Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, September 1, 2013

Penulis 'kubur' atau penulis 'kampung'?

Kemerdekaan daripada fikiran, siapa lebih menonjol.

Pesan guru agar penulis bekerja berjemaah, "Apabila penulis berjemaah karyanya berkat, Insya Allah."

Penulis bersama mempunyai banyak model.

(1) Sumbangan penulis secara bersama dari aspek penulisan dan bahan.

(2) Sumbangan penulis sebagai penilai mansukrip secara aktif, manakala penulis lain menulis dan mencari bahan. Penulis sebagai penilai ini biasanya memang berautoriti dalam bidang itu.

(3) Penulis bersama yang menyumbangkan nilai namanya dalam pasaran, manakala penulis lain menulis. Penulis yang memberi nama ini secara langsung membenarkan risiko bersama penulis baru. Sekiranya penulis baru tidak menjadi, ada potensi beliau menarik bersama nama penulis berasaskan jenama.

Mengingati model penulis bersama, kami menguji ketiga-ketiganya. Dalam seni menjadi penulis bersama ada ujian.

Salah satunya, penulis mahu namanya lebih menonjol berbanding penulis bersama.

Respon kami, nama menonjol, jualan buku merudum, ia tidak memberi impak kepada sesiapa.

Sesetengah pengamal penerbitan meletakkan ini adalah sindrom kumpulan penulis akademik, iaitu para pensyarah. Kerana ada isu siapa akan mendapat markah lebih untuk naik pangkat.

Nasihat penerbit, isu royalti, siapa ketua, agihan tugas dan susunan nama pada kulit buku, "Semuanya diselesaikan sebelum manuskrip siap ditulis."

Saya kekal mengingati nama Tuan Imran Yusuf (Al Fatihah) yang saya percaya beliau adalah magnet keberkatan dalam kerjasama kami menulis tiga buah buku bersama-sama.

Bermula dari Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah dan Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga.

Beliau mempunyai kredibiliti umur dan pengalaman berkeluarga yang menaikkan nilai buku di pasaran.

Fokus saya membangunkan bahan yang dipermudahkan daripada kajian akademik, jurnal dan temubual.

Kami menulis dan gabungkan.

Seni bekerjasama kami saling berubah-ubah. Masam dan manis wajah, kami kekal berjemaah sehingga Allah menjemput hamba yang merupakan rakan yang baik dan ikhlas.

Nama atas atau nama bawah bukan ukuran penerbit. Paling penting buku itu terus diulang cetak.



Penulis buku cerita bergambar kanak-kanak Jackie French masih kekal berjemaah dengan ilustrator Bruce Whatley walaupun berpeluang menukar haluan.

Mereka digelar, 'The Award Winning Duo'.

Bagaimana kita dapat menyusun kerja sebagai penulis bersama? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment