Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Friday, August 31, 2012

Penulis sudah mati walaupun bernafas?


Apa yang menyebabkan saya kerap bercerita mengenai teknik penulisan dan mengendalikan kursus penulisan.


Jawapan saya seperti mana dalam video ini, "Ramai orang bijak pandai mati bersama angan-angan yang lahir daripada kata-kata sahaja. Jika saudara tidak menulis, tidak ada sesiapa akan membacanya."

Tukar angan-angan itu sebelum usia 60. Sungguh menakutkan hidup dengan kata-kata, "Alangkah baiknya jika saya....."

Penulis sudah mati walaupun bernafas apabila tidak ada buku, tetapi hanya cerita di lidah.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Jarak tidak membunuh angan-angan penulis


Peserta coaching 'air mata darah' kursuspenulisan.com Cik Puan Nur Inani Ismail menerima berita gembira dan mendorong apabila rencana tersiar di Berita Harian bertarikh 29 Ogos 2012.

Idea ini dihasilkan ketika coaching kursuspenulisan.com dalam sesi pecutan bebas.



Screenshot akhbar bercetak


Screenshot versi online



Kemunculan rencana daripada idea 30 minit mendorong para peserta kursuspenulisan.com berlumba-lumba menghasilkan lebih banyak rencana di akhbar dan majalah.

Cik Puan Nur Inani juga pernah menulis dan muncul dalam majalah Millenia Muslim berkaitan topik harta wakaf.

Beliau merupakan Pembantu Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam Universiti Sains Malaysia.

Semoga kehadiran beliau dari Pulau Pinang ke coaching penulisan rencana di Kuala Lumpur tempoh hari memberi kesan positif kepada semua.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Adakah penulis dijajah dan tidak merdeka?


Alumni kursuspenulisan.com, Tuan Al Ghazali Sulaiman adalah penulis tanpa henti menghasilkan novel sejarah Islam.


Jika saudara bertanya apakah itu kemerdekaan kepada penulis, penulis merdeka apabila angan-angan yang membelengui dirinya menjadi benar selepas buku di dalam minda kini berada di tapak tanganya. Dia tidak dijajah dengan persoalan, "Alangkah baiknya jika saya menulis...", "Kalaulah saya menulis...."

Bersahabat dengan Tuan Al Ghazali Sulaiman bagi mendapatkan semangat dan doronganya.

Buku alumni ini kini berada di rangkaian kedai buku serta kedai buku online seluruh negara.

Ya Allah, limpahkan kebaikan tidak disangka-sangka kepada beliau. Amin.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Tuesday, August 28, 2012

Ayat visual mendorong pembaca


 "Saya mengharapkan lebih banyak paluan kompang dan tangisan bayi tidak lama lagi," kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menyentuh tentang menambah bilangan rakyat Singapura.

Kaedah ini memberi kesan visual dalam penulisan bagi membicarakan sesuatu topik. Seni bagi kita menggantikan ayat, "Kerajaan berusaha ke arah pertambahan  angka kelahiran setiap tahun."






Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Monday, August 27, 2012

Penulis baru ditapis dalam dunia penerbitan

Ketika seminar Singapore Writers Festival, kami diberitahu keutamaan para penerbit luar negara adalah kepada kumpulan penulis lama yang aktif dengan karya berkualiti. 

Mereka sangat menapis kemasukan penulis baru dan kuotanya amat kecil. Menguruskan penulis baru dan menguruskan karya baru adalah dua perkara berbeza.

Kos masa tim editorial lebih tinggi apabila menguruskan penulis baru.  Jika begitu, bagaimana penulis baru mahu masuk ke dalam dunia penerbitan. Ada caranya.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Thursday, August 23, 2012

Mulakan karya kecil sebelum tiba karya besar


Mari mendorong diri, guru saya memberitahu buku-buku awal Imam Bukhari adalah buku-buku yang nipis dan ringkas sahaja peneranganya.

(1) Beliau menulis pada usia 16 tahun dan menyenaraikan senarai nama perawi  dengan ulasan yang pendek sahaja.

(2) Ada buku yang ditulis beliau tebalnya berpuluh helai sahaja.

(3) Sahih Bukhari bermula dengan bab tanpa isi. Selepas menyenaraikan semua bab, hadis-hadis sahih disenaraikan mengikut bab. Ada bab yang kosong disebabkan beliau tidak menemui hadis yang sahih atau ia terlalu panjang untuk dimuatkan. Ini adalah amalan template kerja dalam sebuah proposal buku.

(4) Imam Muslim pula melengkapkan apa yang kurang lengkap dalam Sahih Bukhari. Jika pada hari ini, ia seperti usaha edisi kemas kini dan susulan judul buku baru dalam kategori yang sama oleh penulis asal atau penulis lain.

