Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Monday, September 17, 2012

Rahsia buku cerita bergambar kanak-kanak didedahkan


Berita | Kursuspenulisan.com komited bagi membangunkan para penulis buku cerita bergambar kanak-kanak.

Kami bekerjasama dengan rakan-rakan penerbit melalui latihan yang diberikan kepada penulis dan tim editorial. Selain itu memberi cadangan kerjasama ilustrator dan penulis dari aspek visual literacy.

Kedai buku pula menjadi tumpuan dari aspek latihan 'telling the story" berbanding "reading the story". dalam aktiviti kedai buku untuk kakitangan dan rakan-rakan industri.

Di samping itu minat guru-guru taska membangunkan buku cerita kanak-kanak mereka sendiri menjadikan coaching ini sebagai latihan para guru. Ia bertujuan memberi bekalan buku yang dimahukan mereka.

Hari ini adalah hari yang padat, coaching penulisan buku cerita kanak-kanak diadakan dan beberapa perkara ditekankan.

(1) Membezakan toy books, concept books, story picture book dan wordless picture book. Ini bagi memberi maklumat yang betul kepada editor dan editor dapat memgkategorikan secara tepat.
(2) Mengasingkan trade books dan school readers.
(3) Mengenal pasti theme book.
(4) Membangunkan lengkung cerita dan template cerita.
(5) Mencipta idea-idea baru bagi mengurus situasi writer's block dan membawa idea kepada penerbit.




Coaching seterusnya pada bulan Oktober. Klik di sini . Insya Allah. Terima kasih kepada para peserta dari Kedah, Terengganu dan Kuala Lumpur yang hadir serta memberi impak energi penulisan sesama peserta.


No comments:

Post a Comment