Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, October 14, 2012

Apabila kanak-kanak jatuh jurang kerana buku

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Buku cerita bergambar kanak kanak mempunyai banyak fungsi termasuklah mencetuskan kreativiti dan kemahiran berfikir sejak kecil lagi.

Ini kerana, "jurang" yang sengaja diwujudkan di dalam buku jenis ini amat membantu ibu bapa membuat aktiviti lanjutan setelah membacakan cerita tersebut atau semasa cerita tersebut dibacakan.

"Jurang" yang dimaksudkan di sini ialah "jurang penceritaan".

Terdapat tiga jenis jurang yang dapat dikenalpasti.

Pertama

Jurang dari teks ke ilustrasi. Walaupun di dalam teks ada menceritakan satu watak tertentu, namun ini tidak disertakan di dalam ilustrasi. Sebagai contoh (seperti di dalam foto), terdapat satu baris dialog ibu protagonist. Namun, tiada watak tersebut di dalam ilustrasi.

Kedua

Jurang dari ilustrasi ke teks. Jurang ini paling banyak digunakan penulis kerana di sinilah ilustrasi memainkan peranan penting dalam menceritakan separuh daripada perjalanan sesebuah cerita itu. Ada juga cerita yang menggunakan jurang ini untuk memberi informasi baru watak dan perkembangannya.

Sebagai contoh, terdapat watak watak lain di dalam ilustrasi yang turut memainkan peranannya namun tidak diceritakan di dalam teks. Contoh lain adalah, ekspresi pada wajah, keadaan pakaian yang berubah, lokasi barang yang diubah. Namun, semuanya tidak diceritakan di dalam teks.

Ketiga



Jurang antara cerita dan audiens. Dengan mengambil contoh buku Where The Wild Things Are (seperti di dalam foto), penulis memang sengaja tidak memberitahu dengan jelas pengembaraan protagonist ke dunia "Where The Wild Things Are" itu sebenarnya di dalam alam mimpi ataupun hanya dunia imaginasinya ketika berkurung seorang diri di dalam bilik.

Ketiga tiga jenis jurang ini sangat pratikal untuk dijadikan perbincangan di antara pencerita (ibu bapa) dan anak anak.

Kadang kala, penulis dan ilustrator memang sengaja meninggalkan jurang ini untuk memberikan keterujaan kepada anak anak dengan babak atau perkara yang tidak disangka sangka.

Jurang ini juga disediakan untuk diisikan oleh mereka mengikut daya imaginasi, pendapat dan kreativiti mereka.

Penulis buku Where The Wild Things Are, Maurice Sendak telah meninggal dunia pada tiga minggu lalu. Buku yang telah memenangi anugerah Caldecott Medal ini diterbitkan pada tahun 1963 namun masih menjadi kegemaran ramai.

No comments:

Post a Comment