Refleksi, Imam Bukhari bermula dengan menulis karya-karya kecil sebelum menjadi karya besar. Pedoman penulis baru bermula dan berhenti menunggu kesempurnaan. Tulis sahaja.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini



Tuesday, August 14, 2012

Kaya seorang diri, penat kemudian dia berhenti


Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan?

Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu itu berjudul Nothing Gonna Change My Love For You nyanyian Glenn Medeiros. Ia dirakamkan pada tahun 1987.



Kisah populariti Glenn dilihat sebagai rezeki atas rezeki.

Penyanyi kelahiran Hawai ini merakamkan lagu itu dan disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau setakat di situ sahaja.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kepada Glen apabila seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti.

Juruhebah dari Amerika Syarikat pulang dan kemudian memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You di Amerika. Lagu itu meletup di sana. Ia menjadi kegilaan baru para pendengar.

Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kali kedua berlaku. Glenn mendapat tempat dalam dunia muzik di Eropah. Tetapi tidak ada pegawai pemasaran atau pegawai promosi yang menghantar albumnya ke sana.

Seorang juruhebah radio dari Eropah yang sedang bercuti di Amerika pula membeli album Glenn. Dia kemudian memainkan lagu tersebut di stesyen radionya.

Sekali lagi nama Glenn dan lagunya menjadi kegilaan.

Rezeki di Hawai, rezeki di Amerika dan rezeki di Eropah. Jualan album penyanyi berusia 25 tahun ketika itu adalah sejumlah 10 juta album di seluruh dunia. Lagunya tersenarai dalam carta Billboard dan hit nombor satu di Belgium tidak sampai tempoh dua tahun. Album beliau juga mendapat anugerah emas.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar Glen turut berlaku dalam dunia penulisan.

Pertama

Penulis dapat melakukan semuanya, tetapi akan penat mengejar setiap satu langkah dan mengambil masa yang lama. Ada orang lain dalam dunia penerbitan yang dapat membantu mempercepatkan langkah kita. Gunakan peluang itu untuk meletakkan nama kita terlebih dahulu sebelum berkembang lebih jauh.

Kedua

Kejayaan yang dikecapi penulis bukan kejayaan individu. Tanpa ada orang yang menyokong dan berkata anda boleh lakukan, kita tidak akan ke mana. Glenn hanya kekal penyanyi kampung jika dua orang juruhebah radio dari Amerika dan German tidak memutarkan lagunya.

Mahukah kita kekal sebagai penulis kampung sahaja tanpa membenarkan rakan dunia buku membantu?

Ketiga 

Satu bakat sahaja tidak akan berkembang jika tidak digabungkan dengan bakat orang lain.

Bakat nyanyian sahaja tidak akan menjadikan penyanyinya menguasai carta. Ia datang dengan bakat orang lain yang tahu mempakejkan, memasarkan dan mengedarkan kepada khalayak lebih besar.

Jika bakat nyanyian Glenn tidak digabungkan dengan bakat pujuk rayu sang DJ di konti radio, belum tentu Notting Gonna Change My Love For You meletup sehingga hari ini!

Tidak ada istilah kekayaan seorang diri dalam penerbitan

Bakat penulis juga melalui keadaan yang sama. Penulis tidak dapat bergerak sebagai individu, tetapi bergerak sebagai penulis dengan bantuan literary agent, penerbit, pembaca dan media.

Ia menjadi kejayaan dan kekayaan bersama.

Mana satu pilihan kita. Kekal menjadi penulis kampung dengan keuntungan yang sangat kecil yang bergantung kepada kerja seorang diri atau sebaliknya?

Berfikir menjadi penulis yang karya kita panjang hayat dan panjang pendapatanya di pasaran dengan bantuan orang lain.

Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan?

Pemerhatian ke atas sepuluh penulis PTS mendapati ciri-ciri mudah bekerja sebagai satu tim menjadikan mereka penerima royalti tertinggi dengan nilai terkumpul berjumlah satu juta ringgit.

Keuntungan besar dalam dunia penulisan hanya berlaku dalam kerjasama kumpulan.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Monday, August 13, 2012

Apabila manuskripku hilang tiba-tiba (1)

Ada tiga situasi yang berlaku di kalangan penulis yang menyebabkan mereka kehilangan manuskrip yang sedang ditulis.

Pertama

Seorang penulis yang bergandingan dengan tokoh motivator negara kerugian sejumlah manuskrip baru dan kehilangan salinan manuksrip-manuskrip lama yang ditulis lebih lima tahun. Ia berlaku apabila komputer ribanya dicuri selepas cermin keretanya dipecahkan. Kejadian berlaku di sebuah kompleks membeli belah.

