Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Wednesday, July 18, 2012

Mengapa kita menulis buku motivasi?

Mengapa mahu menulis buku motivasi atau sesetengah melabelkan sebagai karya inspirasi?

Soalan ini dijawab dengan beberapa jangkaan.
  • Menulis kerana diinspirasi dengan kemunculan selebriti motivator di televisyen. 
  • Percaya motivasi adalah subjek yang mudah ditulis berbanding subjek lain.
  • Melihat motivasi adalah subjek yang popular didedahkan dalam program institusi sama ada dalam bentuk ceramah dan kursus.
  • Berasa percaya bahawa buku motivasi dapat mengubah orang lain.
  • Dijadikan terapi diri apabila berhadapan situasi dengan menulis buku motivasi.

Kerana kepercayaan-kepercayaan ini, maka menulis buku motivasi menjadi pilihan.

Menulis buku motivasi tidak semudah menulis, "Kita dapat berubah dan percaya."  atau berkata, "Saya mahu menulis buku motivasi."

Ada perkara yang diambil kira oleh penulis agar buku motivasi relevan dalam pasaran.

Pembaca mesti dapat mengesan tema yang jelas buku motivasi yang ditulis. Semakin jelas, maka semakin yakin pembaca bahawa buku motivasi tersebut sesuai kepada dirinya.



Billy PS Lim terkenal dengan buku motivasinya, Berani Gagal. Temanya adalah motivasi kegagalan.

Aaidh ibn Abdullah al-Qarni pula menulis buku motivasi menghadapi kesedihan dengan judul La Tahzan.





Cerita dari Syurga kolaborasi bersama Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Haeqal Zulqarnain adalah buku motivasi yang hanya memfokuskan kepada motivasi ke arah diingati

SMILE kolaborasi Irma Hasmie adalah karya yang hanya memfokuskan motivasi, biar sedikit asal menjadi.

Bagaimana dengan buku motivasi tulisan kita, adakah temanya jelas?

Tentukan tema dan ia akan memandu arah ke mana hala tuju buku motivasi itu.

Dalam setiap bab dan setiap cerita, ia memfokuskan kepada kepada tema yang sama dengan acuan dan sudut pandang berbeza.

Hal yang sama dalam penghasilan filem yang dianggap filem motivasi oleh para penonton. Apabila penonton dapat mengesan tema sebuah filem, maka filem itu mudah diingati.
  • Filem 300 membawa tema, "Jangan berundur dan mengalah."
  • Filem Freedom Writers membawa tema, "Jangan beralasan."
  • Filem The Mighty Ducks membawa tema, "Bersatu dan menang bersama-sama."
  • Filem Rocky Balboa membawa tema, "Bangkit dan bergerak ke hadapan."


Manakala filem The Pursuit of Happyness membawa tema, "Tidak ada sesiapa layak berkata kamu tidak boleh lakukan."

Apakah tema buku saudara?


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

No comments:

Post a Comment