
  • Ulas kisah hidup dalam dua warna positif dan negatifnya.
  • Simpan salinan blog dalam bentuk fail Word atau di Google Docs dan Dropbox. Mungkin boleh dibuat seminggu sekali atau setiap kali anda menggunakan 'thumdrive' di komputer umum.
  • Susunlah seperti satu bab kecil sehari dalam fail Word dan lihatlah hasilnya selepas sebulan, tiga bulan dan 12 bulan. Ia menjadi sebuah buku.
  • Cetak dan jilidkan elok-elok. Mungkin ia menjadi khazanah keluarga atau masyarakat yang berguna.


Sebentar, saya mahu bertanya sekali lagi lagi.


  • Bagaimana pula strategi penulisan yang mesra pembaca?
  • Bagaimana pula menarik perhatian editor dan penerbit ke blog kita?




Ketika krisis ekonomi dunia yang membuat ramai kehilangan wang, seorang lelaki menulis buku dari blog dan menyedut wang melalui jualan bukunya. Beliau adalah Robert T Kiyosaki dengan bukunya Conspiracy of The Rich. Itu cerita beliau. Bagaimana cerita Tuan dan Cik Puan?

Ceritanya bermula di sini



Ketika kebimbangan kaum perempuan dengan kes ragut, simbah asid dan jenayah malam ke atas mereka selepas pulang dari rumah, seorang lelaki menulis blog dan ditukarkan menjadi buku. Buku itu berkenaan solusi pendapatan alternatif kepada kaum perempuan.

Buku itu berjudul Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop.

Ia menarik perhatian Perpustakaan Negara Malaysia melalui pembelian bagi diedarkan ke seluruh perpustakaan desa seluruh negara.

Itu adalah cerita penulis entri ini. Bagaimana cerita Tuan dan Cik Puan?

Cerita Tuan dan Cik Puan bermula di sini