Kedua

Seorang penulis kehilangan manuskrip selepas komputernya diserang virus dan perlu diformat semula. Salinan pada thumbdrive juga mengalami keadaan yang sama.

Ketiga

Sebuah penerbit kehilangan sejumlah manuskrip apabila komputer riba para pengurusnya dicuri ketika sesi semburan kawalan serangga dilakukan di pejabat semasa solat Jumaat. Kumpulan yang melakukan aktiviti semburan itu adalah perompak yang bertindak ketika pekerja-pekerja lelaki ke masjid.

Ketiga-tiga situasi ini mendorong para penulis berfikir, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan manuskrip sentiasa berada dalam keadaan selamat?

Terdapat empat cara yang dilakukan oleh para penulis.
  • Penggunaan Dropbox
  • Penggunaan Google Docs
  • Penggunaan Gmail
  • Penggunaan blog
Penggunaan Dropbox

Dropbox bertindak sebagai ruang simpanan dokumen secara online. Ia dapat diakses dari mana-mana komputer dan tablet yang mempunyai Dropbox.

Penulis melayari laman web Dropbox kemudian mendaftar di laman web itu melalui fungsi create an account. Klik download Dropbox yang tertera pada laman hadapan bagi menggunakan aplikasi ini sepenuhnya.




Ini adalah contoh bagaimana kami menyusun semua manuskrip ke dalam satu folder di dalam Dropbox.



Paparan Dropbox pada komputer kita akan kelihatan seperti folder-folder dalam di dalam komputer.

Setiap kali penulis menulis di Word atau pun Open Office, salinan manuskrip itu akan disimpan di folder Dropbox yang berada pada komputer.




Folder Dropbox dapat diakses dari mana-mana komputer dan tablet selagi mana kita mengakses menggunakan username dan password kita.

Mahukan Dropbox secara percuma? Klik di sini

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Saturday, August 11, 2012

Tahukah kita manakah satu bab yang membunuh?


Killer chapter adalah cara menarik perhatian pembaca bagi terus membelek buku yang ditulis. Ada penerbit menjadikan sebahagian killer chapter sebagai sinopsis pada belakang kulit buku.

Ada yang dijadikan sebahagian daripada pengenalan buku.

Killer chapter digunakan sebagai skrip oleh penulis bagi menyampaikan ceramah di program promosi buku dan rakaman televisyen.

Ketika peringkat menulis proposal buku, killer chapter penting bagi mencetuskan rasa teruja di peringkat editorial, pemasaran dan jualan serta kedai buku. Mereka adalah kumpulan yang menilai dan meluluskan proposal bagi tujuan penerbitan.

Ia seperti lagu yang dipilih untuk diulang-ulang di radio agar pendengar membeli CD yang mengandungi 12 buah lagu lain.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Biodata penulis, apa yang pembaca perlu tahu?


Kaedah memperkenalkan diri dalam biodata penulis pada kulit belakang buku, flap atau lipatan pada kulit buku serta halaman belakang selepas akhir bab memberi kesan kepada persepsi pembaca.

Biodata diri dalam karya berfungsi sebagai alat pemasaran ke atas pembaca.

Biodata yang padat, mempunyai maklumat yang relevan dan mudah dihadam oleh pembaca dalam masa yang singkat.

Biodata penulis menunjukkan kematangan penulis. Semakin lama terlibat dalam menghasilkan karya, semakin pendek biodatanya.

Ada sesetengah penulis, biodatanya hanya melibatkan tiga baris ayat sahaja.


Biodata pada kulit belakang buku


Biodata pada flap buku. Kredit foto Your Fitness Book dan Chieuvan



Ciri-ciri penulis baru atau tidak dilatih dapat dilihat daripada cara penulis memperkenalkan dirinya.
  • Halaman pengenalan dirinya panjang sehingga ada menjangkau dua halaman. 
  • Menyenaraikan semua penglibatan dari zaman sekolah sehinggalah aktiviti di tempat kerja.
  • Menyatakan semua jawatan tertinggi dan semua penglibatan tertinggi dalam laman pengenalan diri.
Penyediaan biodata yang persuasif adalah tanggungjawab penulis. Majoriti editor tidak membimbing penulis teknik menghasilkan biodata yang persuasif. Malah editor akan menyalin semula sebahagian biodata penulis untuk diletakkan pada kulit belakang buku.

Biodata penulis berubah mengikut judul buku yang diterbitkan.

Katakan Ali bin Abu menulis buku mengenai perniagaan internet dan buku teknik penulisan. Dua jenis biodata mengenai Ali bin Abu sebagai seorang penulis disediakan.

