Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, October 14, 2012

Tebal muka formula lariskan buku?


Oleh Nazry Salam Feeqry

Penulis perlu tebal muka sekali-sekala.

Tadi, saya pergi ke kedai buku Popular di Jusco Cheras Selatan. Semasa saya di rak komik, saya ternampak seorang kanak-kanak lelaki sedang melihat-lihat buku komik terbitan Art Square.

Saya bertanya kepada dia, "Pernah baca Komik-M?"

Dia menoleh, kemudian menggeleng.

Saya mencapai buku komik MISI 8A dari rak, dan berkata, "Inilah Komik-M."

Kanak-kanak itu kemudian tersenyum dan mengangguk. "Oh, saya pernah baca buku komik ini."

Saya bertanya, "Pernah baca sambungannya, MISI 10A?" Saya menuding ke senaskhah buku komik Misi 10A pada rak.

Dia menggeleng.

Saya tersenyum dan berkata, "Abanglah yang tulis buku-buku ini. Percaya?"

Kanak-kanak itu menggeleng lagi tanda tidak percaya. Saya mengeluarkan dompet dari saku belakang seluar lalu menunjukkan kad pengenalan saya kepada dia. "Sekarang percaya?" Saya tanya sekali lagi.

Dia tersengih hingga tersingkap gigi, kemudian mengangguk beberapa kali. Barulah dia percaya.

Saya berkata kepada kanak-kanak itu, "Sekiranya adik beli komik Misi 10A sekarang, abang akan berikan tandatangan."

"Benarkah?" tanya dia, teruja. Saya mengangguk.

Kanak-kanak itu membeli buku Misi 10A, dan saya tepati janji dengan menurunkan tandatangan pada buku itu. Sempat juga kami bergambar dan berkenalan.

Alhamdulillah, dengan menebalkan muka, satu buku hasil penulisan saya sudah terjual hari ini. Semoga Adik Iqbal beroleh manfaat daripada buku komik Misi 10A.

No comments:

Post a Comment