Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Friday, November 15, 2013

CCBF Buku cerita kanak-kanak untuk menjajah dunia

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014



  • Cipta inovasi nilai baru walaupun kecil
  • Berikan nilai baru kepada kandungan buku dan bezakan daripada buku biasa-biasa dalam pasaran.
  • Jangan terlalu memaksa diri dan menekan bagi memasukkan nilai moral dan kebaikan ke dalam buku cerita bergambar kanak-kanak.
  • Fokus kepada pengalaman yang mencetuskan keterujaan kepada kanak-kanak.
  • Cipta kaedah yang praktikal dalam inovasi cerita.
  • Visi yang jauh sebuah buku cerita bergambar kanak-kanak berkaitan dengan siri, jenama dan masa. Jika mencapai sehingga 1.2 juta naskhah dalam pasaran, momentum bermula.
  • Kualiti isi kandungan buku cerita bergambar kanak-kanak yang bertahan 30 tahun dalam pasaran dikategorikan klasik.
  • Bangunkan ekosistem yang mendorong buku yang diterbitkan agar terus hidup.




Kajian kes buku best seller Magic School Bus di China
  • Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahun yang tinggi. Buku best seller seperti Magic School Bus mempunyai isi kandungan yang menjentik rasa ingin tahu.
  • Mempunyai enam siri dalam satu set.
  • Ia diterjemah oleh penterjemah kelas A.
  • Menggabung kumpulan pengulas, penilai, pendidik, penulis dan pengkaji menjadikan buku ini mempunyai kekuatan.
Idea-idea membangunkan jualan.

  • Fokuskan kepada bakal ibu-bapa. Mereka yang berada di luar negara akan kembali ke negara asal dan membeli siri buku yang dihasilkan.
  • Bangunkan platform untuk ibu-bapa ini berdiskusi dan mengetahu buku terbaru di pasaran.
  • Adakan seminar-seminar yang memberi nilai tambah kepada bakal pembaca.
  • Kewujudan micro blog dan keahlian berdaftar mendorong ikatan penulis dan pembaca.
  • Aplikasi mobile ˆmerupakan tulang belakang pemasaran buku.
  • Adakah aktiviti bersama perpustakaan.
  • Penulis mengadakan sesi membaca untuk anak-anak di pejabat.


Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Thursday, November 14, 2013

CCBF Apabila beruang mengikat hati kanak-kanak China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014


Apabila beruang mengikat hati kanak-kanak China
Siri Smurfs yang dicipta pada tahun 1958 di Belgium oleh pekomik bernama Peyo mula memasuki China pada tahun 1970. Kemudian satu persatu siri berilustrasi memasuki pasaran dan menjadi tumpuan pelesenan di China.

Dalam situasi pemilihan buku cerita bergambar kanak-kanak di China, ikon haiwan dipilih kerana sebab-sebab berikut.

(1) Ia mudah dibangunkan oleh penerbit
(2) Membawa ciri-ciri tradisional pada karya.
(3) Lebih mudah menembusi pasaran.
(4) Haiwan dibangunkan menjadi fokus utama karya.
(5) Ia mudah dijadikan siri lanjutan oleh pengkarya asal dan pengkarya lain.
(6) Berkembang secara konsisten dan tidak terburu-buru dalam penguasaan pasaran.

Contohnya siri Victor and Friends yang dihasilkan oleh Janivens dilesenkan ke China. Direkodkan nilai jualan adalah USD2,500,000 dan 25 negara melesenkan siri ini.

Janivens bukanlah seorang ilustrator profesional. Pada usia 40 tahun beliau berkarya. Beliau menumpukan masa di rumah bersama empat orang anak dalam proses menghasilkan Victor and Friends.

Pada tahun 2009 ia memberi impak global selepas 10 tahun di pasaran. Resipi kejayaan Victor and Friends

(1) Karakter dibangunkan dengan teliti.
(2) Lukisan tangan.
(3) Mempunyai nilai universal.



Kanak-kanak dan Dangdang (ala Amazon)

Dangdang.com merupakan elemen utama dalam sektor jualan online.

Ditubuhkan pada tahun 1999 dengan kakitangan purata umur 28 sehingga 30 tahun. Mereka menjadikan misi mencipta senyuman sebagai keseronokan bekerja.

