Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, November 11, 2012

Selepas 22 jam melatih kumpulan penulis 'how-to'

Alhamdulillah, kami baru sahaja berkampung selama empat hari, selama 22 jam kursus berimpak tinggi melibatkan kumpulan penulis.

Kami menjalankan simulasi pembangunan buku dan pakej dihasilkan oleh penulis.



Para peserta mengetahui situasi pembelian berasaskan wajah buku, isi buku dan waktu kritikal sebagaimana berlaku ketika di pesta buku.

Pada masa sama para peserta merasakan debar pada hati melihat 'buku' mereka dibelek orang.


Kami juga menerangkan kepada kumpulan penulis, hak penulis dalam perjanjian dan bagaimana merancang kejayaan penulisan.

Formula buat sekali makan berkali-kali didedahkan secara teliti.

Kes Charles Dickens juga dikongsi bersama.

Apabila Dickens menyerahkan manuskrip kepada rakan selepas dia meninggal dunia, bagaimana pula faedah daripada hak cipta?  Iaitu faedah hasil jualan karyanya yang diterbitkan.

Adakah rakan Dickens atau keturunan Dickens mendapat faedah jualan itu?







Sesi petang bersama bakal penulis, kami mengetengahkan modul 9 butang emosi dan 8 butang logikal dalam pra pembelian buku.

Apabila mereka tahu apakah butang yang menyentuh emosi dan logik mereka, struktur buku bermula dari kulit buku dapat disediakan dengan lebih baik.




Alhamdulilah, wakil penerbit juga hadir. Pengurus Buku Pandai Publication datang berdiskusi tentang pakej buku bersama tim kursuspenulisan.com. Kami mencari cara menjadikan angan-angan para peserta semakin dipenuhi menjelang tahun baru.

Ya, mereka sedang berhempas pulas memenuhi angan-angan menjadi penulis. Pada tahun hadapan, mereka mahu melihat buku mereka di kedai buku. Mereka mahu lihat ebook yang berada di kedai buku online.


Pada tahun hadapan, mahukah Tuan dan Cik Puan menukarkan status dari pembaca menjadi penulis?

Pengumuman penting, dua kursus penulisan disediakan sebagai pelan persediaan, penuhi angan-angan dengan tindakan.

“Angan-angan tahun 2013 menjadi benar apabila ada pelan bertindak. Angan-angan saya pada tahun hadapan jelas kerana ada mentor.  Pertama, menulis  novel dan kedua, menulis buku  cerita bergambar kanak-kanak.  Bagaimana pula angan-angan saudara?"

Bersama dua orang mentor yang membimbing saya:


Daftar, sahkan dan hadir di http://bit.ly/sayapenulis hari ini

No comments:

Post a Comment