Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, October 14, 2012

Storyboard buku bergambar kanak-kanak


Daripada trainer buku bergambar kanak-kanak di kursuspenulisan.com, Cik Puan Fazeila Isa. Beliau akan membimbing kita pada sesi Ahad ini, 21 Oktober 2012 di sini

....



Storyboard atau bod cerita amat berguna di dalam penulisan buku bergambar kanak kanak.

Ini adalah kerana ia dapat mengingatkan penulis bahawa akan adanya ilustrasi di setiap helaian di mana ilustrasi inilah yang akan membawa separuh daripada perjalanan cerita dari teks.

Dengan cara ini juga, penulis dapat mengedit dan yang paling penting dapat memotong mana mana ayat yang sudah lagi tidak perlu di dalam teks (kerana ilustrasi sudah pun memainkan peranannya).

Aktiviti ini juga penting kerana setiap penulis dapat menetapkan "page break" atau "page turn" bagi cerita mereka.

Setiap buku bergambar kanak kanak mempunyai ciri keseronokan dan keterujaan dalam setiap kali menyelak dari satu halaman ke halaman yang seterusnya.

Oleh itu, bod cerita yang dihasilkan dapat dijadikan panduan kepada penulis untuk membayangkan pergerakan cerita mereka dan bagaimana cerita mereka itu nanti dapat membuatkan pembaca teruja dari satu halaman ke satu halaman yang seterusnya.

Bod cerita yang terhasil juga membantu penulis melihat ceritanya secara keseluruhan di mana penulis dapat melihat dan menyemak adakah wujudnya kaitan atau pergerakan cerita yang lancar dari satu halaman ke satu halaman.

Bagi ilustrator, bod cerita dapat membantu mereka mendapatkan gambaran kasar bagaimana mereka dapat menghasilkan ilustrasi dengan membuat lakaran kasar/ besar.

Mereka juga dapat melihat dan menyusun atur pergerakan ilustratasi mereka seperti karakter dan latar dari satu bukaan halaman (double pages) ke satu bukaan halaman yang seterusnya.

Daripada bod cerita yang terhasil, penulis juga boleh menghasilkan mock-up dengan mengguntingkannya dan menyambungkan setiap jalur yang dihasilkan dari bod cerita! (seperti dalam foto)

...


No comments:

Post a Comment