Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, July 22, 2012

Cerita humor bagi menerangkan prinsip


Cerita humor dapat digunakan dalam menerangkan prinsip, aplikasi dan konsep sekiranya dipilih dengan tepat.

Pernahkah kita mendengar atau mengalami peristiwa lucu? Tuliskan kisah itu dan gabungkan dengan prinsip yang kita mahu sampaikan dalam buku.

Ketika ini satu peristiwa sedang berlaku di kediaman saya pada jam 5.00 pagi.

"Ada pula yang menggunakan jam bunyi azan pada waktu ini untuk membangunkan diri agar bersahur. Kedengaran satu flat."

Bayangkan jika cerita ini dipanjangkan bagi memberitahu prinsip, adakalanya rutin menjadi modal mengejutkan perbaru baru kepada kita.


Kaedah ini digunakan dalam buku Mudahnya Bisnes Dengan Forum Online



Kisah CEO dan kakitangan

Pada suatu hari, CEO sedang membuat lawatan mengejut di salah satu tingkat di pejabat bangunanya. Beliau melihat seorang demi seorang sedang tekun bekerja. Tiba-tiba dia melihat seorang pekerja sedang bersandar di dinding sambil bersiul sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

CEO itu memerhatikan begitu lama dan mula hilang sabar. Bagaimana seorang pekerja sebegitu malas bekerja di organisasinya, ketika orang lain tekun bekerja.

CEO itu melangkah menghampiri pekerja malas itu. Kedatangan beliau disedari pekerja itu. Cepat-cepat dia mematikan siulan, mengeluarkan tangan dari poket seluarnya. Dia berdiri tegak dan sesekali menunduk. Kelihatan seperti rasa bersalah.

CEO itu masih mengawal marahnya dan berkata, “Sudah lama bekerja?”

“Sudah tiga tahun Tuan,” kata pekerja itu. Dia masih tunduk. Dia tidak mahu melihat CEO yang lengkap berpakaian kot.

CEO bertanya lagi, “Berapa gaji kamu sebulan?”

Dalam keadaan suara tersekat-sekat pekerja itu berkata, “Seribu ringgit sebulan.”

CEO itu kemudian memanggil salah seorang pegawai yang duduk di jabatan kewangan.
Cepat-cepat pegawai itu datang kepadanya.

CEO memberi arahan dalam suara yang tegas, “Saya mahu kamu keluarkan cek empat kali ganda daripada gaji dia dan saya tidak mahu melihat mukanya di sini lagi!”

Suaranya yang tinggi menyebabkan semua orang diam. Keadaan sunyi. Pegawai itu cepat-cepat ke bilik dan mengeluarkan cek dan menulis jumlah yang diarahkan CEO. Kemudian dia segera menyerahkan ke tangan CEO.

CEO itu memegang cek itu dan menyerahkan cek itu kepada pekerja malas itu.

“Organisasi ini tidak menggajikan orang pemalas. Kamu ambil cek ini dan saya tidak mahu lihat kamu di sini lagi.”

Pekerja itu mengambil cek tersebut dan keluar tanpa memandang wajah CEO. Kemudian terdengar suaranya bersiul dari luar.

CEO itu kemudian menoleh dan memanggil salah seorang pegawai yang bekerja di situ.

CEO bertanya, “Lelaki itu bekerja di bahagian mana? Saya benci melihat pekerja pemalas di sini.”

Kata pegawai itu, “Dia adalah budak penghantar surat dari klien kita. Tadi dia mengambil invois di sini.”

CEO itu terdiam dan memikirkan gaji yang diberikan secara percuma itu.

Apakah perasaan kita apabila kita tidak mengenali pekerja kita dan membuat keputusan yang akan menambah kos perniagaan sendiri?

Gurau senda dengan tujuan

Cerita di atas digunakan oleh seorang trainer Malaysia apabila menulis informasi kursus mengendalikan organisasi untuk korporat-korporat di Malaysia. Ia bersifat santai, menimbulkan humor dan tidak menjatuhkan jenamanya sebagai trainer professional


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini 



No comments:

Post a Comment