  • Biodata pertama bagi buku pemasaran di internet

Ali bin Abu merupakan pengamalan pemasaran internet teknik Gorila Marketing. Beliau telah mengaplikasi pemasaran konten melalui emel sebagai teknik mendorong pembaca emelnya. Mereka mendapat tip berkualiti selain daripada bimbingan lanjutan melalui coaching.

  • Biodata kedua bagi buku teknik penulisan


Ali bin Abu merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Beliau menulis 23 buah buku dan menulis secara bebas di akhbar dan majalah sejak awal tahun 2000.

Adakah sebarang perbezaan antara kedua-kedua biodata ini?

Pendek, padat dan relevan. Ia menjawab persoalan pembaca, "Apa melayakkan kamu menulis buku ini?"

Bagaimana pula dengan biodata penulis amatur?

Dia akan menceritakan semua mengenai dirinya seperti berikut:

Ali bin Abu merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Beliau menulis 23 buah buku dan menulis secara bebas di akhbar dan majalah sejak awal tahun 2000.

Merupakan pengamal pemasaran Gorila Marketing melalui media sosial untuk pasaran tempatan. Beliau telah mengaplikasi pemasaran konten melalui emel sebagai teknik mendorong pembaca emelnya. Mereka mendapat tip berkualiti selain daripada bimbingan lanjutan melalui coaching.

Prinsip penulisan biodata adalah ia ditulis secara padat dan ringkas serta berkaitan dengan subjek buku.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

Friday, August 10, 2012

Bagaimana jika buku kita menjadi filem?


Situasi mengadaptasi buku ke bentuk harta intelek lain adalah satu cara merangkaikan pendapatan penulisnya.

Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan adalah dua buah novel yang dijadikan filem.

Adakah penulis buku non fiksyen berkongsi keuntungan yang sama?

Ya, apabila mendapat sentuhan produksi yang menukarkan perkataan menjadi visual.

Buku Expect When You're Expecting adalah buku panduan ibu mengandung terlaris di bawah carta New York Times dan merupakan salah satu daripada 25 buah buku yang berpengaruh di Amerika selama 25 tahun.

Lebih menarik lagi, 90 peratus ibu mengandung yang membaca buku ini. Ia telah dijual 14.5 juta naskah.

Buku ini diangkat sebagai filem pada tahun ini.


Buku Act Like a Lady, Think Like a Man tulisan Steve Harvey juga diangkat menjadi filem oleh Sony Pictures dengan judul Think Like a Man pada tahun 2012.

Buku non fiksyen ini merupakan buku yang menceritakan tentang perhubungan, cinta dan komitmen.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  


Thursday, August 9, 2012

Sekali pandang di rak, pembaca sudah jatuh cinta


Mengapa awak membeli buku saya?

Pembaca sanggup mengeluarkan wang dan membeli buku kerana pakejnya.

"Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya"

Pakej pada karya dapat diukur berdasarkan bagaimana kulit buku dihasilkan, apakah jenis kertas yang digunakan, bagaimana susunan dalam buku diatur oleh penerbit dan penulis.

Semua ini digabungkan menjadi satu sebagai nilai desain.

Nilai desain memberi kesan ekonomi berdasarkan pengalaman

Ada pelanggan sanggup membayar ratus ringgit bagi membeli buku berkulit tebal berbanding berkulit nipis. Meskipun kedua-duanya judul yang sama.

Pernahkah kita mendengar, "Cantiknya kulit buku ini," kemudian dia menyentuh permukaan kulit buku yang timbul. Tidak lama kemudian dia beratur di kaunter mahu membayar harga buku itu.

Hal yang sama berlaku apabila pelanggan membeli buku di kedai buku bagi tujuan dihadiahkan kepada orang lain.

Kerana itu nilai desain menjadi kriteria utama mereka selepas mendapati buku itu mempunyai isi yang bersesuaian.

Nilai desain memenuhi kehendak pembelian untuk orang lain

Buku berjudul Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga terbitan eksklusif PTS untuk POPULAR adalah buku yang memenuhi nilai ini. Buku ini diterbitkan bersama-sama beg kertas yang menggunakan desain yang sama seperti kulit buku.

Fokus buku ini adalah sebagai buku hadiah daripada pembeli kepada penerima. Buku yang cantik pakejnya menjadi kriteria pertama agar mereka membeli.



Buku ini mempunyai versi lebih murah, iaitu versi yang dipecahkan menjadi tiga judul berbeza.

Buku ini menjadi hadiah hantaran oleh pengantin dan nilai desain adalah satu ciri yang mendorong kepada situasi ini. Foto dipetik daripada Facebook pembaca bernama Puan Nini Raman menunjukkan bagaimana buku ini digubah sebagai hadiah iringan.



