Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Saturday, August 11, 2012

Biodata penulis, apa yang pembaca perlu tahu?


Kaedah memperkenalkan diri dalam biodata penulis pada kulit belakang buku, flap atau lipatan pada kulit buku serta halaman belakang selepas akhir bab memberi kesan kepada persepsi pembaca.

Biodata diri dalam karya berfungsi sebagai alat pemasaran ke atas pembaca.

Biodata yang padat, mempunyai maklumat yang relevan dan mudah dihadam oleh pembaca dalam masa yang singkat.

Biodata penulis menunjukkan kematangan penulis. Semakin lama terlibat dalam menghasilkan karya, semakin pendek biodatanya.

Ada sesetengah penulis, biodatanya hanya melibatkan tiga baris ayat sahaja.


Biodata pada kulit belakang buku


Biodata pada flap buku. Kredit foto Your Fitness Book dan Chieuvan



Ciri-ciri penulis baru atau tidak dilatih dapat dilihat daripada cara penulis memperkenalkan dirinya.
  • Halaman pengenalan dirinya panjang sehingga ada menjangkau dua halaman. 
  • Menyenaraikan semua penglibatan dari zaman sekolah sehinggalah aktiviti di tempat kerja.
  • Menyatakan semua jawatan tertinggi dan semua penglibatan tertinggi dalam laman pengenalan diri.
Penyediaan biodata yang persuasif adalah tanggungjawab penulis. Majoriti editor tidak membimbing penulis teknik menghasilkan biodata yang persuasif. Malah editor akan menyalin semula sebahagian biodata penulis untuk diletakkan pada kulit belakang buku.

Biodata penulis berubah mengikut judul buku yang diterbitkan.

Katakan Ali bin Abu menulis buku mengenai perniagaan internet dan buku teknik penulisan. Dua jenis biodata mengenai Ali bin Abu sebagai seorang penulis disediakan.

  • Biodata pertama bagi buku pemasaran di internet

Ali bin Abu merupakan pengamalan pemasaran internet teknik Gorila Marketing. Beliau telah mengaplikasi pemasaran konten melalui emel sebagai teknik mendorong pembaca emelnya. Mereka mendapat tip berkualiti selain daripada bimbingan lanjutan melalui coaching.

  • Biodata kedua bagi buku teknik penulisan


Ali bin Abu merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Beliau menulis 23 buah buku dan menulis secara bebas di akhbar dan majalah sejak awal tahun 2000.

Adakah sebarang perbezaan antara kedua-kedua biodata ini?

Pendek, padat dan relevan. Ia menjawab persoalan pembaca, "Apa melayakkan kamu menulis buku ini?"

Bagaimana pula dengan biodata penulis amatur?

Dia akan menceritakan semua mengenai dirinya seperti berikut:

Ali bin Abu merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Beliau menulis 23 buah buku dan menulis secara bebas di akhbar dan majalah sejak awal tahun 2000.

Merupakan pengamal pemasaran Gorila Marketing melalui media sosial untuk pasaran tempatan. Beliau telah mengaplikasi pemasaran konten melalui emel sebagai teknik mendorong pembaca emelnya. Mereka mendapat tip berkualiti selain daripada bimbingan lanjutan melalui coaching.

Prinsip penulisan biodata adalah ia ditulis secara padat dan ringkas serta berkaitan dengan subjek buku.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 

No comments:

Post a Comment