Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Monday, August 13, 2012

Apabila manuskripku hilang tiba-tiba (1)

Ada tiga situasi yang berlaku di kalangan penulis yang menyebabkan mereka kehilangan manuskrip yang sedang ditulis.

Pertama

Seorang penulis yang bergandingan dengan tokoh motivator negara kerugian sejumlah manuskrip baru dan kehilangan salinan manuksrip-manuskrip lama yang ditulis lebih lima tahun. Ia berlaku apabila komputer ribanya dicuri selepas cermin keretanya dipecahkan. Kejadian berlaku di sebuah kompleks membeli belah.

Kedua

Seorang penulis kehilangan manuskrip selepas komputernya diserang virus dan perlu diformat semula. Salinan pada thumbdrive juga mengalami keadaan yang sama.

Ketiga

Sebuah penerbit kehilangan sejumlah manuskrip apabila komputer riba para pengurusnya dicuri ketika sesi semburan kawalan serangga dilakukan di pejabat semasa solat Jumaat. Kumpulan yang melakukan aktiviti semburan itu adalah perompak yang bertindak ketika pekerja-pekerja lelaki ke masjid.

Ketiga-tiga situasi ini mendorong para penulis berfikir, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan manuskrip sentiasa berada dalam keadaan selamat?

Terdapat empat cara yang dilakukan oleh para penulis.
  • Penggunaan Dropbox
  • Penggunaan Google Docs
  • Penggunaan Gmail
  • Penggunaan blog
Penggunaan Dropbox

Dropbox bertindak sebagai ruang simpanan dokumen secara online. Ia dapat diakses dari mana-mana komputer dan tablet yang mempunyai Dropbox.

Penulis melayari laman web Dropbox kemudian mendaftar di laman web itu melalui fungsi create an account. Klik download Dropbox yang tertera pada laman hadapan bagi menggunakan aplikasi ini sepenuhnya.




Ini adalah contoh bagaimana kami menyusun semua manuskrip ke dalam satu folder di dalam Dropbox.



Paparan Dropbox pada komputer kita akan kelihatan seperti folder-folder dalam di dalam komputer.

Setiap kali penulis menulis di Word atau pun Open Office, salinan manuskrip itu akan disimpan di folder Dropbox yang berada pada komputer.




Folder Dropbox dapat diakses dari mana-mana komputer dan tablet selagi mana kita mengakses menggunakan username dan password kita.

Mahukan Dropbox secara percuma? Klik di sini

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

No comments:

Post a Comment