Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, July 31, 2012

Peta minda gaya kerja penulis Must Read

Alumni bengkel penulisan Must Read Sdn Bhd menggunakan bulan Ramadan bagi menyiapkan manuskripnya dan mengaplikasi kaedah peta minda bagi mengurus kerja-kerja penulisan.

Ini adalah contoh kerja Tuan Syihabudin Ahmad bagi buku praktikal solat. Klik bagi paparan lebih jelas.



Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini   

Monday, July 30, 2012

Memilih nilai dalam aktiviti penulisan


Mengapa pembaca membaca karya saudara?

Soalan ini dijawab dengan mengenalpasti apakah nilai yang diberikan oleh penulis kepada pembaca.

(1) Karya saudara memudahkan saya.
(2) Karya saudara murah untuk saya miliki
(3) Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya
(4) Karya saudara membezakan dan mengangkat saya apabila memilikinya
(5) Karya saudara mengurangkan kos yang perlu saya tanggung
(6) Karya saudara mengurangkan risiko yang saya hadapi

Karya kita membawa satu atau lebih sebab mengapa mereka membacanya.

Kita akan perhalusi satu persatu agar kita jelas bagaimana karya kita dibangunkan secara keseluruhan.

Dari segi penulis, memilih nilai yang jelas untuk pembaca membantu kita menulis dalam keadaan lebih terarah dan menepati subjek.

Pembaca dapat mengenalpasti dengan jelas nilai karya kita berbanding karya lain.

Nota: Kami mengolah semula dan mengadaptasi elemen di dalam Model You Business. Maka kami akan mengubah berdasarkan kesesuaian.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Siapakah penulis dan siapakah pembaca?



Sebelum membaca lebih lanjut tip ini, berikan saya satu jawapan ringkas ke atas tiga soalan berikut.

(1) Siapakah penulis?
(2) Mengapa penulis masih relevan?
(3) Siapakah pembaca?

Sudah menjawab ketiga-tiganya?

Ya, ada pula yang menulis di atas kertas bagi memberi jawapan. Baik, bandingkan jawapan saudara dengan maklumat ini. Maklumat yang akan menyusun atur kerja kita selepas ini.


Siapakah penulis?

Penulis memberi khidmat kepada pembaca. Perkhidmatan diberikan melalui subjek yang ditulisnya dalam buku.

Penulis wujud selagi mana pembaca membaca buku yang ditulis.

Penulis adalah satu komponen yang penting dan terus memainkan peranan menarik perhatian pembaca melalui penulisan.

Mengapa penulis masih relevan?

(1) Adakah kita menulis pada status Facebook?
(2) Adakah kita membaca pada status Facebook.
(3) Adakah kita mengklik butang share selepas membaca apa yang ditulis oleh seseorang?
(4) Adakah kita mengklik butang like pada Facebook?
(5) Adakah kita sama-sama menulis dengan meninggalkan komen pada hasil status orang lain?

Bukankah semua ini berpunca daripada kerja seorang penulis?

Memetik kata-kata mentor bisnes penerbitan saya, "Beza aktiviti sesama penulis adalah, berapakah duit yang terhasil daripada penulisan itu?"

Seperti yang berlaku sekarang. Saya seorang penulis. Perkhidmatan yang saya berikan adalah memberi tip penulisan kepada pembaca blog ini. Selagi mana entri-entri blog ini berkaitan penulisan, ia masih menarik perhatian pembaca iaitu saudara.

Siapakah pembaca?

(1) Pembaca adalah individu yang membaca karya penulis sama ada secara berbayar atau pun percuma.
(2) Terdapat lebih daripada satu kumpulan pembaca ke atas sebuah karya.
(3) Pembaca melakuka transaksi ke atas penulis.
(4) Setiap pembaca memerlukan keperluan, hubungan dan saluran yang berbeza dalam aktiviti membaca.

Apabila penulis kenal siapakah pembaca dan apakah ciri-ciri asasnya, maka pelan tindakan mudah disediakan. Ini mendorong pembaca yang betul masuk ke dalam peta model penulisan.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Friday, July 27, 2012

Siapakah pembaca menentukan gaya penulisan kita


Mereka yang mahu menjadi penulis perlu menjawab soalan ini

(1) Siapakah pembaca?
(2) Apakah perkara dalam buku kita yang dapat memudahkan tindakan pembaca?

Orang membaca novel bagi memenuhi cawan emosi dan imaginasinya. Orang membaca buku tip kewangan bagi mencari cara menambah wang dan mengurangkan hutang.

Siapakah pembaca bagi kedua-dua kategori ini adalah berbeza. Isi kandungan dalam dalam kedua-dua buku yang dapat memenuhi tindakan pembaca juga berbeza.

Karya mesti mempunyai model yang jelas bagi memenuhi kehendak pembaca.

Peraturan yang sama tertakluk dalam teknik penulisan rencana. Pelanggan kita berbeza mengikut ruangan dan jenis majalah.

Dengan memahami siapakah pembaca kita, maka kita dapat memahami bagaimana mereka sangggup membayar kita.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini   

Thursday, July 26, 2012

Semakin ditulis semakin hilang pembaca


Saya menerima emel mengandungi satu artikel pendek untuk dinilai.

Apa yang saya lakukan, saya letakkan ia di tempat terbuka biar pembaca menilai.

Ini adalah tajuk dan perenggan pertama artikel pengirim tersebut. Bayangkan orang sedang membelek artikelnya dalam majalah atau ia merupakan bab sebuah buku.

Saya bertanya kepada para pembaca yang sanggup mengeluarkan duit bagi membeli.

Apakah perasaan pembaca lelaki dan wanita apabila membaca sebuah buku dengan ayat, "Makanan nafsu bagi lelaki adalah wanita."

Saya hanya memetik sebahagian ayat dalam satu perenggan sahaja

Ini sebahagian jawapan mereka.


  • Agak kasar dan sepertinya tiada etika dalam berbahasa.
  • Saya boleh terima faktanya tapi ayat itu boleh dimurnikan supaya sesiapa yang membaca 'tidak terasa hati'. Kalau ayat lebih sopan maksudnya akan mudah diterima.
  • Ini ayat pendapat. Tidak persuasif. Perasaan membaca: Penulisnya kurang pendidikan.
  • Perkara realiti, tapi ditulis tanpa menggunakan ayat berlapik.
  • Apabila saya membacanya, ia seolah-olah meletakkan wanita di tempat yg sangat rendah.


Penulis ini kehilangan seorang demi seorang pembaca untuk membeli bukunya, meskipun ia belum diterbitkan lagi!

Mengapa begitu?

Maklumatnya benar tetapi penyampaian tergolong dalam gaya penulisan yang mencederakan emosi pembaca.

Jika begitu bagaimana mengatasinya?

Al Quran menggunakan analogi atau perumpamaan bagi menyampaikan ayat-ayat seperti ini. Ia menjaga emosi pembaca dan mendorong pembaca terus mengikutinya.

Apabila subjek intim diketengahkan dalam Al Quran, kita dapat melihat keindahan seperti ayat berikut.

“Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu....” sebahagian maksud surah al Baqarah 223.

Tipsnya, berlatih menggunakan analogi yang indah dan mendorong pembaca terus membaca.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini   

Monday, July 23, 2012

Tulis bersama-sama untung bersama-sama



Menjadi penulis buat pertama kali adalah satu perkara yang sukar. Situasi sukar disebabkan beberapa perkara.

(1) Tidak ada pengalaman menulis sebelum ini yang dapat dijadikan pendorong.
(2) Penulisan bukan perkara penting kepadanya. Jika tidak menulis pun, individu itu masih boleh mendapat gaji daripada pekerjaan sedia ada.
(3) Percaya bahawa karyanya tidak sedap dibaca.
(4) Terasa bahawa menulis merupakan proses yang mengambil masa lama. Semakin lama semakin kurang daya menulis.

Salah satu perkara yang dapat dilakukan bagi mengatasi situasi ini adalah bermula dengan menulis secara bersama. Ketahui siapakah di kalangan individu yang kita kenali mahu berkolaborasi menulis bersama-sama.

Saling mendorong dengan menyiapkan bab demi bab dari masa ke semasa.

Manuskrip dapat disiapkan segera dan kita dapat mengawal emosi kesukaran dalam diri.

