Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, September 1, 2013

Bilionaire kapal terbang adalah ulat tiket?


Kredit foto nextupasia.com


Ketika menulis status ini, tersenyum sendiri apabila mengingat satu entri, "Jika bercerita bagaimana mahu menjadi kaya cara Sir Richard Branson, tetapi Virgin Airlines pun tidak pernah dicuba. Usah berceritalah."

Baik, ini cerita Sir Richard Branson dan syarikatnya Virgin Airlines.

"Saudara mahu bercerita mengenai cara menjadi kayakah?"

Tidak,

"Saya mahu ceritakan bagaimana Sir Richard Branson menjadi 'ulat tiket'."

Pada suatu hari....

Richard mahu ke kepulauan Virgin kerana ingin bertemu seorang gadis.

Tetapi kapal terbang yang sepatutnya membawanya ke sana ditangguhkan perjalanan atas sebab teknikal.

Beliau mahu ke sana, lalu Richard menyewa kapal terbang peribadi ke sana. Tetapi beliau tidak punya cukup wang bagi menyewanya.

Lalu Richard mendapatkan sebuah papan hitam dan menulis, "“Virgin Airlines. $29.”

Kemudian, pada hari itu, sekumpulan penumpang membeli tiket 'Virgin Airlines' dan Richard menggunakan wang mereka untuk ke pulau itu, menemui gadis yang di sana.

Penulisan yang benar-benar diperlukan oleh pembaca memberi impak apabila ia disampaikan pada masa yang tepat.

Bagaimana mahu menjadi penulis buku berimpak tinggi? Bermula dengan motif, klik di sini.

No comments:

Post a Comment