Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, October 14, 2012

Buku kanak-kanak yang hampir dibakar sebelum terbit


Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini

Dr Seuss dikatakan hampir membakar manuskrip pertamanya setelah 27 kali ditolak. Jika beliau benar benar berputus asa, tiadalah kewujudan siri Dr Seuss yang menjadi kegemaran ramai ini di seluruh dunia sehingga sekarang.

Dr Seuss, nama pena bagi penulis dan ilustrator buku bergambar kanak kanak Theodor Seuss Geisel. Bukunya menjadi kegemaran kanak kanak termasuklah golongan dewasa kerana watak watak ciptaannya yang lain daripada lain dan lucu, serta rhyming yang menarik. Rhyming beliau ini adalah mengikut anapestic dan amphibrachic tetrameter (meter penggunaan weak dan strong syllables dalam puisi mengikut syarat tertentu).

Dr Seuss berkata, beliau berterima kasih kepada ibunya yang sering membacakan rhyming kepada anak anaknya sebelum tidur. Ini amat mempengaruhi dan mendorong beliau untuk mencipta rhyming menarik dalam bukunya.

Kita sering fikir kanak kanak mungkin akan kurang memahami jalan cerita yang mengandungi banyak perkataan sofistikated.

Salah satu tip penulisan buku bergambar kanak kanak yang dikongsi Dr Virginia ialah gunalah perkataan sofistikated atau perkataan yang kanak kanak pasti jarang dengar. Jangan takut bereksperimentasi.

Tambahan pula, perkembangan minda berlaku dengan pesat sewaktu kecil.Mereka sebenarnya gemar mempelajari perkataan baru jika kena pada waktu dan caranya. Pendedahan awal dan melibatkan mereka dengan buku yang mengandungi perkataan perkataan kompleks dan sofistikated ini membantu mereka berseronok mempelajari dan mengguna pakai perkataan tersebut setiap hari.

Tip ini juga amat praktikal bagi ibu bapa dalam memilih buku yang bersesuaian untuk anak anak mereka.

Walaupun Dr Seuss telah lama meninggal dunia, namun buku bukunya tetap hidup dan telah banyak ulangkali dicetak mahupun diadaptasi ke filem termasuklah yang terbaru, The Lorax.



Terbaru, BookXcess ada membuat jualan set buku Dr Seuss dan set ini mengandungi 3 kategori buku, Blue, Green dan Yellow Back Books. Blue adalah sesuai untuk dibacakan kepada anak anak kecil, Green untuk kanak kanak yang baru sahaja mula bertatih membaca sendiri dan Yellow adalah untuk "fluent readers".

No comments:

Post a Comment