Zaman 'kedekut' menulis seorang diri kerana mahu royalti seorang diri sudah lama berlalu.

Apa gunanya menulis seorang diri sehingga mengambil masa setahun baru siap karyanya. Sedangkan ada seorang lagi sudah lama siap mengambil idea yang sama dan siap menulisnya dalam tempoh sebulan bersama rakan.

Dia mengambil pendapatan itu sebelum saudara.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Sunday, July 22, 2012

Cerita humor bagi menerangkan prinsip


Cerita humor dapat digunakan dalam menerangkan prinsip, aplikasi dan konsep sekiranya dipilih dengan tepat.

Pernahkah kita mendengar atau mengalami peristiwa lucu? Tuliskan kisah itu dan gabungkan dengan prinsip yang kita mahu sampaikan dalam buku.

Ketika ini satu peristiwa sedang berlaku di kediaman saya pada jam 5.00 pagi.

"Ada pula yang menggunakan jam bunyi azan pada waktu ini untuk membangunkan diri agar bersahur. Kedengaran satu flat."

Bayangkan jika cerita ini dipanjangkan bagi memberitahu prinsip, adakalanya rutin menjadi modal mengejutkan perbaru baru kepada kita.


Kaedah ini digunakan dalam buku Mudahnya Bisnes Dengan Forum Online



Kisah CEO dan kakitangan

Pada suatu hari, CEO sedang membuat lawatan mengejut di salah satu tingkat di pejabat bangunanya. Beliau melihat seorang demi seorang sedang tekun bekerja. Tiba-tiba dia melihat seorang pekerja sedang bersandar di dinding sambil bersiul sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

CEO itu memerhatikan begitu lama dan mula hilang sabar. Bagaimana seorang pekerja sebegitu malas bekerja di organisasinya, ketika orang lain tekun bekerja.

CEO itu melangkah menghampiri pekerja malas itu. Kedatangan beliau disedari pekerja itu. Cepat-cepat dia mematikan siulan, mengeluarkan tangan dari poket seluarnya. Dia berdiri tegak dan sesekali menunduk. Kelihatan seperti rasa bersalah.

CEO itu masih mengawal marahnya dan berkata, “Sudah lama bekerja?”

“Sudah tiga tahun Tuan,” kata pekerja itu. Dia masih tunduk. Dia tidak mahu melihat CEO yang lengkap berpakaian kot.

CEO bertanya lagi, “Berapa gaji kamu sebulan?”

Dalam keadaan suara tersekat-sekat pekerja itu berkata, “Seribu ringgit sebulan.”

CEO itu kemudian memanggil salah seorang pegawai yang duduk di jabatan kewangan.
Cepat-cepat pegawai itu datang kepadanya.

CEO memberi arahan dalam suara yang tegas, “Saya mahu kamu keluarkan cek empat kali ganda daripada gaji dia dan saya tidak mahu melihat mukanya di sini lagi!”

Suaranya yang tinggi menyebabkan semua orang diam. Keadaan sunyi. Pegawai itu cepat-cepat ke bilik dan mengeluarkan cek dan menulis jumlah yang diarahkan CEO. Kemudian dia segera menyerahkan ke tangan CEO.

CEO itu memegang cek itu dan menyerahkan cek itu kepada pekerja malas itu.

“Organisasi ini tidak menggajikan orang pemalas. Kamu ambil cek ini dan saya tidak mahu lihat kamu di sini lagi.”

Pekerja itu mengambil cek tersebut dan keluar tanpa memandang wajah CEO. Kemudian terdengar suaranya bersiul dari luar.

CEO itu kemudian menoleh dan memanggil salah seorang pegawai yang bekerja di situ.

CEO bertanya, “Lelaki itu bekerja di bahagian mana? Saya benci melihat pekerja pemalas di sini.”

Kata pegawai itu, “Dia adalah budak penghantar surat dari klien kita. Tadi dia mengambil invois di sini.”

CEO itu terdiam dan memikirkan gaji yang diberikan secara percuma itu.

Apakah perasaan kita apabila kita tidak mengenali pekerja kita dan membuat keputusan yang akan menambah kos perniagaan sendiri?