Nilai desain membesarkan kek pasaran buku

Nilai desain membantu penulis menonjolkan buku mereka dalam rak yang sama. Cuba kita lakukan pilihan. Mana satukah pilihan kita?



Baik, cuba bandingkan dengan kaver buku ini pula.



Kaver manakah yang menarik perhatian saudara? Jika diberi pilihan, sebut salah satu daripadanya.

Bagaimana jika saya katakan ini adalah buku yang sama?




Buku Cerita dari Syurga adalah buku yang diberi tumpuan dari aspek nilai desain. Ini membezakan buku ini berbanding buku-buku motivasi lain.

Pembaca membayar satu harga bagi memiliki buku yang mempunyai dua kaver.

Ini yang menyebabkan pembaca menarik buku ini keluar dari rak dan berkata, "Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya."

Nilai desain memberi kesan mahal kepada karya

Buku tulisan Harun Yahya mengambil kira nilai desain secara keseluruhan. Ia bermula dari halaman hadapan sehingga ke halaman belakang.

Buku ini popular dengan cetakan timbul berwarna, jenis kertas yang digunakan dan kulit buku yang sentiasa ada sentuhan logo emas Muhammad Rasulullah.





Penggunaan tulisan emas menjadi gaya standard bagi setiap buku tulisan Harun Yahya.





Begitu juga buku Paul Arden yang menjadikan jenis huruf atau font yang digunakan bagi menaikkan nilai desain.




Kredit Amazon dan Georgevoke

Foto di bawah menunjukkan dua halaman dalam buku tulisan Paul Arden


Nilai desain mendorong penulis tidak bergantung harap kepada penerbit semata-mata. Kajian kulit buku, susun atur dan persembahan keseluruhan pakej menjadi tugas kedua penulis selepas berkarya.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Semakin ditulis semakin dijauhi


Hari ini saya berkongsi dua nota yang disalin daripada Facebook guru saya, Puan Ainon Mohd.

Mari kita melihat nota-nota ini dari perspektif penulis. Bayangkan jika ia berada dalam buku.

Nota pertama

Salah satu faktor yang menyebabkan kita dilihat seorang yang kurang objektif dan kurang rasional apabila mengemukakan pendapat, cadangan, dan idea adalah apabila kita bercakap menggunakan perkataan-perkataan 'penegas maksud'.

Perkataan penegas maksud (emphatic words).

sangat
tersangat
sangat-sangat
amat
teramat
teramat-amat
paling (spt. paling penting)
sekali (spt. paling penting sekali)
betul (spt. besar betul)
betul-betul (spt. betul-betul besar)

very
very-very (spt. very-very big)
so (spt. sooo.. big)

1. Ada laporan kajian (di UK) yang mendapati perempuan lebih banyak menggunakan kata penegas dibandingkan lelaki.

2. Ada pendapat pakar komunikasi yang mengatakan lelaki yang banyak menggunakan kata penegas dilihat sebagai 'macam perempuan'....

Nota kedua

Tip menulis posting FB yang disukai ramai.

Apabila menulis posting, tidak menggunakan ayat-ayat eksklusif. Sebaliknya, menggunakan ayat-ayat inklusif.

Contoh konten bahasa ekslusif:

1. 'membetul-betulkan' orang lain
2. 'mengajar-ajar' orang lain
3. 'menegur-negur' orang lain
4. 'menyuruh-nyuruh' orang lain
5. 'mengajak-ajak' orang lain

Nota Intipati mesej ayat-ayat eksklusif adalah: "Aku betul, kamu semua tak betul."

Tuesday, August 7, 2012

Berapa jauh langkah karya kita?


Semalam saya belajar sesuatu mengenai merancang kejayaan dan kewangan sebagai pengkarya. Ketika berbual dengan pelukis tersohor dalam dan luar negara, Tuan Yusof Gajah. Beliau memberi beberapa petua yang sesuai bagi seorang penulis buku.

(1) Sasarkan karya murah dan karya mahal

"Ada pelukis berkata, kita pengkarya yang paling miskin. Saya katakan begini, selagi ada dinding di rumah, setiap dinding itu adalah kewangan kita. Berapa banyak lukisan dapat kita jual. Usahlah fikirkan mahu menjual  karya yang mahal sahaja. Karya yang murah tetapi dapat memenuhi setiap dinding jauh lebih mudah dijual."

(2) Mudahkan tugas dengan bekerja bersama Literary Agent

"Jangan mahu melakukan seorang diri. Sebagus mana saudara sekali pun, berikan orang lain yang saudara percaya mengurus dan memasarkan saudara. Jauh perjalanan saudara. Isteri saya adalah pengurus saya."

