Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, July 22, 2012

Tataberbahasa berkomunikasi dengan editor

Acapkali saya bertemu dengan editor, mereka akan memberitahu saya sikap penulis yang menyebabkan karya bagus ditolak mentah-mentah tanpa menilai kualiti manuskrip terlebih dahulu.

Saya bertanya, adakah penting menguruskan manuskrip yang baik berbanding sikap penulisnya?

Jawapan adalah, "Apabila ada seorang penulis yang jauh lebih baik kualitinya dan sikapnya, beliau lebih diutamakan berbanding yang lain."

Ini memberi jawapan kepada kami mengapa ada sesetengah penulis yang standard karyanya biasa-biasa sahaja tetapi diberi lagi dan lagi ruang menulis dan diterbitkan.

Apakah ciri-ciri yang disukai oleh editor?

(1) Bakal penulis tidak menggunakan singkatan perkataan ketika menulis emel.

"tk...bnyak idea2 terjana tapi x tau bagaimana, mana nak tnya, mna nak mula, mana nak dimajukannya."

Singkatan perkataan memberitahu editor bahawa dirinya tidak penting.

Maka singkatan perkataan sudah mencukupi bagi memberitahu tujuan penghantar kurang ambik kisah terhadap diri editor. Mengapa surat formal kita bersusah payah menulis dalam ejaan yang penuh, tetapi dengan editor bersikap sebaliknya?

Gunakan ejaan penuh apabila berurusan secara formal.

(2) Penggunaan huruf besar pada kadar normal.

"WHY NEED ADDRESS AND LETTERS?"

Dari intonasi bahasa, ia seperti menjerit-jerit kepada penerima emel dan tidak mewakili tataberbahasa Melayu yang disenangi oleh editor. Jika disertakan bold seperti WHY NEED ADDRESS AND LETTERS? ia bersifat penekan maksud.

Terdapat beberapa lagi peraturan budaya yang meninggikan kecantikan sosial kita di mata orang lain kesan daripada penggunaan perkataan dan gaya kita menulisnya. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.

Ini memberi saya jawapan mengapa pernah berlaku di sebuah penerbitan, cadangan manuskripnya ditolak dalam tempoh satu jam selepas diemelkan.

Sedangkan proses normal penilaian manuskrip adalah dua minggu.

Benarlah sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan adalah bagi menyempurnakan akhlak manusia.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

No comments:

Post a Comment