Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Thursday, August 9, 2012

Semakin ditulis semakin dijauhi


Hari ini saya berkongsi dua nota yang disalin daripada Facebook guru saya, Puan Ainon Mohd.

Mari kita melihat nota-nota ini dari perspektif penulis. Bayangkan jika ia berada dalam buku.

Nota pertama

Salah satu faktor yang menyebabkan kita dilihat seorang yang kurang objektif dan kurang rasional apabila mengemukakan pendapat, cadangan, dan idea adalah apabila kita bercakap menggunakan perkataan-perkataan 'penegas maksud'.

Perkataan penegas maksud (emphatic words).

sangat
tersangat
sangat-sangat
amat
teramat
teramat-amat
paling (spt. paling penting)
sekali (spt. paling penting sekali)
betul (spt. besar betul)
betul-betul (spt. betul-betul besar)

very
very-very (spt. very-very big)
so (spt. sooo.. big)

1. Ada laporan kajian (di UK) yang mendapati perempuan lebih banyak menggunakan kata penegas dibandingkan lelaki.

2. Ada pendapat pakar komunikasi yang mengatakan lelaki yang banyak menggunakan kata penegas dilihat sebagai 'macam perempuan'....

Nota kedua

Tip menulis posting FB yang disukai ramai.

Apabila menulis posting, tidak menggunakan ayat-ayat eksklusif. Sebaliknya, menggunakan ayat-ayat inklusif.

Contoh konten bahasa ekslusif:

1. 'membetul-betulkan' orang lain
2. 'mengajar-ajar' orang lain
3. 'menegur-negur' orang lain
4. 'menyuruh-nyuruh' orang lain
5. 'mengajak-ajak' orang lain

Nota Intipati mesej ayat-ayat eksklusif adalah: "Aku betul, kamu semua tak betul."

No comments:

Post a Comment