Nota: kursuspenulisan.com menyediakan perkhidmatan literary agent

(3) Hidupkan peluang wang besar

"Fikirkan pasaran luar negara. Sebuah karya yang dilesenkan sudah mendapat puluh ribu harga pelesesenan. Itu hanya sebuah karya sahaja."

(4) Panjangkan hayat karya

"Fikirkan karya yang dapat dibaca dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Ukur hayat karya berdasarkan hayat pembacanya. Berapa lama saudara mahu ia berada di pasaran."

(5) Cetus idea baru

"Sedangkan LRT pun dapat mencetuskan idea sebuah novel dari satu stesyen ke satu stesyen jika kita melihat sekelilingnya."


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Monday, August 6, 2012

Penulisan mereka mengeluarkan duit dari poket kita


  • Tahukah saudara sejauh mana halalnya makanan di bazar Ramadan?
  • Tahukah saudara Nestle pun sanggup turun ke bendang bertemu petani?
  • Tahukah saudara petua cantik itu dengan sabar?
  • Tahukah saudara kita boleh mengajar membaca tanpa perkataan?
  • Tahukah saudara apakah kalimah yang membahagiakan kita?


Jika ayat "Tidak, tetapi saya mahu tahu"  berulang-ulang dalam hati kita, ia menunjukkan para peserta coaching dengan idea-idea di atas telah mengeluarkan wang dari poket kita agar membeli majalah dan membaca rencana mereka.

Mereka menyebabkan saya berdiam lama tidak berkongsi tip penulisan Ramadan.

Kenapa lama berdiam diri tanpa tip penulisan?

Tiga hari kebelakangan ini saya tidak berkesempatan mengemaskini tip-tip penulisan Ramadan.

Sebabnya adalah mempersiapkan rakan-rakan kita yang menyertai coaching penulisan rencana akhbar dan majalah.

Sambil membaca catatan di bawah, lihat foto para peserta yang gila-gila menulis.




Apakah perkara menarik mengenai mereka dan perkara yang kami kongsikan.

  • Para peserta ini mengalihkan pengalaman mereka kepada bentuk karya yang dibaca oleh orang ramai. 
  • Puan Maimon Hussin dengan kepakaran pendidikan agama untuk sekolah menengah telah menulis buku-buku rujukan. Cik Puan Nur Inani Ismail telah menembusi majalah Millenia dengan topik wakaf. Sentuhan rencana berfikir di luar kotak oleh Tuan Ali Imran yang penuh dengan kajian kes. Cik Puan Mazura pula dengan kelebihan menulis mengenai pelancongan dari faktor baru.
  • Coaching minggu lalu mendedahkan apakah itu kaedah model dan inovasi karya bagi mempercepatkan penguasaan penulisan. Kami menunjukkan seni mengurus peluang apabila menghubungi editor adalah cara mengurangkan risiko penolakan.
  • Perbezaan adaptasi, terjemahan dan reangle atau mencari sudut baru ditekankan. Peserta coaching ditekankan kepada adaptasi berbanding terjemahan.
  • Melalui latihan hari ibu, didedahkan bagaimana satu tema diulang pakai sepanjang empat kali dalam tempoh empat tahun atau empat majalah serentak. Kaedah ini disarankan kepada Tuan Ali Imran yang mahu menghasilkan beberapa rencana serentak. Jadikan ia lebih panjang dari kebiasaan denga dua sudut dapat disampaikan dalam dua media serentak.
  • Para peserta didedahkan kepada seni menulis judul, perenggan dan ayat yang persuasif menggunakan hukum umum bersama-sama contoh daripada majalah dalam dan luar negara.
  • Dalam diam, kami mendedahkan secara ringkas bagaimana strategi menukarkan logik rencana menjadi buku yang dibaca ramai.

Para peserta ini adalah individu-individu berjiwa besar yang telah menulis berkali-kali demi memandaikan bangsa.

Dalam tempoh tujuh hari lagi saya bakal menyemak rencana mereka dan memberi tip-tip dalam seterusnya. Insya Allah.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Thursday, August 2, 2012

Benarkah karya murah dibeli oleh pembaca?


Apakah nilai kedua yang mahu dimiliki pembaca ke atas karya?

"Karya saudara murah untuk saya miliki."

Faktor harga juga memainkan peranan kepada karya yang diterbitkan. Peranan harga penting dalam situasi jualan buku yang berbeza.

Buku yang dijual ketika program bersama penulis sebaik-baiknya digenapkan sahaja jualan agar mempercepatkan jualan buku.