Gurau senda dengan tujuan

Cerita di atas digunakan oleh seorang trainer Malaysia apabila menulis informasi kursus mengendalikan organisasi untuk korporat-korporat di Malaysia. Ia bersifat santai, menimbulkan humor dan tidak menjatuhkan jenamanya sebagai trainer professional


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 



Tataberbahasa berkomunikasi dengan editor

Acapkali saya bertemu dengan editor, mereka akan memberitahu saya sikap penulis yang menyebabkan karya bagus ditolak mentah-mentah tanpa menilai kualiti manuskrip terlebih dahulu.

Saya bertanya, adakah penting menguruskan manuskrip yang baik berbanding sikap penulisnya?

Jawapan adalah, "Apabila ada seorang penulis yang jauh lebih baik kualitinya dan sikapnya, beliau lebih diutamakan berbanding yang lain."

Ini memberi jawapan kepada kami mengapa ada sesetengah penulis yang standard karyanya biasa-biasa sahaja tetapi diberi lagi dan lagi ruang menulis dan diterbitkan.

Apakah ciri-ciri yang disukai oleh editor?

(1) Bakal penulis tidak menggunakan singkatan perkataan ketika menulis emel.

"tk...bnyak idea2 terjana tapi x tau bagaimana, mana nak tnya, mna nak mula, mana nak dimajukannya."

Singkatan perkataan memberitahu editor bahawa dirinya tidak penting.

Maka singkatan perkataan sudah mencukupi bagi memberitahu tujuan penghantar kurang ambik kisah terhadap diri editor. Mengapa surat formal kita bersusah payah menulis dalam ejaan yang penuh, tetapi dengan editor bersikap sebaliknya?

Gunakan ejaan penuh apabila berurusan secara formal.

(2) Penggunaan huruf besar pada kadar normal.

"WHY NEED ADDRESS AND LETTERS?"

Dari intonasi bahasa, ia seperti menjerit-jerit kepada penerima emel dan tidak mewakili tataberbahasa Melayu yang disenangi oleh editor. Jika disertakan bold seperti WHY NEED ADDRESS AND LETTERS? ia bersifat penekan maksud.

Terdapat beberapa lagi peraturan budaya yang meninggikan kecantikan sosial kita di mata orang lain kesan daripada penggunaan perkataan dan gaya kita menulisnya. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.

Ini memberi saya jawapan mengapa pernah berlaku di sebuah penerbitan, cadangan manuskripnya ditolak dalam tempoh satu jam selepas diemelkan.

Sedangkan proses normal penilaian manuskrip adalah dua minggu.

Benarlah sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan adalah bagi menyempurnakan akhlak manusia.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Saturday, July 21, 2012

Apabila menghadapi lambakan maklumat


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Setiap orang adalah sumber idea penulisan


Setiap individu adalah sumber idea sama ada penulisan fiksyen mahupun non fiksyen. Cuba senarakani tiga nama individu yang dapat kita kaitkan dengan pengalaman Ramadan kita.

Pada bulan Ramadan ini, saya teringat seorang lelaki yang menahan saya daripada menaikki lif di ruang legar KLCC.

Pakaianya berbau masam, wajahnya menunjukkan umurnya awal 40-an dan dia membawa beg sandang bersamanya bersama keratan akhbar.

Sepanjang sebulan dia berada di Kuala Lumpur selepas gagal mendapatkan pekerjaan pengawal keselamatan yang tertera pada iklan tersebut.

Ramadan adalah rezeki kepadanya kerana dapat berbuka di masjid bagi menjimatkan perbelanjaan.

Tetapi semakin lama dia di Kuala Lumpur, semakin susut wang belanjanya.

Seminggu sebelum Aidilfitri dia berazam mahu pulang ke Johor. Akhirnya dia menebalkan wajah memohon pertolongan sedikit biaya pulang untuk bertemu dua orang anak dan isterinya.

Dengan sedikit wang belanja pulang yang diberikan kepadanya, lelaki ini menyambutnya dengan mata yang mula berair dan terus memeluk saya.

Kemudian di tengah-tengah KLCC, dia menadah tangan dan mendoakan. Kemudian terus mendoakan.

Bagaimana pula saudara. Siapakah yang saudara kenal dan masih mengingati ceritanya?

Setiap orang ada cerita dan membawa isi ke dalam karya kita.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Situasi negatif sebagai modal penulisan


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Mengurus Lambakan Idea


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Friday, July 20, 2012

Rantaian memori cetus tarikan dalam penulisan


Bermula dengan mencari rantaian memori. Ketika bersahur apakah rantaian memori yang dapat kita kaitkan dengan situasi ini.

(1) Saya teringat lelaki yang melaungkan perkataan sahur sambil mengetuk tin seawal pagi di kampung.

(2) Saya teringat lelaki tua yang melaungkan perkataan sahur melalui mikrofon di masjid. Sepuluh minit sebelum Subuh beliau berkata, "Imsak, cepat bersahur!" Suara pertama seawal pagi di kampung Sungai Cincin.

(3) Saya teringat sekumpulan kanak-kanak yang melaungkan perkataan sahur sambil berbasikal. Lama-kelamaan hanya tinggal seorang sahaja. Mungkin anak bilal masjid.

(4) Saya teringat niat sahur yang ditampalkan oleh ayah setiap kali Ramadan. Lama kelamaan ia kekal di situ dan tidak beralih tempat.

Apakah rantaian memori saudara yang dapat dipanjangkan menjadi sebuah cerita atau pun anekdot rencana?

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Wednesday, July 18, 2012

Unsur dialek mengganggu Bahasa Melayu Tinggi

Dipetik semula daripada Professor Emeritus Abdullah Hassan.


Dalam entri FB Tuan Zamri Mohamad, saya menemui dua contoh tentang Bahasa Melayu Tinggi yang mahu saya jelaskan.

1. Sendi nama "atas" bukan "di atas"

Hari ini rakan FB saya menulis di status dan membuat keputusan membotakkan kepalanya "atas" sebab yang murni. Isterinya mula kehilangan rambut sedikit demi sedikit kesan daripada kimoterapi.

(Penggunaan kata sendi nama "atas" ini betul, bukan "di atas".)

2. Unsur dialek yang "mengganggu" Bahasa Melayu Tinggi

Saya "duduk" berfikir, betapa menjadi botak juga mempunyai mesej kasih sayang juga dalam menghadapi situasi di luar jangka ini.

(Kata bantu kerja "duduk" di sini datang daripada kelaziman dalam dialek, terutamanya Kedah dan Perak utara, yang menggunakan "duduk" sebagai menggantikan "sedang". "Saya duduk berfikir" itu adalah "Saya sedang berfikir", ... mungkin dalam posisi duduk, berdiri atau baring ...")

Mengapa kita menulis buku motivasi?

Mengapa mahu menulis buku motivasi atau sesetengah melabelkan sebagai karya inspirasi?

Soalan ini dijawab dengan beberapa jangkaan.
  • Menulis kerana diinspirasi dengan kemunculan selebriti motivator di televisyen. 
  • Percaya motivasi adalah subjek yang mudah ditulis berbanding subjek lain.
  • Melihat motivasi adalah subjek yang popular didedahkan dalam program institusi sama ada dalam bentuk ceramah dan kursus.
  • Berasa percaya bahawa buku motivasi dapat mengubah orang lain.
  • Dijadikan terapi diri apabila berhadapan situasi dengan menulis buku motivasi.

Kerana kepercayaan-kepercayaan ini, maka menulis buku motivasi menjadi pilihan.

Menulis buku motivasi tidak semudah menulis, "Kita dapat berubah dan percaya."  atau berkata, "Saya mahu menulis buku motivasi."

Ada perkara yang diambil kira oleh penulis agar buku motivasi relevan dalam pasaran.

Pembaca mesti dapat mengesan tema yang jelas buku motivasi yang ditulis. Semakin jelas, maka semakin yakin pembaca bahawa buku motivasi tersebut sesuai kepada dirinya.



Billy PS Lim terkenal dengan buku motivasinya, Berani Gagal. Temanya adalah motivasi kegagalan.

Aaidh ibn Abdullah al-Qarni pula menulis buku motivasi menghadapi kesedihan dengan judul La Tahzan.