Dandang mendominasi sekitar 50% pasaran tempatan. Mereka memfokuskan kepada sains, kartun dan buku cerita bergambar kanak-kanak.

Fokus mereka membangunkan satu web bagi sebuah buku cerita bergambar yang dihasilkan.

Pembangunan buku bersiri sekurang-kurangnya empat judul dalam satu siri.

Pasukan Dandang menekankan kepada nilai, "Buku yang terbaik di pasaran mempunyai keluarga (jemaah) yang terbaik. Dua nilai, iaitu faham dan hormat buku cerita kanak-kanak."

Salah satu projek yang diusahakan bersama seorang penulis mengambil masa tiga tahun sebelum diterbitkan, iaitu art book.

Pada tahun 2014, mereka memfokuskan kepada buku kanak-kanak berkaitan

(1) Puisi
(2) Sains
(3) Seni lukis
(4) Seni bina


Merancang bestseller ke China

Dangdang melihat review pembaca umum adalah formula kejayaan buku di pasaran. Perkembangan ibu-bapa kontemporari yang drastik mendorong mereka melihat corak pandangan para pembaca.

Mereka meletakkan syarat kakitangan di Dangdang hanya yang mempunyai rasa cinta pada buku sebagai faktor perkembangan mereka.

Buku yang diterbitkan digabungkan dengan aktiviti luar yang mempunyai kaitan tema. Misalnya jika buku itu berkaitan gajah, maka aktiviti berkaitan akan dibangunkan.

Pada tahun 2013, para penerbit kecil di China mula bergabung bagi terus relevan di pasaran. Kek musuh dikecilkan dan amalan bergabung semakin membesar.


Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

CCBF Penerbit kita ber'dating' dengan penerbit China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Para pengunjung mengambil kerusi secara sendiri apabila mahu mendengar pembentangan para penerbit sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa, Shangai, China.



Penerbit kita berdating dengan penerbit China

Sesi 'speed dating' di mana delegasi Malaysia diberi ruang bertemu kumpulan penerbit dari China bagi diskusi pelesenan karya kita ke sana. Terima kasih kepada Puan Noraminah Omar kerana sama-sama membantu dalam membawa rakan-rakan penulis dan karya mereka diperkenalkan kepada mereka.



Penulis perkenalkan karya sendiri

Puan Zatika Izati Puade dan Puan Noraminah Omar memperkenalkan karya-karya mereka sepanjang pesta buku. Di samping itu amat aktif membawa karya rakan-rakan alumni kursuspenulisan.com lain. Berjemaah mencipta momentum.



Rak buku kosong kerana ibu-bapa

Dua hari pertama adalah hari pertemuan rakan industri, hanya pada hari ketiga, dewan Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dibuka kepada umum. Pada hari itu jualan buku diadakan. Ini adalah situasi rak-rak buku pada jam 3.00 petang. Tiga jam sebelum pameran ditutup. ..






Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

CCBF Rakyat China leka membaca buku bahasa Melayu?

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan bagi tujuan pelesenan ke luar negara. 

Kekuatan ilustrasi dan jalan cerita serta karakter yang dibangunkan mendorong sesiapa sahaja membelek dan bersedia mendengar ceritanya apabila disampaikan. 

Foto menunjukkan tingkah laku penerbit dan ibu-bapa terhadap buku cerita bergambar kanak-kanak yang dibawa oleh delegasi Malaysia.







Seorang anak, seribu tumpuan

Ibu-bapa di China mempunyai seorang anak, maksimum dua orang anak. Tumpuan ke atas anak diberikan sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dapat dilihat melalui aktiviti mereka selepas dan semasa membeli buku.





Tidak sekadar menjual buku

Strategi membangunkan pelanggan ibu-bapa untuk penerbitan akan datang. 

Sesetengah booth dibuka bukan untuk jualan buku. 

Sebuah booth khusus disediakan oleh penerbit. Mereka tidak menjual buku tetapi memberi hadiah percuma berbentuk bekas pensil. 

Pengunjung perlu mengimbas (scan) QR Code pada kad bisnes penerbit, kemudian isikan maklumat pada borang online melalui telefon bimbit.




Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

Wednesday, November 13, 2013

CCBF Ulat Tiket kaya-raya kerana buku?