Dalam situasi ini, penjual akan menolak harga buku daripada diskaun pengedar yang diterimanya daripada penerbit.

Faktor harga buku yang murah dan topik yang relevan menjadi gandingan bagi menjual buku-buku kepada khalayak.

Ini berlaku kepada buku-buku Siri Buat Duit terbitan PTS Media Group. Buku-buku ini terjual dengan baik ketika situasi kegawatan tahun 2008. Buku-buku ini memperkenalkan topik-topik survival dalam kegawatan ekonomi melalui penyelesaian bisnes kecil.

Apabila keadaan ekonomi pulih, buku-buku ini berhadapan situasi jualan yang perlahan.

Faktor harga murah semata-mata tidak memberi jaminan buku akan terjual dengan baik setiap masa. Ia diperkuatkan dengan topik yang relevan kepada pembaca.

Penguin

Situasi buku murah menjadi relevan dalam sejarah penerbitan Penguin. Malah sehingga hari ini Penguin masih bermain dengan cara yang sama bagi sebahagian sirinya.

Bayangkan buku yang kita baca ketika ini hanya khusus kepada kelas menengah atasan. Buku ini ditulis dan hanya boleh dibaca oleh ketua jabatan dan pemilik organisasi. Maklumat dalam buku hanya boleh diakes oleh pihak atasan kita

Apakah akan berlaku kepada saudara selepas itu?



Perkara ini berlaku sekitar 1930-an apabila buku-buku yang dijual di pasaran hanya mampu dibeli oleh golongan menengah atasan di Britain.

Harga yang dipamerkan pada kulit-kulit buku adalah harga mampu beli oleh golongan ini sahaja. Sedangkan keperluan membaca itu adalah keperluan pada setiap lapisan masyarakat.

Harga buku yang mahal menjadi buku sebagai produk yang ekslusif untuk ditawarkan pada golongan berwang.

Semestinya golongan yang berwang ketika itu adalah para pemilik perniagaan, waris aristokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi.

Satu-satunya cara bagi kelas bawahan membaca adalah melalui perpustakaan.

Kesannya, apa jua keputusan dan penyelesaian datang dari atas turun ke bawah. Tidak ada interaksi ilmu kesan daripada pengetahuan yang terhad.

Keadaan ini akan memburukan situasi masyarakat, menambahkan lagi konflik-konflik kecil di sana-sini yang tidak selesai kesan daripada pengedaran buku yang terhad untuk kelas menengah atas.

Keadaan ini dikesan secara kebetulan oleh seorang lelaki bernama Allen Lane. Ketika beliau dalam perjalanan menemui Agatha Christie di Devon, Lane singgah ke stesyen Exeter bagi mendapatkan bahan bacaan yang dijual di kedai buku. Setidak-tidaknya Lane ada sesuatu hendak dibaca dalam perjalanan pulang ke London.

Apa yang dilalui oleh Lane menyedarkan beliau. Buku yang berkualiti dan bagus isi kandunganya tidak langsung dijual di kedai-kedai buku seperti di stesyen Exeter.

Sebaliknya hanya majalah dan novel yang kurang berkualiti. Itulah bahan bacaan orang awam di sekitar Britain.

Lane tidak boleh menunggu orang lain menyelesaikan hal ini, maka beliau bertindak. Lane memperkenalkan buku-buku berkualiti pada harga murah di bawah jenama Penguin.

Buku-buku dijual pada harga serendah enam penny.

Menurut Lane, “Kami percaya di negara ini memerlukan budaya membaca buku yang berkualiti secara besar-besaran pada harga mampu beli.”

Penguin pada asalnya bermula dengan buku-buku fiksyen tulisan Ernest Hemingway, André Maurois and Agatha Christie.

Bagi memudahkan pembaca, ia dikodkan dengan warna-warna seperti oren, biru dan hijau bagi kategori berbeza. Kod warna oren adalah bagi buku fiksyen, hijau bagi buku jenayah dan biru bagi buku biografi.

Siri Penguin dilancarkan pada tahun 1935 mengubah sejarah dunia buku Britain dan mencipta musuh-musuh tersendiri.

Musuh-musuh Lane adalah musuh dalam industri buku sendiri. Mereka tidak berpuas hati dengan pengenalan konsep buku murah dalam siri Penguin yang terjual melebihi tiga juta naskhah dalam tempoh dua belas bulan.

Ini bermakna, golongan awam dan pekerja biasa adalah pembeli terbesar buku-buku berkualiti terbitan Penguin.

Penguin hidup dalam suasana Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1937 Penguin mula memperkenalkan siri non fiksyen di bawah jenama penerbitan Pelican.

