Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Friday, June 7, 2013

Menulis buku temuduga. Adakah laku di pasaran?




"Sebesar mana keperluan buku panduan temuduga?

"Saya mahu menulis buku panduan temuduga. Adakah pasaran buku ini besar?"

Berkenaan rancangan menulis buku panduan temuduga, kenal pasti dahulu sejauh mana pasaran buku ini sebelum menulisnya.

Adakah judul ini banyak diterbitkan? Semakin banyak kategori seperti ini di kedai buku mudah ditemui, ia indikator permintaan pasaran wujud.

Pengalaman terdahulu menunjukkan buku temuduga ini tidak banyak penerbit mahu menerimanya kerana sebab berikut.

(1) Para penerbit tidak memilih mengedarkan buku di universiti yang sangat suam-suam kuku menjual buku bukan akademik.

(2) Maklumat mengenai temuduga sangat mudah ditemui di internet.

(3) Jualan buku sebegini sangat perlahan di pasaran. Ia menyebabkan penerbit tidak mahu mengambil risiko menyimpan di gudang (dan dicukai).

(4) Penulisnya bukan penceramah yang aktif membawa ratus naskhah dan dijual dalam seminar yang konsisten tarikh program setiap bulan.

Namun demikian, ada beberapa alternatif dapat diusahakan. Berkemungkinan rezeki Allah mengatasi sudut pandang saya berkenaan maklumat yang diberi berdasarkan pengalaman industri.

(1) Usahakan melihat penerbit yang pernah menerbitkan buku seumpama itu di pasaran. Dapatkan maklum balas mereka.

(2) Dijadikan ebook dan diterbitkan oleh Buku Pandai Publications. Ia dijual di downloadilmu.com

(3) Berikan konsep dan pakej baru terhadap buku itu. Sesuatu yang tidak klise sehingga penerbit berkata, "Oh, ini 'satu lagi' buku temuduga yang sama.

(4) Dijadikan artikel majalah setiap bulan berbanding terbit sebagai buku. Tuan boleh hantarkan ke majalah pelajar seperti majalah Wadah Siswa.

(5) Jadikan pakej baru dari segi judul dan penyampaian. Misalnya buku teknik mendapat kerja di bawah CEO atau seni menjawat jawatan dalam organisasi korporat atau seumpamanya. Daripada berbentuk panduan yang linear menjadi bentuk cerita. Diubah semula judul buku, strategi pintu belakang mendapat kerja idaman, 33 kisah calon dan petua mereka.

Nota: judul cadangan itu tidak melalui tapisan semakan permintaan pasaran.

Nota: Bengkel penulisan buku motivasi pada hari Ahad, 7 Julai 2013. Pra tindakan, klik di sini

No comments:

Post a Comment