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Ulat tiket mengambil peluang menjual tiket masuk ke Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai China. Ibu-bapa sangat ghairah datang ke sini bersama anak-anak.



Rakus membeli buku

Situasi sebelum dan selepas booth ini dibuka kepada umum. Susunan buku hiasan pun separuh habis dijual.



Berkuli bagi mendapatkan skil

Hidup berkuli itu penting bagi mendapatkan skil. 

Selepas itu barulah hidup dengan bakat sendiri. Salah satu situasi berkuli yang tidak dapat saya lupakan adalah di MiTV Ansar di bawah Tuan Amir EtCetera Karim dan Tuan Jef Hazimin Jaafar. 

Peringkat awal berkuli dengan mereka, bayaran saya terima adalah sebungkus nasi dan teh o ais sahaja. 

Ketika itu bermulalah situasi mereka yang teruja berada di stesyen televisyen beransur-ansur keluar kerana bayaran nasi dan air sahaja. 

Kemudian barulah saya mendapat elaun. 

Bekerja di stesyen televisyen berbayar dalam masa yang singkat memberi idea bagaimana storibod, skrip, 'flow' dalam sebuah presentasi video dilakukan.

 Dari pra produksi sehinggalah post production, berkuli memberi erti buat, tahu dan berdikari. Skil 'berkarat' yang diberikan mereka pada tahun 2005 digunakan semula bagi penghasilan video pengenalan karya di booth Malaysia dan dijadikan bahan pelancaran 

Mereka yang di kampus ini kata-kata sebelum menulis jumlah gaji yang kita mahu, "Berkuli itu langkah seorang profesional bidang."





Satu-satunya anak yang mahu dikembangkan

Ibu-bapa di China mempunyai seorang anak, maksimum dua orang anak. Tumpuan ke atas anak diberikan sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dapat dilihat melalui aktiviti mereka selepas dan semasa membeli buku.




Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

CCBF Apabila buku bahasa Melayu memasuki pasaran China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Alhamdulillah, tim kursuspenulisan.com bersama delegasi Malaysia di bawah pimpinan Kota Buku tiba di Malaysia selepas seminggu berkampung di Pesta Buku Antarabangsa Kanak-Kanak di Shanghai, China. Esok akan mula mengemaskini perkara-perkara yang berlaku di sana. Insya Allah.

Sasaran semua delegasi bagi tujuan pelesenan melepasi sasaran.

Kepada 12 orang penulis yang melalui kursus di kursuspenulisan.com, ada berita baik dari Shanghai menyusul. Insya Allah.


Foto: Yuyuan Market di Shanghai.

Buku dan kanak-kanak

Ada masa, buku yang hilang berlaku juga.

Namun, penganjur dan penerbit membuka ruang bagi kanak-kanak membelek buku-buku terbaik mereka sambil diawasi oleh ibu-bapa.

Boleh jadi bar kod keselamatan diletakkan agar ia berbunyi apabila melepasi pintu utama.

Buku-buku terbaik antarabangsa juga dipamerkan secara umum.





Buku alumni kursuspenulisan.com menarik perhatian

Melihat tingkah laku pembaca buku di sini apabila membelek buku para alumni kursuspenulisan.com.

Survey dilakukan ke atas buku alumni bagi melihat apakah kecenderungan mereka dalam memilih buku cerita bergambar kanak-kanak.

Trainer akan menyenaraikan apakah keperluan akan datang perlu dilakukan alumni untuk projek penulisan akan datang dalam grup tertutup penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak.





Penulis buku cerita kanak-kanak popular di China

Penulis buku cerita bergambar kanak-kanak dikerumuni ibu-bapa yang mahu mendapatkan tandatangan penulis. Dikatakan perkembangan buku cerita bergambar kanak-kanak mengalami peningkatan secara konsisten sejak 10 tahun lalu.




Alumni kursuspenulisan.com dikerumuni kanak-kanak China

Alumni kursuspenulisan.com, Cik Puan Zatika Izati Puade menjadi tumpuan kanak-kanak di Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China. Menunggu cenderamata Kota Buku di tangan penulis buku cerita bergambar kanak-kanak ini.


Kami merancang penulis ke luar negara.

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak hasil kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini