Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Wednesday, June 12, 2013

Penulis gelojoh bersms sehingga hilang minat penerbit

Survival buku motivasi tidak bergantung kepada satu buku sahaja. Penulis membuat peta perjalanan sebelum menulis buku. Gelojoh seorang penulis dalam dunia buku menyebabkan beliau terkeluar daripada pasaran sebelum bermula. Elemen yang ada dalam diri penulis motivasi.

(1) Bertenang sebelum bertindak.

Penulis merancang bahasa apa yang akan digunakan apabila berinteraksi dengan penerbit dan pembaca. Bahasa kita bukan bahasa mereka.

(2) Membuat peta perjalanan bukunya

Penulis merancang bagaimana buku pertama ini akan mendorong kepada penerbitan buku seterusnya atau diubah medium penerbitan dalam bentuk lain.

(3) Mendapatkan mentor yang akan membuat kawalan perimeter daripada gangguan.

Penulis tidak tersungkur berkali-kali dalam proses mendapatkan ya daripada penerbit. Lulus proposal barulah lulus terbit.

(4) Menyediakan alat asas bertindak pada tahap minima.

Penulis tahu kelengkapan asas penulis sebelum terjun sepenuhnya ke dalam industri.

....

Ini adalah contoh, seorang bakal penulis buku motivasi tanpa empat elemen ini menghubungi editor melalui sms berikut;

"Salam, nk th cr htr mansukrip ke PTS. Camner ek? Saya guru..."

...

Bagaimana mahu bertindak?

Teks panduan dipetik daripada status Puan Natasha Effyzal

[Petikan bermula]

Saya kongsikan sedikit tip menulis emel ataupun sms bagi bertanyakan sesuatu. (tip ini terpakai sekiranya si penghantar sms/emel bukanlah begitu rapat dengan si penerima sms/emel)

(1) Mulakan dengan memperkenalkan diri.
(2) Taip setiap perkataan dengan penuh. Sekiranya gunakan bahasa kontot, pastikan masih dapat difahami sekiranya sms itu panjang.
(3) Jangan gunakan kata-kata seperti si penerima sms/emel adalah kawan baik kita. Contohnya, "Citer sket." "Cane skrg?" "Apa???"

Mood: Baru menerima sms sebegitu. Maka saya tidaklah berminat mahu membalas sms itu.

[Petikan tamat]

Petikan tip Puan Natasha mengambil kira kesemua elemen.

Keempat-empat elemen penulis ini adalah perkara yang ada dalam diri kita apabila ia kerap dilakukan.



After Earth, filem yang menyampaikan keempat-empat elemen di atas dalam situasi berbeza. Kita dapat melihat bagaimana watak bapa, Cypher menjadi mentor kepada anaknya (Kitae) dari jauh agar sampai ke lokasi kapal terhempas bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Saudara, jangan biarkan kapal terhempas sebelum berlepas.

Mulakan perjalanan penulisan, klik sini

No comments:

Post a Comment