Cerita dari Syurga kolaborasi bersama Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Haeqal Zulqarnain adalah buku motivasi yang hanya memfokuskan kepada motivasi ke arah diingati

SMILE kolaborasi Irma Hasmie adalah karya yang hanya memfokuskan motivasi, biar sedikit asal menjadi.

Bagaimana dengan buku motivasi tulisan kita, adakah temanya jelas?

Tentukan tema dan ia akan memandu arah ke mana hala tuju buku motivasi itu.

Dalam setiap bab dan setiap cerita, ia memfokuskan kepada kepada tema yang sama dengan acuan dan sudut pandang berbeza.

Hal yang sama dalam penghasilan filem yang dianggap filem motivasi oleh para penonton. Apabila penonton dapat mengesan tema sebuah filem, maka filem itu mudah diingati.
  • Filem 300 membawa tema, "Jangan berundur dan mengalah."
  • Filem Freedom Writers membawa tema, "Jangan beralasan."
  • Filem The Mighty Ducks membawa tema, "Bersatu dan menang bersama-sama."
  • Filem Rocky Balboa membawa tema, "Bangkit dan bergerak ke hadapan."


Manakala filem The Pursuit of Happyness membawa tema, "Tidak ada sesiapa layak berkata kamu tidak boleh lakukan."

Apakah tema buku saudara?


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Berapakah royalti penulis dan ilustrator?

Satu soalan diajukan, "Bagaimana pembahagian royalti antara ilustrator dan penulis dalam sebuah penerbitan?"

Terdapat beberapa model yang diamalkan.

(1) Ilustrator dan penulis bersetuju membahagikan jumlah royalti berdasarkan perbincangan mereka sebelum kerja bermula.

(2) Pihak penerbit mencadangkan peratusan royalti yang diukur daripada sumbangan tugas penulis dan ilustrator.

(3) Pelukis tidak menerima royalti, sebaliknya menerimanya pembayaran penuh atau lump sump berdasarkan projek.

Amalan pembahagian royalti antara penulis dan pelukis memberitahu kita sesuatu. Ilustrator mesti bersedia turun padang bersama penulis atau secara solo bagi mempromosikan karya yang dihasilkan.

Jika ya, bersedia turunkan tandatangan pada kertas perjanjian dan hasilkan manuskrip bersama.

Setiap angka ada tanggungjawab yang mesti dipenuhi.



Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 


Bagaimana menukarkan stress menjadi karya


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana mendapatkan kuasa dorongan dalam berkarya


Kita mahu menulis dan berminat menulis, pernahkah kita ceritakan minat dan kemahuan kita kepada seseorang?

Apakah respons yang diberikan?
Apakah perasaan kita selepas mendengar respons itu?

Dengan siapa kita kenal dan bercerita memberi kesan produktiviti karya dan motivasi menulis kita. Semakin kita dengar semakin kita bersemangat menulis dan semakin kita dengar semakin hilang daya motivasi kita.

Itu dinamakan kuasa dorongan.

Bagaimana mendapatkan kuasa dorongan dalam berkarya.

(1) Kenalpasti siapakah rakan-rakan yang positif terhadap kita selepas kita menyatakan hasrat menulis.
(2) Senaraikan rakan-rakan dan ahli keluarga yang menambah baik idea kita selepas berkongsi angan-angan karya.
(3) Ingat semula siapakan di kalangan mereka yang pernah membaca karya kita, memberi komen membina meskipun karya kita biasa-biasa sahaja.

Mereka adalah kuasa dorongan. Mereka bukan kumpulan yang memuji kerana mahu menjaga hati dan memberi harapan kosong, sebaliknya berfikir, "Apa yang dapat saya lakukan bagi menaikkan kualiti penulisanya."

Keluarkan sehelai kertas dan senaraikan sekarang.

Bagaimana mereka yang tidak ada dalam senarai?

Tangguhkan dahulu kekerapan berinteraksi dengan mereka sehinggalah kita sudah dapat melihat nama kita dalam akhbar, majalah dan buku.

Ini termasuklah hide feed aktiviti kita dan dia di paparan Facebook bagi menjaga momentum penulisan dan kepercayaan kita.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini