Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Wednesday, December 12, 2012

Bank Negara mencetak wang untuk penulis sahaja

Bank Negara adalah tumpuan kursuspenulisan.com pada hari ini. Kami bersama-sama penulis PTS Media Group, Mantera Works dan Marketing Chef. Sempena bulan bahasa, kami dijemput ke Bank Negara bagi mengendalikan bengkel penulisan melibatkan penulisan fiksyen dan non fiksyen.

Kredit foto, Tuan Zusuff Marketing Chef


Kedegilan adalah faktor yang mendorong kejayaan penulis. Penolakan yang pertama dan seterusnya adalah wajib bagi penulis yang benar-benar jiwanya yakin dan percaya bukunya akan diterbitkan. Itulah yang berlaku kepada penulis, Tuan Resmanshah Syakur.

"Sekiranya dia ada jiwa terhadap penulisan, dia akan bertahan," katanya.

Resmanshah telah menulis enam buah novel humor. Menurut beliau, "Ibu-bapa tidak digalakan mendedahkan anak-anak kepada filem seram secara konsisten kerana ia akan memberi kesan kepada daya fikir kepada kanak-kanak."



Beliau memberi petua dan adunan menjadi penulis di negara ini.

Pertama. Jadilah penulis yang rajin, iaitu tidak lelah menulis dan memperbaiki karya tanpa mengira terbit atau tidak.

Kedua. Jadilah penulis diva, iaitu kesombongan sosial yang tujuanya menaikkan nilai kewujudan penulis dalam khalayak. Ia adalah adunan yang sangat sedikit sifatnya. Misalnya, ada waktunya penulis tidak membawa bukunya di dalam acaranya sebagai mesej bukunya lebih hangat beredar di luar.

Ketiga. Jadilah penulis berhati waja, iaitu meraikan penolakan dengan serangan demi serangan menghantar manuskrip yang semakin lama semakin diperbaiki mutunya. Semakin diasak penerbit dengan bertanya, "Apakah yang saya mesti lakukan bagi menaikkan mutu karya saya?"

Keempat. Jadilah penulis yang licik, iaitu tahu bagaimana menjadikan karyanya menjana lebih daripada satu cabang pendapatan dalam kerjaya penulisan secara professional.

Kata akhir Resmanshah, "Saya menulis di bawah empat penerbit. Malah saya mempunyai 90 manuskrip yang masih kekal di tangan untuk diserahkan kepada penerbit."

Mahu memenuhi langkah gergasi angan-angan dalam dunia penulisan? Klik di sini

No comments:

Post a Comment