Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Thursday, March 28, 2013

[Tulis & Terbit Mesir] Penulis, samseng dan buku Melayu

Kami tiba dengan mendengar maklumat-maklumat ini sejurus keluar dari lapangan terbang antarabangsa Kaherah.

Pertama

"Tempoh hari, pejabat Ikhwan Muslimin dikepung dan dibakar oleh kumpulan samseng."

Kedua

"Lima buah masjid dikepung oleh para samseng bersenjata kayu. Mereka memukul jemaah yang keluar. Ini adalah tindakan menakutkan orang menjelang pilihanraya."

Situasi di Mesir tidak membantutkan tujuan kami bertemu kumpulan penulis baru. Mereka menanti selama sepuluh jam, dalam perjalanan sejauh 13,000 kilometer bagi menguasai skil penulisan. Hasil penulisan mereka yang berkualiti bagi tujuan penerbitan.

Bengkel dan coaching penulisan buku bagi mengalihkan hasil penulisan agama yang berkualiti di Timur Tengah diteruskan oleh Must Read Sdn Bhd bersama-sama kursuspenulisan.com.

Sesi selama tiga hari ini memfokuskan kepada mengenal pasti subjek dan mengalihkan teks kepada gaya penyampaian yang dapat difahami pembaca.


Tiba di Mesir pada jam 5.40 pagi, mengharungi hari-hari akhir musim sejuk, rakan penerbit dan kami membuat persediaan. Bengkel pertama adalah bengkel penulisan perubatan kali kedua. Kami mengendalikan sesi pertama pada tahun lalu sebagai pengenalan kepada penulisan umum.

Tugas kursuspenulisan.com melalui Must Read Sdn Bhd adalah membangunkan buku-buku perubatan dan agama secara bersepadu melalui bahan ilmu di Mesir.

Terdahulu di Malaysia, antara buku yang pernah terbit adalah tulisan Tuan Rahman Baco seperti Halalkah Ubat Anda? adalah buku terbitan H Science Solutio.

Must Read mengambil inisiatif membangunkan secara berstruktur penerbitan buku kategori ini.

Para peserta adalah para pelajar-pelajar perubatan. Lokasi kursus adalah di markas Abu Risy, Sayyeda Zainab, Kaherah.




Keesokan, kami meneruskan tugas kami di Wisma Perak. Kali ini melibatkan kumpulan peserta yang ramai. Mereka memfokuskan kepada usaha mengalihkan bahan-bahan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam penerbitan bahasa Melayu.



Must Read mensasarkan kepada pembangunan siri Ad-Din pelbagai kategori yang dapat memenuhi keperluan asas ilmu agama kepada khalayak pembaca.

Bermula pada tahun 2011, ketika revolusi memuncak dan menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, Must Read hanya mampu memperkenalkan diri, "Kami adalah Must Read penerbit buku di Malaysia."

Kesan daripada pengenalan ini, beberapa manuskrip buku dikirim kepada mereka.

Usaha kali kedua bersama-sama kursuspenulisan.com pada tahun 2012 memberi kesan positif apabila seorang demi seorang penulis di bawah jenama mereka dihasilkan.

Antaranya, Muhammad 'Imaduddin Abd Latib dengan bukunya berjudul Anbiya Agung dan kumpulan penulis terdiri daripada anak-anak Terengganu yang menulis buku



Mesir adalah telaga isi kandungan bermutu dalam penghasilan buku-buku terbitan di Malaysia. Apakah kita di Malaysia bersegera menulis buku-buku di sini atau menerima import daripada penulis tempatan?

Langkah memulakan kerjaya penulisan klik di sini
Foto album bengkel penulisan Mesir

Album Bengkel Penulisan Perubatan  
Album Bengkel Penulisan Agama
Album Kembara Penulisan Mesir
Album Maktabah al Qardhawi
Album Bengkel Benar-Benar Terbit

No comments:

Post a Comment