Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Saturday, June 22, 2013

Cium dinding dapat hasilkan buku yang terjual di pasaran?

"Kisah suami si pencium duit yang rakus."

Buruk bunyinya, tetapi duit itu selalu dibuang dan tidak dikutip oleh pemiliknya.

Ratus-ratus ringgit dapat diambil daripada mereka setiap hari,

Wang selalu dibuang oleh pemiliknya majoriti para pelajar IPT yang berhutang beribu ringgit di bawah PTPN.

Sedang para pelajar berfikir bagaimana mahu membayar dengan angan-angan 'kerja' apakah di luar nanti, ada seorang lelaki akan berjalan di tepi bilik pensyarah bagi mengutip duit.

Pada suatu hari si isteri, seorang pensyarah memerhatikan suaminya.

Suaminya berdiri di dinding bilik-bilik pensyarah psikologi.

Beliau melihat hasil kerja siswa-siswa dalam tugasan yang dipersembahkan dalam bentuk visual di dinding.

Isteri bertanya, "Sedang buat apa di sana?"

Jawab suami, "Abang sedang bermotivasi mengutip duit yang dibuang di sini."

Isteri hairan dan melihat, "Mana duitnya? Poster tugasan pelajar ada di sini."

Suami membalas, "Itulah duitnya, satu poster ini harganya RM300 sehingga RM1000 sekiranya dikutip kembali"

Bagaimana caranya?

"Abang ke sini seminggu sekali melihat para pelajar menampal hasil tugasa mereka di sini. Cantik semuanya, lengkap rujukan dan contoh."

Suami diam sebentar dan mengambil foto poster di dinding.

Suami menyambung, "Katakan abang ingin hasilkan bab mengenai bagaimana personaliti berubah mengikut umur, seperti dilakukan pelajar ini (jarinya menunjukkan poster). Abang datang ke sini, baca, ketahui rujukanya dan abang tulis semula menggunakan gaya sendiri. Selepas itu disiarkan oleh penerbit."



Isteri berkata, "Sungguh bermotivasi tindakan ini. Satu langkah ke hadapan membezakan penulisan di dinding yang akan dibuang selesai setiap semester dan penulisan yang dibukukan."

Suami meninggalkan isterinya, "Abang mahu meninjau dinding bilik pensyarah psikologi yang lain."

"Kisah suami si pencium duit yang rakus."

Mahu dikongsi untuk bacaan siswa-siswi, dipersilakan.

Nota: Buku apa yang penerbit mahu daripada saudara? Saya akan menghadiri bengkel penulisan buku motivasi berpengaruh. Lebih lanjut, mohon klik di sini

No comments:

Post a Comment