Dalam konflik perang dunia pertama, Lane melalui Pelican telah mengeluarkan sebuah buku berjudul Aircraft Recognition.

Buku ini membantu para pembaca dan tentera untuk mengenalpasti jenis-jenis kapal terbang musuh. Dalam keadaan perang, buku ini menjadi panduan bagi mengurangkan risiko kecederaan peribadi dan membuat persiapan berjaga-jaga.

Tentera Britain yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan tempat tinggal melalui situasi mengurus konflik dalam diri antara tanggungjawab dalam negara dan kasih kepada yang keluarga.

Lane menyedari betapa pentingnya remedi bagi memecahkan gelojak dalam diri para tentera.

Siri penerbitan buku Penguin juga dibekalkan kepada para tentera sebagai hiburan ketika bertugas.

Ada anggota tentera yang membawa buku terbitan Penguin yang digemari dan dibawa bersama dalam poket dan kit yang disediakan.

Ini adalah cetusan idea Lane memperkenalkan kelab buku di kalangan anggota tentera. Kelab buku ini menjadi ruang bagi anggota tentera berdiskusi mengenai buku-buku di bawah jenama Penguin yang mereka baca.

Ia menjadi terapi kepada para anggota tentera yang dihantar kerajaan British semasa perang dunia tersebut.



Apakah menyebabkan nilai buku yang bersandarkan harga yang murah penting?

  • Buku murah memenuhi kumpulan berpendapatan rendah bagi memiliki buku. Malah mereka mempunyai komuniti sendiri.
  • Buku murah memenuhi keperluan pembaca buku 'pakai buang' dan santai.
  • Buku murah mengumpan dan mendidik pembaca agar setia kepada jenama dan penulis tersebut. Apabila diperkenalkan buku pada harga lebih mahal, pembaca bersedia membeli. Di sini peranan tribe sebagaimana disebutkan oleh Seth Godin memainkan peranan.
  • Buku murah adalah survival penulis dan penerbit ketika kegawatan ekonomi. Jualan pada kuantiti yang besar dijual dalam masa yang singkat ditekankan oleh penerbit. Buku-buku beredar di kedai-kedai buku sebagai penguasaan kek industri buku.
Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini   

Wednesday, August 1, 2012

Penulis pendapat dan penulis maklumat


Di dalam Facebook dan blog seorang penulis, fokuskan bagi membesarkan kemahiran menulis mengenai subjek kita berbanding menulis pelbagai perkara kerana mahu memberi pendapat.

Lebih banyak pendapat ditulis, lebih banyak tenaga digunakan untuk menulis, lebih cepat kita kehilangan tenaga berkarya.

Akhirnya, pendapat lebih banyak berbanding maklumat.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini   

Karya saudara memudahkan saya


Pernahkah kita melihat pembaca wanita membawa buku kecil di dalam beg tangan mereka?

Mengapa buku kecil menjadi pilihan mereka, sedangkan mereka boleh mendapatkan buku yang sama, jauh lebih tebal dan lebih lengkap?

Komen pembaca sambil membelek buku, "Buku ini mudah dihadam, kita mahukan maklumat, terus penulis berikan maklumatnya tanpa penerangan berjela-jela. Ikut sahaja panduan segera itu."

Lalu dia berdiri di kaunter pembayaran dan membayar harga buku itu.

Nilai yang diberikan oleh penulis buku kecil adalah menjimatkan masa dan memberikan maklumat yang penting sahaja kepada pembaca.



Buku 48 Laws of Power adalah edisi yang padat dengan maklumat, bersaiz besar dan tebal. Buku yang ditulis oleh Robert Greene terbitan tahun 1998 memberi lebih daripada satu contoh daripada rekod sejarah bagi setiap satu law yang diberikan.

Bagi memenuhi kumpulan pembaca santai yang mahu menjimatkan masa dan terus kepada maklumat utama, edisi lebih ringkas diterbitkan dan dikenali sebagai concise edition.

Contoh-contoh sejarah dalam setiap law dikeluarkan daripada buku itu. Edisi ringkas memfokuskan kepada tindakan berbanding penjelasan panjang lebar.



Perbezaan antara edisi tebal dan edisi ringkas adalah seperti berikut.

  • Buku 48 Laws of Power edisi tebal sejumlah 430 halaman dan berharga 9 pound di Amazon
  • Buku 48 Laws of Power edisi ringkas sejumlah 192 halaman dan berharga 4.89 pound.


Apabila kita merancang menulis buku tebal dan padat, fikirkan bagaimana ia dapat dipermudahkan dan dijadikan edisi ringkas agar memenuhi kumpulan pembaca yang akan berkata,  "Karya saudara memudahkan saya."

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini