Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Wednesday, December 12, 2012

Pemasaran buku itu sentuh, cuit, pegang dan rasa




Tim kursuspenulisan.com mengikuti sesi ringkas penulis Green Deen, Tuan Ibrahim Abdul Matin.

Penganjur program, Kinokuniya aktif menggalakkan hadirin 'menyentuh' dan 'membelek' buku beliau.

Kita dapat saksikan kakitangan terlibat mengambil buku di meja dan mengedarkan terus kepada hadirin ketika sesi berlangsung. Kesan daripada tindakan proaktif ini, buku dibeli dan ditandatangani.

Pemasaran buku itu sentuh, cuit, pegang dan rasa. Apabila penonton memegang buku, itu bermaksud dia mengizinkan buku berada dalam zon peribadinya.

....

"Saya mahu menjadi penulis dan saya bermula dengan klik di sini"

Bank Negara mencetak wang untuk penulis sahaja

Bank Negara adalah tumpuan kursuspenulisan.com pada hari ini. Kami bersama-sama penulis PTS Media Group, Mantera Works dan Marketing Chef. Sempena bulan bahasa, kami dijemput ke Bank Negara bagi mengendalikan bengkel penulisan melibatkan penulisan fiksyen dan non fiksyen.

Kredit foto, Tuan Zusuff Marketing Chef


Kedegilan adalah faktor yang mendorong kejayaan penulis. Penolakan yang pertama dan seterusnya adalah wajib bagi penulis yang benar-benar jiwanya yakin dan percaya bukunya akan diterbitkan. Itulah yang berlaku kepada penulis, Tuan Resmanshah Syakur.

"Sekiranya dia ada jiwa terhadap penulisan, dia akan bertahan," katanya.

Resmanshah telah menulis enam buah novel humor. Menurut beliau, "Ibu-bapa tidak digalakan mendedahkan anak-anak kepada filem seram secara konsisten kerana ia akan memberi kesan kepada daya fikir kepada kanak-kanak."



Beliau memberi petua dan adunan menjadi penulis di negara ini.

Pertama. Jadilah penulis yang rajin, iaitu tidak lelah menulis dan memperbaiki karya tanpa mengira terbit atau tidak.

Kedua. Jadilah penulis diva, iaitu kesombongan sosial yang tujuanya menaikkan nilai kewujudan penulis dalam khalayak. Ia adalah adunan yang sangat sedikit sifatnya. Misalnya, ada waktunya penulis tidak membawa bukunya di dalam acaranya sebagai mesej bukunya lebih hangat beredar di luar.

Ketiga. Jadilah penulis berhati waja, iaitu meraikan penolakan dengan serangan demi serangan menghantar manuskrip yang semakin lama semakin diperbaiki mutunya. Semakin diasak penerbit dengan bertanya, "Apakah yang saya mesti lakukan bagi menaikkan mutu karya saya?"

Keempat. Jadilah penulis yang licik, iaitu tahu bagaimana menjadikan karyanya menjana lebih daripada satu cabang pendapatan dalam kerjaya penulisan secara professional.

Kata akhir Resmanshah, "Saya menulis di bawah empat penerbit. Malah saya mempunyai 90 manuskrip yang masih kekal di tangan untuk diserahkan kepada penerbit."

Mahu memenuhi langkah gergasi angan-angan dalam dunia penulisan? Klik di sini

Thursday, December 6, 2012

Asean Ebook Conference. Negara miskin jualan ebook tinggi


Tim kursuspenulisan.com mengikuti  Asean Ebook Conference anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, MABOPA (Malaysia Book Publisher Association) dan Kelas Buku. Persidangan ini disokong oleh Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC).



Kegilaan sebuah negara yang disebut miskin berbanding Malaysia pun sudah menggunakan ebook interaktif tinggi dalam universiti. 

Rasanya cabaran para penerbit, wakil universiti dan jabatan kerajaan yang hadir adalah keluar daripada kepompong kemiskinan tindakan agar dapat bertindak seperti Vietnam dalam dunia ebook.

Nota: Perkataan miskin digunakan oleh pembentang merujuk kepada situasi mereka dibandingkan Malaysia

Aleeza.com hidup dengan ebook dalam bahasa Vietnam. Platform ini mempunyai 50,000 pengguna yang aktif. Ebooknya memiliki tiga ciri iaitu, ringkas, mudah dikendalikan dan mempunyai sentuhan kolaborasi sesama pembaca. 

Aleeza membantu universiti melalui aplikasi bagi menyediakan ebook dalam platformnya. 

Rekod menunjukkan sebuah ebook dapat dijual 1000 unit dalam tempoh seminggu.


Nota: Tim kursuspenulisan.com akan mengendalikan coaching penulisan dan penerbitan ebook. Pra daftar dibuka kepada para pembaca. Klik di sini.

Asean Ebook Conference. Ebook lebih mahal akan dibeli?

Tim kursuspenulisan.com mengikuti  Asean Ebook Conference anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, MABOPA (Malaysia Book Publisher Association) dan Kelas Buku. Persidangan ini disokong oleh Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC).



Guy Hallowes, penulis yang aktif menerbitkan ebook tulisan beliau sendiri memberi dapatan yang menarik mengenai perkembangan ebook. Menurut beliau ebook melepasi ujian pengangkutan awam,  iaitu medium yang mudah dibawa dan dibaca dalam pengangkutan awam.

Guy bertanggungjawab dalam pembangunan program ebook bagi penerbit Mills and Boon, United Kingdom pada tahun 2008. Mill and Boon menerbitkan 80 judul setiap bulan yang turut dijadikan format ebook dan setiap satunya mengandungi fungsi carian teks.

Pada peringkat awalnya, mereka menjangka akan mendapat pulangan semula dalam tempoh 12 bulan. Sebaliknya, ia hanya mengambil masa tiga bulan. Direkodkan 15,000 ebook download pada setiap bulan.

Penetapan harga dilakukan dalam beberapa keadaan.

Meletakkan harga yang sama.

Meletakkan harga yang sama pada ebook dan buku cetak. Ia berlaku ketika buku dan ebook baru berada di pasaran.

Selepas itu ebook melalui fasa promosi, iaitu apabila pembeli membeli buku, mereka mendapat ebook pada harga serendah satu pound.

Ini mendorong aktiviti pada emel pelanggan berpanjangan melalui promosi dan pengenalan produk, selain daripada aktiviti di media sosial.

Meletakkan harga ebook lebih mahal

Strategi kedua adalah menetapkan harga ebook lebih mahal berbanding buku cetak. Ia dilakukan pada novel JK Rowling, The Casual Vacancy. Edisi Kindle berharga USD$24.34, manakala edisi kulit keras, USD$16.52.

Setelah satu ketika, harga ebook diturunkan secara drastik dalam pasaran.

Nota: Tim kursuspenulisan.com akan mengendalikan coaching penulisan dan penerbitan ebook. Pra daftar dibuka kepada para pembaca. Klik di sini.

Sunday, December 2, 2012

Sekecil-kecil penulis, sebesar-besar penulisan


Disember bermula dengan tindakan



Semalam berlaku tiga pertemuan berkenaan penulisan. Salah satunya bersama salah seorang daripada 1500 orang peserta pada sesi minggu lalu. Saya tidak dapat melihat beliau dari atas pentas. Manusia terlalu ramai, lampu pentas menghalang saya melihat wajah mereka.

Kali ini beliau datang bagi mendapatkan bimbingan penulisan bahan teknik. Kepakaran beliau adalah memotong kain bagi dijadikan baju kurung dalam tempoh 10 minit. 

Ini adalah produk teknik yang dapat mengurangkan kos sebelum dihantar kepada tukang jahit. Insya Allah, penulis di bawah literary agent saya ini akan bernaung di bawah Buku Pandai Publications, Insya Allah.

Salah satu etika dan disiplin tugas literary agent adalah menerangkan isi kandungan perjanjian Buku Pandai Publications sebelum tawaran diterima.

Disember bermula dengan tindakan




Semalam sekumpulan peserta mengorbankan cuti mereka bagi menghadiri seminar penulisan novel. Mereka akan dikejar selepas ini bagi memastikan karya mereka diterbitkan.

Perkara yang menarik berlaku kepada diri mereka, sudah ada buku-buku non fiksyen yang menunggu bagi dijadikan novel. Pokoknya, mereka mesti berlatih menulis cerita yang sedap dibaca melalui skil yang diberikan.

Peluang sudah diberikan, jalan sudah terbuka, latihan sudah diaplikasi. Angan-angan dipenuhi.

Disember bermula dengan tindakan



Sehari sebelum semalam, seorang ibu dan ayah mengendong anak yang masih kecil, memimpin anak-anak yang belum bersekolah ke bengkel penulisan buku. 

"Terima kasih kerana menjadikan si kecil itu sebagai peserta paling muda dalam sesi ini," saya tersenyum.

Sepanjang sesi saya memerhatikan mereka dengan rasa takjub, ketika mana ramai yang memanjang mimpi mahu menjadi penulis, mereka bermimpi dan kemudian bertindak ke atas mimpi mereka. 

Anak-anak dibawa bersama dalam perjuangan mereka menjadi penulis.

Disember bermula dengan tindakan

Tuan Hadi Rofiee, salah seorang peserta bengkel


Selesai sahaja bengkel penulisan, saya melihat dua kertas cadangan sudah siap dibawa oleh dua orang penulis. 

Mereka saling dorong mendorong dan duduk sebelah menyebelah sepanjang bengkel. Seorang melihat rakan yang di sisi dan kehadiranya seolah-olah berkata, "Saya mahu melihat buku kamu terbit dan saya akan pastikan ia berlaku."

Disember bermula dengan tindakan



Sehari sebelum semalam, seorang lelaki menghadiri bengkel penulisan buku. Lelaki itu menghampiri saya dan memberikan sesuatu, "Tuan, ini adalah hadiah daripada isteri saya."

Tidak saya tahu isterinya mengirimkan senaskhah novel yang siap terbit. Alhamdulillah, bengkel terdahulu mendorong beliau menulis dan diterbitkan. Hati isteri lega apabila tidak ada lagi perkataan, "Kalaulah aku menulis buku waktu dahulu…."

Disember bermula dengan tindakan.



Saya sedang duduk dan melihat ke luar. Ada sesiapa mahu bertindak memenuhi angan-angan pada Januari tahun hadapan?

Bermula di sini